Wednesday, June 28, 2017

ANTARA ZAID DAN NIK ABDUH, BELUM TENTU SIAPA YANG MASUK SYURGA DULU..


Bukan main seronok puak pendedak tibai zaid ibrahim melampau dan berlebihan,  tentang isu doa pilot air asia. Sudah semestinya ia lebih advantage kepada zaid,  seperti biasa,  ketika ramai yang membenci, ramai pula yang bersetuju dengannya. 

Setuju atau tidak kena faham dulu fakta bukan semborono macam babi,  mengikut (dari istilah membabi buta,  semborono).  Komen zaid adalah berdasarkan posisi pilot tersebut dalam keadaan sebegitu genting.

Memberi maklumat apa yang sebenarnya berlaku,  langkah yang diambil,  memberi keyakinan,  semangat,  calm down adalah yang utama dan terakhir adalah doa. 

Selamat atau tidak bukan kerana pandai manusia,  ia bersandarkan qada dan qadar ketentuan Allah. 

Apapun, apa yang dilakukan oleh pilot tersebut,  terpuji dan 100% betul.  Begitu juga teguran zaid 98% betul... Yang kecoh lebih kepada politik. 

Pandangan zaid bersifat peribadi dari seseorang yang bukan pakar dalam ilmu ugama, tidak ada pengaruh dan tidak pula akan jadi ajaran sesat.. Yang kecoh lebih kepada politik.. 

Mereka sedang kesumbatan,  kepanikan dalam cuba meningkatkan baki sisa 6.3%.. Riuh sesama dia,  no harm. 

Dan yang lebih membuatkan aku senyum sinis adalah bertubi tubi mereka hentam zaid, saudara seIslam sekadar sedikit perbezaan pendapat tetapi dalam masa yang sama,  mendukung,  peluk cium si jolo kapir yang diiktiraf bukan setakat carribean,  tetapi lanun antarabangsa. 

10 comments:

  1. Apa pun kalau dah kawan seangkatan.... akan tetap dipertahankan. Biasa la tu, kemudian cari orang lain dikambing hitamkan.

    ReplyDelete
  2. Dalam apa2 keadaan cemas pun aku rasa semua org akan berdoa supaya selamat tapi pilot dan crews kena pastikan tiada suasana panik yg boleh mengganggu fokus pilot2 tu. Mungkin maksud pilot tu suruh berdoa agar usaha2 yg dia dah buat berhasil. Maksud Zaid pulak dia nampak drp sudut tumpuan pilot seharusnya lebih kepada usaha2 menyelamatkan dan menenangkan keadaan dan bukan berdoa mcm kapalterbang nak terhempas...kalau lagu tu baik suruh mengucap terus atau ada tok imam dlm kapalterbang dedicated utk kes kapalterbang nak terhempas. Kira pendapat individu ler. Isu doa nie jadi hangat sebab pendapat individu nie dipolitikkan seolah2 menjadi isu agama sejagat. Aku rasa kalau sapa2 tercirit dlm kapalterbang dan bau taik mengganggu penumpang pon bleh diperpanjangkan bahas dosa pahala halal haram sampai boleh jatuh kafir.

    ReplyDelete
  3. Dlm apa keadaan pun kena minta pertolongan Allah...apa yg susah sgt nak berdoa dan minta pertolongan Allah dlm situasi mcm tu?..

    ReplyDelete
  4. Betul sdr KD.

    Walaupun saya pun tidak bersetuju dgn Zaid Ibrahim tapi pendapatnya ini tidaklah sampai merosakkan masyarakat.

    Dia bukan kafirkan orang atau apa-apa yang sewaktu dengannya.

    Tiada siapa yang membunuh ataupun mati terbunuh akibat pendapat Zaid Ibrahim ni.

    Dosa peribadi setiap Muslim dengan Allah selagi ia tidak rosakkan sesiapa maka ia adalah urusan orang itu dengan Allah. Perhitungannya tidak melibatkan orang lain, maka ia lebih mudah.

    Ada pula dosa kepada umat maka perhitungannya lebih kompleks disebabkan ia melibatkan orang lain.

    Dosa besar yang bertaraf fasiq boleh ditebus oleh jumlah pahala yang mengatasi jumlah dosa itu.

    Ada pula menjual agama utk sedikit keuntungan dunia adalah dosa besar bertaraf kafir yang tidak boleh ditebus melalui pahala yang banyak. Hanya taubat sahaja satu-satunya jalan keluar.

    Sekiranya sudah menyangka diri benar, maka bagaimana pula mahu bertaubat. Maka itu selamanya hidup dalam kesesatan akibat menyangka-nyangka diri benar.

    Itulah sebabnya pendapat remeh Zaid Ibrahim ini diperbesarkan seolah-olah ia adalah fatwa yang mengelirukan masyarakat.

    Ada pula pendedak motif dan motivasinya hanyalah dedak. Barangkali solat 5 waktu sehari semalam pun belum lepas tapi ada hati mahu tetapkan neraka ke atas orang lain.

    Seteruk mana pun Zaid Ibrahim bagi orang yang merasakan dia seorang yang teruk ugamanya, yang pasti dia tidak menjual agama untuk kesenangan hidup di dunia.

    Ada pula Nik Abduh, biarlah Allah yang tentukan..

    Terlalu menyangka kumpulan sendiri benar, kelak apabila kebenaran sebenar tiba barangkali sudah terlewat utk membetulkan jalan kebathilan yang sedang dilalui.

    Kalau hati ikhlas mahu mencari kebenaran mohonlah bersungguh-sungguh kepada Allah.

    Kalau motifnya hanya dedak maka biarkanlah kerana ia tidak akan memberikan apa-apa kesan pun.

    "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang diberi nikmat olehMu. Bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat."

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  5. Sdr Imran dijemput menjawab secara ilmiah komen saya di bawah.

    ReplyDelete
  6. Lebai labu siluncai mmg Melayu laknat yg memalukan Islam dan berlagak lebih tp bertopengkan Islam. Itulah dia Nik Abduh dan yg sekufu dgnnya.

    ReplyDelete
  7. Nik abduh yang dilihat agamawan dan mana2 agamawan apabila menegur orang biasa, harus bukan dengan kutuk, keras atau menghukum, apalagi menghina.

    Harus menegur dengan bijak, tidak melulu dan memalukan, tetapi memberi kesedaran.

    ReplyDelete
  8. Keluar tajuk sikit ye....
    Harga runcit minyak petrol telah turun empat minggu berturut turut. Geng geng Pakatan Hapraq tak nak kritik ke. Kalau harga minyak naik, ke main melenting macam kena percikan api neraka.

    ReplyDelete
  9. Kluangman 11.26 AM kata..."Harus menegur dengan bijak,tidak melulu dan memalukan, tetapi memberi kesedaran".
    Tapi Kluangman cakap tak serupa bikin. Dia pun 2 x 5.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...