Google+ Followers

Wednesday, June 28, 2017

JANGAN RENDAHKAN MARTABAT JIKA SENDIRI PUN BLUR

Agamawan, penjawat awam atau swasta,   ilmuan termasuk mufti,  pensyarah yang sewaktunya yang politik bukan bidang pengkhususan mereka diharap tidak mengeluarkan kenyataan semborono berhubung saman sivil DOJ untuk merampas hartanah yang melibatkan aktiviti haram 1mdb oleh individu dan pihak tertentu.

Wajar tahu membezakan antara situasi campur tangan asing dengan hak DOJ mengikut undang² negara mereka, mereka mengikut tafsiran AG mereka sendiri dan tidak bergantung kepada tafsiran AG Malaysia atau negara lain.  Mereka tidak main politik murahan atau mengikut telunjuk.

Donald Trump sendiri tidak mengawal,  apatah lagi pihak lain,  jangan buat dakwaan luar biasa bodoh apabila mendakwa parti pembangkang setahun jagung mengawalnya.

Apa yang DOJ dakwa tidak semestinya betul dan yang disebut dalam saman tersebut jika perlu, wajar menggunakan saluran undang² untuk mempertahan diri.

Jika negara istilahkan campurtangan asing,  wisma putera perlu bertindak. Jika tiada,  janganlah pihak lain sekali lagi menunjukan kebodohan luar biasa.

Hari ini majoriti rakyat celik teknologi maklumat,  boleh menilai membanding palsu dan benar,  rakyat sudah tidak lagi telan bulat² atau bergantung atas apa yang pemimpin kata lebih² lagi mereka yang sudah hilang integriti,  tidak boleh dipercayai atau berbohong berkali kali.

Title ulama,  lebai,  tan sri,  pengerusi,  presiden,  ceo,  proff,  mufti dan sebagainya tidak lagi dijamin ada pengaruh dan nilai.

Rakyat sudah hampir menggunakan kuasa secara demokrasi melalui pilihanraya. Jika ada cubaan menafikan pilihanraya dengan berbagai helah merupakan risiko tinggi dan perlu difikirkan berkali kali,  jangan menambah petrol di api.

Adalah lebih wajar semua pihak memberi masa dan peluang kepada DOJ selesaikan tugas mereka.  Pembangkang seperti biasa akan mengambil peluang ini untuk berkempen dan memberi tekanan kepada kerajaan.

Kerajaan harus sahut cabaran dengan telus,  berani jika tiada apa yang disembunyikan. Sebarang cubaan selain dari itu akan membawa kemudaratan kerana apa yang DOJ lakukan sekarang merupakan satu permulaan.


9 comments:

  1. Demokrasi malaysia nie sebenarnya demokrasi tak matang. Rakyat malaysia khususnya orang2 melayu gagal mengenali kuasa yg ada di kertas undi sehingga mudah dipengaruhi elemen2 seperti agama yg dijual, politik kaum yg diadun mengikut populariti hatta politik wang. Sehelai kertas undi hanya la ibarat sehelai kertas biasa. Sepatutnya kita memajukan akal fikiran dgn nilai2 universal positif sebagai asas untuk memilih parti yg mana layak memerintah dan bukan semata2 agama atau kaum. Makna kata kalau lah PPBM menjadi pilihan, parti tersebut dipilih kerana asas2 universal yg menguntungkan pemilih tidak kira kaum. Secara praktikal PPBM sahaja tidak layak memerintah melainkan dilengkapi dgn DAP, PKR dan Amanah yg mungkin memikul pelbagai ideologi tapi berdiri di atas platform nilai universal yg menguntungkan semua. Saya yakin kalau setiap parti asyik menjaja nama2 yg sama, cerita2 yg sama dan paling teruk propaganda yg sama setiap PRU maka demokrasi malaysia tidak akan ke mana melainkan mengharap akan ada isu2 skandal panas sebelum PRU untuk meraih undi.

    Pengundi2 muda pun sudah jelak dgn skandal2 yg tak sudah2...dgn nama2 ahli politik yg serupa...malah silih berganti daripada bapak ke anak dan tak mustahil ke cucu. Kalau nak menang kena la ada barisan muda yg terbukti boleh memimpin, kelayakan akademik yg tinggi, bersih dan berkeliber dikalangan penduduk setempat.

    ReplyDelete
  2. "Title ulama, lebai, tan sri, pengerusi, presiden, ceo, proff, mufti dan sebagainya tidak lagi dijamin ada pengaruh dan nilai."

    Kalau bh seperti yg saudara tulis..
    Ini bermakna yang betul.lebih bijak dan arif dlam semua hal adalah bloger....
    Masuklah calon dan boleh jadi PM..serta pegang semua jawatan tersebut..k

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana pula yuan tanah KDckp blogger lebih baik. Blogger pun byk hampas, spt mereka2 dari blog pro gomen..tak ada hujah langsung. Ruang komen pun tak berani buka mcm maikemut tu, atau pun harakah.
      Sekurangnya KD ada beri ruang bermusyawarah.
      Ko tu 349, penjilat kot..hujah la dgn lebih perihatin. Mana adat masok rumah orang? Malu la sikek

      Delete
  3. Kalau tak nak orang blurr, buka le topic harga runcit minyak dah turun empat minggu berturut turut. Kalau harga minyak petrol naik, pandai pulak spin sampai kering.

    ReplyDelete
  4. Title ustaz bukannya cerdik dan semua betul. Ramai ustaz bodoh dan kurang cerdik dalam menganalisa sesuatu isu. Title menteri, yb, dr, tan sri, dato bukan bermakna anda banyak maklumat, kerana maklumat sekarang banyak yg tak betul walaupun dr sumber sahih kerana ada yg rajin spin fakta sahih. Komen bukan bermakna benci, tegur bukan bermakna tak suka. Tapi yg pasti diam tandanya fakta itu benar.

    ReplyDelete
  5. Itu pun salah.... tak semestinya " Diam"itu bermaksud benar." Komen bukan bermakna benci tegur bukan bermakna tak suka"....betul..tapi dari ayat dan tutur kata boleh menterjemah suara hati samada ikhlas atau denggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau melayu, mereka kata diam tu setuju. Berani tu benar, diam tu takut. Suara hati, tuan hati saja tahu, jangan tonjolkan kebolehan membaca hati orang lain kalu hati sendiri pun tak pasti.

      Delete
  6. Title ostad tidak menjamin pendapat tau ckp make smurnye btui tpi lebih di percayai dari ckp tau pendapat siti kasim dn pengamal lgvt yg bersarang dlm pkr/cap munge.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak berapa ekor yang terpengaruh dengan siti kassim yang kamu nak relate kan dengan netizen yang tidak makan dedak.

      Siti kassim dan pendedak tu lebih kurang sekapal

      Delete