Friday, June 16, 2017

KALAU FITNAH, BERTINDAKLAH..

DOJ bukan setakat menuduh dan mendakwa tetapi membogelkan satu persatu..

Apakah sekeping surat dari AG menafikan secara dangkal boleh menyelamatkan maruah bangsa,  ugama, rakyat dan negara.

Boleh kah sekeping kertas itu dapat menutup beberapa muka yang disabitkan dan bersubahat.

Kalau tidak boleh bertindak,  biarlah rakyat percaya tuduhan itu 100% benar.

Apakah kerajaan berdoa siang dan malam mengharap rakyat ini supaya bodoh dan bangang untuk memahami dan menilai yang mana satu betul yang mana satu satu palsu.




# Hentikanlah isu isu remeh lain yang sengaja direka dan dibentuk,  isu penamaan calon PM Pakatan Harapan,  isu ahli keluar bersatu,  isu budak mentah armada,  isu dap perkudakan muhyiddin,  isu FGV,  isu seleweng kerajaan PP dan Selangor... Semua ini tidak mampu menutup skandal 1mdb dan rentetannya.

13 comments:

  1. UNDUR SJ LAH. BUBAR TERUS PRU.
    MALU JD MELAYU

    ReplyDelete
  2. Cincin 2.4 juta mungkin fitnah. Tapi rantai 27 juta bukan fitnah. Orang kafir tu ada bukti dan tunjukkan bukti. Setakat cakap itu fitnah, mudah sangat pencuri dan pemecah amanah lepas dari mahkamah. Bukti air liur mana boleh pakai, cakap la waktu tu ada di malaysia sedang lawat kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akhirat percaya juga persepsi pada orang kafir.

      Delete
  3. what everlah nak kata apa kepada pm dan isterinya. benda begini rasanya dah bertahun diperkatakan orang. sejak tun mahathir masih duduk dan menyokong umno lagi. entah betul entah tidak wallahua'lam sebab aku tak nampak. kepada yang nak percaya, terpulanglah dan kepada yang tak percaya itu hak mereka. cuma yang aku heran adakah tun mahathir selesa atau saja2 buat selesa bersama dengan pimpinan pakatan pembangkang. adakah tun mahathir lupa bahawa 'rakan-rakan' barunya kini adalah mereka yang pernah bertahun didera oleh beliau? lupakah bahawa mat sabu, kit siang, guan eng, anwar ibrahim/wan azizah adalah orang2 yang pernah menuduhnya zalim, malah ada yang menggelarnya mahazalim? adakah tun mahathir beranggapan mereka semua telah melupakan masa lampau dan memaafkannya demi sebuah perjuangan? adakah tun mahathir lupa bahawa dap tahu betapa liciknya tun mahathir berpolitik? sungguh, di depan publik semua mereka seolah-oleh menunjukkan keakraban. namun siapa tahu jauh disudut hati masih berbekas lagi perasaan dendam dan pastinya menunggu masa membalas dendam. logiknya adakah anwar (sehingga kinipun masih duduk di dalam) tidak mendendami tun mahathir? bukankah dari fasa tun mahathir lagi usaha untuk memenjarakan anwar telah dilakukan? silap2 nanti, tun mahathir dan parti bunga berada dalam pakatan harapan hanyalah berperanan sebagai budak jamban dan budak bancuh kopi. suatu masa dulu cakap awak berbisa, kini bisa akan dipulangkan balik kepada tuannya....

    aku berfikiran begitu. adakah orang lain tidak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara mudharat yg dibawa oleh PH dan BN....aku rasa BN lebih teruk dan seharusnya dijauhi..

      Delete
  4. Saya tak berfikiran begitu. Saya berfikiran bahawa Allah tahu apa yang sedang berlaku. Baik kerajaan mahupon pembangkang, buatlah sesuatu yang mendatang manfaat buat manusia.
    Di Dunia Cerita akhirat buat masa sekarang hanyalah cerita, Di Akhirat nanti, cerita dunia akan menjadi saksi apa yang kita kerjakan.

    Semoga Allah memberi saya dan tuan tuan hidayat dan dirahmati hendaknya.

    ReplyDelete
  5. Anon 7:39, cerita Tun, 10 Tun pun, whatever, tak penting, tak mudarat pun kalau umno betul, kalau pm berakhlak dan amanah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku cuma melontarkan pandangan. kalau tindakan tun betulpun adakah tiada langsung kebimbangan bahawa adanya parti bunga dalam ph hanya sebagai kuda tunggangan atau keldai yang terpaksa menurut arahan ketuanya. adakah selayaknya seorang bekas perdana menteri dan negarawan akhirnya dilayan sebegitu oleh 'rakan-rakan' barunya yang sebenarnya masih menyimpan dendam kesumat sejak sekian lama. ini berkisar pasal tun mahathir, bukan pasal tun yang lain...

      Delete
    2. Anon apapun persepsi kau pd tun, itu pandangan budak mentah..

      Dan tak penting pun persepsi itu

      Najib mesti diundurkan

      Delete
  6. Ada sesiapa yg kena saman dah ke dgn DOJ?..dari tahun lepas lagi kecoh tapi x gak saman pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro, nak tunggu betul2 saman datang ke? Dah bagi hints tu maknanya peringatan awal dah dibagi..kalau ada maruah, buat la sesuatu...rakyat nak benda2 mcm ni diselesaikan secepat mungkin...fitnah ke tak fitnah ke..buat la sesuatu ikut saluran yg betul..main cakap air liur tak bersalah, org tak cerdik pun susah nak percaya...come on la..

      Delete
  7. mcm2 cara nak cairkan pembongkaran MUNGKAR yg sangt serious ini. Kaedah agama pun diguna.
    Rakyat patut sedar, bahawa UMNOBNPAS sedang cuba main wayang.
    Saman tidak, debat tak brani.
    Media terkawal 3 suku dan seangkatan tidak pun berani hidangkan perkara2 DOJ 1MDB Berlian permata ini.
    Tidaklah beriman sekiranya petunjuk Allah dipersia2kan.
    Lebih ramai rakyat beriman dari pemakan BUTIR TAHIK LOW

    ReplyDelete
  8. Anon 915... kau prejudis tentang tun... aku rasa kau tak kenal dia...tun tak mahupun dilayan macam negarawan...yang dia mahu negara ni selamat drp pemimpin2 korup dan memudaratkan masa depan rakyat dan negara...tun bukan masalah yang masalah najib...faham!!!?

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...