Monday, June 12, 2017

KENA JENTIK SIKIT PUN DAH BESAR KEPALA

Sedih dan simpati tengok menteri kanan, otai kena jolok kiri kanan atas bawah oleh kawan dan penyokong sendiri. 

Hatta pemuda bn sarawak setahun jagung pun memperlekehkannya. 

Blogger bangang yang patut fokus dan bantai pembangkang turut tembak kaki nazri hingga tempang. 

Namun aku percaya,  sikit pun tak jadi kudis pada Nazri,  semua itu fitnah. Menteri yang bekerja dengan baik dan ikhlas memang diirihati oleh kawan sekeliling. Kena jentik sikit sudah dikata biadab,  low class mentallity. 


Nazri kena belajar dengan bossnya,   walau difitnah bertubi tubi hingga tidak terjawab,  tetapi masih boleh bermuka selamba rock. 

Jangan takut pada hilang undi,  marah mereka tak lama,  akhirnya kembali mengundi kerajaan,  umno terbaik. 


4 comments:

  1. nabipun dah sebut pada suatu masa nanti akan wujud suatu zaman dikenali zaman fitnah. inilah zamannya. manusia akan lebih mempercayai fitnah berbanding dengan hakikat sebenar. media maya dan elektronik bukan sedikit yang menjadi pemain isu fitnah sehinggakan fitnah sudah umpama makanan ruji. sehari tidak memfitnah seumpama tidak cukup nutrien dalam tubuh. seharian kerjanya mencari idea fitnah dan menyebarkan fitnah. selamat berpuasa kepada yang berpuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju..yang benar ttp benar..yang benar duit 1mdb dah hilang..yang benar belanja shopping berjuta2..yang benar 1mdb hutang berpuluh2 billion..fitnah ke? kalau dah rasa kena fitnah, bersihkan nama. buktikan tak bersalah..bukan lari sana, lari sini..dengan org yang dipanggil nyanyok pun lari..kenapa lari? kenapa Laporan2 berkenaan 1mdb di OSA kan? kenapa anon 10.08? selain surat tok arab tu ada lagi ke bukti2 atau dokumen2 transaksi dari tok arab tu ke MO1? dah lama org tunggu..

      Delete
  2. Kalau dah semuanya FITNAH, jadi apa yang betol.....?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik minah puasa? saya harap jawapannya ya. cik minah, rasanya tau beza yang hak dan yang batil. jadi kalau dah ada jawapan, maka itulah juga jawapan kepada "Kalau dah semuanya FITNAH, jadi apa yang betol.....?????". yang benar adalah benar dan yang fitnah tidak mungkin boleh menjadi benar walaupun diulang hari-hari.

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...