Monday, June 12, 2017

NAZRI PANAS DENGAN DATUK KARIM

SEBELUM INI NAZRI KECUNDANG DI TANGAN MAHATHIR, KALI NI DENGAN ORANG SARAWAK...






Semasa paklah menjadi MO1, harga petrol dinaikkan melantun berganda yang belum pernah terjadi sebelumnya, masa zaman mahazalim, diktator dan firaun pun tidak pernah terjadi. 

Alasannya ialah untuk dibelanjakan menambakbaik infrastruktur,  rupanya untuk melengkap dan membangunkan tingkat empat supaya lebih berkuasa dan berpengaruh... 

Kali ini idea auta yang sama diguna oleh Nazri dalam menghalalkan kenaikan cukai perlancongan dengan tujuan yang sama, membangunkan infrastruktur perlancongan dan dana untuk mempromosi Malaysia di luar negara. 

Apakah produk " kelepektasi " belum cukup mempopularkan Malaysia secara percuma!!!! 

Apapun jawapan dari Perlancongan Sarawak dan Pemuda BN Sarawak  sangat tepat untuk mengajar Menteri Persekutuan supaya lebih beradab.. 



Kenyataan Media Pengerusi Pemuda BN Sarawak & Ketua Pemuda PBB Sarawak 


1. Pemuda BN Sarawak mengecam kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz terhadap Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Karim Abdul Rahman Hamzah, yang kasar dan tidak melambangkan semangat kekeluargaan dalam Barisan Nasional (BN).


2. Tindakan melabelkan Menteri Sarawak itu sebagai setahun jagung dan masih budak lagi adalah satu penghinaan terhadap Datuk Karim yang telah diberi kepercayaan oleh pucuk kepimpinan negeri untuk menerajui kementerian berkenaan di peringkat negeri.


3. Sebagai sebuah keluarga besar dalam BN apa juga isu terutama menyentuh sensitiviti rakyat di mana-mana peringkat, seharusnya ditangani secara musyawarah dalam semangat BN dan bukannya menerusi kenyataan umum atau menerusi hebahan media, kerana ia boleh mencetuskan kemarahan nitizen.


4. Jika ada isu-isu yg hendak dijelaskan, maka ianya harus dilakukan secara baik dan berhemah dan bukannya dengan memperlekehkan sesama pemimpin dalam parti komponen yang sama.


5. Pemuda BN Sarawak berpendirian bahawa semangat saling menghormati dan permuafakatan antara pemimpin dalam parti komponen harus diutamakan dengan sebarang perbezaan pendapat mestilah diselesaikan dalam saluran parti yang harmoni. 


6. Kita boleh berbincang, berbeza pendapat dan seterusnya mengambil kesempatan itu untuk bermuafakat bagi mendapatkan penyelesaian terbaik kepada semua perkara.


7. Tindakan melabelkan sesama kita sebagai 'samseng' juga tidak wajar sama sekali kerana ia bukan sahaja satu penghinaan kepada individu terbabit malah boleh menjejaskan imej parti, apa lagi samseng bukanlah budaya dalam BN, apatah lagi dalam PBB.


8. Dalam berdepan apa juga isu Pemuda BN Sarawak berpendirian, yang paling utama ialah semangat dalam sebuah keluarga besar iaitu keluarga BN, parti yang telah diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat, perlu dijunjung dan dipertahankan.



Dato' Sri Fadillah Yusof
Pengerusi Pemuda BN Sarawak
Merangkap Ketua Pemuda PBB

(12 Jun 2017)





# ISU FGV DAN CUKAI PERLANCONGAN TIDAK MAMPU MENGALIHKAN PANDANGAN RAKYAT KE ATAS ISU 9.5J, 90J,  2.6B, 1MDB DAN BANYAK LAGI... 
MALAH IA AKAN JADI MENU POPULAR AIDIL FITRI UNTUK DIBUALKAN KELAK DI KAMPONG DAN FELDA... ANAK² DARI BANDAR AKAN KEMASKINIKAN INFO PADA MAKCIK²



1 comment:

  1. kueh popular tahun ni.
    Ketupat daun la'PAS 90j,
    Sampret Shafie 9.5j,
    Baulu Dekoder 870j
    Tart Tangkup Felda,
    Almond London Tin Milo
    Dll.

    Tapi kepala hidang bertahan adalah,

    BUTIR TAHIK LOW.

    Moga bertambah meriah Syawal tahun ni

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...