Thursday, June 29, 2017

TERUS TERANG

Setakat mana PDRM, SPRM dan AG dan lain lain agensi penguatkuasaan berlaku adil, amanah dan setia di bawah Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka YDP Agong dalam menjalankan tugas mereka membabitkan antara pemimpin kerajaan dan pemimpin pembangkang.

Hakikatnya mereka dibayar gaji dari hasil negara seperti percukaian.

Realitinya,  integriti mereka kini semakin dipandang rendah, dipersendakan dan hilang kepercayaan untuk rakyat bergantung harap berdasarkan sikap segelintir, seekor kerbau membawa lumpur,  semuanya terpalit.

Walaupun majoriti yang berpangkat rendah dan perlaksana menjalankan tugas dengan baik tetapi dedikasi mereka dimusnahkan oleh atasan yang membuat keputusan.

Kita tidak berniat jahat,  tidak taksub dan memihak kepada mana mana pengkhianat, kita mohon pihak atasan dan pemimpin politik yang mungkar dalam apa saja segi dan penyokong mereka akan terhumban menyembah bumi dan musnah hasil laku mereka sendiri, hasil kezaliman mereka sendiri.

Semoga kemusnahan terpilih itu Allah makbulkan dan kita berdoa bala tidak diturunkan meliputi mereka yang benar.

Aamiin


# taufik dan hidayah

3 comments:

  1. Lebih menghinakan ialah semua tu hanya semata2 kerana melindungi seorang manusia mungkar bernama najib...betapa malangnya melayu umno nie sampaikan salah atau benar pun dah tak tau beza....tak ke serupa pariah yg terima apa saja brahmin buat semata2 kerana kasta ciptaan manusia tu sendiri. Bezanya najib berdiri atas kasta ciptaan politik....yg sebenarnya paling mudah dijatuhkan oleh orang melayu tetapi umno memungkinkan najib berdiri meskipun melayu tu sendiri terpaksa berada di bawah tapak kaki najib berserta apa sahaja di bawah kekuasaan UMNO termasuk la menteri2, polis, AG dan sebagainya. Malang sungguh melayu umno di malaysia skrg nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Its painful but its true bro 4:26...

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...