Monday, June 19, 2017

YANG TINGGAL DALAM UMNO MAKIN TAK CERDIK..

KENYATAAN MEDIA KETUA PEMUDA UMNO PAHANG

Jika dakwaan bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad sanggup membayar USD 5 juta kepada Yayasan Clinton semata-mata untuk tujuan dan agenda politiknya; iaitu supaya DoJ membuat pengumuman berkenaan 1MDB adalah benar, ia merupakan satu pengkhianatan dan jenayah berat kepada negara.

Mungkin jika dibandingkan dengan kekayaan anak-anak beliau yang diperolehi semasa zaman pentadbirannya, USD 5 juta itu adalah jumlah yang kecil, tetapi saya masih sangsi daripada sumber manakah beliau mendapatkan duit tersebut, adakah dengan duit anak-anaknya atau pun duit beliau sendiri hasil yang dikumpul sendiri semasa beliau mentadbir yang dikatakan sangat 'bersih' ataupun duit parti baharu beliau.

Adakah ahli dan penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) rasakan tindakannya memberikan USD 5 juta kepada Yayasan Clinton, satu yayasan luar yang tiada kepentingan adalah tindakan yang adil buat mereka?

Jika benar semua tindakan Tun M kini adalah untuk membela nasib rakyat, mengapa tidak menggunakan USD 5 juta ; jumlah yang sangat besar itu untuk membantu rakyat yang miskin dan memerlukan kerana saya percaya USD 5 juta itu dapat membantu ramai orang.

Jika perbuatan Tun M ini tidak dipersoalkan saya tidak tahu dimana lagi rasional pemikiran penyokong PPBM dan pembangkang dalam menegakkan kebenaran.

Kini saya dan rakyat Malaysia mula sedar, mengapa hari demi hari semakin banyak akar umbi parti baru itu kecundang dan keluar parti dengan alasan kepincangan pucuk pimpinan, kerana mereka mula sedar perjuangan pengerusinya bukanlah satu perjuangan untuk rakyat, sebaliknya hanya untuk melindungi diri, dendam dan hanya satu lakonan yang semakin menampakkan kebenarannya.

SHAHAR ABDULLAH
18 Jun 2017



# Yang nak jadi calon pilihanraya inilah masa menyalak dan tunjuk kebodohan,  itu ciri utama untuk terpilih selain dari setia membabi butatuli.

9 comments:

  1. Steady la KP Umno Pahang..bkn hanya KP Umno Pahang sepatutnya yg brsuara..silent observer's patut bangkit & menghentam pgkhianat2 negara yg semakin menggila melakukn fitnah dgn krjasama kafir laknatullah dr luar negara..mereka semakin asyik..ya, mereka semakin asyik, smntara agen2 mereka galak memanjangkn fitnah ini..

    ReplyDelete
  2. Tadi ada tiang kt sini ?
    Budah Shahar ni ! Lu angkat letak mana pulak ?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiang tuh berlobang tengah tak (hollow)? Kalau ya dah di songlap nak buat lemang...maklum lah buloh dah kehabisan...nak Raya kan?

      Begitu lah analogy songlap menyonglap wang 1MDB, SRC, KWAP, KBS, SabahWater...semua kes berjuta beb hingga berbillion, ribu-juta...tinggal wayang jer SPRM, PDRM, TaskForce, BNM...paling best Lanun-Bugis ada melalak...TUNGGU AUDIT...TUNGGU SIASATAN...PAC? AUDIT REPORT-OSA? AGC bukan Attorney General Chamber...more like AGCleaner...penyucian segala macam penipuan, perompakan dan songlap sana sini...masih ada maruah ke Melayu-Muslim-Bumiputera???

      Delete
  3. Kalau UMNO tak bodoh, tak kan depa sanggup letak penjenayah sebagai presiden mereka. Bila ada yang menuding kepada jenayah yang dilakukan, si pelapor pula yang disalahkan. Mereka terus-terusan hidup dalam penafian.

    ReplyDelete
  4. Muda sangat kpu pahang ni. Nak burukkan tdm, tapi jasanya sendiri hampeh berbanding 22 tahun jasa sebagai pm, blm lagi tambah jasa sebagai tpm, menteri, timbalan menteri, doktor, berbanding usia kpu pahang. Kecil dan muda dah pandai tabur fakta air liur. Fakta air liur la kalu setakat cakap bayar 5 juta usd. Tunjuk la trek perjalanan duit dari bank mana ke bank mana. Setakat air liur, budak kecil ni dah cuba belajar adab salah orang tua dalam umno. Jangan kpu pahang tonjolkan kebodohan kerana nak membela isteri mo1 utk jadi calon pru14.

    ReplyDelete
  5. Betoi kata KD, yang tinggal dalam UMNO semua tak cerdik...yang ada dalam Parti Cap Bunga semua cerdik2 belaka. Semua hebat2 belaka. HAHAHAHA

    ReplyDelete
  6. Semua orang mengaku orang dalam Parti Cap Bunga menrupakan orang2 yang paling cerdik di Malaysia

    ReplyDelete
  7. KD...patut lar aktif benor blogger bangang samsung A9 6% ni...rupanya baru dapat duit raya RM1000...blogger zaharin yg bg tau..lumayan gak kerja jilat bontot MO1 ni rupanya..kakitangan awam pun dapat RM500 jer...

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...