Tuesday, July 4, 2017

BENCIKAN DAP SENJATA TERAKHIR UMMO DAN PAS

Satu satunya isu yang digunapakai sebagai senjata tunggal oleh umno dan pas untuk menakutkan segelintir orang Melayu adalah Dap yang anti Melayu dan anti Islam - tujuan mereka bukanlah sangat nak selamatkan apa apa (setakat dibibir tu adalah)  tetapi lebih kepada nak kepung sisa baki Melayu sudah tidak terlepas kepada pembangkang. 

Tiada isu lain yang lebih berkesan dari ini, fitnah Tun sudah tidak begitu menjadi malah Tun terus mendapat sambutan sokongan,  isu camputangan luar juga tidak dapat membodohkan rakyat, sogokan projek dan peruntukan juga rakyat sambut dingin. 

Sikap anti cina secara umumnya akan menjadikan PAS akan gagal untuk mendapat satu undi pun dari non muslim dan umno akan dapat sedikit undi melalui mca dan mic. 

Jadi kenapa beria ia sangat umno dan pas menanamkan semangat kebencian kepada dap hakikatnya calon mereka tidak akan bertembung pun dengan calon DAP (?)

Strateginya mereka sekadar mahu pastikan pengundi Melayu turut membenci komponen parti Melayu yang berkomponen dengan DAP seperti PKR, AMANAH dan BERSATU. Segelintir mungkin terpengaruh tetapi majoritinya tidak lebih lebih lagi umno dilihat begitu buruk dengan kepimpinan sekarang, begitu juga pas yang turut menjalin ikatan sumbang. 

Lebih teruk kali ini,  calon mca dan mic yang akan bertanding di kawasan undi Melayu jadi penentu tidak akan mempunyai apa apa lagi harapan untuk menang. 

Umno akan hilang lebih banyak sokongan orang melayu berbanding PRU2014 dan akan undi paling merosot di kalangan bukan melayu. 



# Kupasan lanjut tentang benci DAP akan terus ditangkis dari masa ke semasa.

22 comments:

  1. KD ooiii, tak de sapa yg nak takut takut kan orang Melayu. DAP terang terangan anti Melayu, tak payah le nak salahkan UMNO atau PAS. Melayu yg bukan UMNO atau PAS pun tahu realiti ini.
    Tak payah le nak guna pakai perang psychology murahan.
    Kalau nak sekonkol dg DAP,sekonkol je la. Satu lagi, ape yg sakit hati sangat dg PAS, dia nak kawan dg sape pun dia punya hal. Pokoknya kalau PAS bersama PH, diam le cerita dengki ini semua.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulayu benci sama Cina , tatak hat punya maa aa . Wang bolih kasi jadi semua hat maa aa .

      Delete
  2. Ini aku bagi bukti umno kepanasan..

    *"Persamaan antara PAN dan DAP..."*

    Walaupun kepimpinan PAN adalah dari mereka yang bersama PAS suatu ketika dulu, namun pengaruh DAP ternyata lebih kuat mempengaruhi PAN.
    Sebagai contoh. Mengikut perlembagaan PAS, pemegang jawatan tertinggi dalam PAS iaitu Presiden, Timbalan Presiden, 3 Naib Presiden & 18 AJK Kerja PAS Pusat hendaklah dipilih dalam Muktamar Tahunan PAS setiap 2 tahun sekali. Mengikut Perlembagaan DAP, pemegang jawatan tertinggi iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, 5 Naib Pengerusi, SUA & Bendahari hendaklah dilantik oleh 20 Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP yang dipilih dalam Kongres Kebangsaan DAP setiap 3 tahun.

    Apabila meneliti Perlembagaan Parti Amanah Negara, ternyata pemegang jawatan tertinggi PAN dipilih mengikut kaedah yang digunapakai oleh DAP iaitu 25 Ahli Jawatankuasa Tertinggi yang dipilih dalam Kongres Kebangsaan setiap 3 tahun melantik Presiden, Timbalan & 3 Naib Presiden.

    Apakah persamaan kaedah pemilihan pemimpin tertinggi PAN dengan kaedah pemilihan DAP suatu kebetulan atau agenda yang dirancang?

    Hakikatnya *PAN lebih mirip kepada DAP dan jauh menyimpang dari acuan PAS*.
    Apakah parti yang sebegini layak untuk diberi kepercayaan memartabatkan Islam dalam negara ini? Perlembagaan DAP jelas bertentangan dengan syariat Islam. Apakah PAN bersama rakan dalam Pakatan Harapan mampu menghalang agenda besar DAP untuk mensakularkan negara ini???
    DAP ibarat abang sulong dalam Pakatan. Adik adik yang masih baru, muda dan tidak kuat, pastinya perlu dibantu oleh abang long. Jika abang long yang membiayai kewangan adik...apakah adik berani melawan kehendak abang long?? Begitulah ironinya hubungan PAN dengan DAP.

    Hakikatnya, apabila kita merujuk kepada Fasal 2 Perlembagaan DAP; Matlamat-matlamat perjuangan DAP adalah *Mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai Agama daripada diancam oleh Undang-undang yang bersifat menindas dan Akta-akta yang berunsur diskriminasi*. Hakikatnya, kerana itu DAP menentang keras pindaan akta 355, kerana itu DAP menyokong kebebasan beragama dan mahukan hak supaya orang Islam juga bebas menukar agama, kerana itu DAP menolak cabangan untuk memperkasakan kedudukan mahkamah syariah di Selangor!!!

    Justeru itu, adalah *WAJIB* kepada umat Islam untuk *menolak* perjuangan DAP! Yang peliknya ada orang yang faham agama bergelar Ustaz khususnya dalam PAN dan PKR , tapi sokong dan bersekongkol dengan DAP. Apakah ada perjuangan yang lebih mulia darjatnya dari menjaga kesucian agama dan memartabatkan kedudukan Islam paling tinggi tidak ada yang lebih tinggi dari Islam?

    *Tolak DAP, tolak PAN, tolak Pakatan kearah masa depan negara yang lebih aman, makmur dan sejahtera*. Amin

    Ikhlas daripada
    *Dato' Hj Zein Isma Hj Ismail*
    Ketua Penerangan UMNO Selangor /
    Ketua UMNO Bahagian Subang
    Isnin 3 Julai 2017; 19:27hr

    ReplyDelete
  3. Keghairahan budak najib nak haramkan DAP disanggah oleh Zahid swbagai karut.
    Kesian

    ReplyDelete
  4. Kah.... kah....kah....dikatanya UMNO kepanasan bila orang UMNO buat penganalisaan yang tidak memihak kepada PH. Bila baca penganalisaan orang yg tidak sekonkol dg nya mula la meroyan.

    ReplyDelete
  5. Kah kah kah umno kena le keras until yakinkan org melayu dap tu jahat, YG berkawan dengan dap jahat

    Hakikat bela penyamun, penjenayah SUCI

    KAKAKAKAHKAH

    ReplyDelete
  6. KD NAK ORANG MELAYU PELUK DAP KA ????? NAK KUASA SAMPAI NAK JILAT PARTI ANTI ISLAM...DULU BUKAN MAIN TOK DET DAN MUHDIN KATA DAP ANTI ISLAM, HARI NI BOLEH JILAT PL....PEMIMPIN JENIS APA CMNI...AUTA BETUI

    ReplyDelete
  7. Dh lama Thu blog ni pemakn dedak Dap..totok dap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysian CybertrooperTuesday, July 04, 2017 5:44:00 AM

      Bagus la kalau dah tahu... Tak payah masuk sini lagi. Kami pun menyampah dengan pembela kleptokrat.

      Delete
  8. Blog penhasut org melayu..Setiap org mlyu yg mkn hasutn utk cintakn dap Kau tangung la dosanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.sbb dap terang2 anti islam

      Delete
    2. Malaysian CybertrooperTuesday, July 04, 2017 5:51:00 AM

      Anon 5:43
      Yang ko sibuk suruh KD tobat ni kenapa? Ko pengang kunci Sorga ke? Masuk rumah orang tak diundang malu-malu la sikit.

      Anon 5:39
      Kalau rasa blog ni penghasut Melayu yg ko masuk buat apa? Ada org paksa ko masuk ke? Atau ko Terpaksa masuk sebab nak dapat dedak A9?

      Delete
    3. KD ada geng Malaysiancybertrooper..Balaci2 dap sdh pns...kihkihkih

      Delete
  9. BANGSA CINA HARAM TAK PERNAH HASUT BANGSANYA SAYANGKAN MELAYU TAPI BANGSA MELAYU YG BANGANG SANGGUP JADI BALACI HASUT BANGSA SENDIRI SAYANG DAP....BETAPA BODOHNYA BANGSA KU...SEJARAH MELAKA SUDAH BERULANG

    KAU TANGGUNGLA KD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju..Mengulangi kejatuhn empayar melaka Bila ujud balaci2 ni

      Delete
  10. Ini ke contoh melayu yang aku nak ikut, miliki akhlak sendiri yang baik, tak perlu hasut dap.

    Islam berkembang bukan atas dasar benci bangsa dan ugama lain.

    ReplyDelete
  11. KLUANGMAN, KALAU TAK FAHAM JANGAN MENYAMPUK....ORANG CAKAP MELAYU JADI BALACI CINA NAK HANCURKAN BANGSA SENDIRI....

    ReplyDelete
    Replies
    1. So is it ok PM01 lied through his teeth...telling people during Ramadan dia tak songlap masuk private account kemudian pecah rabak tembelang sampai jadi kelentong putar Alam dari derma hingga ke untuk melawan Isis yang belum pun timbul waktu tuh sampai ke lawan DAP....tapikan...belanja sakan tahu pulak bayar credit card dari account songlap 1MDB dan SRC...sekarang lebih robek tembelang berlian Jambu pun dah pecah dah...

      Oh Lupa najis tuh bugis-lanun-penyamun Wal-malaun....Melayu main kan Melayu hanya barisan pak menteri dan timbalan dan MT UMNO kut bersama dengan yang sembelit dedak 1MDB kat sini...

      Mana tak...di hantar nya imam ke ketua kampong ke umrah dan haji...dengan duit sengat, bukan dari harta tok nek moyang dia pun...itu pun dijaja nya macam duit kepala otak dia...

      Delete
  12. Banyak ke masjid / surau dap dah bena ?
    Selamba je, ceramah pulak dalam masjid pun ada, apa hal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon, berapa orang solat subuh di masjid dan surau setiap hari yang kau nak banggakan sangat jumlah masjid.

      Kau sendiri sejak solat raya, dah bwrapa kali jejak semula masjid?

      Delete
  13. ngko sembah tokong ke ?

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...