Sunday, July 2, 2017

KELANTAN RAYA DENGAN BENDERA PARTI

Seminggu aku di Kelantan dan besok bertolak balik ke KL, tidak sempat berjumpa dengan ramai kawan² politik kerana masing2 kesebokan dengan majlis parti dan keluarga. 

Senario politik macam tidak banyak perubahan dan boleh dikatakan tiada langsung mulut celupar untuk mempertikaikan percutian Tun ke London.   Sifat orang Kelantan yang biasa bermusafir tidak menjadikan mereka bangang untuk mempertikaikan sesuatu yang bukan isu pun. 

Cuma cerita najib sudah jadi wajib - BERSEPAH.. 



Kuantiti bendera berkibar sepanjang jalan atau di bangunan² di Kelantan  bukanlah menunjukkan kekuatan sebenar sesebuah parti cuma lebih kepada perang psikologi menyambut kepulangan perantau. Perang ini tiada atau terlalu sedikit di negeri lain. Di Kelantan boleh dikatakan suasana bendera parti politik di kiri kanan sudah jadi wajib atau biasa. 


Pemerhatian kali ini seperti dijangka bendera AMANAH lebih banyak dan meriah bertebaran seluruh Kelantan terutama di kubu kuat bakal calon MB Kelantan dari PH,  lebih banyak dari bendera BERSATU yang tertumpu di Ketereh. 

Bendera BERSATU pula mengatasi bendera PKR dan akhir sekali bendera PAS yang tercorot di buminya sendiri. Bendera umno macam tak kelihatan atau mungkin sudah pupus,  tidak semegah berkibar seperti pengakuan Anuar Musa,  umno sudah mula diterima anak muda Kelantan. 

Seperti yang dikatakan,  ini bukan ukuran kekuatan sebenar... Tetapi dari sudut lain,  kaki pacak bendera PAS dan kaki pacak bendera umno sebelum sebelum ini sudah berhijrah ke AMANAH dan BERSATU. 

Apapun kita berharap lebai² tidak perlu risau.. 
Nik abduh tak perlu rasa goyang. 




# Realitinya sekarang,  seluruh negara,  nak pakai baju ada lambang dacing dan bulan pun dah malu,  nak pacak bendera pun dah tak semangat,  nak sembang kencang di kedai kopi memang dah sepi.. Kalau ada pun sembang sesama sendiri,  syok sendiri. 

17 comments:

  1. Tulisan & analisa sYOk sndiri. Steady bro admin, layan diri.

    Kikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakit hati ke? terimalah realiti.
      rata2 sembang pasal umngok ni..ramai dah menyampah

      Delete
    2. realiti apanya. itu namanya ulasan syok sendiri. sebab tak suka pas dan benci umno maka admin buat ulasan macam burung helang di atas bumi nampak semua. wal hal, sepanjang berada di kelantan, berapa kerat ceruk yang dia pergi. kalaulah dia drive sendiri serata ceruk, kalau tak nampak bendera hijau maka mak dia memang hijau....maaf jika terasa.

      oh ya? sembang pasal umno (malaun atas tu tak reti eja) ramai yang menyampah? sejak pru ke 12 dulupun itulah ceritanya. tapi bila mengundi maka lambang dacing tu juga yang dipangkah. maksudnya si mulut celupar ni minoriti je, sebab bising nampak macam ramai. seumpama murai, sekor je tapi bising ya amat...

      Delete
    3. 705 apa pula ulasan anda?....Kalau anda anak kelantan berilah ulasan sendiri

      Delete
  2. realiti di kelantan dan terengganu.. ajk umno bahagian ramai dah menjadi sesumpah.

    ReplyDelete
  3. Kd,apasal jb byk org kelantan sekarang?? Pasir gudang patut ank tempatan kerja sebab itu lubuk mas bagi org joho!! Tapi tgk byk kelantan!!

    ReplyDelete
  4. Posting nak sedap kan ati sendiri... kikikiki.. apa2 pun jgn panikkk... kikikiki...

    ReplyDelete
  5. Bukan dari pru12 yang kata Umno akan hancur.. tetapi sejak dulu sampai sekarang macam tu la dok kata..tapi sampai sekarang pun umno gak memerintah...insyallah pru14 umno/bn akan rampas semua negeri dan majoriti mudah....takbir Allahuakbar....perkenankan ya Allah

    ReplyDelete
  6. Matlamat kd untuk meroyankan yang makan cili sudah sukses.

    Mereka sedang jadi pak pandir, melawan arus realiti kebangkitan rakyat.

    PH hanya perlu kemaskini kelemahan dan kekurangan.. Majoriti rakyat dan sokongan demi sokongan sedang meningkat.. Kapal bugis dah bocor

    ReplyDelete
  7. Kami bagi pihak PAS dengan ini memberikan kemenangan percuma kepada PAN Imayam & DAPigs dalam pertandingan pasang bendera parti di Kelantan! Yeah!!!

    Juga Pihak PAS nak bagi free ucapan tahniah kepada Huse Muse kerana dilantik oleh DAPigs sebagai bakal MB baru Kelantan! Yeahhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun ni pas dan umno upah bangla pasang bendera..

      Delete
    2. pru dulupun macam tu juga. umno upah bangla dan indon pasang bendera. peliknya lepas pru boleh pulak umno banyak menang kerusi. kot2 bangla pasang bendera yang mengundi kot...kah!kah!kah!
      pru akan datang ni pas akan ikut cara umno, upah bangla dan indon pasang bendera. tapi nak bagi tahu awal ni, jangan jeles ye kalau nanti kerajaan yang terbentuk adalah kerajaan campuran bn & pas. jangan kata tak bagi tahu awal ye....

      kalau boleh tangkap, tangkap la bangla yang mengundi masa pru akan datang. kot2 bangla ni yang memenangkan bn dalam pru yang lepas.

      Delete
  8. wahai sekalian rakyat kelantan. adalah diumumkan bahawa bakal menteri besar kelantan yang baru paska pru14 adalah husam bin musa daripada parti amanah. parti ini ditaja oleh dap. jika anda sukakan beliau menjadi menteri besar anda, sila pangkah beliau.

    ReplyDelete
  9. Lim kit siang memberi gambaran kepada bukan melayu kelantan supaya memilih PAN dan menangkan PH di Kelantan.

    Manakala Husam mempunyai pengaruhnya tersendiri.

    ReplyDelete
  10. Terus menyelak nyelak, menggali gali mengaibkan orang lain yg tak sekonkol dg kita sampai lah PRU 14 nanti. Menang sorak tak semestinya menang dlm pertandingan. Pengundi terhibur dg dendangan PH tetapi semasa mengundi nanti belum tahu PH.

    ReplyDelete
  11. Dgn campurtgn lks dlm tentukn MB klntn menunjukn dap Abg bsr dlm pakatan..

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...