Friday, August 18, 2017

LIM KIT SIANG MENGAMUK PASAL TUN

Lim kit siang hari ini melahirkan rasa kecewa ke atas sikap Pemuda umno Malaysia kerana merampas gelaran Musuh Utama Melayu Adalah Lim Kit Siang dan memberikan gelaran tersebut yang dipegangnya sejak lima abad kepada Tun Dr Mahathir Sebagai Musuh Utama Melayu terkini. 



Tempelak lim kit siang kepada Pemuda umno,  dia kecewa tidak dihubungi dan di ajak berunding sebelum gelaran itu dilucutkan. 

Kikikikiki






# Apa kaitan Melayu dan umno? 
Melayu memerlukan umno,  atau umno yang memerlukan melayu,  kena sedar diri sikit.. 
Orang melayu sudah tentu menolak melayu korup dalam umno.. 

33 comments:

  1. Mesyuarat Pemuda Cawangan2 UMNO nak dapat korum 10 orang pun payah..ada hati konon nak label Tun Mahathir yg banyak jasa sebagai musuh Melayu. Apa jasa si Budak hingusan ini...namapun tak ramai yg dengar & kenali.

    Malulah sikit... berapa ramai Pemuda UMNO mendaftarkan pemuda2/belia2 sebagai pengundi...?? Mana ada...asyik syok sendiri dan glamer memperagakan gaya hidup mewah hasil suapan & kaut tender adalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Othaman kadok nama diberi
      Gelaran datuk hasil melobi
      Masa berkhidmat diam mcm takut bini
      Bila pencen kalut nak tunjuk gigi

      Delete
    2. Takut bini?
      Weh tu kelebihan najib.

      Rosmah jadik menteri kewangan kpd menteri kewangan msia..

      Delete
    3. Cukup ramai bro... kau pasti terperanjat!
      Pemuda dan Puteri bergerak umpama diam-diam ubi berisi.

      Delete
  2. Buat Pemuda UMNO dan juga Kojolla dan yg sewaktu dengannya.....

    Di bawah pentadbiran Tun Mahathir, UMNO yang menjadi tunggak kepada Kerajaan Barisan Nasional telah memenangi kesemua Pilihan Raya Umum pada 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999 dengan Cemerlang meraih dua pertiga (2/3) majoriti. Pak Lah & Najib tercungap-cungap hanya menang cukup2 makan...malah 5 negeri buat pertama kalinya jatuh ke tangan pembangkang.

    Tun Dr. Mahathir telah digelar sebagai “ Bapa Pemodenan Malaysia ” dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun mulai 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003. Sebagai pemimpin negara, Tun Dr. Mahathir telah membawa banyak perubahan-perubahan kepada rakyat dan mengatur program untuk generasi yang membangunkan bangsa Melayu agar setanding dengan mana-mana bangsa di dunia. Banyak telah diperkenalkan dan kejayaan-kejayaan yang besar dicapai di zaman pemerintahan beliau dari segi mengubah corak pemikiran, ekonomi, pendidikan, etika sosial dan budaya hidup rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu dalam menghadapi era globalisasi dan liberalisasi untuk menghadapi abad ke-21.

    Tun Dr Mahathir telah melakukan banyak perubahan di dalam pentadbiran negara. Semenjak awal pelantikan, beliau telah menyeragamkan sistem dan cara bekerja dengan mengadakan sistem kad perakam waktu, pengenalan tag nama, sistem simpanan fail, urusan surat menyurat dan pos, panduan dan penyelarasan dalam segala urusan pejabat. Selain itu, beliau juga telah memperkenalkan slogan di dalam pentadbiran awam negara di antaranya Kepimpinan melalui Tauladan, Dasar Pandang ke Timur dan Penerapan Nilai-Nilai Islam di dalam pentadbiran. Melalui usaha ini, telah banyak perubahan telah dilaksanakan seperti etika kerja yang baik, penerapan nilai-nilai murni yang positif, rajin, efektif serta efisyen dan lain-lain. Beliau juga telah melancarkan usaha memerangi Rasuah dengan slogan “Bersih, Cekap dan Amanah” kepada semua pegawai dan kakitangan kerajaan.

    Di zaman pentadbiran beliau, masalah ekonomi dunia telah dilanda kegawatan manakala krisis matawang melanda kebanyakan negara seluruh dunia terutama negara-negara Asia seperti Thailand, Filipina dan Indonesia. Beliau telah berjaya menyelesaikan masalah ini dengan menambat mata wang ringgit Malaysia kepada Dollar Amerika. Badan Kewangan Dunia seperti Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF) telah mengkritik tindakan beliau namun ia terbukti berjaya apabila Malaysia merupakan satu-satunya negara yang terlepas dari belenggu kegawatan dan pelbagai syarat yang ditetapkan oleh mereka. Tindakan berani dan bijak ini telah mendapat pujian daripada Horst Kohler, Pengurus Besar IMF.

    Tun Dr Mahathir mempunyai aspirasi yang begitu tinggi untuk menyatukan setiap matlamat negara ke arah pembentukan sebuah negara yang membangun. Beliau mempunyai pandangan yang jauh untuk kesejahteraan dan kemakmuran, dan menebus maruah bangsa, memajukan negara dan meletakkannya di persada antarabangsa. Segala perancangan adalah di dalam bentuk jangka panjang menunjukkan satu titik permulaan dan penyatuan negara secara keseluruhannya. Tun Dr Mahthir telah berjaya merealisasikan impian dan harapan rakyat selaras dengan kehendak Wawasan 2020 ke arah kemajuan negara. Wawasan 2020 yang telah diperkenalkan oleh beliau dijadikan sebagai asas dan panduan untuk mencapai matlamat negara yang maju dan sistematik dari segi sains dan teknologi, ekonomi dan infrastruktur bertaraf dunia.

    Sayang sekali semuanya hancur ranap bila Pak Lah & Najib tidak mampu dan cuba memandai-mandai ubah hala tuju yg telah disiapkan oleh The Grand Old Statesman.

    Sekian harap maklum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tambat duit...pastu interest bank naik mencanak...loan interst naik menggila sampai banyak umah kena lelong....projek terbengkalai merata kl...caitt poodah...dulu boleh laa kencing...skang dah ada internet beb...semua boleh google..

      Delete
    2. Memang tu yg bank dunia suruh buat tapi Tun M dapat sekat dan interest sta bil .Tu la komen tapi malas nak buat kaji selidik tolong baca buku pakar ekonomi yg puji tindakan Tun M dapat mengatasi masalah tersebut bukan menambah beban rakyat.

      Delete
    3. Ya lah, kerugian dlm urusniaga forex usd 10 billion pun bank dunia jugalah yg suruh

      Delete
    4. Anon 7.39. Tak dpt jawab, merapu pulak. Dasar pemakan dedak. IQ tahap moron.

      Delete
    5. Pemakan taik marah pd pemakan dedak.

      Delete
    6. Anom 4:31... saya rasa anda mereka2 cerita.

      Cerita naik interest tu sebelum ringgit ditambatkan... Anwar jadi menteri kewangan. TunM yg menyelamatkan Malaysia... selepas ditambat, semua rakyat tak merasa pon kegawatan ekonomi walaupon rakan2 saya dirantau asia begitu kelam kabut.

      Bagi saya TunM adalah wira sebenar. Bertuah Malaysia mempunyai PM yg bernama Mahathir. Kalau compare dgn PM sekarang asyik kerja nak 'jual' Malaysia aje terutama ke China.

      Tak tahu kah company china hanya jadikan rakyat Malaysia sekadar "hamba abdi"? Segala keputusan penting dan kerja penting hanya rakyat China saja buat...

      Sedarlah rakyat Malaysia... kita tidak ada negara lain kecuali Malaysia. Selamatkan Malaysia dari peminpin yang korup dan penyamun.

      Delete
    7. Kanak-kanak 4:31pm ni bukak cerita apa interest naik tinggi lepas currency pegging ?

      Orang2 tua dengau ayat dia terus bersin la.

      Cerita sebenar nya Anwar Ibrahim umum semua hutang tak berbayar 3 bulan berturut2 kena dilapor sebagai NPL. Kanak2 4:31pm ni entah2 NPL pun tak tau apa dia !
      Lepas daripada itu, interest rate mula naik mendadak. Lintang pukang ni mula reda bila Dr.Mahathir peg Ringgit Rm3.80/$ dan segala-gala Ringgit yang berada di luar Malaysia diundang dikembalikan ke Malaysia atau hilang nilai. Ringgit Malaysia tidak lagi diniagakan di luar Malaysia.

      Toksah buat cerita karut la.

      Aku jual rumah pasal instalment naik berganda sebab loan rate naik sampai 17%. Sebelum currency pegging tu.

      Disebabkan currency pegging ni mid 1999 nampak ekonomi Malaysia bertumbuh semula.

      Baghal punya kanak-kanak 4:31pm.
      Pergi sekolah pondok ke ?

      Delete
    8. Zaman Tun M
      PRU-5 Tahun 1978 BN menang 130 daripada 154 kerusi parlimen (84.42%)
      PRU-6 1982, 132 dp 154 (85.71%)
      PRU-7 1986, 148 dp 177 (83.62%)
      PRU-8 1990, 127 dp 180 (70.55%)
      PRU-9 1995, 162 dp 192 (84.38%)
      PRU-10 1999, 148 dp 193 (76.88%)
      Zaman Tun Abdullah
      PRU-11 2004, 198 dp 222 (90.41%).
      PRU-11 tahun 2004 adalah yang terbaik dalam sejarah BN sejak PRU-5 tahun 1978. Ini kerana pengundi/rakyat Malaysia meraikan pengunduran seorang Raja Mamak yang terlibat dengan banyak skandal-skandal yang melibatkan berbillion wang rakyat samada kerugian, songlap, atau pembahagian dedak secara pukal kepada anak-anak dan kroni-kroni.
      Pada PRU-8 tahun 1990, BN menghadapi cabaran getir dalam pilihanraya ini selepas insiden UMNO diharamkan pada 1988 dan seterusnya berpecah kepada UMNO BARU pimpinan Tun M dan SEMANGAT 46 pimpinan Tengku Razaleigh.
      Satu perkara penting yang perlu diperkatakan di sini adalah andaikata DS Najib belot dan menyebelahi SEMANGAT 46 pada pilihanraya ini sangat-sangat pasti Tun akan tersungkur dan Perdana Menteri pada masa itu akan disandang oleh Ku Li. Tetapi atas dasar sayangkan parti (UMNO dan BN) dan setia kepada pucuk pimpinan (Tun), DS Najib memberi sokongan yang tidak berbelah-bagi kepada Tun walaupun DS Najib dipujuk oleh parti pembangkang berkali-kali.
      DS Najib sekali lagi menyelamatkan kedudukan Tun pada PRU-10 tahun 1999 sesudah UMNO sekali lagi berpecah yang mana kali ini tertubuhnya parti serpihan PARTI KEADILAN NASIONAL pimpinan DS Anwar. Sekali lagi DS Najib menunjukkan kesetiaannya dan tetap menyokong Tun.
      Kini Tun sudah lupa jasa-jasa DS Najib bagai perumpamaan ‘kacang lupakan kulit’.

      Delete
    9. Tragedi kejatuhan ekonomi Malaysia pada tahun 1997 adalah akibat daripada rentetan kesilapan, kealpaan, ketidaktelusan dalam urustadbir ekonomi negara oleh pemimpin itu sendiri pada masa tersebut.

      BNM Forex, BMF, Perwaja, A4 Skyhawk, Maminco, IPP adalah antara punca-punca kehilangan wang negara.

      Maka sayugialah pemimpin tersebut bertindak untuk membetulkan kesalahan dia sendiri.

      Delete
    10. Jika tidak berlaku kehilangan wang dengan kala yang besar tersebut sudah tentulah negara dapat menghadapi krisis matawang tersebut dengan mudah.

      Delete
  3. Sebut jer KELDAI KELDAI dungUMNO, memang ya pun keldai hanya mahu kejar lobak yang yang digantung depan hidung....kojollah tuh keldai tahap dungu pun....

    ReplyDelete
  4. Kita akui sememangnya tun membawa pemodenan kepada Malaysia. Kita bangga ada KLCC, KL tower dan litar F1. Yer pemerintahan paling lama 22 tahun tetapi pemodenan yang tak seimbang timur dan barat dan juga borneo dengan semananjung. Moden teknologi dan pembangunan tetapi dari segi sahsiah dan modal insan jauh dari teknologi tak seiring.atas dasar teersebut pak lah buat modal insan. Ada teknologi takda modal. Tapi kena cantas.
    zaman pm sekarang beliau cuba rapatkan timur dan barat dan bangunkan borneo. Bawak perkhidmatan awam dekat dgn rakyat seperti UTC dan RTC. Sebab pembangunan tak seimbang ada yang nak keluar malaysia dan rasa cemburu antara rakyat negeri.
    Nak kata kedua2 pm selepas tun Ranapkan BN tak adil sebenarnya kerana ia bermula apabila tun pecat timbalannya kesannya sampai sekarang...wasalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waktu AI dipecat dia diberi peluang membela diri...the rest is history!

      TSMY dipecat...sila rujuk cara dan bagaimana Dan kenapa...kalau tuh pun tak leh nak hadam....jangan berpura pura ada 'sentimental' side dengan kejayaan Tun M memerintah berbanding Penyangak, Penyamun, Perompak, Pencuri, Penipu lanunajibugisonglap melalui 1MDB!


      Sampai sekarang Tun M dan ramai lagi gelar Najibugislanun Pencuri...saman tak lagi...selasa, selasa oh selasa! Nih belum lagi WSJ, SR, FT, SCMP, ABC dan keliling akhbar dunia melontar 'FITNAH'...tak juga saman!

      Sekarang pulak punya Keldai dungUMNO bengap main sentiment Tun M anti Melayu melewati LKS?

      Apa punya dah jadi 2.6 billion dungUMNO nih ah?

      Delete
    2. Skandal BNM Forex adalah skandar yang terbesar yang berlaku di antara tahun 1987 hingga 1992 yang melibatkan kerugian wang negara melebihi USD10 billion atau bersamaan dengan RM25 billion. Jika duit itu dimasukkan dalam simpanan tetap pada 1992 dengan kadar faedah 5% setahun, jumlahnya pada tahun 2017 adalah lebih kurang RM80 billion.

      Banyak gila tu! Lebih kurang 30 kali ganda RM2.6 billion yang dikatakan hilang (belum terbukti lagi tuh!). Itu baru satu belum dikira yang lain-lain lagi...

      Delete
  5. Korang gelarlah apa pun pd tun...kami tetap sokong bersatu. Umno sdh rosak..biarlah parti ini mampos je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. UMNO dah rosak. UMNO adalah musuh rakyat Malaysia.

      Delete
  6. patutnya budak azwan yang tak ada pun jasanya pada negara, agama dan bangsa tu kata TDM tu musuh dedak. UMNO terutamanya pemuda umno musuh melayu kerana ketua pemudanya nak hapuskan semua keistimewaan melayu kerana malu memilikinya. sapa sebenarnya musuh melayu sekarang? tak lain dan tak bukan umno sendiri diketuai oleh kj, ketua pemuda umno. memang patut kit siang marah kerana mereka salah sebut orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutlah budak berhingus pkr pun dapat bina banglow ala Disneyland, hasil jual nasi lemak pd indon & bangla rupanya.
      Lupakan politik, ayuh kita jual nasi lemak pula.

      Delete
  7. Dulu hina janggut nabi, konon nabi simpan janggut sbb tak ada gilette pd masa tu.
    Sekarang buat perangai pulak dgn memanggil isa alaihissalam kpd isa samad (konon bergurau diikuti dgn ketawa hilai audien bodoh parti cap bunga).
    Tak apalah tun, carilah keuntungan dunia yg sedikit ini dgn mempersendakan nabi dan rasul sekalipun, asalkan popular dan dpt sambutan.

    ReplyDelete
  8. Tak nak ulas ke fatwa hadi.. Orang umno kapir dan tercetusnya peristiwa memali kerana bersandar fatwa sesat
    Tak nak ulas ke fatwa najib.. Duit masuk akaun peribadi sebagai derma walaupun sebelum ini nafi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolong tanya ustaz kau, apa hukumnya kita menghina sunnah Rasulullah, memperlekehkan hukum hudud dgn mengatakan ianya tidak sesuai dgn zaman ini? Bezakan di antara tidak berkeupayaan dengan tidak bersesuaian.

      Delete
  9. Datuk Seri Anwar dan pemimpin melayu dr parti lain asalnya dari UMNO dan menentang UMNO.
    Pemuda UMNO label Tun Mahathir musuh utama melayu yang berusaha menghapuskan UMNO.
    Melayu tak hilang didunia bro, UMNO tetap sebuah parti berdaftar yg perlu diurus . Tak tahulah kalau ROS yg jahanamkan pertubuhan UMNO ni. …. Spt ROS notis mau batalkan DAP kih kih kih.
    Lain kali cakap biar terang bro…..
    Sekarang bukan masanya lagi buat pemuda menggunakan ‘ Tun Mahathir’ sebagai punching bag. Tak ambil ikhtibar ke….. apa yg TPM dapat setelah menggelar TUN Mahathir bukan melayu yg 22 tahun tipu melayu.
    Wahai Pemuda UMNO yg berijazah , berlatarkan pendidikan tinggi……,
    Mengakulah dengan ikhlas . Tun Mahathir pernah beritahu , pernah cakap dan nasihat sebelum kuar UMNO. Tapi UMNO tak kisah pun. Lagi UMNO sisih Tun M dan keluarga TUN M dari UMNO ada le.
    Tak perlu gusar dengan Tun Mahathir. Jika UMNO, parti yang paling lama memerintah sudah dapat menghidu sudah boleh merasa sudah resah tentang orang melayu yang sudah menentang UMNO kena menerima hakikat arus perubahan dan dinamik minda melayu hari ini tidak boleh disamakan dngan ahli-ahli UMNO yang malayu tetapi masih tak terkeluar suara isi hati melainkan hanya mahu menongkah langit tetap akal poiltik tak panjang.
    Hanya orang melayu sahaja boleh lawan dan tegur menegur sesame melayu…. Ada faham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 8:23 Bro your style menegur berhemah is good bro infact, commendable! But, the like Jamal Jamban Azwan Donkey and worst their President employing degrading remarks such as Bangsat, Haramjadah, Bangang, Sekor Sekor...these donkeys don't deserve anything less but the same shit they afforded to others...

      That said you do it what you see fit, cheers!

      Delete
    2. 9:37 Aku rasa kalau kau duduk kat Amerika, kau dah jd jutawan sbb bahasa Inggeris yang kau guna sesuai utk skrip filem lucah di sana. Lebih-lebih lagi kalau kau sendiri yg berlakon filem lucah tu dgn bini kau.

      Delete
    3. 10:05 hasn't been able to dump the shit he's got from the heart of his bottom right up to his hollow within the cranium.

      This donkey 10:05 is missing the 4 lobes ie. Frontal, Temporal, Occipital, Parietal which could well be just donkey's shit anyway.

      Oh by the way,

      I do live in America

      I am Muslim first.

      I am Malay next.

      And, by the Grace of ALLAH, I am a millionaire.

      The 'lucah' side, I don't intend to be....

      Songlap dari Papatiri and went into producing an Adult rated Wolf of Wall Street! All from DUIT songlap ke curi 1MDB kemudian kata derma...that Riza Aziz is a champion but Najibugislanun is 2.6 billion bigger despise...champion, got it?

      MLN

      Delete
    4. Eloklah kau duduk di Amerika dan mampus kat sana. Buat apa nak ambil tau sgt hal politik Malaysia ni? Filem lucah anak tiri najib dah tengok ke belum?

      Delete
    5. teringat kata tmj 'melayu busuk hati'hehehe inilah contohnya.

      Delete
  10. UMNO dan orang Melayu sesungguhnya saling perlu memerlukan. Sungguh benar bagai dikata pemimpin-pemimpin UMNO yang korup sudah tentu ditolak oleh orang Melayu. Dan mereka-mereka itu semua samada telah dipinggirkan dan akhirnya sedar diri serta malu dan keluar daripada UMNO atau dipecat.

    Kini UMNO telah bersih daripada anasir-anasir jahat. Kuat, mantap dan kukuh. Tiada lagi:

    - Serigala berbulu domba
    - Musang berbulu ayam
    - Musuh dalam selimut
    - Gunting dalam lipatan
    - Duri dalam daging

    Bahtera UMNO kini hanya ada satu nakhoda iaitu DS Najib aka Si Pahlawan Bugis yang disokong padu oleh akar umbi, cawangan, bahagian dan negeri yang sentiasa bersiap-siaga untuk menghadapi musuh-musuh yang terdesak untuk menghancurkan UMNO dan BN.

    InsyaAllah bahtera UMNO akan terus berlayar gagah dengan memenangi PRU-14 dan PRU seterusnya.

    Satu rahmat yang tersembunyi ialah pengkhianat-pengkhianat ini bukan saja keluar daripada UMNO tetapi mereka membawa sekali racun-racun dan onar ke pihak musuh yang akan menjahanamkan musuh itu sendiri. Mati beragan la mereka dengan racun-racun itu.

    Hidup DS Najib, hidup UMNO, hidup BN. InsyaAllah.



    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...