Thursday, September 14, 2017

DO YOU THINK TRUMP WILL CARE..






Tiada langsung kenyataan Trump berhubung DOJ , 1MDB dan tiada juga keberanian PM untuk berdepan dengan wartawan secara terbuka untuk menjawab apa sahaja persaolan.









ILMU JPJ
# Apabila kita kena saman AES, ada dua pilihan..
1. Bayar kompaun atau
2. Didakwa di mahkamah

Pilihan yang selalu diambil bagi orang yang tahu dia bersalah, ialah membayar kompaun kerana kebiasaannya jika ke mahkamah, hukuman akan lebih berat, denda yang lebih tinggi dan mendapat kemaluan besar.

39 comments:

  1. Ok..habislah duit hari tua kd..gilalah berbillion2 tuu..soping sakan pm najib.. Macaii kata semuanya OK..πŸ‘πŸΏπŸ‘„πŸ‘…πŸ‘…

    ReplyDelete
  2. Sibuk nk jaga ekonomi us apakejadahnya?? Kt malaysia rakyat disuruh berkorban demi kesejahteraan negara katanya,harga mnyk apa cerita?? Mencanak naik terus!!

    ReplyDelete
  3. Rilek bro! Rilek. Kita dapat tau najib akan guna magik dia sebagaimana dia buat dgn duit yg dikatakan derma tu. That guy got a plan. Kena trump ngan najib kali ni. Kita semua dah lunyai kena ngan najib. Lepas ni bill gates, zukerberg, jeff bezos semuanya ada dalam senarai najib. That guy is brilliant!

    ReplyDelete
  4. Berani kerana benar, takut kerana salah.

    Apa perlunya DS Najib takut dengan saman sivil DoJ yang sebenarnya tiada kaitan dengan 1MDB itu? Dua kali saman diumumkan, dua kali ia menjadi senyap sunyi.

    Loretta, Peguam Negara AS lantikan Obama, rupanya adalah dalang pengubahan wang haram ibarat 'harapkan pagar, pagar makan padi'.

    Sandra pula hanya Pemangku Peguam AS begitu juga Andrew McCabe, bekas Pemangku Pengarah FBI. Mereka berdua hanya Pemangku yang 'lebih sudu daripada kuah' dan terlibat sama dengan Clinton Foundation.

    Siasatan jenayah DoJ ke atas Clinton Foundation yang terlibat dengan pengubahan wang haram yang dana-dananya daripada kartel-kartel dadah, wang curi daripada IPIC, dan wang-wang sogokan dll sedang berjalan yang diketuai oleh Jeff Sessions dan Christopher A. Wray atas arahan Presiden Trump. Ia secara langsung akan membersihkan DS Najib dan 1MDB yang difitnah oleh musuh-musuh politiknya. Itu juga adalah manifestasi kepedulian Trump kepada Najib sebagai seorang sahabat.

    Siasatan jenayah tersebut pastinya akan membongkar pelaku-pelaku jenayah yang terlibat dengan pengubahan wang haram samada di Amerika, England, UAE, Switzerland, Singapura, Hong Kong dan Malaysia.

    Jadi...

    Wang IPIC yang hilang disamun dan dicuci oleh Clinton Foundation, buat apa pula DS Najib dan 1MDB nak menghiraukannya dan menanggungnya.

    Wang BSI Bank yang hilang akibat pecah amanah oleh pegawai-pegawai BSI Bank itu sendiri, buat apa AG Apandi nak membuang masa melayan AG Swiss.

    Dan walaupun laporan audit dan PAC di akta rasmi rahsiakan (OSA) tetapi 5 wakil pembangkang dalam PAC mendapat akses sepenuhnya ke atas laporan-laporan tersebut. Jadi laporan-laporan itu telah menjadi rahsia umum.

    Kalau merasakan DS Najib terlalu degil, macai-macai boleh berpakat ramai-ramai untuk memohon penubuhan RCI daripada YDPA. Bila RCI telah ditubuhkan dan siasatan dijalankan, DS Najib pasti tak boleh nak mengelak lagi. Laporan-laporan tidak akan menjadi rahsia lagi kerana titah YDPA lagi berkuasa. Jika terdapat bukti-bukti jenayah nyata yang mengaitkan DS Najib, heretlah beliau ke mahkamah untuk diadili dan dihukum.

    Jadi yang menuduh DS Najib bukan-bukan, apalagi mulakanlah langkah jika benar-benar kamu mempunyai bukti mengatakan DS Najib bersalah.

    ReplyDelete
  5. Tolol ke apa ni...? Rakyat berhempas pulas setiap hari..harga barang tak turun2..makin naik. Siswazah ramai tak ada kerja. Tiba2 nak pi tlg negara kaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gaji kau nak suruh naik
      Harga barang kau nak bagi turun
      Ini teori ekonomi drp buku mana yg kau baca?
      Nampak sgt kau ni mangkuk jamban

      Delete
    2. Teori negara miskin nak tolong negara maju..
      Teori tembwrang..

      Delete
    3. Tapi yg peliknya duit derma yg dipulangkan balik tu masuk akaun tanore finance kepunyaan eric tan aka jho blo job. Hmmmm.....

      Delete
    4. Salah tu! Berani kerana salah, takut kerana benar! Sbb tu najib takut nak saman wsj, sbb dia benar!

      Delete
    5. Siapa yang lebih miskin sebenarnya Amerika yang mempunyai hutang USD17.9 trilion atau Malaysia yang hutangnya cuma USD0.87 trilion?

      Delete
  6. Perghhhh... Hebat betul PM NAJIB ni ye.. Kuasa besar pun tunduk dgn dia.. Dulu berdegar degar kata banyak negara nk tangkap dia.. Tak sangka ye betapa hebatnya plan NAJIB ni sampaikn Kuasa Besar Dunia semuanya tak berani tangkap dia.. Banyak betul duit NAJIB ni sampai seluruh dunia makan dedaknya..

    Kalau tak bingai tentu PH tak ada BARUA....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manjing sekor ni x pernah dengar diplomatic immunity! Tapi udah namanya manjing, apa nak expect!

      Delete
    2. Macy, untuk makluman tuan..

      Hanya barua yang pernah jadi barua saja bercakao pasal barua...

      Delete
    3. Kaulah tu! Aku x pernah sebut pun perkataan tu!

      Delete
    4. PELIHARAAN DAPig's 9:19..

      Berbicara tentang diplomacy immunity...

      Rasa nk terberak pun ada bila mendengar spesis tukang salak ni mengajar itu dn ini mengikut selera TUAN DAPig's yg membelanya..

      Nk tanya ni?

      Jing.. Bukan ke puak belaan mcm kau ni yg selalu menyalak bahwa NAJIB tak berani ke USA sebab takut ditangkap??

      Jd selama ni kau pun kena kencing la dgn TUAN yg pelihara kau tu?
      Sekarang baru tersedar ke adanya diplomacy immunity??

      Selamanya kau jd BARUA TUKANG SALAK!!!!!

      Delete
    5. Kesian tengok manjing yg cuba mempertahankan tuan jho lo dan terpaksa tangkap muat dalam berhujah. Tapi x heranlah sbb manjing bukan berhujah pakai fakta, dan mereka sebenarnya bukanlah berhujah, tetapi lebih kepada lolongan salakan untuk menjauhkan sesiapa yg dirasakan mengancam tuannya. Tidak pernah dalam aku punya posting ada mengatakan bahawa najib akan bermasalah sekiranya beliau pergi ke us. Jadi sorry la manjing ye, kau menyalak salah tempat!

      Delete
    6. BELAAN DAPig's. 5:03

      Aku terasa nk terberak lg la bila baca salakan kau yg amat berfakta tu.. Ek eleh.. Tak ngaku le tu jd belaan manja DAPig's.. Takde sape pun sokong Jlo lo.. Dia x bertanding pun pd PRU.. Tp TUAN TUAN BESAR DAPig's kau tu adalah calon PRU.. Kenapa kau selalu menyalak?? Utk ape dn siapa?? Hehehe.. Nk cover le tu.. Jilat le puas puas TUAN DAPig's kesayangan kau tu supaya PUAK EVENGELUS ni boleh menang PRU.. Tahniah bro kerana membuktikn salakan anda la yg paling nyaring setakat ini.. OK OK.. Lepas ni aku cuba tak nk usik TUAN BESAR DAPig's kau lg.. Aku takut bro dgn gonggongan setia kau ni pd setiap komen yg mengusik TUAN DAPig's kau tu.. Tak caya? Lepas ni tentu ada salakan dr kau..

      Delete
    7. Hanya nak mengucapkan tima kasih kpd manjing yg memahami. Akhirnya ada jugak manjing yg pakai otak walaupun masih tiada fakta.

      Delete
  7. Betul yu kau tak pernah sebut barua tapi kau suka sebut manjing.Macam lah kau tu anjing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok tu! Lagi sekali kau sebut perkataan tu... man man (jing)

      Delete
  8. Seperti yang diulas berhubung pertemuan Najib Trump..seperti pasukan bolasepak Pekan jumpa Liverpool.. Pemain akan masukan gol sendiri.

    Seperti kata orang kg cherok tok kun dan kota belud, kamera di balai polis pun tak terbuat ada hati nak bantu ekonomi yahudi..

    Ertinya najib dan umno sudah cukup ranum untuk gugur sendiri tanpa perlu lagi pembangkang bersusah payah menjolok.

    Tak gugur hari ini, besok masih ada.

    Tak perlu tangkap atau buru, akan sendiri masuk jerat.

    Pertemuan dan isi pertemuan 6 minit sudah tidak dapat ditarik balik, sudah diperkatakan sekarang, akan dinilai sejarah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejarah telah tercatat, najib dlm keadaan yg terdesak terpaksa meminta talian hayat dari bapak zionis dgn segala maksud yg tersirat disebalik tawaran memperkukuhkan ekonomi us yg kita tahu lebih jauh besarnya dari malaysia. Najib ingin memberitahu bahawa sekiranya beliau di dapati bersalah dlm penyiasatan doj, kemungkinan beliau tidak lagi berkuasa selepas pru sekaligus tawaran memperkukuhkan ekonomi us akan pergi bersama beliau. Cash is king is living up to his name!

      Delete
    2. Terdesak celah mana???

      Akhir 2014 hingga dh akhir 2017 siasat dn tuduh tak pernah habis habis. Tak de satu pun kes yg mensabitkn NAJIB kt mana mana court di dunia ni.. Ce macai PELIHARAAN TUAN DAPig's ni bgtau kt court mana NAJIB telah didakwa dn didapati bersalah??? Food court ke? Hanya main fitnah dn tuduhan bertahun tahun.. Kesian la kt ko ni.. Tp ape nk buat, kesetiaan kau menyalak mmg pd tahap tertinggi dn taat...

      Delete
  9. Kalau takut kena saman DOJ, hantarlah ufti.

    Kalau DOJ teruskan, ufti tarik balik, melopong yahudi.

    ReplyDelete
  10. Apa kau orang ingat trump ti nodoh macam pemakan dedak ke..

    Trump kerawa berguling guling bila dapat tau negara miskin nak bantu negaranya

    100b, sekadar celah gigi..sebiji tadika.

    Apakah trumo pwrya kaki kencing, kaki hutang janji nak invest..

    Lagipun trump tau janji politIcal mileage dari seseorang yang tidak akan dipilih semul

    ReplyDelete
    Replies
    1. ???????!!!!!.....byk sgt typo bro..πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜†

      Delete
    2. Trump tak bodoh, tapi kau yg terlebih bodoh dan tak ada kemaluan menunjukkan kebodohan di tempat awam.
      Typo byk sgt, dah kena parkinson pon tak sedar diri lagi.

      Delete
  11. Kuliah terakhir panduan untuk hidup yang lebih baik
    Randy Pausch, 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Mellon University. Dia meninggal dunia disebabkan oleh kanser pankreas pada tahun 2008, tetapi dia menulis buku "The Last Lecture" atau "Kuliah Terakhir" pada tahun 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan.

    Dalam suratnya kepada isteri dan anak-anaknya, Dylan, Logan, dan Chloe, dia menulis satu panduan yang sangat baik, "Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik" untuk isteri dan anak-anaknya.



    Bagaimana untuk memperbaiki hidup anda?
    1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.

    2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda miliki pada masa ini.

    3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.

    4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda. Tiada siapa yang berbuat demikian.

    5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip.

    6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.

    7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah mempunyai semua yang kamu perlukan.

    8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.

    9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.

    10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.

    11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.

    12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu.

    13. Senyum dan tertawa selalu.

    14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.

    15. Hubungi keluarga kamu selalu.

    16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.

    17. Maafkan orang lain.

    18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.

    19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu.

    21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung.

    22. Dahulukan Tuhan dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.

    23. Tuhan itu penyembuhan.

    24. Buat perkara yang betul.

    25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.

    26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi.

    27. Yang terbaik akan datang kemudian.

    28. Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.

    29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.

    30. Kalau kamu kenal Tuhan kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.

    Apabila kamu mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kamu sayangi, orang di sekolah kamu, orang yang kamu selalu bermain bersama, orang yang kamu kerja bersama, dan orang yang tinggal bersama kamu. Bukan sahaja ianya akan memperbaiki hidup anda, tetapi juga orang di sekeliling anda.

    Sumber rumusan buku. Wiki Randy Pausch dan The Last Lecturer.


    P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.

    ReplyDelete
  12. Salam yed, terima kasih atas perkongsian yang baik.
    Dalam perjalanan hidup ini kita insan yang lemah, tetapi kalau kita selalu bangkit untuk membaikinya,ertinya kita masih ada kesedaran, Allah masih bagi hidayah.
    Sangat malang kalau kita sudah tidak mendapat petunjuk dan hidayah.
    Kalau kita mula tidak dapat membandingkan antara derma dan rasuah, keliru dan terpedaya, ditakuti kita sudah tidak mendapat hidayah, kita dibiarkan..

    Begitu juga, kalau contohnya kita tertinggal solat atau sesuatu ibadat wajib, tetapi kita rasa tiada langsung bersalah, berhati hatilah..hidayah sudah jauh.

    Kita tidak perlu tercari cari kehidupan sempurna dari sumber lain, memadailah dengan merujuk kisah kehidupan dan akhlak Rasulullah..

    Oleh itu kalau kita semak dan rujuk panduan "kuliah terakhir" ada yang bertentangan dengan kehendak Islam.

    Wallahua'alam.

    ReplyDelete
  13. Kemana saja wang Tanore Finance (BVI) hendak dimasukkan atau dikeluarkan, itu adalah hak Tanore Finance (BVI). Ia tiada kena mengena dengan DS Najib dan 1MDB sebab Tanore Finance (BVI) bukanlah hakmilik DS Najib atau Kerajaan Malaysia.

    Bagi DS Najib, tiada keperluan untuk menyaman WSJ sebab kebenaran lambat laun akan terbukti akhirnya, ia telah berlaku dan sedang berlaku. Tulisan WSJ yang menjadi asas kepada aduan saman sivil DoJ terbukti tiada kebenarannya. Kalau ada sudah pasti DS Najib sudah ditangkap dan diheret di mana-mana mahkamah di Amerika dan mungkin sedang dipenjarakan. Tetapi yang terbukti adalah sebaliknya. DS Najib bebas masuk dan keluar Amerika atas jemputan Presiden Trump pula tu.

    Dua kali saman DoJ itu diumumkan, dua kali saman itu akhirnya senyap dan terhenti. Kini peguam-peguam yang mengumumkan saman sivil DoJ itu pula menghadapi siasatan jenayah DoJ sebab terlibat dengan pengubahan wang haram oleh Clinton Foundation.

    Kalau macai-macai tak berpuashati sebab DS Najib tidak menyaman WSJ, apakata macai-macai sendiri berpakat ramai-ramai menyaman WSJ tu. Ada berani?

    Dan kalau macai-macai yakin DS Najib bersalah dan AG Apandi melindunginya, macai-macai pakatlah ramai-ramai untuk mengusul dan memohon penubuhan RCI daripada YDPA. RCI berkuasa untuk mengubah laporan-laporan audit dan PAC yang diOSAkan kepada tidak rahsia dan memanggil serta menyiasat orang-orang dikehendakinya. Jika terdapat bukti-bukti jenayah yang membuktikan DS Najib bersalah, barulah heret beliau ke mahkamah. Jika beliau didapati bersalah, maka beliau memang berhak menerima hukuman.

    Jadi apalagi macai-macai inilah peluangnya untuk mengajar DS Najib yang dikatakan degil dan suka berdalih. Mulakanlah langkah pertama jika benar-benar ada bukti nyata untuk mendakwa DS Najib bukan setakat bercakap kosong saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 7.15 memohon penubuhan RCI 1MDB?

      Buat laporan polis, si pengadu pula kena tahan tanpa sebarang pertuduhan.

      Delete
    2. Kalau laporan polis tak jalan, Peguam Negara tak jalan dan saman DoJ tak jalan. Haa... itulah jalannya kalau benar-benar ada bukti la.

      Daripada sekadar cakap-cakap kosong dan buat laporan-laporan palsu kepada polis semata-mata untuk bikin gempar saja. Ooopppsss... minta maaf banyak-banyak. Itulah yang hanya termampu macai-macai buat untuk meneruskan kehidupan.

      Delete
    3. Wuuu pro-jibbo dah cabar. Kena sahut tu, kalau tak dikatanya pondan.

      Delete
  14. Pelaburan Malaysia di Amerika bukanlah pelaburan kosong sepertimana dicanang-canangkan dan diputarbelitkan oleh macai-macai pembangkang. Ia membawa keuntungan kepada negara dan rakyat.

    Pembelian pesawat-pesawat komersil baru iaitu 25 buah 737 Max 10 dan 8 buah 787-9 Dreamliner dan kemungkinan besar penambahan 25 buah lagi 737 Max 10 dalam urusniaga yang melibatkan RM42 bilion adalah satu keputusan yang bijak.

    Buat apa DS Najib dan Malaysia Airlines hendak membeli pesawat yang sudah usang yang tersadai di tempat pembuangan pesawat di Gurun Mojave, Amerika seperti yang dilakukan oleh PM 1982. Itu hanyalah satu pembaziran wang rakyat. Rakyat tidak mendapat apa-apa.

    Buat apa DS Najib dan Malaysia Airlines menjual pesawat-pesawat yang sedia ada dan menyewanya semula seperti yang dilakukan oleh PM 1994. Juga satu pembaziran wang rakyat dan rakyat tidak mendapat apa-apa.

    Pesawat-pesawat baru ini lebih menjimatkan minyak sehingga 25%, lebih selesa dan rendah kos penyelenggaraannya berbanding pesawat-pesawat yang sudah usang. Jadi ia bagus untuk perniagaan Malaysia Airlines sebab ia menghasilkan lebih keuntungan. KWSP untung, sebahagian besar daripada kita yang menjadi pencarum juga untung dengan dividen KWSP yang lebih kompetitif.

    Begitu juga pemilikan KWSP dalam saham PLUS, selagi ada tol, selagi itulah KWSP untung dan sebahagian besar daripada kita yang menjadi pencarum jugalah yang menikmati keuntungan melalui dividen KWSP yang stabil.

    Pelaburan Malaysia di Amerika pastinya mengundang pula pelaburan Amerika di Malaysia. Dan pastinya Malaysia Airlines akan mendapat hak mendarat yang lebih kerap dan lebih banyak destinasi di bumi Amerika. Bukankah itu akan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia juga?

    Orang yang bijaksana seperti DS Najib sentiasa berfikir untuk memajukan negara dan mensejahterakan rakyat supaya lebih berdaya saing dalam kehidupan. Manakala orang yang bodoh sentiasa berfikir untuk berbuat khianat dan mempengaruhi fikiran rakyat untuk sentiasa mengeluh dan kurang berusaha memperbaiki taraf hidup masing-masing dan memberontak.

    ReplyDelete
  15. Macai 7.58 kalau najib bagus dan bijak tolong selesaikan masalah dihadapi rakyat hari ini bebanan saraan hidup, barang naik, petrol naik, hapuskan gst dan lain2 lagi.

    Selepas tu baru citer pelaburan itu ini, kapalterbang usang dan baru.

    ReplyDelete
  16. "Saman sivil DoJ bermotif politik, kata Apandi Ali"

    Alahai Apandi ni. Dah jd tukang spin pulak dia. Keje dia jadi Peguam Negara dah ke laut.
    Kalau saman DoJ tu bermotif politik, abistu RCI Forex tu tak bermotif politik ke? Hal berpuluh2 tahun dulu berlaku kenapa baru skang nak buat RCI? Masa Tun M jd PM dulu, nape Najib tak sokong Kit Siang buat RCI? Mase Tun M desak Pak Lah letak jawatan dan naikkan Najib jd PM dulu nape Najib tak buat RCI terus? Masa Tun M masih dalam UMNO dan kritik Najib dulu nape tak buat RCI? Selepas Tun M kuar UMNO dan tubuhkan PPBM baru terhegeh2 nak buat RCI. Nape?? Sebab Najib tau nasib dia akan jd lebih teruk drp Pak Lah, jadi dia mesti lakukan sesuatu utk tundukkan Tun M dgn korek balik citer lama yg dah basi dah pun, hanya semata2 demi kepentingan politik dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaikksss... hentam orang sendiri! RCI untuk BNM Forex adalah perjuangan selama 24 tahun Lim Kit Siang dan disokong oleh DS Anwar.

      Skandal ini melibatkan samada kehilangan atau kerugian atau kecurian wang rakyat berjumlah RM34.5 bilion sepanjang tahun 1988-1994. Nilaian kerugian itu sekarang jika diambil kira simpanan tetap dengan kadar faedah 5% setahun adalah RM96.0 bilion.

      Tak kiralah kalau samada kesilapan atau kesalahan itu dilakukan 100 tahun dulu atau sekarang, kesilapan atau kesalahan tetap telah dilakukan. Pelaku-pelakunya mesti disiasat, jika terbukti ada kesalahan jenayah, mesti diheret ke mahkamah dan dibicarakan. Jika didapati bersalah, mereka-mereka itu patut dihukum dengan setimpalnya.

      Delete
    2. "RCI untuk BNM Forex adalah perjuangan selama 24 tahun Lim Kit Siang dan disokong oleh DS Anwar"

      Wahai saudara. Semua rakyat Malaysia pun tau siapa yg perjuangkan RCI Forex BNM sebelum ni. Persoalannya skang, kenapa mutakhir baru2 ni je terhegeh2 nak buat? Kenapa masa awal2 Kit Sial perjuangkan dulu Najib tak sokong je buat terus RCI tu? Bukan setakat Najib je, seluruh ahli UMNO/BN yg membentuk kerajaan pada masa tu pun buat bodoh je dgn Kit Sial malah backup/membodek2 Dr M pada waktu itu? Kenapa masa Pak Lah jd PM dulu Najib tak desak pun Pak Lah buat RCI Forex ni? Kalau benar la RCI Forex ni bertujuan nak siasat, siasat juga pemimpin2 UMNO/BN yg berada di dalam kabinet ketika itu kerana bersekongkol dgn Dr M termasuk Najib sendiri. Sekiranya pihak RCI tidak membuat siasatan secara menyeluruh, maka RCI Forex BNM ni ternyata bukannya telus utk membongkar, malah cuma hanya bermotifkan politik survival Najib saja utk melemahkan Tun M. Kalo benar Najib telus nak buat siasatan, sepatutnya dah lama RCI ni dibuat, bukan nak tunggu Tun M berumur 90an baru nak buat.

      Apandi Ali sebagai Peguam Negara sepatutnya bersikap neutral dlm mengendalikan kes2 seperti ini. Sekiranya beliau mengatakan saman DoJ tu bermotif politik, kenapa beliau tidak mengatakan perkara yg sama terhadap siasatan RCI Forex BNM? Sikap double standard sebegini hanya akan melumpuhkan sistem Legislative negara kita dan rakyat akan hilang keyakinan serta kepercayaan terhadap sistem kehakiman yg sedia ada kelak.

      "Tak kiralah kalau samada kesilapan atau kesalahan itu dilakukan 100 tahun dulu atau sekarang, kesilapan atau kesalahan tetap telah dilakukan. Pelaku-pelakunya mesti disiasat, jika terbukti ada kesalahan jenayah, mesti diheret ke mahkamah dan dibicarakan. Jika didapati bersalah, mereka-mereka itu patut dihukum dengan setimpalnya"

      Kalau begitu saudara, buatlah juga RCI terhadap pulau Singapura yg merupakan sebahagian drp Malaya selepas merdeka dulu. Bagaimana tanah berdaulat boleh diberikan begitu sahaja kpd sesetengah puak utk dijadikan sebuah negara pada tahun 1963? Atas undang2 atau perlembagaan apa yg membenarkan Tunku Abdul Rahman berbuat keputusan sedemikian? Byk lagi isu2/kes2 yg berlaku sepanjang 100 tahun dahulu, kenapa hanya kes Forex BNM saja yg mahu ditubuhkan RCI? Kenapa tidak dahulukan RCI kes Memali yg berlaku lebih awal lagi drp kes Forex BNM? Sudah terang dan jelas di sini kerajaan selektif terhadap sesuatu isu yg mahu ditubuhkan RCI bukan utk menyelesaikan kes tapi hanya demi kepentingan politik saja. Sekali lagi saya tegaskan di sini, sebagai Peguam Negara, Apandi Ali tidak patut mengeluarkan kenyataan yg double standard tetapi sepatutnya menjalankan tugas beliau dgn jujur dan telus tanpa mengira apa saja isu/kes. Dengan sikap double standard begini, Apandi Ali sepatutnya undurkan diri saja dan beri laluan kpd sesiapa yg lebih berkebolehan utk menjalankan tugas sebagai Peguam Negara.

      Delete

π—Ÿπ—˜π—§π—”π—ž π—₯π— πŸ­πŸ¬π—Έ π—•π—˜π—₯𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 π—•π—’π—Ÿπ—˜π—› π—¨π—‘π—§π—¨π—‘π—š?

  π—Ÿπ—˜π—§π—”π—ž π—₯π— πŸ­πŸ¬π—Έ π—•π—˜π—₯𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 π—•π—’π—Ÿπ—˜π—› π—¨π—‘π—§π—¨π—‘π—š? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...