Thursday, September 28, 2017

MANA SATU YANG BETUL NI..

Selepas menyepi politik hampir 7 tahun kerana kecewa dengan kepimpinan paklah pada masa itu,  lebih sebok dengan dunia seni, dengar politik dari jauh, cuma baru enam bulan lepas menjenguk semula dengan politik, membaca dan bergaul semula dengan orang politik dengan kedua dua pihak.

Dari segi isu, begitu banyak isu berat yang menimpa umno dan gagal ditangani dengan baik. Hatta PM dan TPM sendiri terjebak dalam bahan jenaka.

Berbeza dengan zaman Mahathir dan Anwar, campurtangan atau statement mereka merungkai dan meredakan semua pihak, selesai, back to normal.

Bagaimanapun untuk menang PRU satu perkara lain, agak sukar.
Menang di hati rakyat, sokongan majoriti rakyat tetapi tewas dengan pelbagai teknikal dan taktikal umno di peti undi.

Pembangkang kalaupun tidak boleh tawan Puterajaya tetapi boleh menambah atau fokus menang di Johor dan Kedah.
Menang di Johor lemahkan umno - menang di Kedah lemahkan PAS, jika ini berlaku automatik Puterajaya dan beberapa negeri lain dapat ditawan.

MCA dan MIC boleh hilang semuaya kerusi jika Melayu Bangkit menentang pengkhianat dan lanun.

SATU PERKARA YANG JELAS POLITIK KOTOR BN ADALAH




??? umno kata DAP akan dominan, Mahathir diperalatkan oleh lim kit siang
??? mca kata Lim kit siang jadi puppet Mahathir...

APA PULA STATUS JHO LOW DI KACAMATA UMNO DAN MCA???

Realiti itu menyebabkan umno sedar kali ini Melayu sokong PH secara langsung dan sokong DAP secara tidak langsung akan bertambah berbanding era paklah dan berbanding era awal Najib sebagai PM.

Bagaimanapun majoriti pengundi kurang lagi tersentuh dengan isu kaum sebaliknya memilih pemimpin yang baik, berakhlak, tidak korup untuk memaju dan jadi ketua negara.

Memburukan Mahathir satu yang "seronok" dan membantu tetapi hakikatnya suatu yang silap besar apabila semua perancangan backfire.



Orang Melayu Islam umno harus mempunyai satu ingatan, yang mereka lawan, musuh mereka bukanlah Mahathir tetapi diri mereka sendiri yang berbohong pada diri sendiri, berbohong kepada pemimpin bawahan, berbohong kepada akar umbi berbohong kepada rakyat.

Bukan setakat berbohong, ada juga menipu.
Rakyat angguk segala janji manis, propaganda, spin, fakta auta yang mereka lontarkan tetapi di hati lain bicara. Ramai yang mahu jadi pemusnah senyap umno di peti undi.

Tidakkah mereka sedar rakyat sedang menonton lakonan  mereka....Rakyat sedar pemimpin tahu hakikat sebenar, pemimpin mengeluh sesama mereka tetapi hipokrik di depan rakyat...
Mereka Lebih kenal dan tahu sesama mereka.

Akuilah akan silap, salah, tamak dan haloba yang sedang mereka bawa dan apa yang mereka pertahan dan kejar???

Siapa yang jadi saksi mereka.





Mustakim Adli
SKUDAI KIRI

47 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Thanks bro. Saya mmg semak dgn posting huruhara tanpa fakta. Anda bertanggungjawab,yg penting kita jujur dan amanah.
      Salaam.

      Delete
  3. Apa ada hal.
    Blog "Melayu skrew Melayu" ni demi dedak haram. Matlamat utamanya menentang kerajaan yg diketuai Melayu Islam dgn bergandingan dn berpakat bersama puak yg tanpa perlu disuluh lg jelas memperjuangkn agenda kianat Islam.

    Ada bangkangan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah tentu saya bangkang. Ini statement yang mengajak mempertahankan kaum sendiri walaupun sudah jelas melakukan kesalahan hatta ke tahap pengkhianatan. Ini kaedah yang bathil dan ditegah secara mutlak oleh baginda Rasulullah saw.

      Sekiranya mati terbunuh di dalam keadaan mengimani dan mengamalkan kaedah ini, matinya mati jahiliyah. Wal'ayazubillah.

      Sabda Nabi saw:-

      عَنْ جُنْدَبِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الْبَجَلِيِّ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( مَنْ قُتِل تَحْتَ رَايَةٍ عِمِّيَّةٍ يَدْعُو عَصَبِيَّةً أَوْ يَنْصُرُ عَصَبِيَّةً فَقِتْلَةٌ جَاهِلِيَّةٌ'

      Sabda Nabi saw; barangsiapa yang terbunuh di bawah 'bendera buta' (royah 'immiyyah) mengajak kepada asabiyah dan menolong asabiyah, maka matinya mati jahiliah'. Sahih Muslim : 1850.

      I'mmiyah secara bahasa bermaksud buta, di dalam hadith maksudnya paling hampir apabila digandingkan dengan kalimah 'asobiyyah' ialah 'membuta tuli'. Ia bermaksud menyokong tanpa mengambil kira pelakuan itu benar atau salah hanya kerana pelakuan itu dibuat oleh kaum sendiri.

      Hadith berkenaan bersifat ta'kid iaitu penguat dan malahan menceritakan akibat sekiranya melanggar perintah Allah ke atas orang-orang yg beriman agar menjadi saksi yang adil dan benar walaupun ke atas kaum kerabat sendiri.

      يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِatau شُهَدَاءَ لِلَّهِ وَلَوْ عَلَىٰ أَنفُسِكُمْ أَوِ الْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ ۚ إِن يَكُنْ غَنِيًّا أَوْ فَقِيرًا فَاللَّهُ أَوْلَىٰ بِهِمَا ۖ فَلَا تَتَّبِعُوا الْهَوَىٰ أَن تَعْدِلُوا ۚ وَإِن تَلْوُوا أَوْ تُعْرِضُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا

      "Wahai orang-orang yang beriman. Jadilah kamu penegak keadilan, saksi bagi Allah, walaupun ke atas diri kamu, atau kedua ibu bapa kamu, atau kaum kerabat kamu......." (An-Nisa : 135).

      Yang salah itu tetap salah walau ia datang dari kaum sendiri.

      Semudah itu sahaja sekiranya seseorang itu benar-benar beriman.

      Wallahu a'lam

      Delete
    2. Yg beriman perlu berkawan dn menyokong sang kianat Islam? Tutup mata dn telinga demi persahabatan? Berpelukkn dgn yg Hina Nabi, Hina Hukum Allah, Hina Nama Allah, Hina amalan umat Islam? Cuba bgtau beriman kt mana dn kpd siapa?

      Delete
    3. BN masalah fiqh dan pembangkang(harapan) masalah akidah.

      Delete
  4. Hahaha..biar lar mereka nak menyemak KD....nnt x masyuk lak cyber trooper A9 tu...blog ameno lagi xder org gi...syok sendiri jer...

    ReplyDelete
  5. Ha..in macam lah...baru ramai pakat masuk Komen..muahaha

    ReplyDelete
  6. Di sebalik tulisan-tulisan negatif oleh The New York Times, Sarawak Report, WSJ, Newsweek dan sebagainya ke atas DS Najib, mereka sebenarnya gagal untuk mengemukakan bukti-bukti yang boleh mengaitkan DS Najib. Bukti-bukti yang mereka ada adalah merupakan auta-auta yang direka dan disensasikan bukannya berdasarkan fakta-fakta.

    Dua aduan saman sivil DoJ di Amerika yang berkaitan 1MDB yang secara sengaja cuba mengaitkan DS Najib menemui jalan kegagalan. Kemana perginya Loretta, Sandra dan McCabe ketika lawatan DS Najib ke Amerika tempoh hari? Menikuskah mereka?

    Kalau benar mereka ada bukti, Amerika sebagai negara tuan rumah boleh mengambil tindakan ke atas DS Najib walaupun beliau memiliki kekebalan diplomatik. Mereka boleh menghalang DS Najib daripada memasuki negara mereka, boleh mengusir DS Najib keluar daripada Amerika atau boleh saja memohon bagi pembatalan kekebalan diplomatik DS Najib supaya tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas beliau. Adakah mereka berbuat sedemikian? Tidak, sebab mereka tiada bukti.

    Begitu juga aduan-aduan yang dibuat di UK, Switzerland, Singapura dan lain-lain, semuanya hanya membuktikan kegagalan fitnah pengadu-pengadu itu sendiri. Wang IPIC dan BSI Bank yang hilang dicuri, kenapa pula hendak dipersalahkan DS Najib dan 1MDB?

    Di sebalik cercaan, fitnah, makian, tohmahan dan tuduhan ke atas DS Najib dan 1MDB. Beliau dan 1MDB telah dan sedang berjaya:

    1. Menaja biasiswa untuk beribu-ribu pelajar.

    2. Menaja beribu-ribu jemaah haji.

    3. Menghentikan PPA yang pertama yang menyebabkan Petronas dan TNB kerugian.

    4. Menyekat PPA kedua yang berasaskan PPA pertama yang boleh menyebabkan anggaran kerugian yang lebih banyak untuk tempoh 20 tahun berikutnya.

    5. Membiayai sepenuhnya pembangunan dan menaiktaraf 8 buah kem tentera termasuk sebuah pengkalan tentera udara Sendayan seluas 750 ekar.

    6. Membangunkan TRX meliputi pembinaan 106 tingkat Signature Tower yang lebih tinggi daripada Menara Berkembar Petronas. HSBC menjadikan TRX sebagai ibu pejabat wilayah berserta Prudential, Affin Bank, Australia’s Lend Lease.

    Hakikatnya tiada satu pun dana yang hilang daripada 1MDB seperti yang dituduh oleh pembangkang. Dana yang hilang adalah merupakan dana IPIC dan BSI Bank yang tiada kena mengena langsung dengan 1MDB.

    Pada permulaannya 1MDB ada RM51 bilion aset berbanding RM42 bilion hutang, kini hutang-hutang jangka pendek dan pinjaman-pinjaman bank telah selesai dibayar. Ada berbaki pemulangan wang IPIC sebanyak RM2.52 bilion pada 31 Disember 2017 dan 4 hutang jangka panjang berjumlah RM34.7 bilion yang perlu dibayar pada 2022, 2023, 2024 dan 2039 tetapi itu telah dipadankan dengan aset-aset 1MDB yang bernilai tinggi berserta lebihan tunai lebih kurang RM3.0 bilion.

    Kalau termeterai pula perjanjian dengan rakan kongsi yang tersenarai dalam ‘Global Fortune 500 companies’ untuk Bandar Malaysia dengan dana RM44.1 bilion, 1MDB akan mendapat lebihan tunai yang lebih tinggi lagi.

    Bukankah itu menguntungkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa 1mdb perlu byr 2 kali hutang pada IPIC...........tlg jelaskan salah/cuai siapa. Tu blum crita anak tiri Red Granite lagi......

      Delete
    2. Siapa kata 1MDB perlu bayar IPIC USD3.5 bilion dua kali atau membuat pembayaran tambahan sebanyak USD1.2 bilion?

      1MDB dan IPIC bersetuju untuk satu perjanjian pertukaran aset-liabiliti pada 2012. 1MDB menerbitkan 2 bon bernilai USD3.5 bilion yang dijamin oleh IPIC. Jaminan termasuk faedah ke atas bon-bon tersebut berjumlah USD1.5 bilion.

      Pada 2012-2014, 1MDB telah diminta meletakkan deposit sebanyak USD3.5 bilion menyamai nilai 2 bon yang diterbitkannya. Susulan itu, 1MDB telah diarahkan oleh IPIC untuk mendepositkan wang tersebut ke dalam akaun Aabar-BVI iaitu merupakan anak syarikat IPIC. Setelah mendapat pengesahan daripada penilaian peguam-peguam dan dokumen yang ditandatangani oleh wakil IPIC, 1MDB telah bersetuju mendepositkan wang USD3.5 bilion ke dalam akaun Aabar-BVI. Deposit ini akan dipulangkan kepada 1MDB oleh IPIC setelah 2 bon tersebut mencapai tempoh matang pada 2022.

      Pada Jun 2015, IPIC telah membayar 1MDB USD1.0 bilion untuk mengimbangi pertukaran aset-liabiliti.

      Pada 11 April 2016, IPIC secara tiba-tiba menafikan Aabar-BVI adalah anak syarikatnya dan membatalkan perjanjian pertukaran aset-liabiliti dengan 1MDB. Susulan pembatalan perjanjian ini, IPIC telah meminta 1MDB memulangkan wangnya yang dibayar kepada 1MDB pada Jun 2015.

      Pada 12 April 2016, 1MDB membantah kenyataan IPIC dan mengemukakan dokumen yang mengesahkan Aabar-BVI adalah anak syarikat IPIC dan arahan pembayaran deposit USD3.5 bilion ke dalam akaun Aabar-BVI adalah atas arahan wakil IPIC yang sah.

      Pada Jun 2016, IPIC memfailkan tuntutan ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa, London UK.

      Pada 24 April 2017, IPIC dan 1MDB telah mencapai satu persetujuan untuk menyelesaikan pertelagahan tersebut di luar mahkamah.

      Terma-terma penyelesaian:

      1. 1MDB bersetuju memulangkan kembali wang IPIC yang telah dibayar kepada 1MDB pada Jun 2015 berserta kadar faedahnya berjumlah USD1.2 bilion. Pemulangan wang tersebut dibuat sebanyak dua kali: (a) USD0.6 bilion pada 31 Julai 2017 (telah selesai dibayar pada 12 Ogos 2017 dan 31 Ogos 2017), (b) USD0.6 bilion pada 31 Disember 2017.

      2. Mengadakan perbincangan mengenai deposit USD3.5 bilion yang dimasukkan 1MDB ke dalam akaun Aabar-BVI (anak syarikat IPIC) sepanjang 2012-2014. Perbincangan akan dimulakan pada awal 2018 dan mesti diselesaikankan sebelum atau pada akhir 2020.

      3. IPIC akur untuk mengekalkan jaminan ke atas dua bon bernilai USD3.5 bilion yang diterbitkan oleh 1MDB sebagaimana perjanjian awal pertukaran aset-liabiliti sehingga satu persetujuan dicapai selewat-lewatnya pada akhir 2020.

      4. Kedua-dua pihak memberi persetujuan untuk menghormati keputusan perbincangan tersebut.

      Delete
    3. Soalan dari saya lebih mudah. Tak perlu tahu apa-apa fakta dari luar negara pun. Fakta yang telah sikethui ramai berserta ilmu agama yg basic shj sudah memadai.

      1MDB ada kemampuan nak taja orang naik haji, dari mana asal wang tu, pinjaman haram riba dari Yahudi zionist atau keuntungan hasil perniagaan?

      Kalau jawapannya pinjaman riba Yahudi, kes tutup.

      Kalau jawapannya keuntungan perniagaan soalan berikutnya; kalau ada keuntungan perniagaan, zakat bayar dulu ke tak sebelum taja orang ke haji?

      Kalau tak bayar kes tutup.

      Kalau bayar sila berikan butiran.....

      Delete
    4. Hukum wajib keatas kompeni bayar zakat dlm Islam??.. bukan kah individu diwajibkan tunai zakat jika cukup syarat nya..

      Delete
    5. Tabung-tabung yang bersifat kebajikan dikecualikan daripada zakat.

      Delete
    6. Sdra Rencah Perentas,
      Saya tertarik dengan data yg Tuan kemukakan. Cuma saya tertanya, bagaimankah data ini dpt memulihkan imej Msia yg makin diperkotak-katikkan oleh media antarabangsa. Mohon pencerahan.

      Delete
    7. Macai 12.29

      "Siapa kata 1MDB perlu bayar IPIC USD3.5 bilion dua kali atau membuat pembayaran tambahan sebanyak USD1.2 bilion? "

      1mdb perlu bayar dua kali kerana;

      1.bayaran pertama dilakukan oleh 1mdb kepada syarikat jho.lo

      2.bayaran kedua dilakukan oleh 1mdb setelah ipic membawa 1mdb ke mahkamah timbang tara london kerana kegagalan membayar dan engkar kepada perjanjian.

      Faham tak macai? dengan soalan berulang kali ko?

      Delete
    8. Saudara Ahmad,

      Apa yang hendak dihairankan dengan media-media antarabangsa ini terutama media-media barat sedangkan raja-raja, presiden-presiden, perdana-perdana menteri, ketua-ketua agama mereka menjadi sendaan mereka sendiri apatah lagi orang luar seperti Malaysia.

      Suka juga saya untuk merujuk ayat-ayat Al-Quran seperti di bawah:

      1. Surat Ali ‘Imran ayat 28, 118 dan 120
      2. Surat Al-Hujuraat ayat 6

      Wallahualam.

      Delete
    9. Saudara Rencah Perentas,
      T ksh atas pencerahan.

      Alangkah bangganya saya jika media Msia menggunakan data yg Tuan kemukakan utk menghalang media barat drpd bertindak sedemikian.

      Kenapa mesti kita diam?
      PM Msia digambarkan terlibat dgn kleptokrasi & pengubahan wang haram menjadi tajuk besar akhbar. Data nenunjukkan DSN tdk melakukannya. Jadi, jentera propaganda Msia perlu menyerang balas dgn data yg ada. Berani kerana benar, sebaliknya berdiam diri umpama mengiyakan persendaan mereka. Apa pendapat saudara ttg serangan balas media Msia?

      Delete
    10. Samada DS Najib dan barisan kabinetnya hendak atau tidak menyaman media-media barat, itu terserah kepada budi bicara dan kebijaksanaan mereka. Lagipun mereka adalah barisan kepimpinan negara yang telah diperkenankan oleh YDPA.

      Jika tidak berpuashati dengan keputusan DS Najib dan barisan kabinetnya dan menganggap mereka sebagai orang-orang yang berkepala batu, bolehlah macai-macai Madey yang tidak berpuashati dengan keputusan tersebut menyaman DS Najib dan barisan kabinetnya di dalam atau luar negara. Kalau macai-macai menang, paksalah dan heretlah DS Najib dan kabinetnya menyaman media-media barat tersebut.

      Atau…

      Macai-macai Madey, bolehlah juga memulakan langkah untuk menyaman media-media barat yang menghina dan membuat tohmahan tanpa bukti yang sahih ke atas DS Najib dan negara Malaysia. Itukan menepati slogan ‘selamatkan Malaysia’ yang selalu di canang-canangkan oleh tuan macai.

      Tagihlah bantuan daripada Loretta E. Lynch, Sandra R. Brown, AG Swiss, Hakim Singapura dll untuk tujuan tersebut. Pastinya mereka sedia membantu… apalagi mulakanlah langkah!

      Delete
    11. 1MDB menegaskan mereka tiada berurusniaga dengan syarikat Jho Low. 1MDB ada membuat pelaburan dana tunai tunai sebanyak USD1.830 bilion dengan Petro Saudi International. Pelaburan itu menguntungkan di mana 1MDB mendapat pulangan sebanyak USD2.340 bilion dalam unit dana.

      Daripada jumlah tersebut:

      1. USD1.4 bilion ditunaikan untuk pembayaran deposit kepada IPIC ke atas 2 bon yang diterbitkan oleh 1MDB bernilai USD3.5 bilion pada 2012. 2 bon tersebut dan faedah USD1.5 bilion dijamin oleh IPIC.

      2. Baki pembayaran deposit USD2.1 bilion telah dilunaskan oleh 1MDB kepada IPIC sepanjang 2012-2014.

      3. Manakala baki keuntungan berjumlah USD0.940 bilion kekal dalam bentuk unit dana Brazen Sky yang dijamin oleh IPIC.

      Tiada bayaran kedua yang dilakukan oleh 1MDB ke atas deposit USD3.5 bilion tersebut, yang ada hanyalah pemulangan wang IPIC yang dibayar kepada 1MDB pada Jun 2015 berikutan termeterai perjanjian aset-liabiliti. Bila perjanjian tersebut dibatalkan oleh IPIC pada 11 April 2016, IPIC telah meminta 1MDB memulangkan balik wang. IMDB akur sebagai memenuhi terma-terma penyelesaian pertelagahan di luar mahkamah.

      Pemulangan wang tersebut kepada IPIC dibuat sebanyak dua kali:

      a. USD0.6 bilion pada 31 Julai 2017 (telah selesai dibayar pada 12 Ogos 2017 dan 31 Ogos 2017),

      b. USD0.6 bilion pada 31 Disember 2017.

      Delete
    12. Sdra Rencah Perentas,
      Terima kasih atas pandangan saudara.

      Delete
    13. Tq atas penerangan perencah rentas. Boleh terangkan isu "wang tunai" , "unit" yg dikatakan dibwk balik dari Virgin Island dan disimpan di Sigapura......tunai ke unit....yg mana bohong yg mana betul....klu unit....unit apa....

      Delete
    14. Pembayaran deposit USD3.5 bilion yang dibayar oleh 1MDB kepada IPIC untuk 2 bon yang diterbitkannya didepositkan ke akaun Aabar-BVI atas arahan bertulis wakil IPIC yang sah iaitu Pengarah Urusan IPIC dan Pengarah Eksekutif Aabar Investment PJS. Aabar-BVI adalah merupakan anak syarikat IPIC yang sah berdasarkan dokumen-dokumen yang diberikan oleh wakil IPIC dan penilaian peguam-peguam kepada 1MDB.

      Setelah wang didepositkan ke akaun Aabar-BVI, wang USD3.5 bilion itu telah menjadi milik IPIC/Aabar-BVI, maka menjadi hak mutlak mereka untuk menggunakan wang tersebut untuk apa-apa sahaja. Kalau wang tersebut dicuri atau diselewengkan daripada IPIC/Aabar-BVI samada di Amerika, Switzerland, Singapura dll, itu tiada kena mengena langsung dengan DS Najib dan 1MDB.

      Kalau macai-macai ada bukti-bukti yang menunjukkan DS Najib ada kaitan dengan kehilangan wang IPIC/Aabar-BVI tersebut, bolehlah macai-macai membuat aduan jenayah di Amerika, Switzerland, Singapura dll supaya DS Najib boleh di sepina, didakwa, dibicara dan dihukum jika sabit kesalahan.

      Dipersilakan…

      Delete
    15. Pembayaran deposit USD3.5 bilion yang dibayar oleh 1MDB kepada IPIC untuk 2 bon yang diterbitkannya didepositkan ke akaun Aabar-BVI atas arahan bertulis wakil IPIC yang sah iaitu Pengarah Urusan IPIC dan Pengarah Eksekutif Aabar Investment PJS. Aabar-BVI adalah merupakan anak syarikat IPIC yang sah berdasarkan dokumen-dokumen yang ditandatangani oleh wakil IPIC dan penilaian peguam-peguam.

      Setelah wang didepositkan ke akaun Aabar-BVI, wang USD3.5 bilion itu telah menjadi milik IPIC/Aabar-BVI, maka ia menjadi hak mutlak mereka untuk menggunakan wang tersebut untuk apa-apa sahaja yang mereka mahu. Kalau wang tersebut dicuri atau diselewengkan daripada IPIC/Aabar-BVI samada di Amerika, Switzerland, Singapura dll, itu tiada kena mengena langsung dengan DS Najib dan 1MDB.

      Kalau macai-macai ada bukti-bukti yang menunjukkan DS Najib ada kaitan dengan kehilangan wang IPIC/Aabar-BVI tersebut, bolehlah macai-macai membuat aduan jenayah di Amerika, Switzerland, Singapura dll supaya DS Najib boleh didakwa, dibicara dan dihukum jika sabit kesalahan.

      Dipersilakan…

      Delete
  7. Memalukan bila Kabinet bincang isu kedai dobi untuk umat Islam, kata Presiden Isma


    Seperti sudah tidak ada isu lebih penting lain, tindakan Kabinet yang turut membincangkan kes kedai dobi khusus untuk umat Islam, amat memalukan, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.
    Katanya, Isma sebagai pertubuhan Islam dan Melayu sederhana melihat kes kedai dobi itu sebagai isu kecil yang menjadi hak peribadi pengusaha dobi, dan tidak sepatutnya dibincangkan pada peringkat Kabinet.
    “Ia menunjukkan seolah-olah Kabinet tiada kerja lain. Memalukan bila bincang isu kedai dobi, tapi tak bincang isu masyarakat yang lebih besar. Isu sekolah vernakular yang melebarkan jurang kaum.
    “Isu judi, rumah urut, pesta arak, diskriminasi terhadap pekerja Islam, kekerasan, ugutan. Sepatutnya isu macam ini Kabinet kena ambil peduli,” katanya kepada Ismaweb, hari ini.
    Kelmarin, media melaporkan isu dobi muslim dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet. Menerusi kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang juga Timbalan Presiden parti anti-Islam MCA, Wee Ka Siong, isu kedai dobi muslim itu dianggap bertentangan dengan pendirian kerajaan.
    Ustaz Abdullah yang lantang mempertahan isu Islam dan Melayu berpendapat, pengusaha dobi ‘Mesra Muslim’ yang terpaksa mengubah polisi perkhidmatannya itu, tidak perlu rasa bersalah, meskipun dikecam sesetengah pihak.
    Baginya, membuka kedai dobi yang dikhaskan hanya untuk orang Islam bukan esktrem.
    “Jadi, dia tidak perlu kesal dikutuk kerana melakukan perkara yang betul. Lagipun, tidak ada sesiapa yang dipaksa untuk basuh baju di kedai dobi itu,” katanya.
    Diminta mengulas dukungan wasatiyyah dan maqasid syariah kerajaan dan kaitannya dengan kedai dobi khas untuk umat Islam sebagaimana kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beliau berkata:
    “Ianya tidak kena pada tempatnya.”
    Sejak minggu lepas, tular gambar papan tanda yang memaklumkan kedai dobi Elit Laundry di Muar, Johor hanya menerima pelanggan Islam atas faktor kesucian.
    Bagaimanapun, pemilik kedai dobi berkenaan mengubah polisinya selepas dipaksa berbuat demikian, dan memohon maaf di atas tindakannya itu. - ismaweb
    celahgelegar at 5:29 PM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isu sekolah vernakular yang melebarkan jurang kaum- dipetik dari komen u. Sekarang Dobi untuk Muslim sahaja. Nanti ,sekolah untuk Muslim sahaja. Salah sekolah vernakular juga ???

      Delete
  8. saya boleh menulis secara terbuka, saya boleh kutuk pihak yang saya tak suka dengan bebas, saya boleh makan, buang air dan tidur tanpa diganggu walaupun saya sudah banyak kali menulis kepada umum sesuatu yang saya tiada faktanya. adakah pihak yang tidak mengambil tindakan kepada saya itu zalim?

    oh ya? zalim. entah la....

    ReplyDelete
  9. Mengata dulang paku serpih,
    Mengata orang dia yang lebih.

    ReplyDelete
  10. Najib dan UMNO trlalu zalim. Maka itu terpaksa berpaling darinya. Jom kita kiblat dn menyokong PH yg bersatu dn berpakat dgn puak Hina dn pertikai Hukum Allah, Hina Nabi, Hina amalan umat Islam, Hina Raja Raja Melayu Islam, Sokong LGBT, Sokong Pluralisme, Sokong umat Islam utk murtad dsb yg jelas kianat Islam. Hingga Seorang Fasiq kerana Meliwat pun diangkat utk menjadi Perdana Menteri.. Apa da hal. Yg penting Kuasa dn Dendam !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdra bercakap seperti seorg yg betul mendokong islam yg sejati! Asakah tuduhan tuan peliwat yg dimaksudkan itu besalah mengikut hukum syarak dan hukum akal? Sila beri pencerahan.

      Delete
    2. Amirul Mukminin UmNo beria-ia membaiah Trump sebagai pemimpinnya apabila berkata kepada Trump kalam yang membawa maksud 'Musuh kamu musuh aku juga'. Itupun selepas mempersembahkan ufti tidak diminta bernilai puluhan billion dollar.

      Alih-alih Trump dilporkan akan jelajah Asia pada bulan November ini dan akan skip Malaysia.

      Begitulah hinanya Najib pada mata Trump.

      Delete
    3. 5.06 Masih tak bersalah lg? Ape alasan TUN memecat DSAI? Cuba saudara dengar penjelasan TUN sewaktu sidang akbar sejurus selepas memecat DSAI. Apakah TUN berbohong dgn kenyataannya ketika itu? Jgn DWISTANDARD saudara. Kenapa bila sekarang ungkapan "TAK TAHU" telah membuat saudara teramat percaya dgn TUN tanpa ada apa apa pertikaian pun? Itu maknanya segala apa yg kluar dr mulut TUN adalah terlalu benar dn tak boleh dipersoalkn lg mengikut timbangan saudara. Tak gitu?

      Dan lg satu.. Kenapa tak menyokong perlaksanaan Hudud jika benar benar ingin mengikut syarak? Juga pihak saudara yg menolak dn menentang RUU 355.. Usaha utk memperkasakn syariah dn syarak pun kumpulan saudara menentang dgn hebatnya. Tp peliknya hari ini saudara pertikaikn yg hukuman itu tak menetapi Hukum Syarak? Saudara zalim kpd diri sendiri.




      Delete
    4. 5.26 Mulia atau hina, tetap saudara akn membelitkn lidah utk mengutuk dn memfitnah.. Ada bangkangan? Najib buat ape pun, saudara la yg pertama akn kecam dn menghinanya. Jika Mulia atau Hina dimata Trumph tu penting sangat ke dimata saudara?

      Delete
  11. 'Berbeza dengan zaman Mahathir dan Anwar, campurtangan atau statement mereka merungkai dan meredakan semua pihak, selesai, back to normal.'

    Adakah mereka berjaya meredakan atau menutup mulut Lim Kit Siang yang sejak 1993 membangkitkan berkenaan kerugian yang dialami oleh BNM RM30 bilion dalam urus niaga mata wang asing dan sejak itu meminta ditubuhkan RCI untuk menyiasat kerugian tersebut?

    Pada 1994, dia telah menulis buku bertajuk ‘The Bank Negara RM30 Billion Forex Losses Scandal’ 38 mukasurat. Pada 15 Julai 2017, setelah 24 tahun memperjuangkan penubuhan RCI ke atas BNM forex, perjuangan dia akhirnya berhasil.

    Adakah mereka berjaya mengelakkan perpecahan Melayu Pada 1998 di mana DS Anwar Ibrahim telah dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 1.28 Mereka mereka ini cuba melindungi fakta yg diwaktu itu kebebasan maklumat rakyat disekat seboleh mungkin. Zaman tu akta ISA do gunakn secara kejam dn leluasa. Menentang mereka ertinya akn beku di Kamunting Resort selama 2thn. Mereka terlupa atau melindungi kezaliman dn kemungkaran.

      Delete
    2. Lim kit siang dan mat sabu di ISA kan, Zaman tu akta ISA do gunakn secara kejam dn leluasa, zaman ini mereka rakan baik pula? Hairan, Bagaimanakah perkara sebegini boleh terjadi?

      Delete
  12. Mana bukti? Kemukakanlah bukti-bukti!

    1. 40,000 warga Bangladesh yang dikatakan diangkut melalui kapalterbang melalui KLIA untuk mengundi pada PRU yang lepas.

    2. Terjadi black-out semasa pengiraan undi.

    3. Adanya pengundi-pengundi hantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin tak dapat bukti diatas.Mereka cakap lepas GST ,rakyat tak rasa apa-apa. You pergi tanya, sekarang rasa seronok tak ? Bukti yang di cari sendiri lebih memuaskan.

      Delete
    2. Malaysia adalah merupakan bumi bertuah dan lubuk emas. Apa yang diperlukan adalah iltizam yang kuat, tidak mengenal erti putus asa dan berdaya saing yang tinggi.

      Lihat saja pendatang-pendatang asing yang dulunya datang sehelai sepinggang ke negara ini, kini sebahagian daripada sudah mengecapi kemewahan negara ini. Malah ada yang sudah menjadi kaya dan jutawan.

      Mereka tidak mengeluh 24 jam tetapi mereka berusaha bersungguh-sungguh merebut peluang yang ada.

      Lihat juga jiran-jiran, rakan-rakan, saudara-saudara kita yang berjaya. Adakah mereka berjaya dengan keluhan atau dengan usaha keras yang tidak mengenal erti jemu?

      Delete
  13. Tun jawab: saya pun tak tau.. Ada masa saya alpa.. Terlepas pandang. Apanama... Melayu mudah lupa tu saya lah... Hehehe

    ReplyDelete
  14. Boleh sesiapa tolong senaraikan apa-apakah perkara yang Tun kata dia tak ingat?
    Tidak mungkinkah 'tidak ingat'nya itu satu strategi atas nasihat peguamnya?

    ReplyDelete
  15. Kalau seorang tua berumur 92 tahun mungkin dia tak boleh ingat tentang semua perkara, tetapi najib seorang PM "tak tahu" tentang wang berjuta juta masuk akaun peribadi, ianya adalah mengaibkan.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...