Saturday, September 2, 2017

PEMIMPIN MUSANG BERBULU AYAM DALAM PEMBANGKANG

Barisan Nasional sedang mendahului, itulah berita gembira pro Najib dan itulah realiti pahit perlu diterima oleh pembangkang.
Bukan semua pembangkang suka Tun sebab Tun tak hulur.

Bukan kerana BN kuat tetapi kerana pembangkang masih bertelagah di peringkat kawasan, negeri dan pusat. Bagi pemimpin yang masih dalam kategori b...sat, musang berbulu ayam, memburu keuntungan berpolitik, mereka akan bising bila tiada keuntungan dan sanggup jual diri dengan pelbagai cara.

Untuk terus menang, bacalah Malaysia Today, ....dalam dunia ni, tak ada satu benda pun dia tak tau..
Untuk terus kalah, baca ini....sedikit harapan (dengan izin)


Satu petikan komen dari blog annie, penulisnya ada juga masuk di blog ini.



56 comments:

  1. KD....jgn buat lawak bodoh la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikiki..
      Cacai murahan hanya memberi komen sampah mana tau cerita dlm kain umno.

      Dpt elaun tulis ikut skrip. Cacai murahan utk menyucikan najis

      Delete
    2. Ayoooooyooooo Kluangman, I am embarrassed.

      Delete
    3. Cik minah, saya rasa penulis dot dot di atas telah menceritakan kebenaran yang kurang disedari oleh pucuk pimpinan mwreka.

      Beberapa kawan saya sendiri berada dalam beberapa group whatsaap umno dan sedar pertentangan secara senyap sebahagian dari mereka..

      Cukup meloyakan apabila pemimpin menghantar info ampusana ampusini..

      3 juta undi ahli umno akan tiris dan bocor menyokong pembangkang..

      Kipidap

      Delete
    4. DS Najib seorang yang tabah, teliti dan tenang. Persiapan menghadapi PRU-14 dilakukan dengan penuh teliti dalam suasana politik kini yang penuh dengan musuh dalam selimut.

      Yang penting kini kepala-kepala musuh dalam selimut ini telah berada di luar UMNO samada telah dicantas, dimalukan dan keluar sendiri membawa diri, atau disisihkan hingga hilang kata-kata.

      Mengenal pasti talibarut-talibarut bekas pemimpin-pemimpin ini dalam UMNO bukanlah susah dalam era teknologi maklumat ini. Ada cara-caranyanya yang telah diadaptasikan dalam mengenal-pasti talibarut-talibarut tersebut dan disenaraikan nama-nama mereka. DS Najib tidak gopoh untuk terus mencantas mereka. Tindak-tanduk mereka diperhatikan untuk digunakan kemudian bila tiba masanya yang sesuai. Macai-macai bolehlah bergembira sehingga detik itu tiba.

      Persediaan UMNO untuk PRU-14 yang akan datang amat berbeza dengan persiapan yang kurang mantap semasa menghadapi PRU-12 atau PRU-13 yang lalu. Kali ini pendekatan yang berbeza dilakukan untuk setiap kawasan putih, kelabu dan hitam.

      Apa-apa hal pun kita tunggu PRU-14.

      Delete
    5. Memang susah nak caya, ada musang berbulukan ayam dalam umno. Tapi, apa nak heran. Dalam Pembangkang pun ada banyak Trojan Horses. Beza antara Trojan Horses dengan Musang berbulukan ayam ialah, Musang menggunting dalam lipatan atau membakar dalam sekam tapi Trojan Horse memunculkan diri beramai-ramai keluar dari PPBM or Amanah
      or DAP dengan mengistihar HILANG KEPERCAYAAN di atas sebab tak diberikan jawatan-jawatan tertentu.
      Inilah perbezaannya.
      Bagi mereka yg tak caya ada musang berbulukan ayam dalam umno, sila berjalan-jalan ke kawasan-kawasan kampong di sekitar bandar JB. Tengok, banyak tak bendera berkibaran menyambut Hari Merdeka.
      Di tahun-tahun yang lalu, sebulan sebelum dan selepas 31 Ogos, setiap rumah DIHIASI dgn bendera. Bendera berkibaran dengan megah menandakan hati yang gembira dan
      semangat yang berkubar-kubar. Sekarang, semuanya letih lesu.

      Delete
    6. Tiba-tiba saja isu dialihkan daripada saman sivil dan jenayah DoJ berkaitan 1MDB kepada kononnya isu dalaman UMNO. Nampak sangat keyakinan macai2 terhadap DoJ dah goyah.

      Tak lama lagipun saman sivil dan jenayah DoJ akan berakhir. Tunggu aaaaaaa...

      Delete
  2. AS TAK YAKIN PIMPINAN NAJIB BOLEH HADAPI CHINA
     RAKYAT TERHINA TRUMP PANGGIL MENGADAP


    Berasaskan kepada sekatan  keras  Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump terhadap kemasukan rakyat negara Islam tertentu, maka lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib ke negara itu   minggu hadapan (12 September) tidaklah menggembirakan rakyat Malaysia terutama orang Islam sebaliknya mereka memandang serong dan curiga.

    Banyak pemerhati politik dan ekonomi lebih melihat lawatan Najib sebagai dipanggil mengadap kerana sikap berbaik Najib yang tidak berhati-hati  dan gopoh gapah dengan Republik Rakyat China terutama dalam kerjasama ekonomi yang melibatkan kawasan keselamatan di Malaysia sendiri.

    AS melihat kerjasama ini, akan mengikat Malaysia dengan tekanan politik dan keselamatan  dengan China dalam jangka panjang.

    Walaupun beberapa tindakan Trump dilihat sebagai tidak disenangi oleh rakyatnya sendiri tetapi langkah mendekati Russia sebaik sahaja beliau mengambil alih kuasa difahami oleh  negara-negara Eropah dan juga dunia antarabangsa sebagai diperlukan  dengan kemaraan strategi ekonomi China yang telah pun menggugat beberapa negara di Africa begitu agresif dan pantas di Asia Tenggara.


    Walaupun Malaysia merupakan negara Asia pertama merintis hubungan deplomatik dengan China ketika keganasan  PKM (Parti Komunis Malaya) masih berjalan di Malaysia tetapi AS mempunyai keyakinan terhadap kebijaksanaan kepimpinan Malaysia masa itu Tun Abdul Razak untuk mengendalikannya  tetapi kepincangan pengurusan negara di bidang keselamatan dan ekonomi di bawah pimpinan anaknya Datuk Sri Najib menimbulkan keraguan, prasangka dan debaran  di AS.

    Malaysia dan Singapura yang berlatar belakangkan doktrin keselamatan dan ekonomi  Barat sejak sebelum merdeka  dilihat  sebagai Strategic Partner AS dan Barat  dalam menghadapi China tetapi AS melihat hal ini tidak lagi terjamin di bawah Najib.

    Maka itulah kenyataan Kedutaan AS menegaskan lawatan Najib itu akan memperkukuh hubungan dua hala dan akan mengembangkan kerjasama rantau antara rakan Amerika Syarikat di Asia Tenggara.

    Najib sedapat mungkin mahu mengelakkan lawatan ke AS kerana takut menghadapi wartawan -wartawan AS yang agresif tetapi beliau tidak dapat menolak panggilan mengadap kuasa besar ini.
    zainudin maidin at 16:10

    ReplyDelete
    Replies
    1. zainudin maidin bukan berada dalam kerajaan dah, maka tulisannya adalah berdasarkan prasangka dan tuduhan2 yang dia sendiri tiada bukti. seorang bekas menteri dan bukan sebarangan orang dalam akhbar utama malaysia suatu ketika dahulu kini boleh digambarkan sebagai orang yang sudah hilang ilmu, susut kredibeliti dan kering idea. maka kronologi angan2nya hanyalah boleh dibaca tetapi tak perlu dipercayai.

      Delete
    2. Saya setuju dgn pandangan Tan Sri Zainuddin Maidin.
      Memang Najib dipanggil mengadap kerana hubungannya dgn
      Cina Kominis, apa lagi membenarkan Cina meletakkan senjata
      dan pelabuhan.

      Delete
    3. Berani kerana benar
      Takut kerana salah

      DS Najib berani menerima jemputan Presiden AS Donald Trump ke White House walaupun siasatan sivil dan jenayah DoJ sedang berjalan. Sebab beliau berani kerana benar.

      Lim Kit Siang dan pembangkang menggesa DS Najib jangan menerima jemputan Donald Trump ke White House. Kenapa? Adakah sebab mereka takut kerana salah?

      Apakah yang sebenarnya ditakuti?

      Bila sudah merasakan saman sivil dan jenayah DoJ mula memihak kepada DS Najib, pihak pembangkang mula mengalihkan serangan dengan memburuk-burukkan Presiden AS Donald Trump supaya rakyat terutamanya yang atas pagar terpedaya dengan fitnah dan onar mereka.

      Adakah siasatan sivil dan jenayah DoJ ini akan menyingkap dalang-dalang yang sebenar yang menyamun 1MDB dan melepaskan diri mereka dengan cara memfitnah DS Najib dengan tujuan untuk menjatuhkan beliau?

      Adakah dalang-dalang ini mempunyai kaitan dengan pihak pembangkang?

      Adakah dalang-dalang ini ada kaitan dengan Khadem Abdullah Al-Qubaishi, Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny, John Kerry, Loretta, McCabe, adik-beradik Comey, Sandra serta Clinton Foundation?

      Bukankah pembangkang yang mengatakan DS Najib takut ke AS kerana bimbang ditangkap oleh DoJ/FBI dan dipenjarakan. Kini DS Najib telah menyambut cabaran tersebut mengapa pula pembangkang yang mengelabah dan takut.

      Apakah maklumat yang diberikan kepada DS Najib berkenaan saman sivil dan jenayah DoJ semasa lawatan Setiausaha Negara AS ke Malaysia baru-baru ini yang menyebabkan pembangkang tidak senang duduk?

      Sama-sama kita tunggu!

      Cheers.

      Delete
  3. Yang mana Pakatan Harapan nak dengar....cakap Anwar Ibrahim ke, cakap Lim Kit Siang ke atau cakap Tun Dr Mahathir ke? Fikir fikirkan sebelum kapal tiga nahkoda tenggelam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian, lebih baik dari cakap org yang munafik lagi lanun

      Delete
  4. Mereka bertiga ada keupayaan untuk " protest in silence " kalau cakap mereka diketepikan. Terutama Lim Kit Siang yang mewakili majoriti Cina dalam Pakatan Harapan dan parti yang mempunyai kerusi parlimen yang paling banyak diantara parti parti dalam Pakatan Harapan. Kalau Lim Kit Siang " Protest In Silence " terutama dari sudut pembahagian kerusi maka akan parah lah Pakatan Harapan dalam PRU 14 nanti.

    ReplyDelete
  5. Saudara kd, tulisan dri annie bukan hanya di johor shj, tpi dimerata rata tempat. Org umno juga manusia dan rakyat biasa, ramai yg boleh membezakan mana baik dan mana buruk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita juga sedar dengan perang saraf daripada Bersatu ke atas UMNO dengan tujuan untuk memecahkan solidariti ahli-ahli UMNO setelah serangan ke atas DS Najib menemui kegagalan demi kegagalan. Strategi melumpuhkan musuh melalui kepala nampaknya tidak berkesan. Oleh itu strategi lain pula digunakan. Kali ini pembangkang cuba menggambarkan UMNO dalam keadaan kucar-kacir dengan pengkhianatan dan ketidakpuashatian ahli-ahli.

      Kita sedar Bersatu telah gagal menarik ramai ahli-ahli UMNO keluar sebab kesetiaan mereka yang tidak berbelah-bagi terhadap UMNO dan perjuangannya. Buktinya boleh didapati dengan melihat jumlah keahlian berdaftar Bersatu. Yang keluar daripada UMNO ialah penyokong-penyokong Tun M, TS Muhyiddin, TS Shafie serta lain-lain yang hanya memberi impak yang sedikit jika dibandingkan dengan pendaftaran ahli-ahli baru UMNO.

      Terima kasih terutama kepada Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

      Delete
    2. Ye....sedaplah hati pemimpin umno membaca tulisan anda Anon 12.20.
      Pengikut masih SETIA...............HEHEHE.
      Baguslah tu.
      Kalau dah begitu yakin dengan kesetiaan ahli 3 juta ni, kenapa tak diadakan PRU14 dengan seberapa segera memandangkan semangat Wanita,Pemuda dan Puteri umno begitu kental menyokong kepimpinan Najib.............??????
      Jangan tanggoh-tanggoh.
      Kata Kongfusious THOSE WHO HESITATE WILL FAIL.

      Delete
    3. Itu terserah kepada DS Najib bila tarikh yang difikirkannya sesuai sebelum menghadap YDP Agong untuk memohon perkenan pembubaran parlimen.

      Tugas kita sebagai ahli UMNO bersiap-siaga sepanjang masa merpersiapkan diri, parti dan barisan menghadapi PRU-14.

      Begitulah di dalam UMNO kini segala urusan lancar dan teratur. Hanya ada satu nakhoda mengemudi bahtera gagah perkasa UMNO. Anak2 kapal bersatu hati dan setia kepada seorang nakhoda.

      Delete
    4. Aduh!.tak takutkah kamu naik kapal yang sauhnya diLABOHKAN
      dan LAYARNYA DIKEMBANGKAN............????
      Nakhoda yang cekap takkan buat kerja bodoh ni.
      Dia tahu, belayar dengan layar berkembang dan sauh dilabuhkan, akan berkahir jadi TITANIK, berkubur di lautan dalam yang penuh dengan ice!!!
      Kalau kamu nak bunuh diri, takpalah, naiklah ramai-ramai kapal Nahoda bodoh.
      Hidup bersama, mati bersama tapi disoal Mungkar Nakil, berasingan.

      Delete
    5. Ohhh... bukankah itu kapal Madey yang Cik Minah maksudkan. Nakhoda Madey tu memang mudah lupa orangnya. Kapal pun dah lanjut usia dah bocor lagipun. Tak nak la naik kapal tu... bunuh diri namanya!

      Delete
  6. Dengan izin bro KD.

    Saya menghormati kehendak tuan blog untuk tidak melengkapkan ulasan saya sehingga yg ke-3. Saya setuju kita patut melihat saudara kita dengan pandangan kasih sayang.

    Tapi saya juga telah mengikat diri saya untuk menyampaikan apa yg saya percaya sbg benar. Saya telah berjanji kepada pembaca lain. Bagi saya ia juga adalah cara berkasih sayang, iaitu memberi peringatan sebelum terlewat.

    Maka sebagai satu kompromi saya mohon beri komen secara umum saja tanpa spesifik kepada sesiapa. Mudah2an dengan itu saya tidak akan mengecilkan hati tuan blog dan di dalam masa yang sama tidak lari dari kewajipan memperingatkan sbg sebahagian tanda kasih sayang.

    AlQuran adalah satu mukjizat dan untuk memelihara kesuciannya dan sifat 'ijaz yang ada padanya Allah akan memeliharanya daripada diperolok-olokkan.

    Maka demi menjaga kebesarannya orang-orang yang memperolok-olokkannya Allah berhak menimpakan apa yang ia perolokok-olokkan.

    Tempohari seseorang telah bertanya kepada saya 'sama ada sumpah laknat ada di dalam Islam'. Saya menjawab 'ada' dan telah memberi ayat yang mensyariatkannya.

    Sejak itu ayat itu telah diperlekehkan dan diperolok-olokkan oleh seseorang. Mengikut sifat i'jaz AlQuran, maka Allah berhak menimpakan laknat ke atas orang yang memperolok-olokkan ayat itu disebabkan 'laknat' adalah subjek ayat itu sendiri.

    Saya sampaikan perkara ini bukan untuk menyerang sesiapa tetapi sebagai peringatan kepada yang melakukannya.

    Sekiranya seseorang telah melakukannya secara terbuka melalui satu medium maka untuk bertaubat ia perlu declare secara terbuka dalam medium yang sama bahawa ia telah terkhilaf dan dengan relahati bertaubat. Gunakan ayat ikhlas dan bukan secara sindir dan seumpamanya.

    Demikianlah saya pernah menegur orang yang menyangka dirinya mengetahui seseorang sedang dalam laknat Allah dan sebagai balasan ia telah melaknat saya pula.

    Saya percaya saya juga meraikan perbezaan tapi 'memperolok-olokkan olokkan ayat AlQuran' bagi saya bukanlah perbezaan yang boleh diraikan. Ia adalah biadab dan durhaka.

    Akibat perbuatannya ini saya telah menunjukkan sikap keras ke atas orang itu (bukan dendam peribadi pun) di atas alasan ia telah sebenar-benarnya durhaka, dan saya tiada kemampuan untuk 'meraikan' perbuatan luar biasa durhaka ini.

    Saya juga sedar dan akui saya sendiri bukanlah maksum dan tidak lari dari melakukan kesilapan. Kalau hanya orang maksum boleh menegur dan menyampaikan maka tiada apa-apa teguran atau penyampaian yang mampu wujud di atas muka bumi hari ini. Fitnah akan lebih bermaharajalela.

    Seseorang mengatakan bahawa saya telah tidak boleh tidur malam bbrp hari. Ini amat tidak benar. Tidur malam saya amat nyenyak sebelum ini tapi saya sedar sekiranya saya tidak sampaikan perkara ini sekarang maka tidur saya malam ini yang akan menjadi tidak nyenyak.

    Untuk mengelakkan pertikaian berlanjutan saya memohon untuk mengundur diri selama 3 hari dan tidak akan muncul di sink kecuali sekiranya ada tuduhan peribadi yang melampau ke atas saya yang memerlukan saya menjawab.

    Ada pula sebarang perolok-olokan dan durhaka kepada Allah, perbuatan melaknat dsbgnya yang menjadi budaya seseorang di dalam ini saya dengan ini berlepas diri daripada menegurnya dan menyerahkan kembali kepada tuan blog.

    Selepas 3 hari saya akan mempertimbangkan sama ada mahu kekal muncul di sini atau tidak.

    Kepada KD dan semua yang lain, daya mohon maaf dan mohon mengundur diri terlebih dahulu.

    Salam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada xpe, xde lagi bagus. Fitnah yg di iringi ayat quran dan hadis tetap fitnah malah lebih laknat dari fitnah yg disokong oleh petikan king george's bible atau talmud. Ikhlas bagi tau

      Delete
    2. Saudara John Doe..

      Agak lama saya ikuti komen2 tuan..
      Saya suka baca komen2 tuan..saya dpt rasa kejujuran dlm komen2 tuan..
      Saya faham..terasa ada sedikit rasa kekecewaan di situ..saya pun rasa perkara yg sama..
      Pd saya, kalau dah niat nya dari awal nak spin, konar baring, alih tiang gol, divert isu...nak rai mcm mana kan?...mmg patut dpt title Total Idiot..
      Saya rindu tulisan dan rungkaian persoalan dlm bahasa yg mudah oleh arwah Dinturtle..sayang beliau telah pergi lebih awal..bertahun2 saya ikuti tulisan beliau..saya jadi celik dgn tulisan arwah..

      Delete
    3. .


      Salam Bro KD..

      Minta Kebenaran Tuan Tanah..

      Adakah kemenangan yg diberi tidak terasa kemanisannya?

      Hingga terus meluah rasa hati?

      Nk buktikn ape lg setelah kemenangan yg dicari telah Tikus beri...

      Buang jauh perasaan kebencian dn dendam dihati..

      Pasti kembalikan ketenangan diri..

      Tikus berlapang dada menginsafi diri..
      Kemenangan bukan yang dicari
      Melihat Kebenaran itu yg dihajati.

      Terimakash Bro KD..
      Tiada niat provokasi
      Hanya ingin saling mengingati..

      Tikus.


      .

      Delete
    4. .


      Salam Bro KD..

      Minta Kebenaran Tuan Tanah..

      Adakah kemenangan yg diberi tidak terasa kemanisannya?

      Hingga terus meluah rasa hati?

      Nk buktikn ape lg setelah kemenangan yg dicari telah Tikus beri...

      Buang jauh perasaan kebencian dn dendam dihati..

      Pasti kembalikan ketenangan diri..

      Tikus berlapang dada menginsafi diri..
      Kemenangan bukan yang dicari
      Melihat Kebenaran itu yg dihajati.

      Terimakash Bro KD..
      Tiada niat provokasi
      Hanya ingin saling mengingati..

      Tikus.


      .

      Delete
  7. Ermmmm.. imran tertinggal bas.
    Anwar sesumpah peliwat dll..
    Satu pun xdpt menyucikan najib

    ReplyDelete
  8. Kalau nak tulis berkajang kajang...harap buka syarikat newspaper online sendiri le.

    ReplyDelete
  9. Life of Annie!!!!
    ....hey KD.... hang tahu ke sapa ANNIE ni?
    .... mangkuk hayun adalah Pondan Tua Melayu yg berangan nak jadi pompous who!!! Wakakakaka hahahaha 🤣🤣🤣
    .....tak sangka tulisan Pondan Tua pun kau boleh pakai KD!
    .....patutlah Pakatan Hopeless menjadi harapan golongan LGBT Laknatullah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paul Baggio ,
      Kamu baca elok elok keratan komen yang terpampang itu .

      Si penulis itu memberikan ulasan tentang apa yang di perkatakan olih Annie ( bukan sebaliknya ) .

      Yang kamu dok maki kan Annie tu ngapa ??

      Delete
    2. Sebab dia bingong................HEHEHE.

      Delete
    3. Biasa la macai2 Madey ni isu yang kecil diperbesar2kan. Isu yang tiada diada2kan. Dah faham benar kami ini dengan onar macai2.

      Tunggu aaa... kes saman sivil dan jenayah DoJ. Siapa yang akan kena?

      Delete
  10. Malaysia perlu menyertai Pakatan BRICS secepat mungkin Brazil Russia India China South Africa tidak lagi mengunakan dolar USD sebagai tukaran matawang .. mereka guna matawang sendiri dan emas sebagai tukaean matawang... BRICS sudah memansuhkan dollar USD sebagai tukaean matawang. . IMF dan World Bank sudah tiada kuasa menentukan tukaran sesana BRICS.... AIIB (Asian Investment Infrastructure Bank) mengantikan IMF dlm tukaran matawang anggota BRICS.... that's why sekarang Donald Trump curiga dengan pimpinan Malaysia di Asia Tenggara... masa terbaik uyk Malaysia memulakan langkah menyertai Pakatan BRICS... Filipina dibawah Duartate sudah menunjukkan sokongan pada Pakatan BRICS dan hubungan tegang Filipina USA sudah sampai krmuncaknya.... lumpuhkan Dollar USD maka USA hilang pegangan ekonomi di Asia Tenggara

    JOM UBAH... INI KALI LAH... ASIA FOR ASIA...!!


    masa Malaysia menyertai BRICS..

    ReplyDelete
    Replies
    1. khairulryezall a/l osman kuttySaturday, September 02, 2017 9:07:00 AM

      Berani ke najib??? Pergi us sekadar nk selfie dgn trumph apakejadahnya, semah nk soping pakai matawang apa???

      Delete
    2. DS Najib berpegang kepada pendirian berani kerana benar. Apa yang perlu ditakuti oleh seorang yang sabar, tabah dan tenang? Tidak ada. Melainkan yang takut ialah pihak pembangkang sebab mereka takut kerana salah.

      Siapakah sebenarnya Malaysian Official 1, Malaysian Officer 1, Malaysian Officer 2 dan Malaysian Officer 3 yang bersekongkol dengan Khadem Abdullah Al-Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny yang cuba memfitnah DS Najib yang kononnya menyonglap wang 1MDB padahal yang mereka samun adalah wang IPIC/Aabar PJS?

      Kebenaran akan tiba bila saja hasil siasatan sivil dan jenayah DoJ berakhir? Pembangkang ada berani berhadapan dengan kebenaran!

      Delete
    3. Malaysia nak masuk BRICS ??

      Ringgit pun tidak di terima olih pengurup wang luar Negara .

      Di Thailand , masih ada peniaga yang menerima Ringgit , tetapi kadar nya tinggi .....paling tidak RM1.50 satu THB . Bagitu juga di Vietnam , Indonesia di mana GDP mereka juga lebih besar dari Malaysia .

      Delete
    4. Ha...ha...ha... lawak nyanyuk antarabangsa.

      Cuba hang campak duit Malaysia hang tu ke tanah. Tengok ada orang kutip ke tak? Berebut2 pungut ada la!

      Cuba la bagi punchline2 yg best2 sikit no...

      Delete
    5. Anon 7:19

      Siapa yang lawak nyanyuk antarabangsa ??

      Kemungkinan orang saperti kamu , bukan saja mengutip duit yang dicampakkan ketanah , malah duit haram pun kamu sapu semua .

      Punch line yang best macam mana kamu inginkan ?

      Saya berkata tentang reality . Najib juga yang sedikit masa dulu berkata "Global lah , glokal lah ". Tetapi apabila saya mentakrifkan keadaan Malaysia secara global , kamu nyahkan pandangan saya sebagai lawak antarabangsa .

      Delete
  11. Bila masa susah UMNO dicari.
    Bila sudah senang dan kaya, UMNO lah yang dicaci maki.

    DEB dicetuskan oleh ayahanda DS Najib, Tun Razak bagi memberi peluang kepada orang2 Melayu dan Bumiputera berkongsi kekayaan di bumi bertuah ini.

    Ramai anak2 Melayu/Bumiputera dihantar melanjutkan pelajaran ke universiti2 samada di dalam atau luarnegara dalam pelbagai jurusan. Ramai yang berjaya menggenggam ijazah, master dan PHD dan menjadi professional yang berjaya dan bergelar jutawan.

    Tetapi malang sebahagian daripada mereka menjadi angkuh dan bongkak. Tangan yang menghulurkan bantuan tika susah dulu, kini menjadi cacian dan fitnah mereka.

    Rumah besar yang tersergam indah, kereta besar yang menjalar, pakaian dan aksesori mewah menjadi tunjukan kepada awam yang mereka seorang yang berjaya. Tetapi mereka tidak mengaku kejayaan mereka adalah hasil usaha UMNO yang merintis jalan. Bukan ucapan terima kasih yang diucapkan tetapi caci maki dan fitnah pula yang dihamburkan.

    Kajilah latar belakang pemimpin2 dan penyokong2 tegar pembangkang, maka kamu akan tahu siapa yang aku maksudkan.

    UMNO ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.

    Kepada yang lupa diri ingin aku bertanya adakah DAP menyokong DEB?

    ReplyDelete
    Replies
    1. DAP kah yang memusnahkan Felda???

      Delete
    2. Di zaman siapakah sebahagian tanah-tanah Felda dijadikan padang-padang golf?

      Delete
    3. Siapa PM yang main golf?

      Delete
    4. Siapa PM yang beli 88 buah jet pejuang A4 Skyhawk yang tersadai di tempat pembuangan pesawat di Gurun Mojave, AS untuk kegunaan TUDM menpertahankan ruang udara negara?

      Berapa buah yang jatuh terhempas dan mengorbankan nyawa juruterbang2?

      Berapa orang yang kehilangan anak, kehilangan suami, kehilangan bapa tempat bergantung dan kasih sayang?

      Delete
  12. Umno dah tinggal jasad, roh dah tak ada lagi. Jasad yg sedang mereput!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bermimpikah kamu di siang hari? Kalau sekarang ini PM ialah Pak Lah, mungkin juga kata-katamu itu benar! Tetapi PM sekarang ini ialah DS Najib aka Si Pahlawan Bugis.

      Cuba selidik sebelum bercakap/menulis. Jangan selidik di kawasan-kawasan hitam saja, selidiklah juga di kawasan-kawasan putih dan kelabu.

      Delete
    2. Najib lebih teruk dari paklah..

      Paklah sekadar tidor, najib pencuri..

      Delete
    3. Najib sekadar pencuri
      Yg sebelum pak lah tu ketua perompak (mat sabu yg beri gelaran)

      Delete
    4. Aljuboori mat sabu beri gelaran kat Anwar Ibrahim@CIFUT BAVI... kikikiki..

      Delete
  13. Katakanlah apa saja baik dicerca, dicaci-maki, dilabel dengan yang buruk-buruk, difitnah memakan dedak, dianggap bodoh dan sebagainya. Perjuangan menentang kebatilan dan menegakkan yang hak tetap kami teruskan.

    InsyaAllah DS Najib, UMNO dan BN diperkenankan Allah memenangi PRU-14 dengan majoriti 2/3.

    ReplyDelete
  14. Anon 1241, kau dah mabuk ke, umno sebagai kerajaan..apahal nak menentang kebatilan???????

    Dah ada kuasa, laksanakanlah kebaikan..

    Yang menentang kebatilan ialah kerja pembangkang melawan kerajaan yang zalim, umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya lah, kerajaan yg ada sekarang sgt zalim kerana
      Menentang pluralisma
      Menentang LGBT

      Delete
    2. Bila jadi kerajaan, laksanakan hukum..

      Guna ayat pun tak tau, bodoh punya penyokong

      Delete
  15. Lama betul a/l osman kutty ni balik kerala. Ada perjumpaan keluarga kutty di kerala ke?
    Itu sepupu kau a/p koyak kutty pun ikut balik kerala sama ke?

    ReplyDelete
  16. Kali ini memang berbeza, kawasan putih dah jadi kelabu dan hitam.

    Kena ada plan B, byngkus kain baju lari tengah malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu... Pembangkang dalam keadaan kucar-kacir. Kawasan2 yang dulunya putih dan kelabu sudah menjadi hitam. Sebab itu DS Anwar hantar utusan jumpa TG Hadi sebelum terlambat.

      Malangnya sambutan TG Hadi amat dingin sekali. Ini aku dapat maklumat kawan2 aku daripada PAS dan PKR.

      Delete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  18. Apa yang aku dok peratikan politik tanahair tika ini. Yang dok menyalak2 bagai anjing gila adalah macai2 Madey, Mat Sabu dan Lim saja.

    Macai2 Anwar macam menyepi diri. Bila tanya pada kawan2 dalam PKR, depa hanya angguk2 dan geleng2 saja. Nampak lesu!

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...