Friday, October 20, 2017

HANYA HADI BOLEH LEGAKAN NAJIB ...

Segala hujah pemimpin umno seperti sallehkeruak dan kunan yang mahu mempertahankan Najib makin tidak laku bukan sahaja di mata rakyat tetapi di kalangan ahli umno sendiri.


Zahid dan Hishamuddin sendiri sudah sayup untuk mendengar komen mereka.

Hujah overdose yang kadangkala dibuat oleh ismail sabri, annuar musa, johari ghani menjadikan rakyat makin rasa kerajaan hari ini dipenuhi pelbagai isu makan diri.

Penangkapan dan siasatan rasuah ke atas pemimpin yang mirip bermotifkan politik di ketika rakyat tidak buta, hanya makan diri.


Oleh itu apabila pihak ketiga seperti Hadi membuat kenyataan menghentam pembangkang, ia bererti membantu umno merasa sedikit lega.

Tetapi Hadi bukanlah tabung oksigen yang boleh kekal diharapkan, dia sendiripun sesekali sesak dada dengan kenyataan2 Tuan Ibrahim Tuan Man, tidak semua ahli PAS suka makan beras cap ayam.

Annuar Musa yang bercita cita sebagai MB Kelantan sudah tentu turut membantu mempromosikan PAS untuk bersama umno supaya jasanya tidak mudah dilupakan begitu sahaja.

Hadi sendiri, sampai sekarang belum berani istiharkan, sokong umno bererti sokong PAS.

Jawapan untuk Hadi:
Rakyat lebih sanggup hidup di zaman kezaliman Mahathir daripada hidup di bawah kepimpinan kletokrasi, penyamunan duit rakyat, penyerahan negara kepada penjajahan ekonomi oleh kuasa asing hingga kelak menjadi hamba mereka dan penting juga tidak sanggup di bawah kepimpinan lebai yang menjual ugama.

Jom sama² bertaubat...



45 comments:

  1. kd desperate. semua yang tak serasi dipakunya. takpelah kd, Allah dah tetapkan siapa akan menang. kalau takdir parti sekongkolan dap kalah, adalah takdir Allah, begitu juga sebaliknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha.

      Cacai najis desperate. Sapa yg xsokong pemimpin bangsat kleptokrat akan hidup menderita. Itu shj hujah murahan dari manusia murahan

      Delete
  2. Melayu umno dan pas hidup atas TRIUNE platforms.......interchangeable as and when situation permits.This allows superficiality and hypocrisy.

    Realities are turned to fantasies, truths are spinned as falsities and facts distorted as fictions. This allows obvilion.

    Power (greed)...Religion (abuse)....Money(corruption). VICIOUS CYCLE.

    POWER - ketuanan melayu, malay HODs, malay CEOs in GLCs, this malay that malay...umno mentality. You do not tag along you die, snooping into private life to blackmail etc.

    RELIGION - indiscriminating use of hadiths, fatwas, calling malays of same faith as infidels..list goes on. PAS is synonymous with this. Abuse of religion. Malays are put into fear of hell, hell, hell. They cannot think for themselves but fed with more hel hell hell issues.

    GREED - cash is king, money buying support, dedals aplenty, bribes...you name it....Look around how people and parties are bought with cash....

    Wallahuaklam

    ReplyDelete
  3. Sezalim-zalim TDM,hanya pada musuh2 politik dan jenayah yg boleh mengugat kestabilan negara. Rakyat tetap dijaga. Zalimnya Hadi hingga sekarang amanat tidak ditarik balik hingga menyebabkan perpecahan sesama umat Islam. Zalimnya Najib...rakyat dah sedia maklum. Kami menanti tika dan waktunya. Dendam rakyat pasti terbalas.

    ReplyDelete
  4. http://theunspinners.blogspot.my/2017/10/menjawab-lanun-drama-sakit-shafie-tiada.html?m=1

    DOLU ADA ALJUBOORI DRAMA KING TERHEBAH...

    LINK ATAS SEKO LAGI DRAMA KING IN MAKING...


    KIkikikkiki.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu drama kecil kecilan. Xle lawan filem Blockbuster box office "1MDB modal sejuta pinjam 42 ribu juta hutang dijamin kerajaan".

      Delete
    2. Katak bawah tempurung, begitulah gamaknya macai-macai Madey seperti tuannya juga.

      Delete
  5. Salam Bro. BENAR Segalanya. Umno dan Najib Dah MENCUNGAP . Semalam di KUD pun terpaksa bawa orang asli dari BERA berbas bas untuk memenuhkan dewan untuk Najib berucap. Nak harap orang luar memang kosong dewan. Nazak dah!!

    ReplyDelete
  6. Apa sumbangan Hj Hadi kepada tanah air Malaysia ini? Ketika menjawat Menteri Besar Trengganu, sumbangan apa Hj Hadi terhadap penduduk rakyat Trengganu khasnya? Tak usah nak cerita pasal sumbangan pada negara dan dunia la...

    Kalau setakat sumbangan pada rakyat Trengganu pon jenuh mencari, tak payah la nak mendabik dada dan membanding diri serta kononnya Tun Mahathir itu zalim. Cermin la diri dulu.

    ReplyDelete
  7. Terkini tanah runtuh di pulau pinang... 20 dikhuatiri mati trrtimbus... tokong salahkann krajaan BN... easy job....!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno yg buat Melayu jadi mcamni..yg lawan dia jer dia tangkap konon rasuah tapi yg org dia lepas mcamtu jer..camni punya maknusia ker hadi nk kawan ..kesiab tngok ulamak akhir zaman asyik kena bodo jer.zuka kawan dgn golongan fasik..setongkol dgn pengecut bole kdr..hadi bole ke kawan dgn org yg buat filem lucah. Seorang lelaki dayus..seorang yg xuka jual harta negara..atau hadi ni jenis silau dgn duit gak ker..ulamak akhir zanan cambi perangai kot

      Delete
  8. Kah kah kah kah kah

    Posting desperate sgt.. Komen komen mengubat duka lara akibat telah semakin longlai sokongan pd PH.. Terpaksa la menghiburkn hati yg nestapa parahnya dgn buat posting dn komen syok sendiri kononnya UMNO atau PAS kehilangan sokongan. "Denial Syndrome" hebat membadai. Silakn dn terus la menafikn kenyataan kerana ia byk mmbantu lawan anda..


    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokongan pada ph makin longlai??? Sah hidup dlm dunia khayalan. Sana sini rakyat sudah bangkit secara terangan inginkan perubahan pada pimpinan negara. Kalau dulu undi semasa pru 13 yg belum di hadiahkan dgn gst pun ph telah dpt majoriti undi popular, inikan pula dgn pelbagai penyelewengan taraf mega seperti 1mdb, felda dan mara, kita tgklah nanti siapa yg makan asap! Blog2 pembangkang semakin meriah dgn langau langau upahan yg tidak keruan tetapi masih mencuba utk memberi gambaran palsu ttg keadaan semasa yg pastinya tidak dpt memberi apa apa kesan sekalipun! Rumah rumah yg dulunya gah dgn bendera umno, kini hanya tinggal bendera malaysia! Teruskan berkhayal cai dungu semua dan nikmatilah dedak sementara masih ada kesempatan. Masa mendedak makin suntuk!

      Delete
  9. UMNO hanya akan rugi jika bekerjasama politik dengan PAS. Biar keadaan seperti sekarang kekal di mana UMNO bersama BN dan PAS bersama Ikatan.

    Jika kerjasama politik dilaksanakan, PAS pasti akan menuntut negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Selangor. Sesuatu yang semestinya akan meruntuhkan moral akar-akar umbi UMNO dan pemimpin-pemimpin di negeri-negeri tersebut dan membangkitkan kemarahan mereka. Inilah yang sebenarnya Pakatan Pembangkang mahukan iaitu untuk menangguk di air yang keruh.

    Kemungkinan juga bila ianya berlaku dan terhasil, PAS akan menikam belakang UMNO bila UMNO memerlukan sokongan PAS.

    Kenyataan-kenyataan ketua penerangan UMNO pun tidak pernah menyentuh tentang kerjasama politik. Hanya macai-macai Madey dan tuannya sahaja yang memandai-mandai.

    ReplyDelete
  10. ‘Zahid dan Hishamuddin sendiri sudah sayup untuk mendengar komen mereka.’

    Ini kerana sudah tiada lagi suara-suara sumbang di dalam UMNO sebab sudah tiada lagi musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan dan duri dalam daging. Kesemuanya telah dikeluarkan atau terkeluar sendiri akibat kepanasan. Kini keadaan UMNO sudah seperti bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

    Yang bising-bising hanya suara-suara daripada luar UMNO yang sedikit pun tidak memberi kesan kepada UMNO. UMNO gagal dicerai-beraikan oleh musuh-musuh dalam selimut ini, sebaliknya UMNO kini sudah bersatu kuat dan dalam keadaan bersiap siaga menantikan paluan gong daripada Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai sekarang kj ikut jejak Najib, lintang pukang mendiamkan diri bila ARMADA ajak berdebat.

      Delete
    2. Sambil sambil nunggu tu klepet dulu mana yg patut! Felda, kwsp, mas..bla bla bla

      Delete
    3. Setakat 30 Jun 2017, nilai aset KWSP adalah RM756 bilion berbanding tidak sampai RM220 bilion pada 31 Disember 2003.

      Siapa yang meminjam wang daripada KWSP dan siapa pula yang membayarnya kembali?

      Delete
    4. Pada 1993, MAS memiliki rizab tunai RM600 milion tetapi pada 2001 MAS dikatakan sudah mengalami kerugian sebanyak RM20 bilion. Betulkah?

      Najib pula hanya menjadi PM pada 3 April 2009.

      Delete
    5. Ada tak wang masuk akaun peribadi mana² PM sebelum 2009...

      Itu je nak tanya..

      Delete
    6. Sebagaimana yang dilaporkan:

      July 23, 2017 PUTRAJAYA- 94,956 peneroka Felda layak penuh menerima bayaran khas sebanyak RM5000 pada hujung Ogos ini.

      Perkara berkenaan diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak dalam Sambutan Hari Peneroka 2017 Peringkat Kebangsaan.

      “Bagi menghargai sumbangan, jasa warga peneroka yang berdiri teguh di belakang kerajaan, saya mengumumkan Insentif Khas sebanyak RM5000 bagi setiap peneroka Felda yang layak penuh dan akan dibayar hujung Ogos ini.” kata Dato Sri Najib Tun Abdul Razak.

      Perdana Menteri turut mengumumkan 5 lagi insentif khas yang dapat membantu peneroka Felda.

      Antaranya melupuskan hutang tanam semula yang bernilai RM519 Juta, kelulusan lebih 1 unit rumah satu tapak, Dana Khas RM300 Juta untuk tempoh 5 tahun bermula 2017 bagi melupuskan hutang kos operasi tanam semula,perlupusan baki pinjaman saham FGV yang bernilai RM128.1 Juta, Geran khas RM7,500 bagi program tanam semula Felda dibawah kendalian MPOB yang bernilai RM166 Juta.

      Delete
    7. 3:19, kenapa tiada penafian daripada pihak yang tertuduh kepada laporan oleh sebuah portal berkenaan wang RM100 bilion + RM60 bilion yang hilang sepanjang 22 tahun itu?

      Adakah terdapat kebenaran dalam laporan tersebut?

      Itu saja aku nak tanya.

      Delete
    8. Tak perlu tunggu nafi.
      Siasat tangkap dakwa...kuasa kan dah ada.

      Tak buat juga, temberang tin kosong

      Delete
    9. Samanlah Najib dengan bukti-bukti yang macai-macai ada. Kalau AG tidak mahu bertindak, gunakanlah khidmat peguam-peguam yang pembangkang ada.

      Saman juga Najib di luarnegara. Tengok samada bukti-bukti yang macai ada itu auta atau fakta.

      Delete
    10. 6.18 maca mana nak saman, dah saman dah, rak da tindakan, kuasa dan imuniti politik di tangan najib, seperti tun, rela di siasat tanpa sebarang pengaruh campurtangan politik dan kuasa.

      Delete
    11. Sebab bukti-bukti yang macai-macai ada hanyalah berlandaskan auta-auta yang tiada nilainya di sisi undang-undang.

      Kalau ada bukti berfakta, kekebalan diplomatik tidak menjadi hal punya. Yang menjadi masalahnya adalah bukti-bukti yang macai-macai persembahkan hanyalah auta-auta.

      Delete
  11. Penanda aras kepada terdesaknya PH adalah menyerang PAS bertubi-tubi kali dengan harapan supaya PAS akhirnya tunduk dan kembali menjadi kuda tunggangan PH. Manifestasinya yang menjadi satu kebiasaan kepada strategi dan taktik pembangkang adalah:

    1. Menyerang Presiden.

    2. Melaga-lagakan pemimpin no. 1 dan 2.

    Tetapi Hadi bukannya seorang yang bodoh, beliau merupakan seorang pemimpin yang berpengalaman, bijak dan berkarisma. Jika tidak, cuba buat kajian berapa ramaikah ahli-ahli PAS yang seramai 1.2 juta orang itu keluar daripada PAS dan menyertai parti serpihan.

    Habaq mai berapa ramai ahli berdaftar PAN dan PPBM?

    ReplyDelete
  12. Letak le tajuk baru pulak " Hanya Lim Kit Siang boleh legakan Tun Dr Mahathir".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tajuk tu tak sesuai, dah tak lama dah PH akan tawan puterajaya..

      "Tun Tawan Puterajaya - Rakyat Lega"

      Delete
    2. Madey bermimpi nak tawan Putrajaya, majoriti rakyat dah tergamam. Apa pula bala yang dibawanya kali ini?

      Delete
    3. Anon 3:30, kita turun ke sg buluh beramai ramai mengiring dan ucap selamat tinggal kepada si pencuri wang negara sebaik sahaja Tun tawan puterajaya

      Delete
    4. Anon 3:34, InsyaAllah sebaliknya akan berlaku. Yang memburu kini sudah menjadi binatang buruan pula.

      Delete
    5. Anin 339, tak perlu sebaliknya.

      Pencuri dah dikenalpasti.
      Sangkar dah ready.
      Tunggu masa je nak sumbat ke dalam...
      Sabar sikit je..

      Delete
    6. Wah maksud kau mantan PM 22 tahun tu! Syabas anon 3:45, akhirnya kau dah melihat siapa sebenarnya pengkhianat.

      Delete
  13. Apa perlunya dilayan orang-orang PPBM yang terdesak? Itu hanya membuang masa!

    Masa yang ada sekarang adalah untuk memperkukuhkan kesepakatan di antara ahli-ahli UMNO dan BN di setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dan mendekati orang-orang di atas pagar agar sasaran kemenangan mutlak dapat direalisasikan.

    Auta-auta pembangkang mesti dipadankan dengan fakta-fakta agar orang-orang di atas pagar tahu duduk perkara yang sebenar.

    Caya la Wanita, Pemuda, Puteri dan Putera.

    ReplyDelete
  14. Zaman sekarang mana ada lagi pemerhati atas pagar kalau dah sah depan mata penyamun kumpul harta 2.6B dalam akaun peribadi.

    Semua dah lompat masuk PH..

    Baki yang umno boleh pergi berkempen...tinggal dalam zoo atau hutan.
    Pastikan mereka daftar undi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya la. Berapa ramai ahli-ahli UMNO yang seramai 3.7 juta berjaya dibawa masuk ke PPBM? Dan berapa ramai pula ahli-ahli PAS yang seramai 1.2 juta berjaya ditarik ke PAN?

      Delete
    2. Ada ke bukti-bukti wang RM2.6 bilion itu disamun daripada 1MDB? Kalau ada mengapa Najib bebas masuk dan keluar daripada negara-negara di mana aduan-aduan jenayah itu dibuat.

      Delete
    3. Siapa pula kata 2.6B dari wang 1MDB????

      "Takkanlah saya nak simpan duit tu dalam negara"

      Hari selasa saya saman.

      Delete
    4. Maka benarlah selama ini macai-macai Madey dan tuannya berdusta berkenaan wang 1MDB yang kononnya diselewengkan daripada 1MDB.

      Akhirnya kebenaran berpihak kepada Najib.

      Delete
    5. makan dusta, sebarkan dusta. normal bagi golongan terdesak. akhirnya terlungkup jua akibat gelora nafsu nafsi tak terbendung. dulu taik adalah najis sekarang taikpun boleh buat pelampung. dulu mulut bertapis sekarang asal laris maka nama orangpun disebut najis. inilah negarawan yang kita ada, menjadi sasauan.

      Delete
    6. Sangat tepat anon 6:20! PM-22 tahun itu dah diberi peluang memerintah selama 22 tahun dan dia dah mengaku gagal.

      Tiada lagi peluang ke-2.

      Delete
  15. kesian kd. meroyan tak tentu arah. sempat lg utk bertaubat sama dgn idol kd, madey.

    ReplyDelete
  16. sudah-sudah la tu membuli orang tua tun mahathir tu. lupa sejarah ke apa wahai kd dan sekongkolan? selama puluhan tahun tun mahathir selaku pm telah membuli pemimpin2 parti pembangkang. kit siang, guan eng, mat sabu, anwar ibrahim dan lain2 dengan pelbagai tekanan dan kekangan. pelbagai cara diguna termasuklah akta ISA. kini korang yang menjadi pecacai tukang canang dan tukang sorak untuk bekas2 'musuh' politik tun mahathir membuli balas tun mahathir. perasan tak korang sekarang ini tun mahathir yang ke hulu ke hilir seluruh negara mempromosikan pakatan harapan dan menyerang najib sedangkan bekas2 musuh politiknya yang kini kononnya menjadi rakan sejati hanya memerhatikan dan ketawa tersengih kerana dapat membuli tun mahathir. program n2h yang memalukan tun mahathir kerana dibaling kasut dan kerusi sebenarnya menyeronokkan kit siang. kit siang tak tahan ketawa dan tersengih bila tahu akhirnya tun mahathir dibaling kasut dalam program tersebut. dendam terbalas, namun ada lagi. bukan setakat ini sahaja. puluhan tahun tun mahathir 'menzalimi' mereka, mana cukup setakat dibaling kasut. ada orang percaya kepada 'karma' dan mungkin bagi mereka inilah balasan di dunia kepada manusia yang semasa ada kuasa suka membuli musuh politiknya. korang fikirlah, semasa tun mahathir menjadi pm, banyak dasar2 yang dulu ditentangnya kini menjadi dendangannya. apa sahaja yang keluar dari mulut kit siang dan pemimpin dap akan disokong sedangkan dulu menjadi perkara nombor 1 untuk ditentang. kesian orang tua tu, dah la bekas2 musuh politiknya sedang melakukan 'pembalasan dendam', penyokong2 tun mahathir pulak tanpa guna otak yang matang tolong dan bantu membuli tun mahathir. umur dah dekat 100 tahun masuh diusung ke hulu ke hilir untuk berceramah sedangkan manusia lain yang seusia dengannya sudah lama duduk berehat di rumah dan beribadat menunggu hari panggilan tiba. korang memang tak kesian kepada tun mahathir, dibuli, dibuli dan dibuli setiap hari. korang percaya tak bahawa akhirnya nanti kit siang akan ketawa pecah perut bila tun mahathir ditangkap kerana kesalahan politik? masa tu nanti korang baru terfikir, kenapa pemimpin2 ph tak mengepalai program ph dan menyerahkan kepada tun mahathir bersengkang mata, berfikir dan bekerja separuh mati bagaimana nak kalahkan bn. untuk berlaku adil, dap yang mempunyai kerusi parlimen paling banyak dalam ph kena ambik jugak peranan sama, tapi hakikatnya tidak. nampak tak? nampak tak? nampak tak? walaupun aku tak gemar dengan apa yang tun mahathir lakukan sekarang tapi hormat aku kepada negarawan masih wujud. kesian tun mahathir dilakukan begitu. korang macamane?

    ReplyDelete
  17. Setuju dg anonymous 6:52 pm...sebabnya nampak sangat lain-lain pemimpin PH terutama DAP membuli Tun M. Depa biarkan Tun M buat macam2 statement yg memakan diri sendiri, yang lain-lain diam ye termasuk Mahyuddin Yasin.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...