Tuesday, October 24, 2017

OLANG TAK MACAM OLANG, ANTU TAK SELUPA ANTU..


Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Pernah dengar tak hadith Rasulullah s.a.w tentang umat Islam yang terpecahkepada 73 golongan, dan daripada kesemua ini hanya satu golongan yang terselamat dari seksaan neraka iaitu golongan (jemaah) yang mengikuti sunnah Rasulullah dan sahabatnya.

Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecahkepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umatIslam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluhdua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuksyurga, iaitu al-Jamaah. (lihat Sunan Abu Daud no 4429)

Maknanya,yang sampai itu bermaksud yang selamat. Hanya ada satu jalan untuk selamat iaitu dengan mengikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat.Agak-agaknya la kan, kita ni mengikut sunnah baginda tak?

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Rangkap ini diekstrak daripada syair Parsi - Musyawarah Burung (Mantiq Al-Tayr) tulisan Farid ud-Din Attar. Dalam syair tersebut, beribu-ribu burung terbang untuk mencari raja mereka, Simurgh. Daripada beribu-ribu burung tadi, hanya tiga puluh yang berjaya. Kejayaan mereka membolehkan mereka sampai kepada tahap mengenali sang raja. Bukan mudah untuk sampai ketahap tersebut kerana mereka perlu menghadapi 7 lembah. 

Sebenarnya,advencer burung-burung ini adalah perjalanan penulis syair tersebut dalam mencari makna dan hakikat hidup. Untuk maklumat lanjut mengenai perjalanan tersebut.

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Algojo itu adalah orang yang ditugaskan mencabut nyawa. Kalau di penjara,beliau mungkin orang yang memegang butang yang menjadi pemegang lantai di bawah tali gantung. Tapi hakikat sebenar, yang ditugaskan mengambil nyawa itu adalah malaikat maut. Andainya dia tiba dan mahu menjalankan tugas, boleh tak kita nak kata kat dia, "Oohhh nanti dulu!"?

Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih

Dua rangkap yang atas tu jelas dan terang, menyuruh kita berfikir antara melihat dari mata burung, with an open minded dan berpandangan jauh atau sekadar mahu melihat seperti katak di bawah tempurung. Hanya melihat tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau ada cahaya. Kalau tak ada? Gelap gelitalah jawabnya. Maka, pilihlah dengan akal dan iman yang dianugerahkan.

Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

"Singkap kembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah. Rasullullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil. Maka dalam keadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna. Namun dunia kini sudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai. Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri yang terlalu banyak kekurangan, terkadang itu banyak kontroversi berlaku dan kita berada DI SINI!"

Semasa kekalutan jahiliyah, peraturan Islam yang dibawa oleh Rasulullah mengubah keadaan masyarakat. Namun setelah peraturan tersebut diubah-ubah, ia mengundang kekalutan. Dan di mana kita berada? Di sini,di dunia yang penuh kalut ini.

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

Boleh tak merayu di saat akhir kehidupan. Waktu itu baru nak bertaubat, baru nak merayu, baru nak bersaksi dengan kalimah kebenaran (syahadah)? Baru nak kata, yang kita bersaksi sebenar-benar Tuhan hanyalah Allah. Sempat kah?

Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan ku ke mari

Oleh kerana burung hud-hud yang mendakwa bahawa raja si Muraq itu wujud dan menerbangkan kawanan burung ke tempat yang dituju, maka kena tanya pada dia lah tentang semua persoalan yang timbul dalam lirik ini. Lang mensilang Kui mengsikui maksudnya orang bukan orang hantu bukan hantu.

Musykil lagi?

Tanya sama itu Hud-hud!

Rasulullah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhkan di kemudian hari nanti akan berpecah-pecah umatku sebagaimana berpecahnya kaum Yahudi dan Nesrani dalam ugama mereka. Berpecah umatku menjadi 73 firqah (atau golongan atau mazhab), 72 golongan atau firqah atau mazhab masuk Neraka dan satu (sahaja) masuk Syurga.’

Maka bertanya para sahabat: ‘Siapa golongan yang satu itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’

Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Iaitu yang mengikut jalanku (yakni, sunnah beliau atau as-Sunnah) dan jalan sahabat-sahabatku yang benar lagipun diberi petunjuk oleh Allah (a.w).’

(Hadith sahih riwayat at-Termidzi dll)

Kisah Burung

Mantiq Al-Tayr (Musyawarah Burung) merupakan karya yang paling fenomenal dari Fariduddin Attar. Kitab itu berisi pengalaman spiritual yang pernah dilaluinya untuk mencari makna dan hakikat hidup. Attar menuangkan pengalamannya itu melalui sebuah cerita perjalanan sekawanan burung agar lebih mudah dimengerti.

Dengan gaya bertutur, kitab itu mengisahkan perjalanan sekawanan burung untuk mencari raja burung yang disebut sebagai Simurgh (Muraq) di puncak Gunung Kaf yang agung. Sebelum menempuh perjalanan berkumpulah segala burung di dunia untuk bermusyawarah. Tujuan mereka hanya satu yakni mencari raja. Dalam perjalanan itu, para burung yang dipimpin oleh Hud-hud.

Untuk sampai ke hadrat Si Muraq, mereka harus tempuhi tujuh lembah yang penuh halangan.
Lembah pertama adalah lembah keinginan. Di sini semua burung diminta bertaubat dan meninggalkan kehendak duniawi.

Lembah kedua adalah lembah kerinduan di mana semua burung perlu menyelami lautan api agar tubuh mereka terbakar.

Lembah seterusnya adalah lembah makrifat, di sini semua burung harus memilih jalan sendiri lantaran “terlalu banyak jalan menuju yang satu, dan setiap satu disediakan bagi jiwa yang sesuai dengannya.”

Di lembah kepuasan, semua tuntutan, semua nafsu duniawi harus ditanggalkan dari hati. Di lembah kesatuan, yang banyak menjadi satu.

Sebaik saja sampai ke lembah yang keenam, lembah kekaguman, burung-burung itu, yang sangat keletihan dan kebingungan, menembusi hijab berpasang-pasangan, dan mendapati jiwa mereka kosong. Hinggakan mereka menangisi, “aku tidak mampu berfikir lagi lantaran ghaibnya segala ilmu dari diriku.” “Aku curiga atas curiga ku ini, namun rasa curiga itu sendiri pun aku tak pasti, aku mendambakan, tapi siapakah yang sebenarnya aku dambakan?“

Akhirnya di hujung perjalanan, di lembah kefakiran dan fana, di mana segala sifat keakuan ditanggalkan dari diri mereka, mereka dipakaikan dengan jubah ketidaksedaran, menyebabkan mereka hanya meneguk ruh kewujudan.

Bila mereka berjaya mengharungi kesemua tujuh lembah, bila mereka berjaya meruntuhkan gunung keakuan, dan menanggalkan kecintaan terhadap segala ilmu, barulah mereka dibenarkan meneruskan perjalanan bertemu raja Si Muraq.

Dari beribu-ribu ekor burung yang memulakan perjalanan, hanya tiga puluh saja yang berjaya mengharungi segala payah jerih. Dengan kepenatan yang tak terhingga, dengan perasaan kehinaan yang tak terkata, mereka dibawa berjumpa dengan raja segala burung. tapi apa yang mereka dapati bukan raja segala burung, tapi bahkan refleksi diri mereka sendiri dalam cermin diri.

Si Muraq, ataupun sirmurgh, adalah perkataan parsi yang bermaksud tiga puluh ekor burung. Maka di sini, di penghujung jalan, burung-burung itu berhadapan dengan realiti, berhadapan dengan refleksi diri, walaupun mereka telah mengharungi perjalanan yang panjang dan segala payah jerih, yakni, yang sebenarnya mereka cari adalah ‘diri mereka sendiri‘ dan ‘diri sebenar diri‘.

Wahai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau redha dan diredhai (di sisi Tuhanmu)! 
(Surah Al-Fajr ayat 27-28)


17 comments:

  1. TANYO BURUNG HUD HUD PULAK DAHHH....
    OLANG SELUPA ANTU..ANTU SELUPA OLANG AAA...
    22 TAHUN KASI POWER AKHIR MELUTUT SUDAHH. ..
    TOKONG & SI PLURALIST D'JILAT DEMI BOBOI MAA..

    TUA RENTA PERANGAI DAH MCM ANTU
    ANTU PON LEBE BAIK DARI OLANG ITU
    CAKAP PON DAH MERABAN MERAPU
    PRU 14 NI DEPA MEME NAK KENA PAKU



    KIKKKIKIKI..... BERAMBOSSS...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamat bengap x paham..mcm ni le. Layan jelah..

      Delete
  2. Menteri Bebal: Harga Barang Naik Bukan Sebab GST...


    Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di negara ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan bukan disebabkan perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz.

    Othman berkata input bagi penetapan harga barangan bukan semata-mata mengambil kira soal cukai malah ia turut dipengaruhi pertukaran mata wang asing, kos pengangkutan dan aspek pemasaran yang lain.

    "Tak boleh kita nak kata GST adalah punca harga naik, ada barang yang tidak dikenakan GST juga naik harga…banyak faktor lain yang mempengaruhi harga barang, dan kerajaan sentiasa memantau situasi ini agar tidak terlalu membebankan," katanya pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

    Beliau menjawab soalan tambahan Loke Siew Foke (DAP-Seremban) bahawa GST punca kenaikan harga barangan sehingga membebankan pengguna di negara ini.

    Othman berkata isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sentiasa menjadi perhatian kerajaan dan pelbagai inisiatif seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan skim bantuan pekebun kecil diberikan bagi membantu rakyat.

    Dalam pada itu, menjawab soalan asal Datuk Aaron Ago Anak Dagang (BN-Kanowit) mengenai masalah yang dihadapi kerajaan dalam melaksanakan GST, Othman berkata pelaksanaan GST pada masa ini bertambah baik berbanding ketika ia mula dilaksanakan pada 1 April 2015 apabila terdapat penurunan jumlah aduan diterima kerajaan berkaitan cukai itu.

    "Berdasarkan rekod Jabatan Kastam pada 2015, sebanyak 6,830 aduan diterima, pada 2016 ia menurun kepada 1,235 dan sehingga Julai 2017 hanya 185 aduan yang diterima.

    "Ini menunjukkan kefahaman mengenai GST semakin baik berbanding pada peringkat awal apabila masyarakat terutama peniaga masih kurang faham dan keliru menyebabkan pelaksanaan GST kelihatan celaru," katanya.

    - Bernama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan RM200 daripada pemberian BRIM, aku boleh beli barang-barang berikut:

      1 kampit beras 10kg
      5 bungkus tepung gandum 1kg
      5 bungkus tepung beras 500g
      5 bungkus gula 1kg
      5 tin susu pekat manis 500g
      5 paket minyak masak 1kg
      1 bungkus garam halus 400g
      1 bungkus bawang merah 1kg
      1 bungkus bawang putih 500g
      1 bungkus tea 80 uncang
      1 bungkus kopi 20 uncang
      1 botol sabun basuh 4 liter
      1 botol sabun mandi 1 liter
      1 kotak ubat gigi 225g
      1 botol syampu 400ml
      1 botol kicap 645ml
      2 ekor ayam
      2kg ikan
      5 ikat sayur-sayuran
      1 bungkus buah-buahan

      Beli di tempat mahal, mahallah harganya. Beli di tempat murah, murahlah harganya. Tepuk dada, tanyalah selera.

      Delete
    2. Wahai anony October 25, 2017 8:34:00 AM,

      Setakat tulis mcm tu, budak darjah tiga pun boleh. Cuba saudara tuliskan sekali harga barang2 tersebut. Contoh: 1 kampit beras 10kg = RM35, 5 bungkus tepung gandum 1kg = RM10 dan seterusnya. Bgtau lah sekali di kedai mana saudara beli barang2 tersebut supaya kami pun dpt beli di sana. Setakat tulis mcm ni pastu syok sendiri dpt beli barang murah sorang2, serupa tak payahla saudara. Kalo saudara ikhlas, tolonglah buat seperti apa yg saya ckp td. Kalo tak, lebih baik saudara syok sendiri kat tempat lain.

      Sekian, terima kasih.

      Delete
    3. Beli sendiri barang-barang tersebut di beberapa tempat dan bandingkan harganya. Di tempat murah, murahlah harganya. Di tempat mahal, mahallah harganya.

      Contoh, 1 kampit 10kg beras super tempatan, aku dapat beli dengan harga RM24.50. Boleh dapat murah lagi waktu promosi.

      Delete
  3. DARI NEGARAWAN , SEKARANG DAH JADI JILATANWAN....DULU SATU DUNIA KENAL KERANA HEBAT, SIKARANG SATU DUNIA KENAI PASAI JILAT LUDAH....XDA MARUAH LANGSUNG

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu kerana TUN seluruh dunia kenal dgn slogan malaysia boleh..sekarang kerana najib seluruh dunia anggap malaysia asal boleh.pengkhianat bangsa melayu memang takde maruah.

      Delete
    2. Iya la masa orang tua itu negara terkenal dengan dasar penswastaan yang gagal. Rugi dan kerajaan terpaksa ambil alih. Contoh LRT-1, LRT-2, KL Monorail dan Intrakota Bas.

      Delete
    3. Najib jg yg berjaya dan hebat. Berjaya buat hutang lebih 50b..hebat rembat duit rakyat..

      Delete
    4. Ialah maruah mo1 ja plg hebat..sampai satu dunia kenal sbg pemimpin penyangak..noktah

      Delete
    5. Pada 2016, hutang 1MDB berjumlah RM50 bilion berbanding nilai asetnya RM53 bilion.

      Kini semua hutang-hutang jangka pendek dan pinjaman-pinjaman bank 1MDB telah dilangsaikan. Hutang 1MDB berbaki RM37.22 bilion yang perlu dibayar seperti berikut:

      1. Pemulangan wang IPIC RM2.52 bilion pada 31 Disember 2017,

      2. 4 hutang jangka panjang berjumlah RM34.70 bilion yang perlu dibayar pada tahun 2022, 2023, 2024 dan 2019.

      Kesemua hutang-hutang ini telah dipadankan dengan aset-aset 1MDB yang bernilai tinggi dengan lebihan tunai sebanyak RM3.0 bilion.

      Dengan perkembangan terbaru di mana ada syarikat yang tersenarai dalam ‘Global Fortune 500 companies’ yang berminat untuk menjadi rakan kongsi 1MDB dalam pembangunan Bandar Malaysia dengan nilai dana sebanyak RM44.1 bilion dalam masa beberapa tahun ini dan jika kerajaan bersetuju, sudah pasti 1MDB akan mempunyai lebihan tunai yang lebih tinggi iaitu RM44.1 + RM3.00 – RM34.70 = RM12.4 bilion.

      Delete
    6. Sang penipu 2:03...kelentong banyak banyak dah pecah teruk weh....

      Cuba bagi tahu Audit 1MDB dari errr tahun 2014....2015....2016....hmmm ada audit dibatalkan lagi...hoi! Bengap....ada Auditor yang tak mahu sign off....1MDB account nih business alibugislanun wal penyamun...nak temberang apa nya?

      Delete
    7. Boleh rujuk media-media ekonomi luarnegara dan juga hansards Parlimen.

      Delete
  4. Salam. Semua telunjuk menghala kepada Mahathir tetapi sedarkah anda bahawa dia sudah temui jalan pulangnya. Anda hanya mengira sebaliknya Mahathir membentangkan jalan pulang. Sama macam lagu Hud Hud. Ini bagi mereka yang mengerti dan kenal siapa dia dalam dia. Aku yang bukan Aku. Tetapi Dia bukannya aku.
    YaRabb.

    ReplyDelete
  5. Olang Tak selupa Olang.
    Melayu tak selupa Melayu.
    Islam tak selupa Islam.
    Tapi,
    Taek SERUPA Tahi,Taik.
    Ini jgn makan, kalu makan maka jadilah selupa UMJOBNPAS.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...