Google+ Followers

Tuesday, October 3, 2017

SIAPA YANG MEMBANGSATKAN MELAYU


Sebut sahaja rasuah persepsinya dikaitkan dengan politik, sebut sahaja politik persepsinya dikaitkan dengan umno.

Sudah lama rasuah itu umno, umno itu rasuah, sejak zaman Tun Abdul Razak dan kini makin parah di zaman anaknya.

Jika dulu melibatkan hanya menteri di bawah PM tetapi kini apabila PM turut terpalit, menjadi sukar untuk dibersihkan lagi.
Bukan itu sahaja, apabila PM



enggan berundur secara terhormat, ia membabitkan kepada seluruh pemimpin, ahli dan parti yang dipandang serong.

Apabila mahkamah undang² tidak digunakan untuk membersihkan diri, isu dan persepsi diseret ke mahkamah rakyat dan hukumannya pada PRU14.



Bukan sahaja umno sukar diselamatkan lagi tetapi untuk apa (?)  dan keperluan apa harus diselamatkan (?)

Melayu yang miskin tidak menjadikan melayu bangsat.
Tetapi korup, salahguna kuasa menjadikan Melayu dipandang hina dan bangsat.




39 comments:

  1. Salam Bro. TERBAIK. Angkat isu yang sama Rasuah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minggu lawak kian berterusan..

      1.UMNO dijemput berucap di kongres parti komunis china.
      Nk tanya dap dgn umno mana lg komunis?

      2. "Najib tidak takut kepada saya" kata rosmah.
      Perlu ke najib diberi dokongan oleh suami beliau sendiri mengenai hal siapa takut siapa?

      Delete
    2. Laki bini ni kalau bercakap maksud dia jadi terbalik! Mana ada duit dlm akaun saya! Whoshhh! Tudia 2.6b! Najib x takut pada saya! Whosshh! Faham faham jer ler!

      Delete
    3. Laporan BNM pada tahun 2010 melaporkan kerugian RM31.5 bilion bagi urusniaga matawang asing sepanjang tahun 1991-1994, tetapi saksi ke-21 kata RM5.7 bilion manakala peguam saksi ke-24 mengiyakannya. Jadi kemana menghilangnya perbezaan jumlah tersebut iaitu RM25.8 bilion?

      Delete
    4. Kena tanya Royal commission punya member la cai.
      Kenapa bebal begitu sekali?

      Delete
    5. Pada hari terakhir prosiding RCI, Pengerusi RCI menyatakan tidak akan menarik semula kenyataan awalnya pada penghujung hari pertama siasatan RCI pada 21 Ogos apabila beliau berkata kesimpulan dapat diambil yang BNM telah rugi sebanyak RM31.5 bilion.

      LKS membangkit kerugian BNM forex di Parlimen pada tahun 1993 sebanyak lebih RM30 bilion dan menulis buku 38-mukasurat untuk menegaskan kenyataannya di Parlimen adalah benar. Seterusnya selepas itu LKS memperjuangkan penubuhan RCI ke atas BNM forex. Pada 2017 LKS dipanggil sebagai seorang saksi memberi keterangan di hadapan pasukan petugas khas dan akhirnya pada 15 Julai 2017 hasrat LKS untuk melihat penubuhan RCI berjaya setelah dipekenankan oleh YDPA.

      Pada tahun 1994, (bekas) Menteri Kewangan menjawab di Parlimen, kerugian BNM forex sebanyak RM5.7 bilion. Pada 2012, dia mengatakan lebih RM30 bilion dan pada 2017, RM5.7 bilion.

      Delete
  2. Ngapa tuju kat umno sahaja? Buta mata dan pekak tuli rasuah diperingkat negeri Selangor dan penang. Awat tak suruh LGE letak jawatan KM Penang?.... Hang jilat depa ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jilat DAP tidak menjadikan Melayu bangsat..
      Di Penang, azan subuh dua kali guna pembesar suara..
      Elaun guru KAFA lebih tinggi..
      Elaun imam bilal lebih tinggi..
      Sekolah ugama dapat peruntukan berganda setiap tahun..
      Anak lahir...dapat insentif
      Warga emas mati..ada khairat

      Lim guan eng didakwa..kes mahkamah..belum dibukti bersalah..

      Delete
    2. Mane Satu betul, TV3 kata DAP abaikan Melayu, MCA plak Kate DAP lebihkan Melayu. Sape Yg betul, Tempat saya Ada Gudang simpan brg yg diimport Dari Indonesia, ade Minyak Wangi, ubat2 Jamu. Spare part moto, selalunya Sport Rim dgn Tayar. kain Dan mcm2 lagi la. Dulu Ada kitab Dan tafsir alquran. Tapi diharamkan. Sebab takut Ada percanggahan dgn Yg Kat Malaysia kata Kastam Dan JAIS masa Dia org dtg serbu dulu. Tu 2 tahun lepas Cek ta dgn nabil pun ambik brg Kat situ menurut driver, ade gak ramai Driver Dari P.Pinang Yg ambik brg Kat situ. Pasal dlm kontena biasenye brg campur2. Ada pi klang, KL, johor, kelantan. Jadi nak jimat Kos, sumbat 1 tong, sampai p, klang, lori 3 Ton edarkan. Ade la 7 8 org driver Dari PP Yg rapat dgn saya, Pasal dia org tumpang repair. Biasenye Yg lori sendiri Dan Yg best, dia org bayar Cash. Selalu gak borak Pasal politik. Tanya mcm2 Pasal sejak DAP Pegang PP, saya tak pernah sampai Sana. Boleh kata jawapan hampir Sana. OK, Takde Masaalah, walaupun takde Yg Kata 100 persen bagus, jika nak dibandingkan dgn MCA Dan Gerakkan. Yg sekarang lagi OK. Nampak kebajikan org Melayu tak diabaikan, Dan Yg paling kerap dikata, Jgn dengar cakap org luar. Kami DOk Sana, Kami Tau la. Itu juga Yg saya cakap kalau balik kg isteri Kat perak.

      Delete
  3. Yang dok menipu Melayu bukan mca, bukan mic, bukan gerakan, bukan pbs..tapi umno dan pas.

    ReplyDelete
  4. Semua dh tau ini...
    *Pas guna rempah ratus islam, dan jaja konci sorgawi bersalut lior.
    *Umno guna ramuan bangsa dan wang curi bersalut taek low
    *BN guna kicap n tauhu bersalut taek cirit.
    Geng Scammers ini beroperasi sejak sebelum merdeka.
    Selepas 60 tahun scammers yg sama telah terpaksa curi khazanah. Ini sebab system cash dan akibat penambahan ahli2 dlm parti ala MLM.
    Rakyat sudah muak dgn hidangan bubur mungkar haram.

    Utk kebaikan semua, maka, perkhidmatan hamba2 rakyat akan dihentikan.
    Kesalahan petualang2 yg nek tochang akan dihukum setimpalnya.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fakta merapu tolong komen di blog mykemut (anon1204)

      Delete
    2. Si beloggerpengecut.. Mahkamah mana tg hukumkan fakta merapu??

      Madey meroyan merapu tuduh Najub dh bertahun gagal ko masih sembah jd barua ketua penyangak tu.. Tk rase malu ke pd Najib, satu habuk pun fitnah tak menjadi??

      Belogger sampah pengecut, hidup dedak mati dedak.. Pru14 nnt tinggal batu nesan, Insya Allah melingkup lah puak ko pakatan haprak munge boboi!

      Delete
  6. Rasuah cat pintu gerbang harga 10 joota
    Sykt RM2 hengget telan GLC Sgork 32 billion
    Claim elaun perjalanan 15 juta Gaji RM 1 hengget Punahsihat Sgork CIFUTBABI..
    Bailout anak Kroni Ratus Billion
    Torwong Dasar Laut 350 jota papee work saja
    Lorong Jln Kaki P Pinang 30 jota.. cat saja



    puiii.....!!!


    Lu Fikir La Sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu betul. Yang mana salah, memang tak sokong. Tak kisah la azmin atau lge, kalu salah, sila dakwa. Sekarang kes hangat klepekkasi, itu tak mau ambil port ke? Ambil la tau juga pasal duit src 42 juta tu.

      Delete
  7. UmNo bukan saja rasuah dan menyamun tapi sudah rosak sampai ke usus dan tak boleh diselamatkan lagi.

    Dulu-dulu zaman Tun Razak pun memang rasuah wujud tapi dibuat sorok-sorok di bawah meja. Hari ini di bawah ibnu Razak rasuah diberikan sekali dengan meja itu juga, dan pelakunya tidak lagi risau sebab seluruh sistem telah mereka kuasai dan rosakkan di dalam proses itu.

    UmNo sudah menjadi sebuah parti pendusta
    UmMo sudah menjadi sebuah parti pemungkir janji
    UmNo sudah menjadi sebuah parti yang mengkhianti amanah pentadbiran, kewangan, agama, bangsa dan negara,
    UmNo, melalui geng A9 sudah menjadi parti yang melampau batas di dalam mempertahankan pendustaan, kemungkiran dan pengkhianatan mereka.

    Penguasa UmNo sudah menjadi ibarat singa
    Menteri-menteri UmNo sudah menjadi ibarat serigala
    Pentadbir-pentadbir yang membuat keputusan di bawah pemerintahan UmNo sudah menjadi ibarat anjing
    Dan rakyat adalah kambing yang setiap hari mereka ratah.

    Rasuah dan curi sudah menjadi darah daging mereka ini. Dibuat terang-terangan. Malah agensi yang diwujudkan untuk membenteras rasuah, agensi itu mereka rasuah pula.

    Di tengah-tengah kumpulan kambing ini yang sedang diratah oleh singa, serigala dan anjing ini, ada pula sekumpulan babi yang kerja mereka hanyalah makan najis yang dibuat oleh singa, serigala-serigala dan anjing-anjing tadi. Mereka muncul di alam siber dan mempertahankan kerakusan tiga haiwan pemangsa tersebut.

    Walaupun babi adalah juga haiwan makanan haiwan pemangsa tapi babi-babi ini selamat dari diratah oleh singa, serigala dan anjing. Bukan disebabkan 3 haiwan pemangsa ini menjauhi disebabkan babi haiwan yang haram dimakan, kerana para haiwan pemangsa ini sudah tidak kisah halal haram pun, tetapi kerana babi-babi ini bertugas untuk bersihkan najis-najis mereka dengan cara memakan najis itu. Maka babi selamat dari diratah kerana ia punya tugas sendiri di dalam sistem yang menganiayai kambing itu.

    Malahan babi-babi ini kadangkala diberikan juga cebisan daging kambing dan babi tetap akan meratah. Walaupun secebis tetapi babi-babi ini berpuas hati kerana tanpa singa, serigala dan anjing, babi tidak punya kesempatan pun untuk merasa makan daging kambing. Secebis pun tak apa, janji dapat tumpang merasa, hasil upah memakan najis.

    Begitulah busuk dan rosaknya masyarakat rasuah dan penyalahgunaan kuasa digambarkan di dalam bentuk dunia haiwan.

    P/s - Penggunaan haiwan sebagai misalan adalah bertujuan untuk memberi gambaran betapa buruknya pusingan rasuah dan salahguna kuasa di negara ini dan tidak dibuat secara terus dengan tujuan untuk menghina sekalipun orang-orang yang melakukan sedemikian itu sememangnya hina. Merekalah yang sebenarnya menghinakan diri mereka sendiri di atas apa-apa yang mereka lakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul bro john, rasuah adalh sinonim dgn umno. Umno adalh institusi yg sedang tenat dan perlu disingkirkan dri persada politik tanahair sekiranya malaysia ingin terus maju kehadapan. Percayalah, malaysia akan menjadi sebuah negara yg lebih bertamadun tanpa umno!

      Delete
  8. Ok lah yang beri rasuah pula paling banyak bangsa apa ye? ni lah punca rasuah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr,

      Kenapa masih terperangkap di dalam isu bangsa apabila berbicara tentang rasuah?

      Sama ada Melayu atau Cina, rasuah tetap mesti ditolak.

      Tak perlulah kita cuba beri justifikasi rasuah yang kita amalkan di atas alasan ia didorong oleh bangsa lain.

      Pada akhirnya kita akan ditanya tentang amalan kita dan bukan tentang amalan orang lain. Menjawab 'orang lain yang mendorong saya melakukannya' bukan satu jawapan yang diterima di sana nanti.

      Betul Cina banyak merasuah tapi siapa kata Melayu tidak merasuah?

      Malahan, hakikat yang tidak dapat ditolak ialah mutakhir ini, bapa segala perasuah dan salahguna kuasa ialah seorang yang mengisytiharkan Melayu akan bangsat tanpa UmNo padahal hakikatnya UmNo lah yang menjadikan Melayu hari ini sebagai bangsat. Proton,AS dan JPM dalam gambar entry di atas hanyalah simbolik kepada hakikat bahawa Melayu hari ini telah terbangsat dan dibangsatkan bukan akibat perbuatan tangan-tangan orang Cina, tapi perbuatan tangan orang yang mengaku Melayu dan diberi amanah untuk menjaga kepentingan Melayu tapi dialah sebenarnya pelingkup Melayu.

      Delete
    2. Yang satu bangsa dok terima rasuah tu apahal? Tepok sebelah tangan tak kan berbunyi bro.

      Delete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih ada pecacai najib yang tidak matang, negara tak boleh maju kalau otak lucah.

      Delete
  10. "Kenapa masih terperangkap di dalam isu bangsa apabila berbicara tentang rasuah?"

    Terbaik sdr john doe, Adakah rakyat negara ini sedar? tidak ada satu bangsa di dunia ini yg boleh terima budaya rasuah.

    Inikan pula org melayu agamanya islam.

    Ubahlah wahai rakyat malaysia, bermula pada PRU akan datang, kita tumbangkan umno najib.

    ReplyDelete
  11. Apabila rakyat bertanya, betul atau tidak dakwaan DOJ amerika?

    Jawapan standard macai najib adalah, beri penerangan sekalipun, rakyat dan pembangkang menolak jawapan diberikan.

    Rakyat bertanya lagi,

    Kenapa najib tidak saman?

    Jawapan standard macai najib adalah, beri penerangan sekalipun, rakyat dan pembangkang menolak jawapan diberikan.

    Kenapa skandal 1mdb di osa kan?

    Jawapan standard macai najib adalah, beri penerangan sekalipun, rakyat dan pembangkang menolak jawapan diberikan.

    Kenapa perbicaraan 1mdb di singapura pensubahat telah dihukum?

    Jawapan standard macai najib adalah, beri penerangan sekalipun, rakyat dan pembangkang menolak jawapan diberikan.

    Tetapi ada sedikit perbezaan,

    Kenapa 2.6 billion masuk akaun peribadi najib?

    Terdapat lebih 50 jawapan berbeza diberikan oleh menteri umno najib.

    Kenapa 42 juta wang src masuk akaun perbadi najib.

    Jawapan tuan punya badan adalah tidak tahu...padahal wang ini jugalah najib dan keluarga berjoli katak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila pertuduhan saman sivil DoJ sudah dibawa ke mahkamah, sudah semestinya DoJ mempunyai bukti-bukti yang berfakta apatah lagi wang tersebut yang kononnya dicuri daripada 1MDB dibawa masuk ke Amerika untuk digubah kemudiannya dihantar keluar daripada Amerika mempunyai maklumat-maklumat penghantar dan penerima.

      Saman sivil DoJ yang pertama pada 15 Julai 2016 dan yang kedua pada 15 Jun 2017 iaitu 14 bulan dan 3 bulan sebelum lawatan kerja 3-hari Najib ke Amerika bermula pada 12 September 2017.

      Persoalannya jika ada bukti-bukti berfakta dan kes sudah sampai ke mahkamah, mengapa Najib tidak ditangkap, didakwa, dibicara dan dihukum jika didapati bersalah. Apatah lagi kesalahan pengubahan wang haram adalah satu kesalahan jenayah berat di Amerika. Ironinya Najib bebas masuk dan keluar Amerika dan diraikan sebagai tetamu terhormat.

      Ini membukti macai-macai dan tuan macai adalah pendusta. Bukti-bukti yang diberi kepada DoJ dan FBI adalah maklumat palsu dan berupa fitnah.

      Delete
    2. Walaupun laporan audit dan PAC telah di OSAkan tetapi 5 wakil pembangkang telah diberi akses sepenuhnya kepada laporan-laporan tersebut.

      Pada May 2016, timbalan PAC memberi kenyataan bahawa Najib tidak melakukan apa-apa penyelewengan dalam 1MDB. 1MDB juga memberi kenyataan tiada wangnya yang hilang.

      Berkenaan wang RM42 juta daripada SRS, pihak Najib telah mencabar pembangkang mengemukakan bukti pada Jan 2016. Sehingga sekarang cabaran itu tidak berjawab!

      Kalau ada bukti-bukti berfakta, mengapa Singapura tidak memberi notis bantahan diplomatik kepada Malaysia, menyekat Najib daripada masuk ke Singapura atau mengusir Najib ketika beliau membuat lawatan ke Singapura atas tuduhan Najib menggunakan Singapura untuk pengubahan wang haram?

      Sebab tuduhan dan aduan pembangkang tersebut hanyalah berdasarkan maklumat-maklumat yang dipalsukan yang tiada nilainya di mahkamah.

      Tak percaya, cubalah macai-macai saman Najib di mahkamah Singapura. Tengok boleh berjaya ke tidak saman tersebut.

      Delete
    3. "Persoalannya jika ada bukti-bukti berfakta dan kes sudah sampai ke mahkamah, mengapa Najib tidak ditangkap"

      Ianya adalah kerana najib sebagai PM mempunyai imuniti (kekebalan) politik.

      Delete
    4. "tetapi 5 wakil pembangkang telah diberi akses sepenuhnya kepada laporan-laporan tersebut."

      Akses diberikan tetapi tidak boleh disiarkan, dihebahkan, diumumkan kepada rakyat.

      Inilah puncacya rafizi ramli dihadap dan dijatuh hukum dimahkamah.

      Delete
    5. "pihak Najib telah mencabar pembangkang mengemukakan bukti pada Jan 2016."

      Bukti tidak dapat dikemukakan kerana siasatan 1mdb dan SRC telah di osa kan.

      pihak sprm telah memohon mendapatkan MLA untuk meneruskan siasatan namun ianya dihalang oleh peguam negara pandi.

      Delete
    6. "Kalau ada bukti-bukti berfakta, mengapa Singapura tidak memberi notis bantahan diplomatik kepada Malaysia"

      Sepertimana DOJ amerika, pihak berkuasa singapura tidak boleh bertindak terhadap najib kerana beliau mempunyai imuniti (kekebalan) politik.

      Delete
    7. "Sebab tuduhan dan aduan pembangkang tersebut hanyalah berdasarkan maklumat-maklumat yang dipalsukan yang tiada nilainya di mahkamah."

      Jika hakim mahkamah malaysia disambung khidmat kerja, apakah nilai yg ada pada hakim ini apabila terdapat lebih ramai hakim berkelayakan untuk ambil alih jawatan?

      Jika tuduhan palsu maka wajib untuk najib ambil tindakan, saman dijanjikan sudah bertahun lamanya rakyat menunggu.

      Walaubagaimanapun janji Allah tidak pernah mungkir, kami rakyat berpegang kepada ayat dibawah ini;

      “Yang benar Telah datang dan yang batil Telah ‎lenyap”. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti ‎lenyap. (QS:17 Al Isra 81)‎

      Maka benarlah kata Allah SWT.

      Delete
    8. Macai kata Najib memiliki kekebalan diplomatik. Kalau ada bukti-bukti berfakta yang menunjukkan Najib benar-benar telah melakukan jenayah, Amerika atau Singapura sebagai negara tuan rumah boleh mengambil tindakan-tindakan berikut:

      1. Menghalang Najib daripada memasuki negara mereka,

      2. Mengusir Najib daripada negara mereka jika beliau sudah berada di Amerika atau Singapura,

      3. Memohon kepada negara asal untuk membatalkan kekebalan diplomatik yang dimiliki oleh Najib.

      Tetapi adakah Amerika atau Singapura atau lain-lain negara berbuat demikian? Tiada satu pun. Itu menunjukkan macai adalah seorang yang pendusta.

      Delete
    9. Wang yang dikatakan dicuri daripada 1MDB dibawa masuk ke Amerika melalui akaun bank, wang tersebut dikatakan digubah di Amerika. Sebahagian daripadanya digunakan di Amerika dan sebahagian lagi dibawa keluar daripada Amerika melalui akaun bank. Amerika sudah pasti memiliki butiran-butiran terperinci pihak penghantar dan penerima.

      Maklumat-maklumat tersebut tidak diOSAkan di Amerika begitu juga di Singapura. Jika benar bukti-bukti berfakta menunjukkan Najib bersalah, sudah pasti Najib telah dikenakan tindakan.

      Ironinya Najib bebas masuk dan keluar dari negara-negara tersebut malah diraikan pula sebagai seorang tetamu terhormat.
      Sebenarnya macai-macai tiada bukti, yang ada hanyalah auta seorang pendusta.

      Delete
  12. KD.... well said.

    Kalau melayu tak faham lagi, tak tahu la. Dah 'gelap' hatinya kot.

    ReplyDelete
  13. Sistem kuota dan undi bonus diperkenalkan dan dikuatkuasakan untuk terus kekal berkuasa sebagai Presiden UMNO, Presiden BN dan Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  14. Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) tidak pernah mencecah USD35 bilion sebelum tahun 2004, kini di bawah pimpinan DS Najib rizab antarabangsa BNM sudah melebihi paras USD100 bilion.

    KDNK negara dibawah paras RM200 bilion sebelum tahun 2004, kini di bawah pimpinan DS Najib KDNK sudah melebihi paras RM1.5 trilion.

    Aset KWSP dibawah paras RM220 bilion sebelum tahun 2004, kini di bawah pimpinan DS Najib aset KWSP sudah melebihi paras RM700 bilion.

    Pencapaian ini tidak akan berlaku jika kerajaan pimpinan DS Najib, UMNO dan BN mengamalkan rasuah. Tetapi di era siapakah rasuah berleluasa berlaku?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Disebalik angka ditujukkan, adakah segenap lapisan masyarakat menikmati pencapaian ini?

      Gelandangan merata rata, BN barang naik, GST, petrol meningkat, kos saraan hidup naik rakyat dibebankan, sekolah tidak lagi diberi bantuan sewajarnya dan kualiti ubat ubatan amat buruk.

      Delete
    2. Penduduk Malaysia berjumlah 32 juta pada tahun 2017.

      Berapa ramaikah jumlah gelandangan di negara ini? Sangat ramaikah jumlahnya sehingga mencecah ratusan ribu orang atau jutaan orang sehingga macai kata merata-rata?

      Walaupun barang naik tetapi barang-barang makanan asas dan minyak masih diseludup ke luarnegara. Adakah di luarnegara harganya berlipat kali ganda lebih mahal daripada Malaysia?

      Apakah bentuk bantuan sewajarnya yang perlu bagi sebuah sekolah?

      Berapa banyakkah kes-kes kematian yang disebabkan oleh kualiti ubat-ubatan yang dikatakan amat buruk tersebut? Adakah macai mempunyai bukti-bukti dan telah membuat laporan kepada pihak yang berwajib?

      Delete