Monday, October 2, 2017

SYED SADDIQ IKON SPRM (?)





Mungkin boss SPRM boleh pertimbangkan (??)






# Dana Yayasan Prihatin SPRM wajar datang dari sumbangan orang ramai / rakyat dan atau Yayasan berhak menerima peratus tertentu bagi setiap kes korup yang berjaya disabitkan sebagai imbuhan galakan.






32 comments:

  1. 5 JUTA tu umpama Wang Neraka.
    Rakyat perhati dgn penuh DUKA.
    Institusi terakhir hala durjana.
    Sekira diterima tandanya Bala.

    Maka tersingkap singkatannya
    Suruhanjaya Pemangkin R...M...

    ReplyDelete
  2. dia main juta2 je...paling kecik,5 juta...30 juta utk tahfiz...

    ReplyDelete
  3. Siapa boleh beri tahu di sini apa tujuan Yayasan Prihatin SPRM itu? Mengapa perlu di tubuhkan?

    Ini dia makna perihatin dari Kamus Dewan Bahasa:

    1. mengambil berat, perhatian terhadap sesuatu perkara: sbg jiran, kita ~ terhadap rusuhan rakyat menentang pemerintahan tentera di Bangkok;

    2. Jw ber­dukacita atau kecewa yg amat sangat (kerana gagal usaha, menghadapi kesusahan, dll), rasa sedih yg amat sangat;

    3. berusaha (berikhtiar) dgn bersungguh-sungguh utk mendapat se­suatu yg dicita-citakan;

    Apa dia yang di cita cita SPRM? Kalau untuk membasmi rasuah, penubuhan Yayasan itu selari dengan tujuan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku Googlekan "Yayasan Prihatin SPRM" dan "siapa tubuhkan, apa tujuan Yayasan Prihatin SPRM" dalam BM dan BI, dah 3 mukasurat takda keluar malumat, apasal?

      Google simpan di mukasurat 108 ke? Atau depa sama nak kelirukan rakyat?

      Yang keluaq di bahagian ataih ia lah

      "Kerajaan umum peruntukan RM5 juta kepada Yayasan Prihatin SPRM ...
      malaysiagazette.com

      “Sebagai sokongan saya kepada SPRM, bagi pihak kerajaan maka sukacita saya ... segera sebanyak RM5 juta untuk Yayasan Prihatin SPRM."

      Kot depa nak bayangkan ada udang disebalik buntu (bukan batu) yang bikin Mr Cash Is King derma RM5 juta itu.

      Yang RM2.6 bilion tuh derma ke? DoJ kata "misappropriation of 1MDB funds and money laundering".

      Delete
    2. Yang sebenarnya DoJ tak ada bukti langsung hendak mengaitkan DS Najib dan 1MDB. Kalau ada sudah pasti DoJ dan FBI sudah bertindak ke atas DS Najib semasa lawatan beliau ke Amerika tempoh hari sementalahan lagi kesalahan pengubahan wang haram adalah kesalahan jenayah berat di Amerika.

      Walaupun DS Najib ada kekebalan diplomatik sebagai pemimpin, Amerika sebagai negara tuan rumah boleh menghalang beliau daripada memasuki Amerika, boleh mengusir beliau dari Amerika malah boleh memohon untuk pembatalan kekebalan diplomatik beliau supaya beliau boleh ditangkap dan didakwa. Adakah perkara-perkara tersebut berlaku?

      Di mana Loretta E. Lynch, Sandra R. Brown dan Andrew McCabe semasa lawatan DS Najib ke Amerika? Mengapa mereka tindak bertindak?

      Bila pula macai-macai hendak melancarkan saman sivil DoJ yang ke-3? Bila?

      Adakah bukti-bukti yang macai-macai beri pada DoJ dan FoJ hanyalah auta? Jadi padanlah kedua-dua saman itu tak kemana!

      Delete
    3. Mengapa mereka tidak bertindak?

      ... pada DoJ dan FBI...

      Delete
    4. "sebenarnya DoJ tak ada bukti langsung"?

      Bola bola. Nanti aku lapang aku tulaigh lagi.

      Delete
    5. Kenapa IPIC hanya mengadu kehilangan wang di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London dan kemudiannya menarik balik aduan tersebut dan memilih untuk menyelesaikannya secara terus dengan 1MDB?

      Kenapa IPIC tidak membuat aduan jenayah di Amerika, di United Kingdom atau di mana-mana saja supaya kes itu boleh di bawa ke mahkamah jenayah?

      Sebab tiada bukti yang mengaitkan kehilangan wang tersebut dengan 1MDB.

      Sebab arahan bertulis pembayaran untuk 1MDB mendepositkan wang ke dalam akaun Aabar-BVI anak syarikat IPIC datangnya daripada wakil IPIC yang sah.

      Sebab 1MDB ada penilaian peguam-peguam yang mengesahkan Aabar-BVI adalah anak syarikat IPIC.

      Delete
    6. Anon 3:05

      Dipersilakan mengemukakan tulisan-tulisan auta anda... hampas! hampas!

      Delete
    7. "Najib ada kekebalan diplomatik"

      Jangan mengarut. Bila di luar negeri, itu boleh di lucut.

      Kot itu pasal dia tak ke UN General Assembly dah 2 tahun. Takut alih2 DoJ kata dah cukup bukti, cekut dia

      Delete
    8. PBB di Amerika. Najib baru balik daripada lawatan kerja di Amerika. Mana DoJ? Mana FBI?

      Bila la macai-macai Madey ni nak bagi bukti yang benar bukti supaya Najib ni boleh didakwa. Setakat auta aje lebih. Tin kosong betul.

      Delete
  4. Sapa la si bangang yg nak jolok 5 jota kat budak nih.. sila lapur ke SPRM la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Said tunggu diheret ke makamah baru bolih cerita... Lapor sprm lambat

      Delete
  5. Sumbangan tu bukan sogokan. Kalu beri pada orang lain, tafsirannya bertukar. Derma kapada pm bukan rasuah, derma kepada ketua pengarah rasuah. Duit src 42 juta masuk akaun pm, tak salah pasal tak tahu. Duit syarikat masuk akaun pengarah, pecah amanah walaupun jawab tak tahu. Orang lain tegur, menghina mereka, kalu mereka menghina, itu teguran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jaga jaga bila menyindur, kekadang orang tak faham siapa yang di sindir.

      Yang kena sindir memang buat tak faham.

      Bedebah. Celaka. Kamus DBP kata celaka = bawa malang.

      Delete
    2. Kalau macai memang ada bukti yang DS Najib menerima wang RM42 juta daripada SRC melalui orang tengah, saman saja DS Najib tu.

      Bukan hanya saman di negara ini, tetapi juga di negara-negara luar tempat di mana wang tersebut didepositkan. Tengok boleh sabit ke tidak saman tersebut?

      Delete
    3. Sebab bukti-bukti yang diberikan oleh macai-macai merupakan auta bukannya fakta, itu pasal aduan-aduan di Amerika, UK, Australia, Hong Kong, Singapura gagal. Gagal untuk mengaitkan Najib apatah lagi mendakwa beliau.

      Macai-macai boleh terus mencuba tetapi selagi bukti-bukti itu hanya rekaan semata-mata, buat lah kot mana pun pastinya akan gagal juga akhirnya.

      Samanlah Najib, jangan tak saman. Buktikan bukti-bukti yang ada itu benar-benar bukti bukan gebang kosong saja!


      Delete
    4. Anon 215, sabor, satu satu
      Tak lama dah

      Delete
    5. "saman saja DS Najib tu"? Mengarut lah.

      Kamu tunggu le DoJ sap siasatan jenayah 1MDB depa. Kot depa sama si polan nanti. Dpa dah saman dan menang bicara bekas PM Ukraine, Lazaren

      Delete
    6. Setakat tuduh tanpa bukti-bukti, itu sahaja yang termampu macai-macai Madey mampu lakukan! Poorah.

      Najib bukan hanya masuk Amerika dan keluar dengan bebas; malah dengan bergayanya secara tersirat memberitahu Trump, 'kami datang dari Malaysia untuk menjajah ekonomi negara anda, setiap tahun kamu kena bayar ufti kepada kami'.

      Hebat si pahlawan Bugis ni! Patut la orang tua tu terencat otaknya sehingga mudah dijangkiti penyakit lupa.

      Delete
    7. Anon 3:11 hang bermimpi ka?

      Saman sivil DoJ pertama pada 20 Julai 2016 diumumkan oleh Loretta, bekas Peguam Negara AS ke-83. Tak berjaya!

      Saman sivil DoJ yang ke-2 pada 15 Jun 2017 pula diumumkan oleh Sandra R. Brown, seorang pemangku Peguam AS bagi Wilayah Tengah California. Tak berjaya hendak mengaitkan DS Najib dan 1MDB!

      Kenapa saman sivil DoJ yang ke-2 itu tidak diumumkan oleh Jeff Sessions, Peguam AS ke-84? Adakah pengumuman tersebut tidak mendapat persetujuan daripada Jeff Sessions?

      Sebab yang kehilangan wang ialah IPIC bukan 1MDB. Pusing kot mana pun ia akan menuju kepada IPIC, bukannya 1MDB.

      Hanya macai-macai yang membuat aduan-aduan mengatakan ia berkaitan DS Najib dan 1MDB tetapi menemui kegagalan demi kegagalan sebab ketiadaan bukti-bukti berdasarkan fakta. Yang ada hanyalah auta. Dah cukup besar kemaluan anda menipu! Cubalah lagi dengan aduan saman sivil yang ke-3. Kali ini mana nak cari pula pemangku Peguam AS yang hendak dipergunakan?

      Loretta pula menghadapi tuduhan pengubahan wang haram!

      Delete
    8. Habibur Rahman punah sihat Najib Tak TauTuesday, October 03, 2017 5:49:00 AM

      "Saman sivil DoJ pertama pada 20 Julai 2016 diumumkan oleh Loretta, bekas Peguam Negara AS ke-83. Tak berjaya!"

      Dah masuk mahkamah amerika, tertera kertas pendakwaan doj menyebut mo1 disahkan pula oleh rahman dahlan.

      .....

      "Saman sivil DoJ yang ke-2 pada 15 Jun 2017 pula diumumkan oleh Sandra R. Brown, seorang pemangku Peguam AS bagi Wilayah Tengah California. Tak berjaya hendak mengaitkan DS Najib dan 1MDB!"

      Ko tak takut ke balasan kat akhirat macai? Dah masuk mahkamah Amerika macai oii!!!

      .....

      "Kenapa saman sivil DoJ yang ke-2 itu tidak diumumkan oleh Jeff Sessions, Peguam AS ke-84? Adakah pengumuman tersebut tidak mendapat persetujuan daripada Jeff Sessions?"

      Kenapa pula mesti mendapat persetujuan jeff session? Sistem keadilan amerika bergerak bebas, pendakwaraya negeri boleh dakwa trump, ini fakta, bukan seperti malaysia macai.

      ......

      "Sebab yang kehilangan wang ialah IPIC bukan 1MDB. Pusing kot mana pun ia akan menuju kepada IPIC, bukannya 1MDB."

      Ko dah baca kertas dakwaan DOJ?

      .......

      "Hanya macai-macai yang membuat aduan-aduan mengatakan ia berkaitan DS Najib dan 1MDB tetapi menemui kegagalan demi kegagalan sebab ketiadaan bukti-bukti berdasarkan fakta."

      Kami rakyat berpandukan siasatan, pendakwaan dan perbicaraan di mahkamah amerika, swiss, singapura dan lain2 negara. Bukan khabar angin macai.

      .....

      "Yang ada hanyalah auta. Dah cukup besar kemaluan anda menipu! Cubalah lagi dengan aduan saman sivil yang ke-3. Kali ini mana nak cari pula pemangku Peguam AS yang hendak dipergunakan?"

      Kalau kami menipu tak kan pihak berkuasa luar negara sudah mensabitkan pensubahat2 1mdb? Najib pasti akan didakwa, apabila najib sudah tiada imuniti sebagai PM.

      ......

      "Loretta pula menghadapi tuduhan pengubahan wang haram!"

      Adakah bermakna kes 1mdb dihentikan semata mata loretta menghadapi tuduhan penggubahan wang haram? Butut ka? mana lu dapat ini citer macai?

      Bertaubatlah macai, siang malam 24 jam, copy paste benda sama, ko mana nak bosan, dapat habuan haram btul x? Benda haram dah disumbat bertahun tahun lamanya.

      Konon2 nak ikut style goebel, tak gitu macai?


      Delete
    9. Kenyataan Rahman Dahlan didengar separuh-separuh lepas tu diputar belitnya.

      Kes memang pergi mahkamah, tetapi adakah dapat mengaitkan DS Najib dan 1MDB? Ada ke?

      Ada ke DS Najib disepina, ditangkap, didakwa, dibicarakan dan dihukum? Ada ke?

      Sebab bukti-bukti yang cuba mengaitkan DS Najib dan 1MDB hanyalah auta. Kalau tidak sudah lama DS Najib ditangkap!

      Delete
    10. Selagi najib mempunyai imuniti politik maka selagi itu tiada dakwaan dan tangkapan boleh dilakukan.

      Jika najib berani ikhlas dan tiada apa ingin disorok maka najib perlu tampil ke hadapan dan mengisytiharkan kepada dunia,
      bahawa beliau pada bila2 masa boleh di siasat oleh DOJ FBI pihak berkuasa swiss dan singapore.

      Tetapi kenapa SPRM ingin meneruskan siasatan terhadap najib dan 1mdb dengan memohon MLA ditolak oleh peguam negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali?

      Delete
  6. Macai2 sekalian, lakukan serangan blog ni, tak kan dapat habuan harami hari2, buat keje sesuka hati?

    Jawapan macai;

    Alahai, apa kami kisah? Duit kami terima duit haram, duit dari ketua perompak, kami tau rakyat tak halalkan, najib tumbang, umno tumbang, kami cari makan aje....

    Kami beri komen pun, rakyat takleh terima sebab takder fakta, takder bukti,menokok tambah, pastu maki hamun dan jalan terakhir pantun ketum...

    Terbaru kami beri angka kdnk, angka kwsp, angka ekspot, malahan angka ungka pun kami dah beri, rakyat tau tapi tak rasa apa manafaat semua angka ungka tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habibur, kamu memnghiburkan siapa? Penyokong Najib ke, penyokong Pakatan?

      Kena tu;is terang sikit, Bang. Dah lah ramai yang buat tak faham, kita taknak yang biasa faham pun jadi tak faham.

      Kalau kata Kleptokerat beberapa kerat, cepat orang faham. Ayoh, kita Kleptokeratkan depa.

      Delete
  7. 7.27

    Budak tongong tu yg dedah nk krna jolok 5 jota.. budak tongong ni la yg buat repot... nk tunggu seret sapa plak nak seret pala tongong tu.... tak payah alih tiang gol.... bodossss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar le bro..dedah satu satu,
      Naper? Panas ke

      Delete
    2. 822,
      pelan2 la baangg,
      satu satu , slow slow.
      sama2 la berhibur kita tgk kepanasannya menibgkat..sambil tudung periok tu menari nari.
      Eh, pandai pulak abang ni menari..

      Delete
  8. "kenapa tak repot ke sprm, kan ini kira bola tanggung paling sedap untuk dilibas?"......."ehhhmmmmm saya sedang berkira-kira untuk buat laporan kepada sprm sekiranya ada gangguan kepada keluarga saya".....
    begitulah antara inti pati pc sang nakhoda armada. maksudnya jika keluarganya tidak diganggu maka tak perlulah untuk buat laporan kepada sprm? apa kena mengena laporan kepada sprm dengan gangguan kepada keluarga. nak lapor keluarga diganggu bukan kepada sprm dol, tetapi kepada pdrm....aduyaiiii. bijak berdebat tapi isi zero. kena belajar lagi bagaimana menipu tetapi tak mudah kantoi...,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samdol 152, sabar..satu satu

      Delete
    2. Anon yg nak direport pd sprm bukan pasal ganggu keluarga..tapi pasal cubaan nak rasuah.

      Yang akan ganggu keluarga sudah tentu org yg sama..dan saty lagi report pada pdrm..

      Duduk diam boleh tak, kita tengok satu satu..

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...