Saturday, November 18, 2017

OTAI TURUNKAN ILMU ...

16/11/2017, 10:48 AM




```Seorang pakcik, berumur 90-an,  datang ke sebuah bank untuk menyimpan duit.
Beliau menyimpan duit setiap hari. Sekali simpan RM5 ribu, kadang2 RM8 ribu, ade jugak sampai RM12 ribu!!```

```Hal ini menarik perhatian Pengurus Bank.

Banyak betul duit pakcik ni, tiap2 hari datang sini simpan duit, fikir Pengurus Bank.
Pengurus Bank pun pergi mendapatkan pakcik itu di kaunter urusan. Maka berlakulah perbualan berikut:```

Pengurus Bank: Pakcik.. boleh saya tanya sesuatu?

Pakcik : Boleh.. ape salahnya..

Pengurus Bank: Saya pengurus bank ni. Saya dah lama perhatikan pakcik. Saya nampak pakcik simpan duit tiap2 hari. 5 ribu, 6 ribu, 10 ribu. banyak duit pakcik? pakcik keje ape sebenarnya?

Pakcik: Saya tak keje. saya menang bertaruh..

Pengurus Bank: Bertaruh? bertaruh camne tu?

Pakcik: Kalau nak tau.. kita bertaruh nak?

Pengurus Bank: Ok. saya tak kisah..

Pakcik: Macam ni.. 7 hari dari sekarang.. saya jamin.. 'telur' encik akan hilang..

Pengurus Bank: Hahahaha.. macamana pulak 'telur' saya bleh hilang ni? Kelakar!

Pakcik: Kalau encik tak percaya, tak apa. Minggu depan kalau telur encik hilang, encik kena bayar saya RM1000,
kalau 'telur' encik masih ade lagi, saya akan bayar encik RM1000, kita jumpa minggu depan, kat sini..

Pengurus Bank: Ok..

```Abis waktu keje, pengurus bank pulang ke rumah dalam keadaan takut. Walaupun tak percaya dengan kata2 pakcik tu, dia tetap risau.```

Diceritakan pada isterinya..
Sukalah sangat mereka dan sudah ada angan² si isteri untuk dapat handbag baru dwngan duit telur terpijak..

```Malam, sebelum tidur dia akan periksa 'telur' ade ke tidak. Bangun pagi, perkara pertama beliau lakukan.. periksa 'telur' kot2 kalau 'telur'nya betul2 hilang! Begitulah keadaannya sampai hari yg ke 7.```

```Pengurus bank amat gembira hari ini. dia akan dapat 'rezeki terpijak' RM1000!! 'Telur'nya masih selamat di tempat asal. Pakcik si kaki bertaruh sampai di bank dan terus menuju ke kaunter utk berjumpa pengurus bank tersebut. Pengurus bank menanti dengan senyuman..```

Pengurus bank: Pakcik.. hari ni memang bukan rezeki pakcik..

Pakcik: Kenapa pulak?

Pengurus bank: Nampaknya pakcik dah kalah.. 'telur' saya masih ada..

Pakcik: Ye ke ada? tak percaya la.. boleh saya periksa?

Pengurus bank: Silakan..

```Pengurus bank bangun dan pakcik itu menjolok dengan tongkatnya akan 'telur' si pengurus bank.```

Pakcik: Erm.. Nasib encik memang baik.. 'telur' encik masih ada. Nampaknya saya dah kalah kali ni..

```Pakcik itu menghulurkan RM1000 kepada pengurus bank..```

Pengurus bank: Hahahaha! itu la pakcik.. kalau nak bertaruh.. tengok org la dulu.. hahahahaha..

```Pakcik itu terus keluar dari bank tanpa berkata apa2..```

```Selang 10 minit kemudian, pakcik itu masuk balik ke dalam bank dan terus menuju ke kaunter untuk membuat urusan..```

Pengurus bank: Aik? datang balik? nak buat apa pulak ni?

Pakcik: Saya nak simpan duit.. Nah.. RM7000.. masukkan dalam akaun saya..

Pengurus bank: Tapi.... mana datangnya duit sebanyak ni?

Pakcik: Nampak Penolong Pengurus bank encik ini kat kaunter hujung yg tengah tengok kita tu?

Saya bertaruh RM7000 ngan dia yg hari ni saya akan jolok 'telur' pengurus bank ni..

Pengurus bank:
$@'"#!=$@):"!-@$''"*"






# Aku cuma lupa tanya siapa nama Pengurus Bank dan nama Penolong Pengurus bank tersebut...



15 comments:

  1. ��������sesekali elok jugak... release tension.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telur MO1 la kot.
      PM paling senang kena ugut

      Delete
  2. With a depressing possibility PKR-AI could sell its soul to the devil ahead of the urgency to rid the country of every ills its facing...KD comes up with a pacifier...good one dude!

    Problem is some religious crack-head will profess its 'haram' bertaruh....well see for yourself torch-bearer of Islam would build a grandiose majestic mosque with all its glitters yet he has also by the same token bought and run a series of stud that turns out dud and to the time of writing close to a billion had been burnt only to produce a race winner at the Derby...

    Moral of the story (albeit true) Tun M's reconciliation with AI were subjected to all ridicules including by the thief himself...

    Its OK to accord a CONVICTED sodomiser by a Malaysian court via 'compassionate' visit so to speak by the gangster-jawa...

    Yet pulling the plug on many privileges supposedly entitled to a very glorious PM...

    To act pious with all the blanket of fictitious defender of Islam yet highly OK with a MUSLIM bugis-thief PROVEN to have siphon 2.6 billion into his own account...and 42 million SRC monies goes without saying...

    And the supreme body to fight and stave corruption yet you have the head of SPRM himself tainted with scandals of corruption and bordering adultery...

    While only recently a minister came out blazing with humiliated truth about malay muslim that certain goverment employee went for a good 2000 days equivalent to 5 years without reporting duty....

    What and how low malay muslim needed to be reminded that the country has gone astray way too far?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah sinikal posting KD kali ni.

      Sebenarnya saya dah tulis 2 kali di 3 posting terkini Shahbudin dot com.

      Simpan tulisan saya ini.

      Saya fikir ROS tak akan luluskan pendaftaran PH (PPBM belum berjaya didaftarkan. Semua pandaftaran gabungan parti dah ok baru ROS boleh buat kerja untuk PH pula)

      PRU 14 berlangsung dengan BN menentang wakil dari setiap parti lawan yang guna logo parti masing-masing.
      Keputusan yang tidak memihak kepada BN akan berpihak kepada parti campuran (BN + PKR + PAS) untuk bentuk kerajaan. Mungkin firasat saya sama seperti Out Syed The Box (Ziarah DSAI oleh pemimpin UMNO/BN ada makna tu. Jika UMNO hanya boleh kekalkan 60; PAS yakin dengan 40; takkan tak cukup jika PKR hanya perlu menyumbang 12 kerusi untuk majoriti mudah dan bentuk kerajaan campuran...)

      Memang bukan Najib akan menerajui tetapi tetap wakil dari UMNO yang akan jadi kepala.

      Berhati-hati dengan PKR (bukan niat nak pecah belahkan PH)

      Kecuali pimpinan PH buat sesuatu sebelum PRU 14 yang boleh beri jaminan / pastikan gabungan parti sedia ada dalam PH tidak belot selepas PRU 14...

      Delete
  3. Siapa cakap "a very glorious"? Tak setuju. Sebalik nya - udistinguished, horrid, miserable.

    Merata dunia dah tahu "misappropriation of 1MDB funds and money laundering", setakat ini di kenalpasti US Dept of Justice sebanyak US$4.5 billion = lebihkurang RM20 billion di buat dek "MO1" begitu.

    Malaysia Chrocicle kata seorang Menteri Afrika pun ada buat jenaka pasal 1MDB, tapi tak di kasi pihak penguasa rakyat membaca nya - di belok.

    Harap DoJ yang sekarang fokus kpd "the crminal aspects" in their 1MDB investigations" akan keluarkan kenyataan siapa "MO1" itu sabenar nya dan apa kelakuan jenayah nya, tak lama sabelom Pru14.

    Berdebub, beb, kalau gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM25.8 bilion lebih banyak daripada RM20 bilion. Tetapi RM25.8 bilion itu kita tahu daripada laporan-laporan berbanding RM20 bilion daripada persepsi rekaan macai-macai.

      Delete
    2. Di Arab Saudi, penangkapan putera-putera raja terdahulu yang dikatakan terlibat dengan rasuah. Di London, kes saman sedang berjalan yang mendedahkan satu persatu punca maklumat. Di Amerika, Republikan menggesa siasatan dijalankan ke atas bekas calon presiden Demokrat dan Foundationnya. Tekanan dilakukan ke atas Peguam Negara AS untuk mengambil tindakan.

      IPIC mendakwa mereka kehilangan wang. Rupanya ada satu komplot daripada dalam dan luar IPIC yang menghilangkan wang tersebut. Pengarah Urusannya dan Ketua Pengarah Eksekutif anak syarikatnya sudah dipecat tetapi masih lagi tidak didakwa baik di UAE mahupun di Amerika kerana bos mereka ada pertalian darah.

      Di Amerika pihak yang bertanggungjawab mengubah wang tersebut bermati-matian mempertahankan diri daripada siasatan jenayah DoJ walaupun ditekan oleh Presiden AS dan Republikan.

      Hendak menyalahkan 1MDB dan mengkambing-hitamkan Najib tidak boleh kerana arahan pembayaran datangnya daripada IPIC sendiri melalui dokumen-dokumen yang ditandatangani oleh bekas Pengarah Urusannya sendiri.

      Sebab itu kedua-kedua saman sivil DoJ menemui jalan mati. Kebetulan yang pertama terhenti selepas bekas Peguam Negara AS itu dihentikan perkhidmatannya pada 20 Jan 2017 dan yang kedua pun sudah beku untuk terhenti sepenuhnya pada 20 Jan 2018 nanti.

      Katanya ditukar kepada siasatan jenayah. Itu memang betul tetapi ianya berkaitan dengan Foundation tersebut, bekas Pengarah Urusan, bekas Ketua Eksekutif dan dalang-dalang lain yang terlibat.

      Semakin menarik untuk mengikuti perkembangan ini.

      Delete
  4. Hahaha...

    Release kepala hotak di hujung minggu..

    ReplyDelete
  5. DOJ akan berkokok bila terima dedak dari...jawab sendiri
    Dah dekat 2thn setengah dah tak berani sebut terangx siapa MO1...cari lah sendiri apa sebabnya itu pun kalau ada otak..
    Macam mana ROS nak lulus kalau tak ikut perlembagaan parti.Hsiran kata ribux ahli,tapi macam mana mesyuarat cwg pun tak berupaya dibuat...Too many Sitting Bulls but few Indians.
    Di atas fakta apa yg menyata UMNO mampu kekalkan 60 kerusi saja pada PRU 14.
    Kesilapab yg selalu puak Oppo buat selalu adalah membuat rumusan yg marginal kerusi UMNO menang dulu bolih ditawan dgn mudah,tetapi tidak ambil perhatian kpd kerusi yg mereka menang dgn majoriti tipis ,ada kah selamat/tergugat.To defend is more difficult to attack.
    Pemerhatian ini dituju kpd PKR..
    PKR tanpa PAS adalah sangat lemah,tidak ada ahli akar umbi...
    BN nak bergabong dgn PKR...sorry lah
    Dgn PAS,ada kemungkinan,tetapi hanya sebagai rakan untuk PRU saja.
    Secara realitinya dgn kecelaruan dipihak PH skrg,bukan riak,tiada sebab BN perlu menagih bantuan dari sebarang parti dari PH..
    Lawatan Najib/Zahid ke atas DSAI adalah lawatan biasa bekas teman dan agama kita pun menggalakkan perbuatan ini.
    Samasa Arwah Nik Aziz,Arwah Haron Din dan TGHH dirawat di hospital,perkara serupa telah dilakukan olih mereka...tak payah lah nak dipolitikkan dan membuat spekulasi yg bukanx..

    ReplyDelete
  6. Seronok aku baca penglipur lara ini. Ooo, macam tu ke orang tua itu menjadi kaya dengan duit taruhan hasil kelentong sana-sini.

    Syabas KD! Mantap sungguh sindiran kau pada orang tua itu.

    Teringatlah pulak pada RM25.8 bilion, perbezaan di antara RM31.5 bilion dan RM5.7 bilion.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan kepala bapak anon 9:53..

      Kalau ramai lagi sekor dua mcm ni memang hospital tampoi kena diperbesarkan.

      Delete
    2. Setuju Benar.

      KD memang bagus dalam hal-hal begini. Tahniah KD! Bongkar lagi perihal onar orang tua itu.

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...