Saturday, November 25, 2017

JASA UMNO DIRUJUK KEPADA KEPIMPINAN TERDAHULU.........SEKARANG NI GST - JASA ATAU CELA



Sebaik baik manusia apabila buat sesuatu, baik atau buruk tak perlulah mendada, mendabik.. Aku orang bugis, aku pahlawan jawa, aku panglima banjar...

Mendabik dada sambil menyebut asal keturunan seolah menidakkan sumbangan pihak lain lebih lebih lagi kalau kejayaan tertentu berasas kepada teamwork.
Sangat huduh kalau sendiri mengaku pandai, sendiri masuk bakul sendiri angkat.

Apabila dipulang balik paku buah keras...dah nak nangis, angkat gang..

Dalam berakhlak keutamaan wajib dijaga..
1) sebagai orang Islam
2) sebagai orang Malaysia
3) sebagai orang Melayu

Jika akhlak Islam dijaga, eloklah akhlak bangsa negara dan negerinya..

Begitu jugalah dengan murka..
Jaga kemurkaan Allah
Itu yang utama
Itu yang penting

Jika mahu dihormati, tunjuk dulu hormatkan orang lain dan jangan berlindung dengan pangkat jawatan dan kasta.
Lubang kubur kita sama sahaja cuma bila ditinggalkan, tahulah luas atau sempitnya.

Kemurkaan sesama manusia lebih emosinya sahaja, betul dan benar belum tentu.







TONGAS


umno adalah sebuah parti, jasa dan budinya tidak secara otomatik, sebaliknya bergantung kepada kepala kepimpinan.

Sebab itulah kita di erakan dengan satu kepimpinan dengan satu kepimpinan yang lain.

Oleh itu bila disebut dengan "jangan lupa jasa umno", itu bererti merujuk kepada kepimpinan terdahulu.

Kepimpinan sekarang, samada ada jasa atau ada cela biarlah generasi akan datang menilainya.





PRU terdekat juga boleh diambilkira sebagai "report card rakyat'.

7 comments:

  1. Bagi saya hanya dua orang sahaja pemimpin terdauhulu yang mesti disanjung dan dikenang.

    1) Tengku Abdul Rahman Putra Al-Haj....kerana beliau adalah bapa kemerdekaan Malaysia.

    2) Tun Dr.Mahathir Mohamad.....kerana beliau adalah bapa pembangunan/kemodenan Malaysia sehingga negara Malaysia terkenal diseluruh dunia!!....jika ada sesiapa yang cuba menafikan fakta ini maka celaka dan haramjadahlah mereka itu.

    Ada pun beberapa orang lagi Perdana Menteri yang wujud dicelah2 tu pula hanyalah sebagai syarat sahaja dan tidak ada banyak pun jasa2 yang boleh dikenang.Peningalan mereka kalau pun boleh kita lihat adalah anak2 bangsawan mereka yang pada hari ini sedang menghancurkan negara bersama kuncu2 mereka yang pelahap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Smp hati kau xnk sanjung najib.
      Najib adalah

      1. Bapa kleptokrasi negara
      2. Bapa tiri riza aziz
      3. Bapa pembangunan kaum india
      4. Bapa pembangunan pengangkutan awam.
      5. Bapa pembangunan ekonomi amerika.
      6. Bapa sekalian penerima derma.
      7. Bapa putar alam.
      8. Bapa 1MDB strategic investment.
      9. Bapa GST memakmurkan ekonomi negara.
      10. Bapa tarik subsidi.
      11. Hadeh bnyk lagi xlarat nk taip.. itu pun bukan korang nk hargai dia

      Delete
    2. Dulu kita bantah, kita bangkang jangan mengampu Obama dgn perjanjian syaitan TPPA, tapi Najib tak peduli nak juga menjilat USA. Habis beratus juta dihabiskan untuk kempen perjanjian syaitan & menjamu selera rombongan Obama, siap hamparan permaidani merah lagi.

      Apa kesudahannya.....yelek, mutek...!! Najib tak sudah2 dgn kerja sia-sia menghabiskan duit rakyat. Yang untung Rosmah juga dapat kaut kerja & upah mengendalikan kunjungan Obama, tidak gitu.....???

      Delete
    3. Lawatan syok sendiri ke USA baru2 ini, apa hasilnya?

      Bukankah itu kerja bodoh membawa rombongan besar-besaran hanya untuk bercakap angan2 Mat Jenin nak memperkasakan ekonomi Amerika yg mengambil masa tak sampai 20 minit. Duit biaya beratus juta habis gitu saja buat kerja bodoh tak berfaedah, kecuali rombongan Najib Rosmah dapat makan angin, nginap di hotel mewah & shoppping-nyopping.

      Cukup2 lah Najib & Rosmah membazir duit rakyat untuk pantatberak yg menjatuhkan maruah negara.

      Delete
  2. Setuju dengan sdr KD,

    Apabila berbicara tentang jasa, ia sebenarnya merujuk kepada jasa seseorang pemimpin dan bukan jasa parti politik itu. Parti politik akan mengikut acuan orang yang memimpinnya. Bersih cekap dan berjasa sang pemimpin, maka bersih, cekap dan berjasalah parti itu. Ada pula apabila khianat sang pemimpin dan gunakan parti itu sbg perisai utk pertahankan pengkhianatannya, maka khianatlah parti itu.

    Kalau kita membaca nas-nas yang dirujuk di dalam kitab atau pun bab fiqh daulah (fikah mengenai kenegaraan), maka nas-nas ini hampir semuanya menyebut kalimah yang merujuk kepada pemimpin dan juga kepimpinan. Contohnya kalimah Imam, Ulil-amr, Amir, khalifah yang merujuk kepada pemimpin atau kalimah khilafah, imamah yang merujuk kepada kepimpinan.

    Setakat ini saya tidak pernah berjumpa dengan mana-mana nas yang berbicara mengenai fiqh kenegaraan yang menggunakan kalimah 'al-hizbu' yang bermaksud 'parti'.

    Walaubagaimanapun di dalam sebuah hadith mengenai fitnah akhir zaman Nabi saw ada pernah menggunakan kalimah al-firqu yang paling hampir maksudnya dengan parti. Maksud asal al-firqu ialah 'pecahan' iaitu sama maksud dengan parti.

    Berikut lafaz baginda :-

    فَاعْتَزِل تِلْك الْفِرَق كُلَّهَا، وَلَو أَن تَعَض عَلَى أَصْل الْشَّجَرَة حَتَّى يُدْرِكَك الْمَوْت وَأَنْت عَلَى ذَلِك

    "Maka tinggalkanlah parti-parti itu kesemuanya sekalipun kamu memakan akar-akar pokok sehingga maut menghampiri kamu dan tetaplah kamu dalam pendirianmu itu".

    (Nota, saya tidak memetik seluruh hadith untuk menjimatkan ruang kerana isu ulasan saya ialah kalimah 'parti'. Hadith berkenan juga saya tahu dan temui di dalam kitab walaupun untuk tulisan ini saya kopipes daripada google).

    Hakikat sebenarnya parti politik adalah ciptaan manusia dan bukan bersumber dari sumber nas yang putus. Ia hanyalah 'alat' utk mencapai kpd matlamat iaitu 'pemimpin dan kepimpinan'.

    Di atas alasan itu menyamakan segala jasa UMNO selama ini sebagai jasa parti politik hakikatnya hanyalah sekadar adat dan manisnya mulut manusia dan bukan mengikut nas yang sebenar.

    Malah kalau mengikut hadith di atas pada ketika tertentu Nabi saw malah memerintahkan umatnya agar 'tinggalkan parti-parti itu kesemuanya', yang jelas bermaksud tidak ada hukum 'kewajipan taat setia kepada parti politik'. Ini adalah perkara baru yang diada-adakan.

    Hakikatnya, yang berjasa ialah Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein dan Tun Mahathir dan UmNo hanyalah semata-mata alat mereka untuk menabur jasa.

    Maka apabila UmNo bertukar menjadi parti pengkhianat di bawah Najib, maka jasa-jasa UmNo yang ditabur di bawah 4 Presidennya yang terdahulu tidak ada kaitan dengan Najib sama sekali walaupun salah seorangnya adalah bapak Najib.

    Di atas alasan itu tiada sesiapa yang boleh mengaitkan jasa UMNO dulu sebagai jasa Najib ataupun jasa UmNo sekarang.

    Pada hari ini tanpa sebarang keraguan saya tegaskan sekali lagi bahawa UmNo di bawah Najib adalah sebenar-bernarnya parti pengkhianat yang tiada kaitan dengan UMNO dulu yang berjasa.

    Mudah-mudahan jelaslah bagi mereka yang mahu menggunakan akal di dalam melihat kebenaran.


    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  3. Hanya tidak ada mesyuarat di peringkat cawangan, PPBM dah dianggap berdosa besar dan patut dihukum bunuh sampai mati.

    Tapi ada wadah yg jelas2 gagal melaksanakan pemilihan (bertahun-tahun menangguhkannya) kerana pemimpin tertingginya mahu kekal sebagai Presiden Seumur Hidup dianggap wajar-wajar saja.

    Beribu-ribu juta ringgit, berbilyon-bilyon ringgit habis dibelanjakan, beribu-ribu hektar tanah Malay Reserve digadai jual termasuk tanah milik negara di Spura, mana pergi duit itu?
    Kenapa Juru Audit 1MDB silih berganti?
    Kenapa Kewangan 1MDB tidak diauditkan?
    Mana Laporan Kewangan Tahunan 1MDB yg bertahun-tahun tak disiap-siapkan?
    Mana accountability atau tanggung-jawab Tuan Penssihat & Menteri Kewangan yg membelanja-sakan duit 1MDB itu, haaaa...??

    Apakah kemelut sedemikian dianggap Islamik & adil.......?????

    ReplyDelete

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...