Thursday, December 14, 2017

KERAJAAN OBESITI - SALAM DARI DENMARK





# ... TONGKAT ITU UNTUK SIAPA..




Samada iman kamu terlalu lemah atau kamu sudah mencapai kewalian, berikut untuk dihayati...




11 comments:

  1. Sesuai sekali. Najib kena buat satu di Malaysia ganti Tugu Negara.
    Rakyat kat bawah...
    Dukung ? Berbeza sekali kan...
    Yg kat atas tu siap pegang dacing... samalahhhhhhhhhhh.....

    ReplyDelete
  2. Alahaiiiiii.... tu jer...... teruk ssgt isu nak fitnah suma dah tak jalan.... kikikiki...

    ReplyDelete
  3. Kutip la kat mana2, dlm tong sampah ke, kat hutan ke, kat luar negara ke, apa2 saja yg boleh mengaibkan.
    Subhanallah....perangai manusia macam ni pun ada, hati terlalu hitam da busuk.

    ReplyDelete
  4. Gambar tu aku nampak macam ada orang makan cili je..

    ReplyDelete
  5. Kalu isu 1mdb selesai kat mahkamah, pasti tiada isu. Src 42 juta selesai di mahkamah tak ada isu besar. Macam kes althantuya, cuba diisukan pun tak berjaya untuk yang waras. Tapi terbebas boyfriendnya jadi isu.
    Cer buat macam forex 30 tahun lalu, dibincangkan dalam parlimen, atau memali, dikeluarkan kertas putih. Laporan pac berkait dgn 1mdb tak boleh tutup isu kerana pengerusinya cari makan. Isu timbul pun tak besar mana terjejas.

    ReplyDelete
  6. Salam Jumaat buat semua pengunjung blog.

    Hanya pemakan cili saja yang akan terasa pedas dengan patung di atas yang wujudnya jauh di benua lain daripada negara kita.

    Saya pernah melihat gambar patung yang sekalipun punya tema yg sama seperti patung di atas tapi cilinya jauh lebih pedas. Saya tak ingat di manakah lokasi patung lebih pedas itu.

    Sebab patung itu perempuan yang dkekendung oleh lelaki kurus di bawah bukan saja gemuk seperti patung di atas, tetapi juga pendek dan rambut menggerbang.

    Kenapa ia lebih pedas tak perlulah saya ceritakan. Pendedak pun akan faham.

    P/s - ulasan saya ini tidak berkait dgn hukum patung mengikut agama kita. Lagi pula patung2 ini wujudnya di negara yang majoritinya bukan umat Islam.

    ReplyDelete
  7. Salam Jumaat bro John...

    Correct me I may be wrong....bukankah kita orang Islam harus menjauhkan diri dari patung atau berhala kerana dikhuatiri akan terjebak dgn perbuatan syirik seperti pemujaan terhadap patung atau berhala tersebut.

    Tak silap, menurut catatan sejarah & cerita2 masyhur, syaitan telah menganjur anak2 Nabi Adam membuat patung kedua ayah & ibu kandung mereka sebagai mengenang jasa & juga bagi melepaskan kerinduan. Tapi kemudiannya, amalan itu menyimpang jauh di mana ada kalangan mereka dek terlalu obses telah menyembah & meminta pertolongan (do'a) patung atau berhala berkenaan.

    Kecuali kanak2 perempuan, Rasulullah SAW juga tidak membenarkan kita menyimpan patung di dalam rumah kita.

    Harap mendapat pandangan sdra pula. Terima kasih.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jumaat pak Othaman

      Benar sekali kata pak Othaman itu cuma sedikit penambahan sahaja.

      Di dalam syariat sebelum Nabi Muhammad saw memang patung dibolehkan, tetapi selepas syariat Nabi Muhammad saw, patung telah diharamkan.

      Patung atau at-tamsil (maksud bahasa at-tamsil ialah semisal atau BI ialah immitation) memang diharamkan di dalam Islam. Pendapat ini hampir sebulat suara kerana ada nas yang mengharamkannya. Kalau ada perbezaan pun hujahnya amat lemah sekali.

      Ada pula gambar lukisan atau foto memang terdapat perbezaan pendapat bergantung kepada bagaimana mereka mentafsirkan kalimah at-tamsil itu.

      Pada pendapat saya lukisan dan foto tidak termasuk kalimah at-tamsil kerana tidak bersifat 3D mahupun immitation. Ia hanyalah bersifat caption (as-saur).

      Yang menjadikan sifat at-tamsil ataupun semisal ialah patung maklhuk hidup yang lengkap dan sempurna dalam bentuk 3D. Contohnya ialah gambar di atas. Ia benar-benar lengkap dan sempurna dan demikian diharamkan. Kalau tak lengkap sempurna ia tidak membentuk at-tamsil.

      Ini adalah pendapat yang saya pegang.

      Ada pula patung yang khusus dibuat penyembahan atau di dalam bahasa Melayu kita disebut berhala di dalam BA disebut 'al-azlaam'.

      Ada pula orang-orang dahulukala mereka membuat patung adalah untuk menghormati orang-orang besar di kalangan mereka yg telah mati (sesetengah pendapat mengatakan ia adalah patung Nabi-nabi mereka, wallahu a'lam) sama seperti orang-orang bukan Islam hari ini membuat patung lilin pembesar dan selebriti sebagai cara untuk menghidupkan kenangan. Tidak ada niat untuk menjadikannya sembahan.

      Lama kelamaan orang-orang selepas mereka yang tidak tahu asal usul patung-patung ini mula menyembah mereka sebagai 'replika Tuhan'. Sebab itulah orang-orang Arab memberi nama patung-patung berhala mereka di dalam bentuk muannas (feminin) kepada nama-nama Allah yang semuanya di dalam bentuk muzakkar (masqualine).

      Contohnya ialah dua berhala paling besar di zaman jahiliah bernama Al-latta dan al-uzza.

      Allata adalah kalimah feminin bagi Allah dan Al-Uzza pula adalah kalimah feminin A'ziz, juga nama Allah.

      Sebab itu di dalam komen daya di atas saya berikan nota di bawah P/s supaya tidak dilihat saya redho kepada pembuatan patung sebegitu.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  8. Sedikit tambahan yang lebih detail, supaya tiada siapa keliru.

    Aziz sbg muzakkar, muannasnya ialah azizah dan bukan uzza.

    Bezanya hanyalah pada subjek. Izzu / uzza / izzatu dsbgnya yang kesemuanya bermaksud keagungan dan subjeknya ialah pada sifat keagungan itu sendiri.

    Ada pula apabila diletak dalam bentuk aziiz, maka subjeknya bertukar kepada 'yang memiliki keagungan itu' dan sifat keagungan itu sendiri bertukar menjadi penerangan ataupun predikat.

    Aplikasi yang sama kepada kalimah ilmu dan a'liim, khabru dan khabiir, kibru dan kabiir.. Dan banyak lagi.

    Apabila sesuatu kata nama yang menunjukkan sifat diletak dalam bentuk sukukata pertama berbaris di atas (fathah) dan sukukata kedua dibaca berbaris di bawah (kasroh) dan huruf ya (ي) diletak sebelum huruf akhir maka kalimah itu akan menunjukkan sifat yang bertukar menjadi predikat dan subjeknya ialah yang memiliki sifat ini. Disebabkan itulah nama2 Allah ada di antaranya di dalam bentuk-bentuk ini. Sebab ia menunjukkan Allah sebagai yang memiliki sifat-sifat berkenaan.

    Misalan :-

    عليم
    خبير
    عزيز
    كبير

    Harap dapat mengelakkan kekeliruan.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  9. Patung yang dinamakan "The Survival Of Fatters" merupakan antara lima patung terkenal di Ringkjobing, Denmark mempunyai cerita rakyat tanah air mereka sendiri.

    Denmark, sebuah negara kapir..yang paling bersih dari rasuah, top 3 bersama new zealand dan findland.

    Di Malaysia, berhala juga di sana sini, tugu negara.
    Di Tumpat, Kelantan???

    Maaf cakap, Malaysia - Masjid dan Surau di sana sini...korupsi juga di sana sini.


    ?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju 100% bro.

      Patung hanya haram bagi orang Muslim. So patung di atas yang wujud di negara bukan Islam tiada kena mengena dengan orang Islam.

      Dari sudut pentadbiran dan ketelusan pula memang tak dapat disangkal lagi Malaysia yang pemimpinnya beragama Islam adalah sangat haprak sedangkan kebanyakan negara-negara Kristian adalah lebih telus.

      Apabila seseorang pemimpin itu teruk walaupun ia beragama Islam, orang-orang Islam di bawah pemerintahannya juga akan merasai keterukan pemimpin itu.

      Ada pula pemimpin yang baik walaupun bukan beragama Islam kebaikan itu akan dirasai oleh rakyatnya termasuklah yang beragama Islam.

      Ia menjaelaskan mengapa ramai orang Islam daripada negara-negara Islam sendiri sanggup berhijrah ke negara yang tidak diperintah oleh orang Islam.

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...