Sunday, January 14, 2018

MAKCIK FELDA MINTA NASIHAT


Minta kawan² Felda sama sama memberi nasihat dan panduan, parti mana yang mahu dipangkah..

1. Parti X parti orang tua

2. Parti Y Parti Penyamun Songlap Tanah Songlap Duit Super Skandal Dunia, six star

3. Parti L Parti  celaru @ penyokong parti penyamun





Tanya je..

# Saolan ini tak perlu otak cerdas sekolah tinggi, tak mengaji law pun boleh jawab, senang faham...
# Mufti Perlis pesan...memberi undi memang dipertanggungjawabkan di dunia dan juga di akhirat... 


Generasi felda sangat jelas pilihan mereka.

36 comments:

  1. Admin KD,

    Sudah pasti parti x iaitu pakatan harapan kerana walaupun pemimpinnya adalah atok berumur 92 tahun tetapi barisan kepimpinanya di barisi mereka berusia masih muda.

    Pra syarat, kunci utama untuk memenangi hati penduduk felda adalah tiga perkara utama iaitu;

    1.MEMANSUHKAN DAN MELUPUSKAN SEGALA HUTANG PIUTANG YG DITANGGUNG PENEROKA SAMAADA HUTANG FGV, FELDA MAHUPUN MANA2 MILIK AGENSI FELDA.

    2.MEMBERIKAN GERAN TANAH KEPADA PENEROKA FELDA.

    3.SEMUA KOMITMEN INI PERLU DITUNAIKAN OLEH PH DALAM MASA 100 HARI MENGUASAI KERAJAAN DENGAN TUN DR MAHATHIR MEMBERIKAN KOMITMEN DAN JANJINYA (HANYA TUN BOLEH MELAKUKAN JANJI INI BERBANDING LAIN PEMIMPIN DALAM PH)

    Seterusnya lain2 komitment yg perlu dilakukan adalah seperti pembangunan, rumah generasi kedua, biasiswa, sosio ekonnomi peneroka felda dan lain lain bantuan boleh diberikan secara berperingkat peringkat.

    Insya Allah Pakatan Harapan bakal mendapat kemenangan lebih baik pada PRU14 ini.

    Berbanding parti Y yg dikenali sebagai parti penyamun dan penipu manakala parti L pula berjanji syurga mengikut nafsu serakah,gemar menghukum rakyat, ianya umpama bola tanggung dan hanya perlu diberikan sedikit sentuhan terakhir, gunakan lah sepenuhnya peluang yg dimiliki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tak orang tua tu berjanji untuk ubahsuai belanjawan 2018 dengan meminda bonus kakitangan awam daripada rm1500 (rm1000 + rm500) kepada kenaikan 50% gaji? kalau boleh, maka jumlah kakitangan awam seramai 1.6 juta kan swing undi kepada parti dipengerusikan oleh orang tua tu. benda ni akan berlaku sebelum 100 hari ph mendapat kuasa. boleh? tak pedulilah orang nak kata apa sebab sara hidup sekarang ni memang agak sempit, belum lagi kos gaya hidup...huhuhu

      Delete
    2. Tobat lahum la Kalau Harami PH berani naikkn gaji 50%.

      Janji nk haposkan Tol yg sendiri gembar gemborkn sebagai menyusahkn rakyat pon akn dikekalkn.

      Nk percaya lagi janji Harami PH ni.?

      Delete
    3. Bodoh punya cadangan..

      Kakitangan hanya sebahagian dari rakyat, 4% sahaja, kebajikan yg kena diutamakan adalah 96% rakyat lain juga.

      Kenaikan gaji atau bonus 100% pun tidak menyelesai masalah..

      0% gst
      30% Harga dipetrol dikurangkan

      Pun sudah baik dan banyak membantu kehidupan rakyat ± lain² usaha

      Delete
    4. ko pn bodo la 9.49

      Ape ko ingat kakitangan awam takde anak isteri dn klwarga ke? ko taw tak, ada brapa % lg rakyat diblakang 5% penjawat awam tu??

      Delete
    5. Macai harami 6.36 & 9.10,

      Kaedah terbaik dan cara lebih "holistik" adalah memansuhkan gst dan pengurangan harga petrol seperti komen sdr 9.49.

      Walaubagaimanapun kerajaan negeri di tadbir p.pinang dan selangor berjaya mengurangkan beban ditanggung kakitangan awam negeri dengan memberi bonus minimun RM 2,000 setiap seorang dan ditambah pelbagai insentif lagi, Macai harami boleh mendapatkan testimoni dari mereka.

      Apabila pakatan menguasai putrajaya, seperti termaktub dlm manifesto pakatan harapan adalah gaji minimum dijanjikan adalah RM 2500 serta pelbagai faedah dan insentif yg lain, macai harami boleh membaca manifesto yg dimaksudkan.

      Kepada rakyat serta pembaca, inilah sebabnya kita wajib mengundi pakatan harapan dan memberi mereka peluang mentadbir serta membuktikan apa yg telah dijanjikan.

      Janji datang dari Tun Dr Mahathir yg telah terbukti berjaya mentadbir serta memertabatkan negara dan agama islam selama 22 tahun,

      berbanding

      Najib, kepala bapak kepada penyamun2 semalaysia yg terbukti menyeleweng, salahgunakuasa, menipu rakyat, menyamun, mencuri, menganaiya dan menzalimi rakyat.

      Cuma jika sekiranya kepala bapak penyamun menabur dedak kepada pengundi, ambil, terima dan ucapkan terimakasih, kerana hakikatnya asal habuan diberi, berpunca dari hakmilik rakyat, apa yg pasti, yg wajib, berpihak kepada golongan kebenaran, undilah pakatan harapan kerana niat mereka ikhlas dan jujur dengan tujuan membela nasib tuan2 dan puan2 sekalian.

      Delete
    6. Satu je nk tanya macai Harami PH 10.45 ni.

      Ikhlas dn jujur ke Harami PH bila..

      Nk undi..guna nama Madey?? madey baik la.. bla bla bla

      Tp..
      Bila dh menang (tak kot.. confirm tak menang la) Bekas Banduan Jenayah Liwat plak diserahkn jawatan PM???

      Menipu rakyat tu.

      Betul tak wahai Harami Bingai???

      Delete
    7. "Bila dh menang (tak kot.. confirm tak menang la) Bekas Banduan Jenayah Liwat plak diserahkn jawatan PM???"

      Apa salahnya? Jika beliau memohon ampun dan maaf kepada rakyat? Tp tak samalah seperti macai harami, kerana korang wajib merangkak dan berguling guling diatas api marak (tak sempat kot sebab masa tu dah hangus terbakar, camner nak hulur tangan?)...bertaubatlah macai.

      Delete
    8. dh mohon maaf ke wahai harami?

      ko klentong la harami.

      terang2 mahkamah jatuhkn bersalah atas krana meliwat pn, korang yg harami ni brpotar ligat pusing mmbodokn diri kata tahanan politik.

      ko tu yg harus taubat. Peliwat yg sah2 meliwat pn ko menggelupur nk julang sebagai imam.

      kt Malaysia ni dh takde yg lebih baik ke dr PELIWAT yg nabi pn tak ngaku umat.

      Delete
  2. Ini lah bahana nya rakyat Malaysia berpecah belah di sebabkan politik. Tambah parah bila di cucuk dan di spin oleh mereka mereka yang taksub dengan parti politik dan pemimpin parti politik.

    ReplyDelete
  3. Hidup Pakatan harapan, Hidup Warisan. Marilah sama-sama kita turun mengundi dan berjuang bagi MENYELAMATKAN MALAYSIA. KALI INI AMAT PENTING. DO OR DIE MALAYSIA

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak selamatkan Malaysia yg dah selamat ke??

      Ekonomi yg baik berkembang
      KDNK yg meningkat
      Ringgit yg dah bertambah kukuh
      Harga Minyak yg mula stabil
      Defisit belajaawan yg semakin berkurang
      Semua lapisan rakyat menikmati belanjawaan negara
      Infrasruktur perngangktan yg semakin bertambah canggih
      BRIM yg masih dikekalkan utk bantu rakyat B40

      kau ni gila ke apa???

      Ini Malaysia lah....bukan zimbabwe atau greece yg dh bangkrap

      Otak tu kalau dah korup sebab baca info dari laman fitnah pembangkang, inilah jadi nyer....bodoh dan bebal

      Delete
    2. 10.53,

      Dari sudut kewangan, Pelabur luar sedang mengambil "tempat" dan "kedudukan" yg baik untuk membeli matawang malaysia kerana mereka menjangkakan Pakatan harapan bakal memenangi PRU akan datang...kalau ko faham ler macai ooooiii.

      Berkenaan dengan ekonomi, kdnk baik dan kepala bapak baik,

      Kami rakyat mohon bertanya kepada umno najib,

      Sudahkah bertanya khabar dan keadaan rakyat di seluruh negara tentang beban kos saraan hidup yg kian hari menindas dan menzalimi rakyat?

      Macai pun berkatalah, lihat kedai makan penuh, kereta dua tiga biji setiap rumah, tetapi berapa peratuskah mereka ini berbanding majoriti rakyat?

      Delete
    3. kikiki

      macai harami menipu lg utk meriang riakn hatinya yg semakin gundah mlihat kebaikkn negara di bawah Najib.

      mana kata2..
      Najib turun.. Ringgit naik???

      Najib tak turun2 pun.. Ringgit tetap naik..

      Ini la kehendak Allah...

      Delete
    4. 12.16 tunggulah ada kehendak Allah lebih besar macai....

      Delete
  4. Apakah benar Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, DS Mustapa Mohamed aka Tok Pa, telah memberontak terhadap Najib........???

    Pelik....berita ini di semua portal kena blocked oleh si Menteri Muka Selenga, Salleh Ketiak nak cover line umno-bn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tua kutok telah memulai fitnah jahat seperti kebiasaannya. Perkataan "Pelik" adalah tujuan utamanya memfitnah dn membina persepsi.
      Anda Kantoi la.

      Delete
  5. Orang Felda....tak bodoh

    Tak kan nak pilih parti yg carca marba...yg diketuai oleh komunis DAP yg tak iktiraf melayu/bumiputra...

    KD dah bodoh ke??

    Othaman....tak payah lah nak buat fitnah kat sini

    Felda masih menyokong BN/UMNO

    BN/UMNO akan mennag besar dalam PRU 14 nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macai harami 10.44,

      Untuk sekian kalinya, berikanlah dalil dan fakta untuk menyokong kata2 kamu?

      Dengan pelbagai skandal menghantui fgv dan felda, apakah rakyat boleh menaruh harapan terhadap najib? Bapak kepada penyamun2 semalaysia?

      Delete
    2. Siapa penyamaun??? Itu kata kau!! sebab otak dah korup.

      Kau faham tak isu FGV dan Felda???...kalau asyik baca info dari laman fitnah pembangknag, inilah jadinyer....otak bebal dan dungu...menuduh orang sembarangn

      Madey tu dulu anwar kata bapak penyamun dan rasuah jugak, diktator..

      Delete
    3. Macai harami 10.57,

      Shahril Samad sendiri mendedahkan kecurangan pecah amanah yg dilakukan oleh umno najib, bagaimana pula terjadi dan terciptanya "fitnah pembangkang"? Cer citer?

      Atok 92 tahun dan bekas stok
      kunyit dah bermaaf maafan sesama mereka, siapa lah kami ingin menghukum dan menghakimi mereka?

      Delete
    4. Harami 11.12
      To pasal la selamanya ko bengap dn mudah dilembukn !!!

      Bermaaf maafan sesama mreka je kira settle la???

      ok harami 11.12...

      mereka porak perandakn negara tu bkn masaalah diantara mreka bedua je la bengap. Ini masaalah negara !!!

      ko terfikir tak dimasa tu.. siapa yg bercakap benar dn brada dipihak yg benar??
      Tak mngkin ke 2-2 benar. mesti confirm salah sorang berdusta. jd dh confirm si pendusta yg porak perandakn negara ni berada dipihak korang dn nk angkat sebagai PM plak???

      opsss.. trlupa plak. harami mcm ko ni mane de otak nk fikir. asal bodo je mesti harami PH. ye dak????

      Delete
    5. "mereka porak perandakn negara tu bkn masaalah diantara mreka bedua je la bengap. Ini masaalah negara !!!"

      Wauuuu!!! Masalah negara? Tapikan, kenapa rakyat hidup aman damai dan bahagie zaman atok?

      Zaman najib majoriti rakyat komplen plak? Cer citer? Tak bersyukur kot?

      Delete
    6. kikiki

      Harami ni 12.14 menipu lg.
      Apa jd selepas Tengku Razaleigh dilarang sertai UMNO??
      Apa jd selepas Al Jubori (gelaran yg Mat Sabun bg) dipecat???

      Aman ke cai???
      Keja ko menipu je.

      Nmpak bebal pn takpe, ye tak CAI.. janji ko dpt jwp.. ye dak??

      asal PH je, confirm bodo.

      Delete
    7. Ko ketinggalan bas ke macai? Tengku Razaleigh masa zaman atuk dah masuk umno balik.Knapa plak ko sibuk anwar keluar masuk kluar masuk? Kan ker dah bersalaman dan bermaaf maafan? Nak ape lagi? Ko nak suruh atuk bagi munge, pastu berpeluk peluk plak ker?

      Delete
    8. Harami 12.56 menipu lg

      Makin ko jwb, makin nmpak bengap la cai.

      mana permintaan maaf ke 2-2 dinosaur politik to kpd rakyat yg ditipu oleh kerakusan mreka nk brkuasa?

      kami nk dengar:

      atok 93 bgtau knapa dia pecat DSAI pd 1998. Atas sebab ape??
      adakh tuduhanya krana meliwat dn tak bermoral itu adala fitnah??? jika ianya fitnah..minta maaf pd rakyat dn jelaskn ianya satu fitna.. Barula ikhlas dn ada interegiti.

      2) Atok Peliwat jga mesti mengaku yg tudohan2nya kpd atok 93 adalah fitna..

      rakyat nk dengar.. fhm dak???

      bkn dgn "shake hands" saje, semua settle.!!! Tu lakonan utk menipu demi nk mmperbodokn. harami PH bole le kena klentong dgn muslihat licik mcm tu. Tp tidak bg yg berakal dn nk berfikir.

      asal bodo je mesti PH.

      Delete
    9. 1.48,

      "mana permintaan maaf ke 2-2 dinosaur politik to kpd rakyat yg ditipu oleh kerakusan mreka nk brkuasa?'

      Apa yg telah mereka tipu? Apa kerakusan? Ada bukti? Mana fakta? Makinco? Perwaja? Bmf? Ada kecurian masuk akaun peribadi? Ada diperiksa akaun syarikat ini? Disahkan tiada kesalahan? Ada audit atau tidak?

      "adakh tuduhanya krana meliwat dn tak bermoral itu adala fitnah?"

      Terbukti atau tidak anwar meliwat saiful? Bukankah mahkamah sudah jatuhkan hukuman? Sejak bila anwar meliwat satu fitnah? Macai, bertaubatlah, inilah akibat dapat habuan harami dari kepala bapak penyamun, akal tidak boleh memilih yg benar dan yg batil.

      Delete
    10. "bkn dgn "shake hands" saje, semua settle"

      Bukan kah agama menyuruh berbaik baik selepas bermaaf?

      Delete
    11. "kami nk dengar:"

      Ka macai dpt habuan hasil kerja haram bersubahat dengan kepala bapak penyamun, itu je....

      Delete
  6. Makcik Felda tanya ...kenapa nak pilih pemimpin tua dijadikan PM?

    Diakan diktotaor dulu, kayakan kroni, buat perjanjian berat sebalh hingga rakyat ke anak cucu kena byr tol, main forex hingga rugi lebih 30 billion, kontrol media

    Makcik Felda tanya? kenapa pilih manusia macam ni lagi??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai kroni2 atok tu, akaun syarikat mereka diperiksa, diteliti, mempunyai audit bertauliah dan disahkan serta diterbitkan dipamerkan kepada rakyat dan umum, takder rahsia, 1mdb ada tak? Cer citer?

      Delete
  7. Tak tengok ke apa yang PAC buat terhadap 1mdb.Bertahun mereka menyiasat dan segala detail mereka teliti.Akhir nya Dr Tan Seng Giaw sendiri yang mengumumkan tiada wang 1mdb yang hilang.Ada tak masa kehilangan wang rakyat RM31 biliion hari tu diarah nya PAC siasat.Tiadakan semua nya misteri sehinggalah RCI diadakan baru lah orang tahu cerita sebenar .Banyak sungguh wang negara hilang nak-nak masa tu.Makluman tu ada tapi ditipu nya pulak.Beritahu RM5billion saja itu pun kata nya rugi atas kertas.Kalau nak ambil kira dengan kes-kes gelap macam ni banyak lagi tu.Tapi kesian sungguk makcik felda kalau tak tahu cerita-cerita spt ini.Bukan apa takut tersalah pilih parti je.Tapi rasa nya makcik felda dah tahu sangat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersambung,

      Berbalik kepada mas,maminco, bmf, pkfz dan perwaja, ianya adalah syarikat milik kerajaan dengan tujuan hasrat murni membantu kaum bumiputra ketika itu, kaum cina ketika itu mengawal dan menguasai hampir kesuluruhan perniagaan negara.

      Mas mempunyai saingan singapura, maka kaum bumi diberi kepercayaan menguruskan syarikat ini, mas mempunyai sejarah keuntungan dan tidak dinafikan mempunyai kerugian, jika berniaga menjadi adat ada untung ada rugi, begitu juga maminco, bmf, perwaja dan pkfZ, syarikat2 milik kerajaan ini telah diperiksa dengan teliti, diaudit oleh syarikat audit bertauliah mengesahkan, untung rugi di isytiharkan, tidak berselindung, dan tidak ada wang masuk ke akaun peribadi PM ketika itu, tiada penyelewengan,kecurian disahkan oleh laporan audit,apa yg penting adalah khidmat dan jasa telah diberikan oleh syarikat2 ini terhadap kaum bumiputra untuk mereka maju dalam pelbagai bidang perniagaan. Oleh yg demikian ternyata syarikat2 ini membantu rakyat terutamnya kaum bumiputra.

      Delete
    2. Siapa suruh tengok? Sebanarnya baca dan fahami, penjelasan ahli pac menyatakan siasatan lebih telus perlu diadakan, tan seng giaw sendiri menyatakan siasatan lanjut perlu diadakan, kehilangan wang rakyat akibat skandal 1mdb menyebabkan rakyat perlu nenanggung lebih 50 billion hutang, Gst digunakan sebagai instrumen bail out hutang kerajaan ciptaan najib, Jelas Allah telah menunjukkan hidayahnya kepada rakyat melihat bahawa TSNMY mengaku bertanggungjawab dan tidak memaklumkan kepada PM dan menteri kewangan berhubung kerugian forex ini, amat malang sehingga hari ini Bank Negara menunjukkan kehilangan 160 billion dari tahun 2012 hingga 2015 tidak diketahui kemanakah wang rakyat ini pergi? untuk pengetahuan semua najib adalah PM dan juga menteri kewangan sehingga hari ini. Amat memalukan persoalan Bank Negara tidak dapat dijawab, tiada forensik audit dilakukan, jawapan johari timb menteri kewangan sama seperti menteri luar arab saudi, sekadar melepaskan batuk ditangga oleh pentadbiran kepala bapak kepada penyamun2 semalaysia.

      Delete
  8. Asalamualaikum sahabat seperjuanganku"" sob kalau kerja jadi tkw sangat-sangat lelah" beruntun kalau dapat majikan yang baik.. jangan sampai seperti yang aku alami dulu waktu di singapur. Dapat majikan galak cerewet lagi. salah sedikit kena marah lagi.. tapi aku tidak boleh menyerah demi keluarga yang aku cintai"" yang penting badan ku sehat. kebetulan waktu itu teman ku buka internet di temukan nama mbah Suro beserta dengan nomor Whatsapp nya +6282354640471 di halaman facebook. ternyata beliau orang pintar dan bisa di percaya. awalnya aku sangat takut, penasaran dan takut berdosa sama yang kuasa. tapi apalah boleh buat nasi sudah jadi bubur, aku ceritakan ke adaanku dan dia berikan saran, untuk keluar dari himpitan ekonomi melalui Pesugihan Dana Ghaib ini. Alhamdulillooh bener2 terbukti sama aku. Ku doakan buat sahabat2 seperjuanganku semoga kalian sukses amin...
    Beliau juga bisa bantu orang seperti togel 3D/4D/5D/6D, pelet, penglaris Usaha, dll

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...