Thursday, January 25, 2018

PEMBUKTIAN KORUP ANTARA MAHATHIR DAN NAJIB

Sewajarnya sudah lebih 10 tahun Mahathir tiada kuasa, kurang wang dan selayaknya naik turun mahkamah puluhan kali atau keluar masuk penjara belasan kali kalau BERDASARKAN pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepadanya oleh regim suci najib dan hadi.

Sudah berulangkali juga Tun cabar dirinya diheret !!!!!!

Malangnya sifar, kosong,  tin kosong, semuanya fitnah besar regim desperado.
Mereka sangka tuduhan itu mampu menutup salahlaku mereka dan masalah rakyat akan selesai.


Bagi Najib... Ketika dirinya berkuasa, dia dituduh dengan pelbagai istilah dan salahlaku tetapi Najib tidak gunakan saluran mahkamah bagi membersihkan diri.....hasilnya - ramai yang sedang menunggunya hilang kuasa !!!

Ketika Tun sedang menuju hampir puncak perjuangannya, Najib baru saja memulakan langkah pertama ke arah situasi yang cukup getir...

Ko guano adik kakok..

72 comments:

  1. Kd,tadi sempat tgk video parpukari upload kt fb beliau,kisah semakin byk warga asing di kl,tu baru di kl belom bandar lain lagi!yg jadi tanda tanya ialah apakh mereka hadir menjelang pru? Zahid tlg jawap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu anak-beranak kau ke tu, buat-buat tanya pulak a/l Koyakutty ni.
      Kalau kau nak tau, itulah yg diperkatakan oleh Pakatan Rakyat 40 ribu yg dibawa masuk utk mengundi pd PRU 13 dulu. Dulu tak layak mengundi sbb blok dpt ckp Melayu. Laa ni dah reti dah. Mcm keturunan kau dululah. Masa mula-mula sampai mana reti cakap melayu lg, cuma ckp Tamil je yg reti.

      Delete
  2. najib cuba cuci dosa hadi,kahkah!Thursday, January 25, 2018 1:31:00 AM

    Kisah mengejutkan di sebalik kontroversi 'Amanat Haji Hadi' didedahkan oleh penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff iaitu ianya dicipta bukan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi seorang penjual kaset ceramah PAS sekitar 80-an, Omar Khalid.

    Beliau mendakwa Omar sendiri mengaku kepadanya bahawa dialah yang bertanggungjawab 'mencipta' Amanat Hadi sehingga ia disebarkan ke seluruh negara ketika itu.

    “Saya sendiri pernah bertemu beliau dan beliau mengaku kepada saya, beliaulah yang mewujudkan amanat ini. Beliau 'cut and paste' dan cetak seterusnya diedarkan ke seluruh negara. Beliau adalah penjual kaset, waktu itu tahun 1980-an. Sudah jadi trend, ceramah pemimpin PAS, direkod dan dijual (ketika itu).

    “Jadi saya sempat berjumpa dengan beliau beberapa kali dan beliau mengakui malah berbangga bahawa hasil usaha beliaulah maka terhasilnya Amanat Hadi," katanya ketika ditemubual secara eksklusif Antarapos baru-baru ini.

    Ujar Kamarul, Amanat Hadi adalah ringkasan daripada ucapan ceramah panjang Hadi pada 7 April 1981, di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu.

    Ketika itu, Hadi bercakap soal iman dan kufur serta bagaimana seseorang itu boleh terkeluar daripada imannya, jika melanggar batas- batas tertentu.

    Malah sepanjang ceramahnya, Hadi tidak sesekali melabel sesiapa atau mana-mana pihak sebagai kafir, sekali gus mencetuskan budaya kafir mengkafir sesama umat Islam seperti mana yang berlaku selepas itu.

    Hadi kemudiannya tampil menjelaskan pendiriannya menerusi akhbar mingguan Malaysia pada 13 Ogos 2000 bahawa beliau tidak pernah mengkafirkan sesiapa, termasuk Umno Barisan Nasional (BN).

    Bukan sahaja Hadi, malah pemimpin PAS serta alim ulama yang lain melihat tiada salahnya mengenai ceramah Hadi yang dipendekkan itu justeru tiada antara mereka yang menggesa agar amanat itu ditarik balik.

    Hadi turut mendapat sokongan pemimin bertaraf ulama Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

    Pandangan itu disokong Kamarul yang mengekori rapat perkembangan politik PAS berikutan beliau ketika itu menjadikan parti politik itu sebagai subjek tesis Doktor Falsafahnya (PHD) di Universiti Malaya berjudul "PAS Dalam Era Kepimpinan Ulama (1982-2004)".

    “Tidak ada di dalam amanat ini ungkapan orang Umno itu kafir. Yang ada hanya ‘kita akan jadi kafir dengan mengatakan politik suku, agama suku’.

    "Ini kenyataan umum yang boleh dibaca dalam mana-mana kitab termasuk kitab Mustika Hadis yang dikeluarkan pejabat perdana menteri," ujarnya.

    Kamarul bertegas, Hadi tidak perlu tunduk pada mana-mana pihak yang menggesanya menarik balik amanat itu.

    “Memang (amanat itu) ucapan (ceramah panjang) Hadi. Cuma dipendekkan (yang) menampakkan (perkataan-perkataan) ‘kita mati’, ‘berlawan puak ini’ (dan lain-lain) seolah-olah (menampakkan) Umno ini kafir.

    “(Tapi amanat itu) tak menyebut bahawa ‘Umno kafir’. Tak ada disebut begitu,” tegas Kamarul.

    Justeru bagi Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) itu, adalah tidak adil jika Hadi terpaksa bertanggungjawab ke atas segala tindakan tidak rasional pihak yang terlampau memberi reaksi berhubung isu itu, sehingga mengkafirkan orang lain sesuka hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudahlah jahil menipu pula. Amanat Hadi dengan sebenar-benarnya telah menyebut UMNO dan dengan sebenar-benarnya telah mengkafirkan UMNO.

      Apa mereka ingat dengan memutarkan lidah mereka, maka mereka akan terlepas daripada balasan yang ditetapkan Allah akibat perbuatan takfir itu?

      Apa mereka ingat semata-mata dengan slogan 'politik matang', maka amanat itu telah luput dengan sendirinya? Bagaimana dengan beberapa anggota polis yang dibunuh akibat percaya kepada amanat jahat ini dan beberapa manusia yang dikuburkan tanpa dikafankan juga kerana percayakan amanat ini?

      Sungguh mereka ini benar-benar menyangka Allah telah lalai dan lupa akan apa-apa yang mereka pernah kerjakan dan sungguh mereka ini benar-benar merasa aman dari kemurkaan Allah.

      Sebagai bukti perbuatan mengkafirkan UMNO secara langsung, mari kita lihat balik isi kandungan Amanat Haji Hadi ini.



      AMANAT HJ HADI

      Saudara-saudara sekelian percayalah,

      Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.


      Percayalah saudara-saudara sekelian,

      Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

      Delete
    2. Ustaz Dol, cuba ustaz beri ulasan berkenaan"politik suku agama suku".

      Delete
    3. Percaya cakap dr tu. Dia punya kajian bias. Ikut hadi ular mak. Mana nak lihat jauh. Ambil la bukti bergambar dan rakaman suara. Setakat air liur, jgn guna dr kat depan tu. Hadi pulak tak menolak amanat tersebut. Ini bermakna dia menerima amanat itu sebagai amanatnya sendiri. Dia juga tidak membetulkan tindakan ahli pas yg mengkafirkan ahli umno, ini juga bermaksud dia turut mengkafirkan ahli umno guna proksi. Oleh itu amat malang dr tersebut cuba ulas untuk membersihkan ular mak hadi yg otaknya setaraf tahi lembu.

      Delete
    4. Amanat tu terpakai semada Dr M jd PM. Pd masa tu Dr M sbg Presiden UMNO mempersendakan sunnah Rasulullah, perlekeh hukum Islam.

      Delete
    5. Yang keluarkan amanat tu minta dia tolong pegang telor dia kemas kemas..dan dr tu jangan jadi munafik, sekarang baru keluar teori pembohong.
      sama lah macam zahid jadi saksi jumpa pak arab derma ???


      PAS makin hancur, tak nampak takut Allah langsung.

      Delete
    6. anon 5:24...kalau tak tahu fakta jangan tunjuk tak cerdik

      Amanat Hadi 1981, Tun belum PM.

      Delete
    7. Saya tidak boleh menjawab kepada soalan anon 2:29 sebab soalannya tidak jelas dan bergantung kepada penjelasan definisi dulu ke atas soalan itu. Jika tidak penyoal berkebarangkalian akan memutarbelit lidahnya selepas jawapan diberikan.

      Ia mengingatkan saya kepada Virgo yang memutarkan lidahnya pada maksud 'hukum karma' yang difahami oleh bangsa Melayu yang beragama Islam dan 'hukum karma' di dalam agama Hindu-Buddha, yang akhirnya menyaksikan di dalam keghairahan itu, Virgo telah mendedahkan nama akaun googlenya sebagai 'VIRGO LARA' dan keghairahannya itu pula berakhir dengan ia sendiri yang merayu minta nyawa daripada KD agar saya dihalang melengkapkan sumpah laknat saya bahawa ia Virgo memiliki kesemua ciri golongan kafir yang membenci kebenaran.

      (Kedua-dua Virgo dan Kejora yang muncul anon, saya panggil mereka dengan nama yang mereka sendiri pilih dan akui. Kejora misalnya pernah mengaku namanya ialah Kejora bin Musytari).

      Ada pula komen balas bagi anon 5:24 adalah sama saja dengan komen balas awal saya di 1:55 di atas iaitu 'sudahlah jahil menipu pula'.

      Amanat Hadi muncul sebelum Tun M menjadi PM pun dan kini mereka mahu menjustifikasikan amanat itu dengan memfitnah Tun M konon ia dibuat kerana Tun M adalah PM. Memang benar Tun M memiliki ciri pejuang kebenaran yang disebut di dalam amanat Imam Syafie yang menasihatkan umat akhir zaman agar mengikuti orang yang kelihatan banyak panahan fitnah ditujukan ke atasnya kerana sesungguhnya ia sedang berjuang di atas kebenaran.

      Berikut ialah fakta sejarah yang tidak mampu disangkal walaupun oleh golongan pendusta :-

      Amanat Hadi - 7 April 1981
      Tun M menjadi PM - 16 Julai 1981.

      Amanat Hadi telah dibuat ketika Tun Hussein Onn menjadi PM dan Presiden UMNO. Pada zaman Tun Hussein perbuatan takfir itu telah pun berlaku dan disebabkan itulah orang-orang PAS pada ketika itu memanggil Almarhum Tun Hussein Onn sebagai Ho Chin Aun, iaitu nama orang bukan Muslim dari kalangan bangsa Cina.

      Maka perbuatan menyalahkan Tun M hakikatnya adalah perbuatan fitnah sesuai dengan amanat Imam Syafie (pernah dibawakan di dalam entry bro KD).

      Di antara amanat Hadi dengan amanat Imam Syafie, sudah tentulah saya akan menuruti amanat Imam Syafie dan melempar ke longkang amanat Hadi yang menyesatkan itu.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    8. Bro top up,geng ni mana tahu tu semua..janji dapat busukkan TUN da kira pahala besar tu.

      Delete
  3. Tepat sekali dan sangat bersetuju dengan entry bro KD.

    Segala tuduhan ke atas Tun hanya berlegar-legar di blog oleh pendedak-pendedak sahaja. Tidak boleh dan tidak mampu pun untuk dibawa ke tengah.

    Mereka telah mencuba RCI Forex dan terbukti ia telah memakan diri, kini di dalam keadaan terdesak mereka berura-ura untuk membuat RCI Memali pula. Jawapan saya ialah silakan.

    Ada pula tuduhan ke atas Najib malah punya segala bukti, hanya saja AG telah memutuskan untuk senyapkan. Tidak menghairankan pun.

    Sebagai alternatif dan caranya berjuang mengikut kemampuan (biqadariha), juga prinsip 'biarkan bertatih, asalkan langkah itu yakin dan cermat', Tun malah telah membawa Najib ke mahkamah sivil tetapi mahkamah pula batalkan tuntutan di atas alasan Najib bukan penjawat awam sedangkan RCI Forex cadangkan Tun bersalah di atas ratio yang bertentangan. Alangkah kanggaroonya.

    Paling Win ialah para terakhir bro KD yang sama sependapat dengan pendapat saya selama ini, hanya sahaja saya suka menggunakan kalimah atau terma 'klimkas' di mana yang menang akan memperolehi kemenangan mutlak semenang-menangnya dan yang kalah pula akan mengalami kekalahan mutlak sekalah-kalahnya.

    Apabila datang kebenaran maka lenyaplah kebathilan. Sesungguhnya yang bathil itu pasti akan lenyap.

    Saya tidak mempunyai keraguan langsung bahawa yang akan menang itu ialah Tun M berserta pengikut-pengikut dan sekutu-sekutunya sedang yang akan kalah itu ialah Najib dan konco-konconya.

    Ada pula sekiranya perlawanan itu adalah 3 penjuru di antara Tun M - Najib - Hadi, saya juga tidak mempunyai sebarang keraguan bahawa yang akan berakhir sebagai pemenang itu tetap adalah Tun M dan pengikut-pengikutnya, sedangkan Hadi akan tewas juga sebagaimana Najib juga akan tewas.

    Saya sangat yakin itulah yang akan berlaku, dan ia pasti berlaku. Hanya masa dan tempoh yang memisahkan, dan itu pun tak lama mana dah. Hanya tinggal beberapa purnama sahaja lagi.

    In shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beralasan kerana AG la pulak???

      Ostat lidah bercabang bermulut longkang.

      Klau bg komen, mesti terserlah sifat2 ujub takbor seolah2 dirinya maksom dn org lain yg x sependapat dgnnya mesti akn ditudoh mcm mcm.

      Mmg sial la org mcm ni

      Delete
    2. 1.30 macau harami,

      "Klau bg komen, mesti terserlah sifat2 ujub takbor seolah2 dirinya maksom dn org lain yg x sependapat dgnnya mesti akn ditudoh mcm mcm."

      Dah berulang kali bagitau, lawan balik dengan hujah, fakta dan nas al Quran jika ada.

      Yg kamu beri maki hamun sahaja.

      Delete
    3. Sdr anon 3:20

      Virgo (anon 1:30) mana pernagmh menyangkal melainkan mencaci dan mencerca sahaja yang ia tahu dan mampu.

      Delete
  4. Suharli dimana ????
    Saya sokong suharli....
    Samada suharli betul atau tidak maka itu tidak penting.....yg utamanya saya tetap sokong suharli.....yg mesti di ikuti adalah suharli bukan mahakutty....saya wala' pada UMNO Najib dan PAS Hadi.....tk

    ReplyDelete
    Replies
    1. suharli sokong suharli?
      Memang tak akan ada orang lain begitu sokong suharli kalau diri sendiri rekacipta sendiri..

      Tak penting pun sokong suharli..
      tak ada hujah pun
      asyik link..

      Tu sebab ini kes sendiri sokong sendiri.
      Cukuplah suharli.

      Orang lain pun hebat juga tapi tak lah sampai masuk bakul sendiri angkat..

      Delete
    2. suharli tgh baca blog2 sewel pujaan dia dulu baru boleh copy pes..

      Delete
    3. Apa vangang nak sokong diri sendiri

      Delete
  5. Mana ada John Doe pernah tak setuju dg KD ...semua apa yg KD tulis dia setuju je, maklum lah sekapal setongkang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak betul tu sdr.

      Ada bbrp perkara saya dan KD pernah tidak bersetuju sesama sendiri.

      Contohnya ialah ketika KD menyatakan sokongan kpd Anwar Ibrahim sbg next PM saya telah menyanggahinya dan kami berdua telah berbahas sesama sendiri.

      Kedua pula ialah ketika saya mahu melengkapkan 3 sumpah laknat ke atas Virgo, KD telah menahan saya dari melakukannya dan saya akur sbb KD adalah tuan blog.

      Ketiga ialah KD pernah menyarankan agar para ahli PPBM menyertai PAN sekiranya PPBM dibatalkan, tetapi saya tidak menyetujuinya dan berkata apabila ia berlaku saya akan kekal tanpa jemaah sehingga kemenangan itu tiba (perhatikan juga perbezaan kami di mana KD gunakan terma 'sekiranya' sedangkan saya pula gunakan terma 'apabila').

      Itu hanyalah 3 contoh. Sebenarnya ada banyak lagi tapi kesemuanya hanya pada cabang sahaja.

      Sekapal tidak semestinya sentiasa bersetuju sesama sendiri. Adakalanya kami juga tidak sependapat walaupun pada akhirnya kami sama-sama bersetuju UmNo patut ditamatkan.

      Pada bab itu pun sebenarnya saya dan KD berbeza pendapat kerana KD sedang berjuang untuk 'kalahkan dan tamatkan UmNo' sedangkan saya pula tidak berjuang untuk itu disebabkan saya sudah pun yakin UmNo dan kekalahan (pelupusan sebenarnya) hanya dipisahkan oleh masa dan tempoh, dan ia pasti akan tetap berlaku in shaa Allah.

      Perjuangan saya yang sebenar ialah untuk memberi kefahaman kepada para penyokong Najib yang sedang kebingungan (seperti sdr Suharli Masrop dan sdr Cencakuk) kerana saya mempunyai keyakinan bahawa kenderaan UmNo sudah pasti akan jatuh gaung dan saya mahu cuba selamatkan orang-orang bingung yang masih belum melompat keluar dari kenderaan UmNo itu ditakuti mereka akan turut jatuh bersama-sama ke dalam gaung.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    2. Kalau dah putih takkan nak kata hitam. Kalau hitam takkan nak kata putih.

      Delete
  6. parok kluangman ni jilat che det. KAH KAH KAH KAH

    JILATTTT...JILATTTT.....JILAAATTTTTTTTTTTTT

    ReplyDelete
    Replies
    1. mamcam biasa menjilat je...dah expert kot hang ni 558?

      Delete
  7. UMNO tak akan jatuh ke dlm gaung. Kalau orang buat silap, dia tak akan buat silap selama lamanya, tambahan pula bila ianya berkaitan dg hidup atau mati. Bila dah sedar, dia akan memperbaiki diri nya. Masaalah nya sekarang ramai sangat tukang spin yg mengambil kesempatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNO tak akan jatuh ke dlm gaung but pemimpinnya definately will!!

      Delete
  8. hadiah zahid komedi untuk rakyat menjelang pru!Thursday, January 25, 2018 7:02:00 AM

    PUTRAJAYA, 8 Jamadilawal 1439H, Khamis – Kerajaan akan mencadangkan kadar faedah pinjaman perumahan diturunkan bagi mengurangkan beban pembeli, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    Cadangan itu yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi (HLC) mengenai perumahan yang dipengerusikannya di sini hari ini, akan dibawa kepada Kabinet untuk satu keputusan dalam masa terdekat, katanya.

    Katanya, kaedah faedah pinjaman yang tinggi merupakan antara sebab kira-kira 13,605 unit rumah yang berharga di bawah julat RM250,000 hingga RM500,000 tidak dapat dijual pada tahun lalu.

    Beliau berkata, kerajaan akan mengemukakan kertas cadangan berhubung kadar faedah pinjaman kepada bank komersial dan arahan lanjut akan dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

    “Kadar faedah yang ditawarkan itu haruslah sangat kompetitif. Kita sudah menjalankan kajian perbandingan dengan negara lain dan kadar faedah kita berada di pertengahan antara negara maju dan negara membangun,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu.


    Kadar pinjaman asas (BLR) di Malaysia adalah 4.65 peratus berbanding Australia 5.33 peratus dan Singapura 1.45 peratus.

    Ditanya jika bank-bank tidak menyetujui cadangan itu, Ahmad Zahid berkata:

    “Cadangan itu dibentangkan oleh wakil daripada BNM. Berdasarkan bidang kuasa di bawah BNM, bank-bank komersial perlu mematuhi segala ketetapan yang ditentukan oleh BNM mengenai perkara itu.”

    Ahmad Zahid berkata, ramai pembeli rumah juga tidak mempunyai pendapatan tetap bulanan dan tidak mempunyai slip gaji untuk membeli unit rumah.

    Dalam mesyuarat yang membincangkan koordinasi, penyelarasan pelaksanaan dan menyelesaikan isu-isu berkaitan perumahan itu, Ahmad Zahid berkata, pelaksanaan pembekuan sementara kelulusan program hartanah perumahan bernilai RM1 juta ke atas akan dikaji semula. – Bernama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gang pembangkang takder janji pilihanraya ker..... Tun yg tun janji itu ini bulan bintang smua bukan pasal nak menang pilibanraya ker?

      Delete
    2. 8.57

      Tun dah buktikan pentadbiran 22 tahun nya....

      Delete
  9. Projek Datuk Seri Najib Razak yang sempat disenaraikan.

    1. Menara TRX - On the way

    2. Bandar Malaysia - on the way

    3. 1 Malaysia - dah on Since 2010 until now

    4. ECRL - On the way

    5. KVDT - On the way

    6. HSR - On The Way

    7. Pocket park - di KL dah mula banyak dan on the way

    8. Menara PNB 118 - On The Way

    9. TBS - siap dan beroperasi since 2013

    10. KTM Skypark - hujung or pertngahan tahun ini siap dan beroperasi

    11. Keretapi Sabah - on the way

    12. Pan Borneo highway - fasa 1 hampir siap

    13. Bantuan warga Borneo - aktif

    14. Bantuan warga Bumiputra - aktif

    15. KTM Komuter - siap update dan ada still on the way

    16. LRT 1 - siap sepenuhnya since 2015 / 2016

    17. LRT 2 - siap sepenuhnya since 2015 / 2016

    18. MRT 1 - siap sepenuhnya dan beroperasi since Julai 2017

    19. BRT - siap since 2015, BRT lembah klang dalam perancangan

    20. LRT 3 - on the way

    21. MRT 2- on the way

    22. MRT 3 - dalam perancangan / on the way

    23. Monorel Putrajaya - dalam perancangan

    24. Monorel KL - masih dalam proses update

    25. UTC - dah siap since 2011 dianggarkan ada hampir 25 UTC seluruh negara.

    26. KLIA 2 - siap since 2013

    27. River Of Life - fasa 1 dah nak siap

    28. Plaza Rakyat - on the way

    29. BR1M -awal tahun ni korang dapat, insyaAllah (dah update belum?)

    30. Intergrated KL - Dah siap since 2011

    31. TRX - on the way

    32. EDTS - dah siap since 2010

    33. Rapid Pengerang - 60% dah siap

    34. Lebuhraya no toll - Ada yang dah dimansuhkan dan ada yang memang tak de toll ada lagi yang on the way.

    35. Bantuan nelayan, pekebun dan peladang - aktif.

    36. No kroni better country - ada, rakyat Malaysia

    37. Pelaburan - Malaysia mencatatkan hampir 40 billion dalam pelaburan sama luar negara.

    38. CSR - fasa 1 CSR dah siap. Di Kelantan. Selebihnya on the way.

    39. Jambatan Sabah-Labuan - dalam perancangan

    40. BP1M - aktif.

    41. Perniagaan Online - aktif

    42. MVV - on the way

    43. Aeropolis - on the way

    44. Greater KL - mostly dah siap namun still on the way

    45. Melaka Gateaway - on the way

    46. Jambatan Angkat - on the way. Almost finished

    47. CCC - on the way

    48. PR1MA - aktif

    49. DFTZ - aktif

    50. Loji Pantai 2 - almost finished

    51. Klatcc- on the way

    52. AAC - dalam perancangan

    53. 1AZAM - aktif

    54. Bandar Media - on the way

    55. KBCC - on the way

    56. Adam50 - aktif since 1 jan 2018

    57. Konsep kreatif DS Najib (Stesen MRT) - aktif

    58. Konsep kreatif DS Najib (HSR) - on the way

    59. Konsep kreatif DS Najib (PNB 118) - on the way

    60. Velodrom Nasional - dah siap since 2016

    61. GITT - on the way

    62. Stesen Janakuasa Jimah - almost finished

    63. KSTP - on the way / dalam perancangan

    64. Terowong Sepanggar - dah siap since 2017

    65. Padang Besar Container Terminal - on the way

    66. 1M4U - aktif

    67. Perlis Inland Port - on the way

    68. Chuping Industrial Valley - on the way

    69. Urban Malaysia - on the way

    70. Rawang Bypass - dah siap since 2017

    71. Green Tech Project - on the way/dalam perancangan

    72. Teksi - siap update

    73. Bus - siap update

    74. NKRA - aktif

    75. Expo Negaraku - aktif tapi closed down in 15 november 2017 sebab dah habis expo. Duhh

    76. Pengangkutan update- siap

    77. Lebuhraya Pantai Barat - on the way

    78. Bandar Belia - on the way / dalam perancangan

    79. Kem Sendayan - on the way

    80. Jambatan pengguna jalan kaki - siap dan dikatakan akan ditambah lagi

    81. RT1M - sudah siap di Bukit Jalil. Lain dalam perancangan

    82. Pembangunan Luar Bandar - on the way

    83. RTS - on the way

    84. Komuter KTM Utara - sudah siap since 2016

    85. Klinik 1 Malaysia - dah ada hampir 350 klinik 1 Malaysia di seluruh Malaysia

    86. Tube Malaysia - aktif

    87. SL1M - aktif

    88. EDTP Gemas - on the way

    So far, belum ada lagi projek yang bankrup atau bailout.

    Sumber: Halim Abdul Dawson

    ReplyDelete
    Replies
    1. So Hari-hari Main Terop....

      Bukan 'on the way' ler, tapi 'Underwear'..........!!

      Nah baca isu tanah felda di Jln Merbok (KLVC) yg memang confirmed dah hilang dikerjakan oleh Najib.

      Shahrir Samad berlagak jadi 'pak dalang' untuk 'wayang kulit berjudul kelicikan ketua lanun bugis bernama Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone'.

      Sharir 3 minggu lepas bagai nak rak kata felda akan ambil semula tanah yg hilang dan akan memberhentikan projek KL Vertical City (KLVC).

      Alih2 kini Shahrir boleh pulak klentong projek KLVC akan diteruskan pembinaannya dan tanah felda itu dah dikembalikan tanpa sebarang kos.
      Bukankah ini lawak bodoh dan cerita kartun.....??

      Shahrir ni buat malukan orang JB saja. Dia telah menyerlahkan kebodohannya.
      Kalau dah diteruskan juga projek KLVC ni dan dijual kpd org ramai, automatik tanah tu betukar menjadi hak milik strata. Dah takda maknanya tanah tu dapat balik kat Felda, jadinya Felda dapat apa....?? Habuk pon tarak!! Yg dapat pemaju dan kroni2nya.

      Satu lagi Sandiwara Najib & UMNO nak lagak jadi penyelamat/hero konon, tapi auta/klentong Najib & Sharir nampak sangat meluat & bodoh.

      Mari kita semua rakyat mengundi Pakatan Harapan pd PRU 14 agar kerajaan baru dapat mengheret perompak2 & penyamun2 ke muka pengadilan.

      Delete
    2. CONFIRMED.....Najib dah sedekahkan tanah felda di Jalan Merbok kpd sykt keciput (kroninya) untuk dimajukan dgn pembinaan bangunan KLVC ug bakal ada menara mengalahkan KL Twin Tower.

      Syarikat keciput yg tidak ada modal, hanya berbekalkan pinjaman bank. Siapa yg ada kuasa untuk memberi 'power of attorney' terhadap tanah felda tersebut, melainkan si penyamun Najib sorang sebagai PM. Yg lebih kartun, Sharir boleh kata tanah felda itu sekarang "selamat" berkat do'a Najib & Rosmah di Mekah.

      Sekarang kita fikir2kan....
      Wajarkah kerja haram mencuri dapat berkat dari Allah SWT......??

      Delete
    3. Dey anney, kalau tanah dah dibagunkan dan dibuat perumahan serta dijual maka hak milik akan jadi kepunyaan pembeli la. Appa daa... Kita beli rumah, hak milik siapa punya? Kau gunakan ayat rafizi la tu, fakta ngokngek begitu kau paparkan kt sini. Fizi tu dh muflis idea bro, tak lama azmin kapankan dia...

      Delete
    4. 9.03,

      Disebalik senarai panjang yg diberikan, ternyata ianya adalah projek menguntungkan hanya untuk kroni kroni umno najib, perkara utama dan perkara pokok yg wajib umno najib tunjuk adalah, adakah rakyat hidup selesa?rakyat hidup tanpa tekanan hidup? Kos saraan hidup setiap hari menggila naik? Adakah setiap rakyat dapat menikmati kehidupan tanpa cengkaman umno najib? Rakyat boleh menampung pendapatan sekeluarga untuk satu bulan? Adakah senarai projek adalah untuk faedah kroni2 umno najib? Siapa sebenarnya yg mendapat faedah dari senarai panjang tersebut?

      Delete
  10. Ni semua projek pru14 ker?.... dah dua term dilaksanankan dan ada juga yang baru bermula..... serta terdapat juga yang masih mwnunggu fasa berikutnya..... tak payah nak tunggu pru15 pulak nanti... kebanyakannya dah nak siap dah pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahai So Hari-hari Main Terop....

      Najib akhirnya mengakui syarikat pelaburan yang ditubuhkannya itu adalah suatu kegagalan. Tapi...adakah pengakuan Najib itu jujur atau hanya satu lagi episod bohong sandiwara Najib untuk PRU 14 tak lama lagi.....??

      Kalau Najib jujur & ikhlas, dia wajib keluarkan laporan audit 1mdb yg di OSA & diRosmah-Mansuhkan atau diSOSMAHkan, kenapa dirahsiakan...tak gitu......??

      Delete
    2. Inti sebenar yg najib ckp adalah governance la, bukan government. Kau ni jenis putar alam ke jenis main sondol je. Cari makna sebenar, baru la betul.

      Delete
    3. Jenis tak school .... mcm tulah asal bunyi maxam goverment ajer terus salah faham.... sampai governance pun di anggap sama.

      Delete
    4. "governance la, bukan government."

      Adakah maksudnya najib tidak bertanggungjawab? Atau tidak tahu menahu tentang perjalanan perniagaan 1mdb?

      Baiklah, apa rakyat dapat? Berapa hutang 1mdb? Bagaimana dengan hutang 1mdb terhadap ipic?

      Delete
    5. en suharli, hamba abdi tersohor MO1,
      org tau le government dengan governance. berdasarkan artikel 117 dalam M&A 1mdb, menunjukkan bahawa nakhoda 1mdb adalah MO1. betul tak en suharli..ada baca artikel 117 tu?

      Delete
  11. Sukahati akulah nak cut and paste.... yang nyata ini bukan dongeng..... tolong bagitau yang mana satu projek kroni.... dan juga yang mana satu rancangan sedap cakap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahai So Hari-hari Main Terop....

      Najib akhirnya mengakui syarikat pelaburan yang ditubuhkannya itu adalah suatu kegagalan. Tapi...adakah pengakuan Najib itu jujur atau hanya satu lagi episod bohong sandiwara Najib untuk PRU 14 tak lama lagi.....??

      Kalau Najib jujur & ikhlas, dia wajib keluarkan laporan audit 1mdb yg di OSA & diRosmah-Mansuhkan atau diSOSMAHkan, kenapa dirahsiakan...tak gitu......??

      Sila komen balas.

      Delete
  12. Ada sorang tu cukup bijak dan juara mencongak nasib orang lain lengkap dengan nas2nya.... tapi gagal nak congak nasib kelompok brengset sendiri yang penuh dengan hipokrasi dan rasuah.... dan paling buruk dan bengap ... dia gagal nak congak nasib siri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahai So Hari-hari Main Terop....

      Najib akhirnya mengakui syarikat pelaburan yang ditubuhkannya itu adalah suatu kegagalan. Tapi...adakah pengakuan Najib itu jujur atau hanya satu lagi episod bohong sandiwara Najib untuk PRU 14 tak lama lagi.....??

      Kalau Najib jujur & ikhlas, dia wajib keluarkan laporan audit 1mdb yg di OSA & diRosmah-Mansuhkan atau diSOSMAHkan, kenapa dirahsiakan...tak gitu......??

      Sila komen balas.

      Delete
  13. http://novandri.blogspot.com/2018/01/skandal-bilion-ringgit-lebih-banyak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=feed:+blogspot/jcvmw+(dr+mim)&m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahai So Hari-hari Main Terop....

      Najib akhirnya mengakui syarikat pelaburan yang ditubuhkannya itu adalah suatu kegagalan. Tapi...adakah pengakuan Najib itu jujur atau hanya satu lagi episod bohong sandiwara Najib untuk PRU 14 tak lama lagi.....??

      Kalau Najib jujur & ikhlas, dia wajib keluarkan laporan audit 1mdb yg di OSA & diRosmah-Mansuhkan atau diSOSMAHkan, kenapa dirahsiakan...tak gitu......??

      Sila komen balas.

      Delete
    2. Sudah tidak mampu berhujah balas dibuat pula tuduhan tanpa bukti..

      Kemudian dibaling batu pula dari sebalik pokok dan dikatakan orang g lain meroyan.

      Bingung tegar dia ni.

      Delete
  14. Yang ni takderlah pulak nas2 yang boleh dia jelaskan..... ooohhhh terkecuali kut sebab negeri diperintah kafir..... acaner ngan negeri selangor?.... takder nas?..... oh yerlah... mana boleh bakar tilam sendiri yertak.... kalautak acaner nak tidur dan bermimpi indah2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahai So Hari-hari Main Terop....

      Najib akhirnya mengakui syarikat pelaburan yang ditubuhkannya itu adalah suatu kegagalan. Tapi...adakah pengakuan Najib itu jujur atau hanya satu lagi episod bohong sandiwara Najib untuk PRU 14 tak lama lagi.....??

      Kalau Najib jujur & ikhlas, dia wajib keluarkan laporan audit 1mdb yg di OSA & diRosmah-Mansuhkan atau diSOSMAHkan, kenapa dirahsiakan...tak gitu......??

      Sila komen balas.

      Delete
    2. Sdr Suharli,

      Sila buka gelanggang dan beri tajuk apa yang nak diulas.

      In shaa Allah saya takkan lari.

      Jadilah seperti orang matang dan berani, buka gelanggang yang betul dan bukan seperti penakut yang membaling batu di sebalik pokok.

      Silakan sdr Suharli.

      Delete
    3. en suharli,
      kalau BN menang di penang pun, KM siapa? org umngok ke? ke baru belajar berpolitik ni? dalam list2 "pembangunan yang dibangunkan oleh najib tu", boleh detail sikit tak? contoh kontraktor mana yang jalankan kerja, dibangunkan dengan duit hutang ke tak, biar jelas

      Delete
  15. berapa banyak on the way da...

    ReplyDelete
  16. SEMALAM tak semena-mena, seorang ahli Parlimen pembangkang bertanyakan kes Ketua Pesuruhjaya Dzulkifli Ahmad berkaitan dakwaan beliau mempunyai skandal dengan isteri orang.

    Jelapang pun tertanya-tanya juga.






    Apa jadi dengan siasatan kes 'goda' bos SPRM - Gobind

    25 Jan 2018, 1:52 pm 25 Jan 2018, 1:59 pm

    Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo mahu pihak polis mengemaskini siasatan terhadap dakwaan skandal yang dipalitkan dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

    Katanya, polis telah lama mendiamkan diri mengenai perkembangan siasatan berhubung dakwaan 'hubungan sulit' dengan isteri orang itu.

    "Nampaknya semua senyap sahaja. Saya mahu tahu mengapa.

    "Jika polis boleh siapkan siasatan dengan segera dalam kes 'besar dan rumit' seperti yang melibatkan tanah di Jalan Semarak, mengapa terdapat kelewatan dalam siasatan ke atas klip video?" Soal Gobinnd dalam satu kenyataan hari ini.

    Kes Jalan Semarak merujuk kepada pemindahan meragukan tanah milik Felda kepada sebuah syarikat swasta.

    Felda telah mendapatkan semula tanah itu, dan polis telah mengemukakan kertas siasatan mereka kepada pejabat peguam negara.

    Kemas kini terakhir daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengenai kes membabitkan Dzulkifli, adalah pada 6 Disember, 2017, di mana beliau berkata polis akan menyiapkan siasatan mereka dalam masa seminggu.

    Polis sedang menyiasat Dzulkifli di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan atas dakwaan menggoda isteri orang susulan penyebaran tiga video pendek beliau berada di luar negara bersama seorang wanita yang menjadi tular di media sosial.

    Kertas siasatannya telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) sebanyak tiga kali, tetapi setiap kali, semuanya ditolak dan dihantar kembali.



    Read more at https://www.malaysiakini.com/news/409962#JrLWRVPRjMZXi18d.99
    JELAPANG at 11:19 PM

    ReplyDelete
    Replies
    1. So Hari-hari Main Terop....

      Shahrir Samad berlagak jadi 'pak dalang' untuk 'wayang kulit berjudul kelicikan ketua lanun bugis bernama Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone'.

      Sharir 3 minggu lepas bagai nak rak kata felda akan ambil semula tanah yg hilang dan akan memberhentikan projek KL Vertical City (KLVC).

      Alih2 kini Shahrir boleh pulak klentong projek KLVC akan diteruskan pembinaannya dan tanah felda itu dah dikembalikan tanpa sebarang kos.
      Bukankah ini lawak bodoh dan cerita kartun.....??

      Shahrir ni buat malukan orang JB saja. Dia telah menyerlahkan kebodohannya.
      Kalau dah diteruskan juga projek KLVC ni dan dijual kpd org ramai, automatik tanah tu betukar menjadi hak milik strata. Dah takda maknanya tanah tu dapat balik kat Felda, jadinya Felda dapat apa....?? Habuk pon tarak!! Yg dapat pemaju dan kroni2nya.

      Satu lagi Sandiwara Najib & UMNO nak lagak jadi penyelamat/hero konon, tapi auta/klentong Najib & Sharir nampak sangat meluat & bodoh.

      Mari kita semua rakyat mengundi Pakatan Harapan pd PRU 14 agar kerajaan baru dapat mengheret perompak2 & penyamun2 ke muka pengadilan.

      Delete
    2. CONFIRMED.....Najib dah sedekahkan tanah felda di Jalan Merbok kpd sykt keciput (kroninya) untuk dimajukan dgn pembinaan bangunan KLVC ug bakal ada menara mengalahkan KL Twin Tower.

      Syarikat keciput yg tidak ada modal, hanya berbekalkan pinjaman bank. Siapa yg ada kuasa untuk memberi 'power of attorney' terhadap tanah felda tersebut, melainkan si penyamun Najib sorang sebagai PM. Yg lebih kartun, Sharir boleh kata tanah felda itu sekarang "selamat" berkat do'a Najib & Rosmah di Mekah.

      Sekarang kita fikir2kan....
      Wajarkah kerja haram mencuri dapat berkat dari Allah SWT......??

      Delete
    3. "Yg lebih kartun, Sharir boleh kata tanah felda itu sekarang "selamat" berkat do'a Najib & Rosmah di Mekah."

      Kalau najib berdoa hanya untuk bagaimana nak selamatkan dirinya sahaja.

      Delete
  17. Suharli masrop..ko patut berterima kasih pada kd sebab komen ko boleh lulus tanpa sekatan..tgk blog2 pro najib 90komen tk pernah nk siar..cuma ada beberapa blog saja yg open komen..👎👎👊👊☝✌

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Ada aku peduli?... kalau takder komen org mcm aku blog ni sepi dari komen balas pencacai macam korang... kalau kurang pencacai... maka kuranglah hit... kalau kurang hit... maka kuranglah dedak expired....

      Delete
    3. 3.35 macai harami ini hanya sekor atau dua ekor sahaja, tetapi adalah orang sama,residen tetap mencacai buat kerja haram, menggunakan dua tiga akaun, berbeza henfon dan laptop untuk tujuan mengelirukan pembaca konon mereka ramai.

      Delete
    4. en suharli,
      komen saudara tak de manfaat pe2 pun. sekadar nak pertahankan salah MO1 dan tanpa bukti. sekadar cakap, sekadar untuk dapatkan KPI. g komen kat blog cucu tok selampit ke? baru le org anggap jaguh

      Delete
  18. kalah hujah..makian sudah melaknat diri..pecacai loyar buruk dan menggulung lidah..

    suharli..berhati hati..jangan sendiri membunuh diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita lakukan apa yang patut.... bukan lakukan apa yang kita suka... InshaAllah ini tali Allah.

      Delete
    2. Tali Allah?

      Silakan buka gelanggang dengan hujah di mana itu tali Allah yg sdr maksudkan.

      In shaa Allah saya takkan lari.

      Silakanlah (maju ke depan sebab admin dah masuk entry baru).

      Delete
  19. theflyingkick.blogspot.my/2018/01/skandal-terowong-dasar-laut-pulau.html?m=1

    Skandal KP sprm sibuk si laung2.... skandal ni tak nak story ker? Tu hal dia sorang.... yang ni hal rakyat p.pinang.... blum lagi pegang negara....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macai harami 3.38, kalau ada bukti sila bawa ke mahkamah, tiada seorang rakyat ingin bersubahat dengan penyamun.

      Delete
    2. Setuju dengan 3:46

      Semua rakyat dah dapat melihat bagaiman agensi-agensi kerajaan dipergunakan untuk mencari-cari kesalahan pihak lawan walau sekecil kuman dan cover up kesalahan BN walau sebesar dinasour.

      Habis tu takkanlah tuduhan seleweng ratusan juta ni hanya mampu dituduh dalam blog saja? Silalah bawa ke tengah.

      Ini namanya gebang ja lebih.

      Delete
  20. Satu cara untuk membalas balik komen macai harami ini yg telah block dari kami jawab balik adalah;

    1.copy paste tulisan kamu
    2.tutup blog ini
    3.letak balik tulisan komen kamu.

    Tujuan macai harami ini adalah untuk melemahkan, mengelirukan dan gave up dengan apa yg telah kamu pembaca komen,tulis.

    Macai, bertaubatlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ***Adakalanya tulisan atau komen diletakkan dlm blog ini hilang begitu sahaja....pastikan copy paste terlebih dahulu komen2 diberikan.

      Delete
  21. Pelaburan China Di Malaysia - Terbongkar Akhirnya?



    Sejak akhir-akhir ini tular di media sosial mengatakan banyak projek mega dalam negara kita dibiayai oleh China. Wujud kebimbangan bahawa Malaysia akan tergadai dengan pelaburan-pelaburan dari China.

    Tapi apabila mendengar penjelasan dari pakar hubungan antarabangsa barulah saya sedar. Hakikatnya mesej yang tular tersebut palsu atau dibuat tanpa semakan fakta (Bandwagon) Berikut saya gariskan apa kata Profesor Madya Dr. Azmi Hassan Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

    1) Sudah lama Malaysia - China bekerjasama, tapi kenapa baru sekarang timbul isu? Sebab pembangkang tahu China boleh jadi sasaran mudah untuk dimanipulasi.

    2) Pembangkang menjadikan China sebagai 'kambing hitam' untuk menentang kerajaan sekarang. Strategi sama digunakan pada PRU13, jadikan Amerika Syarikat sebagai kambing hitam.

    3) Peningkatan pelaburan China ke Malaysia bukan bermakna kita dijajah, tetapi ia memberi manfaat kepada pembangunan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).

    4) China boleh melabur di mana sahaja, tetapi kenapa pilih Malaysia? Sebab Malaysia -China ada hubungan diplomatik yang kukuh sejak dulu lagi.

    5) China pilih Malaysia kerana sedar potensi pelaburan dapat dicapai dan ia petunjuk baik bagi ekonomi Malaysia untuk tahun-tahun akan datang

    6) China melabur dengan banyak dan sekarang ramai tidak tahu Malaysia merupakan negara ketiga paling besar mengeksport solar panel selepas China dan Taiwan. Ini manfaat.

    7) 1MDB juga ialah sasaran mudah pembangkang sebab tadbir urusnya lemah. Sepatutnya bila isu ini timbul, bukan PM yang perlu jelaskan, tapi CEOnya terdahulu yang perlu memberi pencerahan.

    8) China beri tumpuan kepada Malaysia sebab ekonomi kukuh dan mereka tidak mahu kita baik dengan Amerika Syarikat, isu Laut China Selatan. China perlukan Malaysia untuk mengimbangi pengaruh AS.

    9) Rakyat Malaysia perlu berbangga bila China melabur sebab pemimpin kita mempunyai pemikiran yang strategik.

    10) Seluruh dunia ada '1MDB' untuk kepentingan strategik negara masing-masing. China ada 4. Jangan termakan permainan kambing hitam China oleh pembangkang sebab kita yang akan rugi jika menolak pelaburan dari China.

    11) Barang naik tiada kena mengena dengan GST. Tujuan GST nak tangkap syarikat2 yang menipu..tapi ia tak dapat dilakukan, sebab salah percaturan dengan memberi peranan itu kepada menteri dan bukan Kastam.

    12) Nilai tambah daripada pelaburan China dari sudut jiwa politik...kita dapat kawal China. Jangan 'buli' kita sebab kita ada AS (Isu Laut China Selatan).

    13) Ideologi Komunis tak perlu wujud pada waktu ini. Kita kena kawan baik dengan semua orang. Jangan sensitif sangat pasal Komunis waktu sekarang, semangat kita dah kuat.

    14) Bila PM bawa pelaburan RM144 billion dengan 14 MoU pada 2 Nov 2016, masa itu pembangkang lihat China sasaran paling bagus untuk dijadikan senjata politik sehingga rakyat terpengaruh.

    K7L : Dulu Jepun melabur di Malaysia, Mahathir tak kata dia jual pada Jepun?..

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...