Friday, January 5, 2018

PEMIMPIN LENA RAKYAT SUSAH - KEDAH PERLU BERUBAH


Bukan seperti BRIM, telor sebiji riuh sekampung, dapat setahun sekali, canang hari hari..

IPR Inisiatif Peduli Rakyat yang dianjurkan kerajaan Selangor mengandungi puluhan inisiatif yang menepati sasaran..
http://ipr.selangor.gov.my/


Satu model perlaksanaan hasil negeri dikembalikan kepada rakyat, (bukan janji kosong) yang diiktiraf dunia (PBB) dan ada yang sudah ditiru pada bajet 2018 kerajaan pusat.


Program yang sama juga ujud di Pulau Pinang dan dipantau keras oleh Ketua Menteri.


Mana² wakil rakyat yang cuai di kawasannya dalam soal kebajikan rakyat akan disekat disejukbeku. Peranan itu (delivering) diambilalih oleh wakil rakyat lain.

Dasar dan program bukan sekadar indah dikertas atau cantik dalam persembahan tetapi perlaksanaan mesti sampai 100% kepada rakyat tanpa kerenah birokrasi dan korup di pertengahan.

The best, cerita banyak pun tak guna, tanyalah sendiri rakyat Selangor dan Penang, apakah mereka mahu terus kekal makmur dan terbela atau menjemput perompak masuk ke dalam rumah.

Rakyat Johor, Kedah, Kelantan dan seluruh rakyat Malaysia, jom berubah, jangan lagi termakan janji² retorik, sekadar kulit demi Melayu dan demi Islam tetapi isi di dalam demi perut dan kroni sendiri.

Masih belum terlambat.


# Negeri² miskin seperti Kedah, Perlis, Kelantan sangat memerlukan program IPR ini bagi membantu rakyatnya.

28 comments:

  1. BN/UMNO dah banyak berjasa buat macam2 pembangunan kat malaysia jika dibandingkan dengan pembangkang, jadi undi aku untuk bn/umno lah jua, kik3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lu bangang..

      Memang tak ada siapa sangkal UMNO dah banyak berjasa kepada rakyat. Tapi sekarang hari ni apa dia jasa bn/umno yang tinggal ? SEJARAH aje.. lu mata buta ke ? Kalau br1m ni jasa, lu memang bodoh tahap bengap sampai mati pun tak boleh diajar lagi.

      Ketua UMNO yang paling banyak jasa nya ha tu dia yang lu orang semua sebut si tua kutuk tu yang sanggup dilucut-buang segala nya setelah mengaku GAGAL memulihkan UMNO.

      Apa lagi jasa umno hari ni ?
      TRX ? 1MDB ? Forest City ? ECRL ? Rakyat golongan mana yang dapat faedah "jasa" umno hari ni ? FELDA dah jahanam dah.

      Aku lalu di Kedah semalam. Laa nak terperanjat pun ada. Orang Sabah dah Sarawak jangan komplen bukan2, ulu Kedah sama aje macam Sabah dan Sarawak. Negeri yang terlebih berpolitik sebenarnya masih mundur di banyak daerah.
      Jasa umno kepala bana !!!

      Pada aku la kan PKR, PPBM pun sama aje macam bn/umno. Ahli nya bekas ahli dan pemimpin UMNO yang kecewa melainkan mereka yang dibuang parti umno. PPBM ni pun kuat nya di nama Dr.Mahathir aje dan PKR di nama Anwar Ibrahim.

      Walau apa pun Malaysia ni perlu kan perubahan. Mould baru. DAP bentuk kerajaan pun tak apa. Tak nak keparat2 macam H2O, Noh Omar, Nazri, Ku Nan,

      Lu kekal kan la duduk la bawah tempurung 12:28. Syabas semakin gemok la jho low

      Delete
    2. 12.28
      itu umno dulu le tuan..umno sebelum penyamun terbesar tu berkuasa..skrg subsidi pun ditarik balik. duit KWAP pun boleh masuk akaun pemimpin agung/suci umngok..duit dari dana awam diguna sesuka hati supaya populariti pemimpin suci terus naik..

      Delete
    3. Betul... itu UMNO/BN zaman TunM dan sebelumnya.

      UMNO/BN zaman Najib telah merosakkan apa yg dibina oleh pemimpin lama.

      Pemimpin UMNO yg dah berjasa tu pon tinggalkan umno dan menentang umno....kita sebagai rakyat bila lagi?

      Delete
    4. Dangkal argument ni..60 tahum memerintah, memang la buat macam2 'jasa' itupun dengan duit rakyat..

      Delete
    5. Kalau PH memerintah lagi Banyak pembangunan.Pembangunan Di lakukan Oleg mana mana kerajaan pun, ITU duit negara

      Delete
  2. Betul tu, kekalkan sampai kiamat..

    Jemput parti komunis china bangunkan malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Mestilh jemput. Kasi lawan chauvinist DAP.

      Delete
    2. Negara china comunist tentu lebih menghormati perlembagaan negara, raja dan sultan melayu serta hak keistimewaan melayu dan bumiputera..

      Bagaimana pula kedudukan ugama Islam?
      Pas kan ada...

      Delete
    3. Ye ke negara Cina komunis lebih hormat perlembagaan negara??????ini pendedaks terhebat.....kena suap dedaksss lebih-lebih lagi....

      Delete
    4. Pas nk diharapkan utk Islam?????semakin byk amanat lah selepas ni.....Islam akan lebih terpecah dgn PAS.... pemimpin pas gunakan agama utk dapatkan kuasa.....bila jadi wakil rakyat maka mereka pakai kereta besar...rumah pun besar....bini pun ramai...sama je cara hidup dgn pemimpin parti yg tak gunakan agama.....

      Delete
    5. Yang buta sahaja nak kekalkanBN sahaja, Dan selalu DAP the dikenakan sent sasaran.Masalah 1MDB Dan Felda Tu DAP buat ke? ITU kerja BN Yang awak sayangi

      Delete
  3. Apakah kesusahan dan kemiskinan rakyat perlu dikorbankan kerana fanatik pemimpin?

    Jika program kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang lebih memberi manafaat kepada rakyat ia wajar diberi peluang kepada rakyat Kedah yang lebih memerlukan.

    Berikan contoh negeri BN yang setara atau lebih baik dari Selangor dan Penang.

    Sebagai rakyat kita patut memberi tekanan kepada kerajaan negeri supaya mereka berlumba lumba dan berebut rebut memberi yang terbaik kepada rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KD, dlm kepala kita je program pembangkang lebih baik. Segala yg dibuat BN dilekehkan. Tak cukup ke 27 kg warisan diroboh dan Melayu dihalau keluar. Tak cukup ke CM sendiri dibabitkan rasuah. Rumah di Penang dan Selangor tidak lagi mampu milik untuk mereka yg kurang pendapatan. Akibat caj pembangunan yg melampau dikenakan kedua kerajaan. Kemudian GST dimomokan. Akhir sekali kerajaan BN yg diburukkan juga yg tubuhkan rumah PR1MA untuk mereka yg kurang pendapatan. BN juga yg bina MRT untuk beri pengankutan yg murah dan selesa bagi golongan ini. Belum kira BR1M dan PTPTN yg dicap sebagai dedak oleh pembangkang. Kini ekonomi makin kukuh dan ringgit naik pun dilekehkan dengan berbagai alasan. Akhirnya memilih balik bala besar negara TDM untuk tadbir negara. Hancurlah harta rakyat beratus billion lagi. Namun mereka yg dah tertutup akal kini sucikan manusia ini yg menjadi musuh utama dahulu. Begitu Allah temukan kembali golongam korup dgn pemimpin korup. Semoga Allah selamatkan negara dari golongan korup, evengelis dan liberal ini.

      Delete
    2. miskin miskin miskin. miskin benarkah kau? atau kua ni miskin kepada ucapan syukur sebab Allah yg dah kurniakan kau macam2 di negara yang aman makmur ini.

      Delete
  4. Yang lebih baik lagi kalau KD dapat list kan apa kah program2 kerajaan selangor dan Dap penang yang dikata kan sangat bermanafaat berbanding program2 buatan kerajaan Bn. Rakyat nak tahu tu.Adakah seperti macam program tarah lereng bukit atau apa dia lagi.

    ReplyDelete
  5. Asmin... jaga dulu selangor tu... silap2 selangor pun boleh bungkus.. tak yah sibuk dgn negeri lain.. hahaha

    ReplyDelete
  6. kelakar kd ni. bila BN bg brin & byk lg dipanggil dedak. pakatan bg dipanggil inisiatif. padahal dedak gred c tp dilabel gred A kah kah. bodos berbondong2. mungkin suruh boboi bg dedak hasil jual saham opcom jugak ya.

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Hahahahahahahahahahaha..... ipr lebih bagus...... hahahahahababa.....

      Delete
  8. PEMIMPIN LENA RAKYAT SUSAH - KEDAH PERLU BERUBAH

    Pemimpin khianat, rakyat melarat - Malaysia perlu berubah.

    Period.

    ReplyDelete
  9. https://theflyingkick.blogspot.my/2018/01/tak-ada-harapan-lagi-selepas-agm-ppbm.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita tipu atau rekayasa?... korang pikie sendiri.

      Delete
    2. Suharli, kalau blog penakut untuk siarkan komen tak perlulah copy paste..
      Awak sahajalah komen di situ.

      Blog penakut macam tu yang awak nak agung agungkan..

      Memang lekeh sangat kau ni

      Delete
    3. Hahaha.. Benar sekali..

      Mana taknya.. Tengok ja si Jibby tu. Kalau bercakap di hadapan penyokong sendiri yang rata-ratanya mengharapkan dedak terjerit-jerit sampai menyembur air liur.

      Sekali Tun M hadir nak tanya soalan terus lari tak cukup tanah.

      Saya pernah bagi komen di blog Lempoyang, bukan komen pun tapi soalan ja, dan bukan panjang pun cuma dua baris ayat saja, tu pun tak disiarkan.

      Sembang sebelah pihak boleh la deme ni..

      Delete
  10. Rakyat kedah tak bising pon....yang hangpa dok kecoh tu buat apa....hangpa dok do Kedah ka....Tun M jadi PM 22 tahun apa dia buat di Kedah...

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...