Wednesday, January 3, 2018

PRU SELEPAS PERSEMPADANAN !!!

Menyusup masuk ke jentera pilihanraya umno di peringkat negeri dan mendengar sendiri dengan mereka yang terlibat..

PRU jangka Mei atau semestinya selepas persempadanan semula diwarta dan akan digunapakai untuk memastikan BN menang dua pertiga majoriti..

Jika di adakan sebelum persempadanan semula, BN masih boleh menang tanpa pasti dua pertiga.

Setiap Bahagian sekarang sedang mengenalpasi atau lebih tepat membuat bajet pengagihan dan pembelian - jumlah no problem - janji menang.
Sekarang ditahap delivery strategi.

UG dengan PAS hanya selepas PRU kerana umno memerlukan tiga penjuru.

Keseluruhannya NO WAY PAKATAN HARAPAN BOLEH MENANG.




# ??





39 comments:

  1. Congress India,Golkar, Ldp,likud. thaksin,marcos,idi amin...dll , Semuanya ada persamaan iaitu ,disangka tolak tak rebah.
    Sehinggalah ketika tiba...
    Ketika itu apabila Mungkar sudah nyata.
    Apakah , selepas terlondeh segala bala,terjual segala pertiwi,setelah maruah dipecacai,sesudah islam terpesong menungkat kezaliman,sampai undang2 dipadam...masih belum juga tiba ketikanya Kemungkaran UMNOBNPAS ini dihapuskan?

    Mari kita sama2 lihat...sambil terus berjuang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Clearly deep and invigorating...fan the fire of change...good job bro!

      Delete
    2. Assalamualaikum senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman-teman disini, Awal mula saya ikut pesugihan, Karena usaha saya bangkrut dan saya di lilit hutang hingga 900jt membuat saya nekat melakukan pesugihan, hingga suatu waktu saya diberitahukan teman saya yang pernah mengikuti penarikan uang ghaib dengan AKI SOLEH JAFFAR menceritakan sosok AKI SOLEH JAFFAR, saya sudah mantap hati karena kesaksian teman saya, singkat cerita saya mengikuti saran dari pak.aki saya harus memilih penarikan dana ghaib 1 hari cair dengan tumbal hewan dan alhamdulillah keesokan harinya saya di telepon oleh pak aki bahwa ritualnya berhasil dana yang saya minta 3Milyar benar-benar masuk di rekening saya, sampai saat ini saya masih mimpi uang sebanyak itu bukan hanya melunaskan hutang ratusan juta bahkan mampu membangun ekonomi saya yang sebelumnya bangkrut, kini saya mempunyai usaha di jakarta dan surabaya yang lumayan besar, saya sangat bersykur kepada allah dan berterimakasih kepada pak. AKI SOLEH JAFFAR berkat beliau kini saya bangkit lagi dari keterpurukan. Jika ada teman-teman yang sedang mengalami kesulitan masalah ekonomi saya sarankan untuk menghubungi ki sholeh jaffar di nomor ini HUBUNGI WHATSAPP 0853-7778-3331 agar di berikan arahan Atau 




























      Assalamualaikum senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman-teman disini, Awal mula saya ikut pesugihan, Karena usaha saya bangkrut dan saya di lilit hutang hingga 900jt membuat saya nekat melakukan pesugihan, hingga suatu waktu saya diberitahukan teman saya yang pernah mengikuti penarikan uang ghaib dengan AKI SOLEH JAFFAR menceritakan sosok AKI SOLEH JAFFAR, saya sudah mantap hati karena kesaksian teman saya, singkat cerita saya mengikuti saran dari pak.aki saya harus memilih penarikan dana ghaib 1 hari cair dengan tumbal hewan dan alhamdulillah keesokan harinya saya di telepon oleh pak aki bahwa ritualnya berhasil dana yang saya minta 3Milyar benar-benar masuk di rekening saya, sampai saat ini saya masih mimpi uang sebanyak itu bukan hanya melunaskan hutang ratusan juta bahkan mampu membangun ekonomi saya yang sebelumnya bangkrut, kini saya mempunyai usaha di jakarta dan surabaya yang lumayan besar, saya sangat bersykur kepada allah dan berterimakasih kepada pak. AKI SOLEH JAFFAR berkat beliau kini saya bangkit lagi dari keterpurukan. Jika ada teman-teman yang sedang mengalami kesulitan masalah ekonomi saya sarankan untuk menghubungi ki sholeh jaffar di nomor ini HUBUNGI WHATSAPP 0853-7778-3331 agar di berikan arahan Atau 









      Delete
  2. KD.... 'perang' mana yang tidak berstrategi?????..... lalu mengapa hendak digembar gembur....

    ReplyDelete
  3. Tipu pilihanraya kita turun jalanraya!! Pengadilan jalanan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Bagus gak turun jalan lagi... boleh baring2 kat jalanraya... sebab dah tak ramai mcm selalu... krit...krit...krit... sambil tunggu fatwa john doe.... kalau john doe kata jerit bak halilintar jeritlah kamu... kasi gerun kucing dan tikus pasar yg nak lintas... oh yer... tak yah kecoh2lah.... kita buat camping bagus gak dataran dah cantik... sungainya pun warna biru dah kena kesan cahaya.... bleh selpi...selpi....

      Delete
  4. Turun jalanraya? Baguih biar kena gelek dengan lori bagi mampuih cepat, hidup bn/umno, kik3

    ReplyDelete
  5. cerita hutan
    Jika orang di hutan memberi penyamun menang lagi, maka padam muka mereka, jangan komplain tentang kos sara hidup yang semakin tinggi, semakin banyak penyelewangan berlaku dan lain lain. Bagus kan . Seronokkan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soery... bukan kos sara hidup yang tinggi.... KOS ACANER NAK SARA GAYA HIDUP TINGGIhaaaaa... baru betul.... nak beli sandal croccs... nak Beli tas Michale Kors...nak t-shirr superdry... nak makan fusion ala hipsters... nak cuti2 yang naik kapalterbang... nak balik kampung duduk homestay... nak... nak... nak... nak... semuanya nak...

      Delete
    2. Semenjak membesar sehingga ke hari ini, dari pengalaman sendiri, masa era JIBON dan pimpinan Menteri-menteri kurang cerdik, saya dapat merasai inilah ERA YANG BENAR-BENAR TERASA KENAIKAN SEGALA KEPERLUAN. Dulu ada barang naik tapi boleh accept pasal setahun sekali dan harga barang adalah terkawal. Sekarang ini tak ada yang terkawal , KPDNKK wujud lagi ke. Macam, tak fungsi. Rasanya pedangang yang menentukan harga barang sesuka hati. Macam negara ekonomi Kapitalis pula. Maaf kalau di TAIPING ADA KALANGAN KAKI JUDI akan BERJUDI HUJAN (Teka bila hujan turun), Sekarang ada judi baru iaitu JUDI MINYAK (Teka berapa harga minyak setiap malam Rabu). Eloklah ditukar aje Kabinet yang dah usang ini. Naik kapalterbang, minum makan ala Hipsters hanya orang UMNO dan Macai-macai hasil side income. Kami habuk pun tak ada, asyik makan kangkung aje yang murah dan tanam sendiri.

      Delete
    3. Dulu hang makan mak hang suap beb.... mana ada keluar duit..... sekarang hang sendiri keluar duit nak bagi suap anak2 pulak... badu nak terasa.... hang toksah cikailah.... dari duku sampai sekarang harga baranv tak pernah turun pun.... zaman dulu makan KFC... sebulan sekali A&W pun rasa macam restoran mewah.... sekarang dah lain..... kelmarin Pizza hut.... semalam mcd.... hari ni KFC... esok merrybrown... lusa texas.... tulat burger king...eh banyak lagi.... dominos... nandos... carls juniour... chicken rise...dan lagi...dan lagi...dan lagi.... errrrr kerajaaan java harga perniagaan kapitalis ni ker? Nak salahkan GST.... sehari berapa benda yg ada gst yg kau belanja?... RM100 ker? ( barang yv ada gst yer) jangan nak memohong ubat gigi kau pakai sehari satu tiub.... jangan kufur nikmat.

      Delete

  6. Oleh Hazwan Faisal Mohamad
    hazwanfaisal@bh.com.my
    KONGSI ARTIKEL
    Share

    Tweet

    Share

    PENGARAH Pusat Kajian Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff. - Foto Ihsan Pembaca
    KUALA LUMPUR: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad melakukan persempadanan semula pada tahun 2003 menyaksikan kuasa penentu kemenangan bukan lagi berada di tangan pengundi Melayu, sebaliknya di tangan pengundi bukan Melayu.

    Felo Utama Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) dan Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff, berkata perkara itu adalah antara dosa terakhir dan terbesar Mahathir kepada bangsa Melayu sebelum beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada Oktober 2003.

    Katanya, persempadanan semula itu menyebabkan banyak kawasan campuran dan tidak menambah kawasan penduduk Melayu sedangkan kawasan mereka yang sepatutnya ditambah.

    "Ini menyebabkan pengundi bukan Melayu menjadi penentu kemenangan di dalam pilihan raya umum sehingga sekarang.

    "Malah, kedudukan ini juga tidak boleh diubah kerana memerlukan majoriti dua pertiga untuk memindanya. Sekarang Barisan Nasional sudah hilang majoriti dua pertiga ini," katanya kepada BH ketika dihubungi, sebentar tadi.

    Beliau mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di dalam Harakah Daily semalam yang mengatakan pindaan Perlembagaan Malaysia bagi membolehkan syariat Islam dilaksanakan memerlukan dua pertiga majoriti sokongan dalam Dewan Rakyat sedangkan jumlah Ahli Parlimen Islam tidak mencukupi.

    Keadaan itu katanya, berpunca daripada tindakan Mahathir yang mewujudkan kawasan Parlimen campuran antara Islam dan bukan Islam dengan nisbah tertentu.

    Selain itu Abdul Hadi berkata, Mahathir turut meletakkan jumlah pengundi mencecah 100,000 dalam satu parlimen di Kedah, Terengganu, Kelantan dan utara Perak, berbanding sekitar 20,000 di Johor dan negeri lain.

    Mengulas lanjut, Kamarul Zaman berkata, persempadanan semula itu dibuat Mahathir dengan andaian pengundi bukan Melayu akan kekal menyokong BN seperti dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 1999.

    "Bagaimanapun, bila tsunami Cina berlaku hingga hampir menenggelamkan BN dalam PRU 2008 dan PRU 2013, Mahathir menyalahkan Tun Abdullah Badawi dan Datuk Seri Najib Razak, sedangkan hakikatnya beliaulah yang membuka ruang kepadanya.

    "Malah, sekarang pun Mahathir sendiri terpaksa mengenepikan prinsip dan melutut kepada pengundi bukan Melayu dalam usahanya untuk menumbangkan BN dalam PRU-14," katanya.

    70 dibaca

    ReplyDelete
  7. Ada sekumpulan orang yang tidak suka dengan Barisan Nasional (BN) tetapi pada masa yang sama mereka benci Dr Mahathir Mohamad. Sehubungan itu, mereka enggan menyokong Pakatan Harapan (PH) walaupun sebelum ini kebanyakan mereka merupakan pengundi pembangkang.

    Ada antara mereka kini yang berkempen supaya rakyat memboikot atau merosakkan undi dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. Walaupun bilangannya kecil, suara mereka lantang di media sosial.

    Bagi mereka, walaupun Dr Mahathir kini bersama PH, sukar untuk mereka melupakan dosa-dosa politik beliau sewaktu menjadi perdana menteri selama 22 tahun sejak 1981.

    Bagi mereka, tiada maaf bagi Dr Mahathir yang dianggap diktator sewaktu era Malaysia bangkit sebagai kuasa ekonomi Asia Tenggara sepanjang 1990-an tetapi dipenuhi dengan pelanggaran hak asasi manusia.

    Bagi mereka, dalam PRU akan datang ini, segala-galanya adalah “asalkan bukan Dr Mahathir”.

    Golongan ini yang kebanyakannya menganggap diri mereka pejuang demokrasi seolah-olah tidak peduli lagi sama ada Perdana Menteri Najib Razak kekal berkuasa bersama BN jika PH gagal menumbangkan rejim tersebut.

    Sedar atau tidak, mereka seolah-olah rela dengan politik perkauman dan keagamaan yang menjadi amalan hegemoni Umno-BN masa kini akan berterusan.

    Yang penting bagi mereka, tolak Dr Mahathir. Biarlah sesiapa pun memegang kuasa, asalkan bukan Dr Mahathir.

    Suasana panas PRU 2013 sudah berlalu. Pada masa itu, slogan Ubah! serta Ini Kalilah! berkumandang di mana-mana. Ketika itu, segala-galanya adalah “asalkan bukan Umno-BN”.
    Namun, walaupun pembangkang menang undi popular 52% pada PRU 2013, persempadanan semula kawasan Parlimen yang ditentukan oleh kerajaan BN memastikan ia terus memegang kuasa walaupun ditolak oleh majoriti pengundi.

    ReplyDelete
  8. Suasana panas PRU 2013 sudah berlalu. Pada masa itu, slogan Ubah! serta Ini Kalilah! berkumandang di mana-mana. Ketika itu, segala-galanya adalah “asalkan bukan Umno-BN”.
    Namun, walaupun pembangkang menang undi popular 52% pada PRU 2013, persempadanan semula kawasan Parlimen yang ditentukan oleh kerajaan BN memastikan ia terus memegang kuasa walaupun ditolak oleh majoriti pengundi.

    Kini pentadbiran Najib sedang berhempas-pulas mahu meluluskan pindaan persempadanan semula yang baru untuk memberi kelebihan yang tidak adil kepada BN dalam PRU 2018.

    Selain bergelumang skandal mega 1MDB, mengenakan cukai GST 6% dan menjadi punca kejatuhan nilai ringgit yang menyebabkan majoriti rakyat menderita, BN juga semakin terpisah daripada golongan marhaen akibat kepincangan dasar-dasarnya yang tidak telus, tidak mampan serta lembab.

    Segala tuntutan rakyat, termasuk yang disuarakan oleh PH, hanya dijawab oleh BN, khususnya para pemimpin Umno, dengan fitnah dan pembohongan.

    Untuk memulihkan negara, perlu ada perubahan kerajaan untuk mewujudkan pentadbiran yang bersih, telus serta adil dan bertanggungjawab untuk semua kaum, agama, gender dan wilayah. Hanya melalui kerajaan baru, reformasi dapat dilaksanakan; kerana Umno-BN tidak berminat pun untuk berubah demi rakyat.

    Tiada siapa yang mengatakan bahawa kerajaan baharu akan membawa keajaiban. Tiada siapa mengharapkan kerajaan baru boleh menghapuskan rasuah, membasmi kemiskinan dan mencipta kemakmuran dalam masa setahun dua memerintah.

    ReplyDelete
  9. Semua akur bahawa reformasi pentadbiran memerlukan masa yang panjang setelah negara sekian lama ditempangkan oleh Umno-BN.

    Memang Dr Mahathir sendiri terlibat dalam proses yang mencacatkan demokrasi dan melumpuhkan kebebasan serta menyekat peluang saksama untuk semua rakyat. Tetapi perlu diingatkan bahawa Anwar Ibrahim juga merupakan orang kepercayaan Dr Mahathir sepanjang 1980-an hingga penghujung 1990-an.

    Malah, Najib turut berada di dalam kem Dr Mahathir sepanjang era pentadbiran tokoh veteran itu.

    Mereka semua terlibat dan terpalit dengan dasar Dr Mahathir. Jika Dr Mahathir perlu dipersalahkan, maka semua pemimpin kanan BN hari ini serta yang kini bersama pembangkang turut bersalah kerana pernah bersekongkol dengan Dr Mahathir.

    Sebenarnya era Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein Onn juga tidak bebas daripada kelemahan dan kepincangan. Namun, zaman itu mungkin terlalu jauh untuk kebanyakan kita mengingatinya, apatah lagi meletakkannya sebagai perbandingan hari ini.

    Sekurang-kurangnya dengan membandingkan era hampir 40 tahun lalu, kita berdepan dengan satu persoalan yang lebih besar: bukankah kita sebagai rakyat turut bersalah kerana membiarkan rejim tersebut berkuasa?

    Jika kita pernah membangkang, sejauh mana kekuatan bangkangan kita? Pada masa itu adakah kita menganggap parti pembangkang yang ada tidak mencapai standard untuk melawan BN?

    Malah, pada era Dr Mahathir, mengapa kita tidak memilih pembangkang untuk menjadi kerajaan sepanjang PRU 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1998? Mengapa kita terus memberikan kemenangan besar untuk BN sewaktu era Abdullah Badawi pada PRU 2004?

    Hanya pada PRU 2008 dan 2013 baru kita sedar tentang kebobrokan BN. Namun pada masa itu masih ramai yang takut dengan perubahan. Masih ramai yang percaya BN akan kekal berkuasa buat selama-lamanya. Masih ramai yang menganggap orang Melayu, sebagai pengundi majoriti, tidak berani untuk menolak BN.

    Selepas keadaan hampir menang pada PRU 2013 itu, kini masanya tiba untuk PRU 2018. Sepatutnya inilah detik penentuan bagi membuka lembaran baru untuk Malaysia.

    Sayangnya, saat genting ini pula menjadi pilihan sekumpulan orang yang mahu menjadi wira – yang mengajak kita, sama ada memboikot PRU, merosakkan undi atau memburukkan PH.

    Semuanya semata-mata mereka membenci Dr Mahathir, si tua yang amat mereka takuti kembali berkuasa dan bakal menggerakkan semula rejimnya yang dulu. Mereka seolah-olah yakin Dr Mahathir akan berkuasa untuk berpuluh-puluh tahun lagi.

    Sama ada mereka sedar atau tidak, memboikot PRU atau merosakkan undi hanya akan menjamin kemenangan besar Najib dan Umno-BN. Itulah kejayaan yang bakal dicatat melalui kempen “asalkan bukan Dr Mahathir”.

    Memang Dr Mahathir, sama seperti Anwar, penuh dengan sejarah buruk baik pentadbiran zamannya. Malah, PH juga tidak sempurna. Dan kita tahu Umno-BN dicemari dengan segala keburukan dan kejijikan walaupun ada cebis-cebisan kebaikannya.

    Seperti kata peringatan, jika kita tidak mengundi, ia bererti kita membenarkan orang lain menentukan hidup kita, dan sekurang-kurangnya untuk lima tahun akan datang, kita terpaksalah menerima keadaan hidup yang ditentukan oleh orang lain. – Roketkini.com

    *Terlebih dahulu disiarkan di The Malaysian Insight https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/28782/

    Tags : 1MDB, Barisan Nasional (BN), Dr Mahathir Mohamad, GST 6%, Pakatan Harapan (PH), pilihan raya umum (PRU), Tun Hussein Onn, “asalkan bukan Dr Mahathir”

    ReplyDelete
  10. Untuk pengetahuan semua tak ada satu huruf atau ayat atau baris yang aku ubah ini adalah hasil ROKETKINI. Macam mana KD kau yakin PH akan menang kalau sesama sendiri pun saling tikam menikam, tak mempercayai dan saling jatuh menjatuhkan. Apa nak jadi dlm PH ni belum aku korek kisah dlm PAN, PKR

    ReplyDelete
  11. KENAPA KUTTY NAK JADI PM 2 KALI...?
    KALAU SEPYLUH KAI PUN KAN BAGOSS..
    BIAR JUDI FOREX BERATUS RIBU BILLION RUGI...
    BARU LA BOLEH KUTTY DISURUH BERAMBOSS..


    KIKIKIKIKI.....

    ReplyDelete
  12. Biarlah Najib merancang dengan 1000 perancangan pun kerana pada hakikatnya rancangan Allah itu yang akan terjadi.

    Period.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye jondo. kalau BN menang lagi, itu adalah perancangan Allah juga. tak gitu?

      Delete
    2. Ya saudara anon. Saya setuju 100%. Tiada keraguan di situ.

      Delete
    3. Biar 1,000,000 juta rancangan Tun dan sekutunya kalau Allah tak izinkan fak menjadi apa... xhma masalahnya JD sudah beriya2 sangat bahawa ditangannya sudah ada jawapan hasil telahan sendiri dengan rangkuman2 berat sebelah sehingga entah darimana 'ilhamnya' (yg jd katakan mungkin bisikan syaitan) sehingga pakatan yang bobrok dan bejat mahu didukung untuk mengambil alih kerajaan yang mendapat doa restu sebahagian besar tangan2 rakyat serta ibu2 yang anak2 mereka mendapat kebaikan dan faedah darinya atas kehendakNya.

      Delete
    4. Sdr Suharli,

      Bukankah saya sudah mengatakan setuju 100% tanpa sebarang keraguan dengan cadangan anon bahawa sekiranya UMNO menang lagi, ia juga kehendak Allah.

      Ya, benar saya yakin UmNo sudah di hujung nyawa, tetapi saya tiada masalah untuk mengakui dan bersetuju dgn cadangan anon bahawa sekiranya UmNo masih menang lagi, ia juga kehendak Allah.

      Jadi, kenapa ia menjadi ribut? Sdr tidak yakin UmNo akan menangkah seperti mana saya yakin uMNo akan lupus?

      Delete
  13. Saya lebih respek macai yang makan dedak, jalankan tugas, tulis guna otak sendiri daripada macai yang tak makan dedak, tetapi copy paste sebab:
    Dia sendiri baca tak habis
    Dia sendiri tak faham apa yang dia baca
    Dia sendiri tak semestinya sokong isi kandungan copy paste

    Dan kita tak perlulah nak jawab pun sebab itu bukan fikirannya sendiri.
    Lebih penting kita tak perlu jadi burung kakak tua dan ujudkan wakil tv3 dan utusan malaysia dalam blog ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suharli & Gang sekarang selalu muncul disini. Nmpknya cytro Umgok makin aktif, tanda pru14 dah sgt dkat. 1 hit@komen dpt rm5. Dah byk suharli & & gang dapat ye. Walau bagaimana pun mereka ni cuma 6% je (mcm Si Jahid ckp.)
      Ckp xde fakta.....ckp byk merapu fakta x ada. Klu pasal 42j. & 2.6B x berani ckp sbb mamatmustland x izin.....hihi
      kipidap bro

      Delete

    2. Saya sokong sebahagian kata-kata bro KD, tetapi sebahagiannya saya tak sokong.

      Bagi saya keikhlasan itu lebih penting daripada kebijaksanaan. Orang yang ikhlas dan hanya tersalah memilih jalan lebih mudah untuk dipulihkan berbanding orang yang bijak tetapi menggunakan kebijaksanaan itu ke arah keburukan dan ia sendiri menyedarinya.

      Saya lebih percaya kepada macai yang tidak makan dedak sebab mereka ini hanyaah golongan yang bingung. Hadith Nabi sendiri ada menyebut tentang golongan ini di akhir zaman. Mereka dinamakan sebagai ruwaibidhah iaitu orang-orang yang kebingungan. Sebahagian dari mereka adalah orang-orang yang kelihatan pandai pada mata masyarakat tetapi hakikatnya mereka juga bingung dan tidak dapat melihat mana betul mana salah. Kebanyakan mereka ini dikelirukan disebabkan tidak boleh menilai di antara keburukan yang lebih besar. Secara umumnya mereka ini adalah orang-orang yang beralasan.

      Di dalam sanak saudara saya sendiri masih ada yang sekalipun percaya Najib seorang penyamun tetapi tidak sanggup meninggalkan UmNo kerana percaya dengan momokan UmNo bahawa orang Melayu akan jadi bangsat sekiranya UmNo tewas. Kasihan betul mereka ini. Mempercayai UmNo lebih daripada mempercayai rezeki Allah ada di mana-mana dan rezeki halal yang sedikit itu sebenarnya lebih baik dari yang banyak tetapi haram.

      Ada pula yang memakan dedak itu mereka adalah penjual kebenaran yang menjual akhirat demi dunia. Mereka pun tahu tulisan mereka penuh dusta tetapi demi dedak mereka lakukan juga. Secara umumnya mereka ini menggunakan kaedah memutar belit. Tak payah sebut siapa, orang sebegini juga kerap muncul di sini.

      Bagi golongan ruwaibidhah mereka hanya perlu diberi kefahaman (atau mungkin juga pengajaran) untuk membolehkan mereka melihat kebenaran.

      Ada pula bagi pendedak, sekalipun mereka bijak dan boleh menulis sendiri pendapat mereka tetapi mereka ini adalah pendusta. Untuk cahaya kebenaran menembusi mereka ia agak sukar disebabkan mereka sendiri telah membuat pemilihan.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    3. Golongan macam JD pun di akhir zaman banyak gak... malah muncul di zaman2 terawal... jadi apa nak hairan.

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. Alhamdulillah syukur kalau ramai orang macam saya.

      Tapi buat pengetahuan sdr Suharli, tak perlu ramai pun, seorang pun memadai. Yang perlu ialah untuk seorang itu yakin dan tahu ia di pihak yang benar bukan melalui ramalan Virgo tetapi melalui khabar-khabar akhir zaman yang disampaikan oleh baginda Rasulullah saw, merenung dan membuat analogi untuk mendapatkan jawapan, dan memadai sekiranya kebenaran itu dikongsi oleh seorang sahaja dari kalangan manusia.

      Tak perlu hairan saudara ya, cuma perlu merenung dan meneliti sahaja mudah2an tidak ditimpa apa yang pernah menimpa kaum-kaum dahulukala yang berdosa.

      Delete
    6. Yerlah... kamu sorang jerlah.... inspired by FUN yang senfiasa rasa dia sorang jer ter aim dan suci.

      Delete
  14. clear, BN boleh menang. kd dah sahkan...walaupun ada (#??)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bn boleh menang, jangan halang penubuhan ppbm dan pakatan harapan.

      Jika Dah luluskan,

      Ayuh macai bagitau kepala bapak ko kepada penyamun2 semalaysia, adakan PRU secepat mungkin.

      Errrr si kepit ada telo ker?

      Delete
  15. Tiga parti keluarga bergabung bersama satu parti ternakan untuk menjatuhkan kerajaan sambil melantik seorang Perdana menteri yang sudah lama pencen yang kini usia nya sudah pun 93 tahun.Baru perasan pelik sungguh bunyi nya.Pikir punya pikir tak kan la orang nak letak parti keluarga dan pm yang se usia itu menjadi kerajaan.Bingai sangat rasa yang menyokong nya.

    ReplyDelete
  16. Kenapa agaknya pecacai menempel d blog pro PH?
    Nak jual minyak temberang mereka..

    Cakap besar hebat tapi nak bersuara pun menumpang...
    Bila dah menumpang..buat cara menumpang..

    Tapi aku tau kalau buat blog sendiri..sendiri tulis sendiri jawab

    Kahkahkahkahkah

    ReplyDelete
  17. bosan aku layan pemcacai angkat taik TUN ni ada bukti TUN tak diterima dlm PH pun masih lagi mengangkat diri meninggi diri konon boleh menang. Cuba pandang keliling setiap hari ada aja ahli PPBM yg keluar, buat lapuran polis, lapuran ROS. Dan macam2 lagi.

    Tu belum lagi group PERAK yang disampahkan nampak mereka dah mula menyerang. Tunggu sikit lai no.... Kita tengok mcm penerimaan penduduk Langkawi.

    ReplyDelete
  18. Kalau PH x menang pun, kena terima. Biarlah be end dan pas menang.

    Dah 60 tahun be end perintah. Tanah hak milik Melayu semakin hilang. Ekonomi rakyat semakin tenat. Mereka tiada pilihan selain terpaksa terus digadaikan tanah dan rakyat.


    Sebelum ni rakyat Semenanjung tertipu dengan pembangunan. Melayu entah dimana dalam pembangunan tu. Rakyat Semenanjung, ramai sedar dan Semenanjung bukan lagi aset be end.

    Skarang rakyat "Sabah Sarawak" dibuai mimpi indah dengan pembangunan. Tak sedar semuanya bukan jadi milik mereka dan mereka akan tanggung kosnya. Yang kaya hanya beberapa kerat(pun kayanya x lama sebab suka joli). Dengar cerita dari saudara di sana, "pembangunan" banyak ditaja orang negara China. Pelancong China juga banyak ke Sabah Sarawak. Mungkin setelah beberapa lama, baru orang asal Sabah Sarawak baru nak sedar. Time tu baru Sabah Sarawak bukan lagi akan jadi aset be end.

    Percayalah. Be end dan pihak bersekongkol akan jatuh jua disebabkan tindakan mereka sendiri. Kebanyakannya, dari pemimpin muda hingga pemimpin tua...."RM" adalah matlamat.

    Perjuangan perlu diteruskan.

    Rakyat akan sedar akhirnya.







    PRU lain, rakyat akan sedar juga walaupun terlambat.


    ReplyDelete
  19. Pelik la aku, najib begitu punya power, cash is king tapi tak mampu buat apa² dengan satu orang tua umur 93..nak angkat kepala pun tak berani.

    Nak umum tarikh pilihanraya pun tak berani.
    Ambil le contoh negara² lain. Umum tarikh pru 5@6 bulan sebelum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia nak menang bergaya.

      Anak isteri taraf bintang sampai hollywood. Takkan ada duit berbillion masuk akaun peribadi, menang tipis. Apa barang?

      Delete