Google+ Followers

Saturday, March 31, 2018

TANYA RAKYAT: TUN SUDAH TUA UNTUK PM @ NAJIB PM 5 TAHUN LAGI...MANA SATU NAK PILIH

Tak perlulah nak ulang hujah² yang lepas,  hanya yang ada isi baru disiarkan.







NIK ABDUH MEMANG DAH HILANG SERI, HILANG SINAR DAN TIADA HARAPAN..



Kita pun tidak pasti samada ada atau tidak media politik setan online dan talibarut online di Malaysia. 

Oh ye,  nak tanya juga dah saman Husae ke belum,  rakaman audio anta dapat dedak lah.. !!
Jangan lupa lah! 

Pernah mendapat gelaran anak derhaka dari nik aziz (sendiri pun dah ngaku,  husae pun boleh sahkan)  adalah satu tragedi,  dan mungkin inilah penyebabnya kesesatan dalam perjuangan dan  gelap mata.
Bagaimana agaknya untuk bertanding di pru berdepan dengan akar umbi atas dakwaan terima duit yang belum dinafikan secara sah dan ada integriti.  Rakaman audionya kini di makmal antarabangsa dan jika tulin akan digunakan sebagai sebahagian bukti kes mahkamah london Hadi vs SR. 
Bila tu?  - masa Malaysia sedang berkempen pru le kot.. 



PENJAWAT UNIFORM INI MUNGKIN TERBAIK BAGI KAMU




APA MISSI UTAMA RAKYAT, DAH TAHU KE BELUM...VIRALKAN

Dengar betul²...

Tak kira apa bangsa..
Tak kira apa ugama..
Tua atau muda..
Sabah Sarawak atau Semenanjung..

Missi utama buang Najib dan umno melalui pilihanraya...

PH menang
PAS menang
WARISAN menang
Kita akur..

Dengan ini sahaja, kesejahteraan rakyat dapat dipulihkan dan negara dapat diselamatkan.







#
Asal kalah maki..
Asal maki kalah..




vedio fakta,  bukan auta,  bukan maki hamun,  yang menampar umno selangor.. 
Untuk tawan selangor... kirim salam,  balik awal. 

AGAMAWAN JANGAN GELOJOH

Agamawan sepatutnya lebih peka,  bersabar dan selidik apabila datang satu berita kepada mereka dari orang fasik,  itu yang selalu mereka nasihatkan pada awam,  tetapi sendiri gelojoh.

Selain kajian mendalam,  di mana letaknya pula dalil dan keterangan yang menjadikan ucapan Hanipa sangat bersalah. Ini sangat penting untuk awam dan umum.

Kenapa tidak pula secara terbuka mereka menegur dan menentang fatwa hadi? Dan soal lanun yang tidak mengaku kawaq?




Bagaimana pula pihak yang bertanya dan menuduh,  kamu Tuhan kah..
Itu lebih berat kerana dia sendiri tahu di hadapanya bukan Tuhan..seolah dia mahu mempersenda dan menduakan..

Jika Hanipa mahu saman agamawan itu bererti dakwah agamawan tidak sampai padanya,  dakwah yang salah,  dakwah yang cepat sangat menghukum.

Hanipah perlu didekati,  bukan diserang.




Add caption





Friday, March 30, 2018

HAKIKATNYA DISINI PAS LEBIH BAIK


KEGHAIRAN UMNO MENANG 3/2 MAJORITI TERENCAT APABILA DISEKOLAHKAN NIK AMAR...



PAS dan umno elok bersatu kalau nak PH tewas. PAS perlu jaga imej jangan sampai calonnya tewas pada AMANAH.
PAS wajar dibubarkan jika AMANAH tawan Kelantan.

Nik amar tak patut tolak pengemisan umno yang makin terdesak.  5 yang datang mustahil anak musa tak ikut sekali.


1MALAYSIA, KEDAI 1MALAYSIA, BRIM, KLINIK 1MALAYSIA, I LOVE PM, PERMATA, 1MDB

Layak masuk 1KUBUR







# aku dah tak sanggup buka youtube.. Ceramah PH,  tak ada orang,  ceramah invoke tiada sambutan,  ceraman Tun lagi le sunyi.. Esok dah boleh kot mengundi. 








Thursday, March 29, 2018

EVENT EMAS DI KOTA BHARU



Pengenalan dan cadangan Tun semasa menjadi PM untuk penggunaan dinar emas tidak mampu dihayati dan diteruskan oleh penggantinya. 

Kesedaran terhadapnya kini pun masih ketinggalan,  Bank Negara sasarkan 2025, sesuatu yang sangat lambat kerana teknologi blockchain berkembang tersangat pantas dan sudahpun dilaksanakan oleh lebih 20 buah negara dunia termasuk Afrika dan akan dilancarkan di Singapura pada April 2018. Johor akan menikmati tempiasnya. 

Mengembalikan Tun sebagai PM sangat tepat,  Bank Negara perlu sasarkan teknologi blockchain secepat 2020 kerana ribuan rakyat Malaysia sudahpun mendahului kerajaan.

Baru mendarat di Kota Bharu dengan beberapa orang kawan sambil menikmati nescaffe panas dan nasi lemak di cafe airport pengkalan chepa.  Jom jumpa di khota bharu untuk satu event digital gold blockchain..

Mukaddimah rengkas:

Emas sangat berkait rapat dengan wanita sebagai barang kemas untuk menambah seri perhiasan diri dan status peribadi turun temurun. 

Juga sangat membantu ketika kecemasan kewangan. 

Hari ini ia menjadi industri besar,  lebih mahal dan stabil dari petrolium dan lain² komoditi. 

Apakah peluang emas dalam kehidupan seharian kita.. 

Bagaimana memiliki emas walaupun secara sedikit demi sedikit tetapi akhirnya ia menjadi harta dan memberi kita saraan bulanan lumayan.. 

Dalam sistem gadaian ar-rahnu, kita perlu membayar upah simpan tetapi dalam sstem gadaian terkini (?) bukankah lebih menarik jika anda dibayar upah simpanan (?)..

Teknologi juga membolehkan anda berbelanja dalam dan luar negara tanpa tunai sekadar dengan hanya menununjukan anda memiliki asset emas... 

Banyak lagi potensi emas untuk mengelak hutang,  masalah kewangan, kebebasan kewangan, perniagaan emas tanpa ptemise kedai tanpa online. 

Teknologi emas kini mendahului sistem perbankan, pelaburan,  petrolium,  komoditi dan lain² sistem ekonomi.. 

Teknologi emas sekarang juga mendahului nilai fizikal emas itu sendiri.. 

Dalam sistem teknologi emas kita tidak perlu tunggu 5-10 tahun bagi mendapat untung atas kenaikan harga emas 20-30%...

Dalam teknologi emas terkini,  kita boleh mendapat keuntungan 20-100% dalam tempoh setahun.. 

Jangan lepas peluang untuk ikuti julung² kalinya taklimat ini...
Bertempat di Kota Bharu,  Kelantan
Tarikh: 31hb March 2018
Lokasi: Akan dimaklumkan kemudian
Fasilitator Jemputan: Tuan Hj Zaki Ahmad dari Kusza Terengganu. 
Kemasukan: Kali ini percuma.
Tempat terhad dan mereka yang diundang sahaja atau mempunyai pass kemasukan. 

Bagi yang berminat hadir,  sila wassap ke talian urusetia 0179507881


# Taklimat di Johor akan di adakan pada 21/4/18

SABAN PILIHANRAYA PAS BERLAGAK SUCI

Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran.
Dulunya kapir mengkapir,  sembahyang dua imam, cerai berai, kenduri kendara dipulaukan.. 




Cukuplah saling berusaha kerana menang kalah bukan kerana atau bukan ditentukan oleh king of the cash atau king maker atau joker.  Komsep berpakat,  bergotong royong jauh lebih baik dari konsep keakuan dan sengaja khianat. 


Benarlah seperti kata pecacai,  PH hanya diminati golongan bertongkat sahaja.. 
Yang muda² semua sokong jolo




TAK PERLU BAGI DEDAK, MEMADAI PRIHATIN DAN JALAN BENAR - TAK PERLU PAKSA ORANG HORMAT, TAK PERLU UGUT, TAK PERLU TEKAN - PEMIMPIN TETAP DISAYANG RAKYAT SELAGI BETUL


Bangsa Johor jangan terpengaruh dengan dakyah perkauman dan ugama ditunggang di ambang PRU..itu antara definasi maksud Tuanku Sultan.

Wednesday, March 28, 2018

KEMANA HALATUJU AZMI YUSUF SELEPAS KELUAR PPIM

Tubuhkan perjuangan dan kekuatan ekonomi orang Islam ala Arqam tanpa melibatkan kuliah² ugama seperti kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin alarqam terdahulu.

Atau ceburi politik,  bersama umno atau pas,  mulakan perjuangan dari dalam.









#mana² tulisan yang berulang hujah yang sama dan lari jauh dari tajuk posting akan diusir.

KEMENANGAN ITU BIARLAH HALALAN TOIYIBAN


Jangan menang datang dari niat awal,  cara dan bentuk penipuan..
Jangan bina sokongan  kerana ada sogokan..
Menang secara beretika,  berakhlak... Bukan tekan,  ugut dan zalim. 
Jangan menang tapi dekat dengan pintu neraka..nau'uzubillah. 

Bila tipu.. Jangan rasa smart,  bijak,  hebat dan bangga.. 

Kemungkaran tidak ada perlindungan,  jaminan dan keberkatan.. 
Kebenaran hak Allah.. 


Kot mana pun hujungnya kemungkaran dan kezaliman - sesat,  buntu dan lingkup. 

Yang menyokong pun ada lubang kubur sendiri,  masing².

# Di dalam Islam,  sudah termaksud dengan jelas kita harus memelihara, berkawan dengan anjing atas maksud keselamatan dan perburuan.
Dalam satu kesah,  direngkaskan.. Seorang wanita diampuni kesalahannya sekadar kerana memberi air pada seekor anjing yang kehausan. 
http://www.indahnyaislam.my/2016/03/soal-jawab-agama-kisah-wanita-dan-anjing/

APA KATA RAFIDAH

Perkongsian pendapat Tan Sri Rafidah Aziz yang dipos oleh beliau sendiri kepada saya pagi ini:

“JAWAPAN KAPADA ANWAR MUSA
Bismillahhirrahmanirrahim..

Negara ini nampaknya sudah hendak di JAHANAM  KAN kedudukannya, semangatnya dan Maruah nya, olih mereka  yang mengidap apa yang saya anggap sebagai ‘POLITICAL MYOPIA’ atau ‘RABUN POLITIK’

DUNIA nampak SELURUH BADAN Burung2 Unta / Ostritch yang bogel TERDEDAH...siap dengan najis , ulat2 dan kekotoran.
TETAPI kepala2 Burung Unta TERSOROK didalam Pasir..Tak nampak..tak dengar, maka ‘Tak Tahu’

JANGAN SEKALI2 di soal ‘locus standi’ saya untuk bercakap, mengulas dan memberi pendapat. Sebagai seorang WARGA MALAYSIA yang sanggup berkorban nyawa untuk Tanah tempat tumpah darah saya..SAYA BERHAK BERCAKAP...tentang APA yang BENAR..Apa yang melibatkan NEGARA saya.

Saya akan terus bercakap, BILA PERLU DAN WAJAR, sehingga ke akhir hayat .

Siapa  yang makan cili terasalah pedasnya.

 Untuk MAKLUMAN SEMUA, SAYA, Rafidah Aziz,
   - Tidak perlu ADA kumpulan ‘Comms’
   - Tidak perlu ADA KOMPLOT2 hendak buat ‘Perancangan’
Tidak perlu MENYOKONG MANA2 INDIVIDU atau PIHAK

Saya hanya menyokong KEBENARAN dan menyokong apa YANG TERBAIK UNTUK NEGARA.

Saya gunakan FIKIRAN saya untuk membuat penilaian dan pertimbangan tentang SIAPA yang berusaha UNTUK RAKYAT dan NEGARA.

Saya tidak pandang UMUR seseorang. Saya menang bertanding Majlis Tertinggi UMNO dalam tahun 1975 pada umur 31 tahun.

Allahyarham TUN RAZAK (Bapa Najib) Presiden dan PM. Masa itu Najib BARU setahun layak mengundi.  Entah dimana dia pun. Di London?

Saya dalam Politik selama 52 tahun




Dalam Parlimen, termasuk Senate, selama 39 tahun
Dalam Kerajaan pula selama 32 tahun

GELI SUNGGUH hati saya mendengar orang2 tertentu menganggap saya dan rakan sebaya
‘hendak jawatan’ dan meroyan kononnye.
Memetik ‘Bahasa PM’, ‘MEROYAN kepala bapak mereka?’
Maaflah kalau ada " copyright isitilah bahasa PM tersebut. 

SAYA anggap JAWATAN dan PERANAN SAYA sebagai WARGA Malaysia yang  BERTANGGONGJAWAB dan BERPEGANG TEGUH kepada kebenaran sudah CUKUP PENTING.

UMUR - ALLAH SWT PENENTUnya. JANGAN kita pula mendahuluiNYA .

Ingat bahawa semua yang muda AKAN TUA InsyaAllah.
Belum tahu APA nasib seseorang bila sampai umur 40, 50, 60, 70..apatah lagi 90han.
Jangan bongkak kerana kita ‘muda’.

Bagi saya..MEMFITNAH, MENYOKONG YANG SALAH, MENGIAKAN YANG TIDAK BETUL adalah berdosa kapada mereka yang teraniaya olih perbuatan2 itu. TIDAK KIRA SIAPA YANG MELAKUKAN

TIDAK ada UNDANG2 manusia yang bolih mengatasi UNDANG2 TUHAN YANG MAHA BERKUASA.

TUHAN YANG MAHA ESA sahaja yang bolih mencabut NYAWA KITA , BILA2 MASA.
Apatah lagi, MENCABUT JAWATAN, KUASA dan HARTA yang TIDAK BOLIH dibawa mati.

Sumpah Jawatan bermula dengan lafaz,
WALLAHI, WABILLAHI, WATALLAHI .
Baik pun dalam Parti atau dalam Kerajaan.
Saya dididik dan di ajar olih Ayah dan Emak saya supaya JANGAN SEKALI KALI MELANGGAR SUMPAH ITU.

BURUK PADAH NYA.

Hentikan lah berdebat peribadi.

LIHATLAH  MASAALAH2 DI DEPAN MATA..YANG SATU DUNIA TAHU DENGAN FAKTA DAN BUKTI.

Ada yang terlalu Taksub menyokong dan menidakkan, sehingga sudah dianggap sebagai SEOLAH2 kepala2 Burung Unta sudah terbenam, BUKAN LAGI dalam pasir TETAPI dalam SIMEN dan KONKRIT sehingga tidak lagi mampu di angkat keluar untuk MELIHAT dan MENDENGAR APA YANG SEBENAR DI SEKELILING.

Saya AKAN pergi.. entah esok lusa. 

TETAPI NEGARA SAYA TERCINTA, akan saya terus membela. 
TIADA MANA pihak2 dengan mata pena on-line, cara gertak2, undang2 yang supresif atau dengan apa jua cara, akan menjejaskan pendirian dan Prinsip2 saya. 

YANG BENAR TETAP BENAR.
SAYA BERSERAH KAPADA ALLAH swt..TUHAN YANG BERKUASA ATAS SEGALA MAKHLOKNYA. 

YA ALLAH..HAMBA MU ini SUJUD MEMOHON.
TEGAKKANLAN KEBENARAN.
SELAMATKANLAH NEGARA HAMBA MU INI.
SERTA RAKYAT NYA.

AMIN”


DIANGKAT WIRA RAKYAT


Jasa sekadar bertanya saolan.. Suarakan apa yang rakyat ingin penjelasan. 
Tiada jawapan kecuali digantung 6 bulan.. 

YA RABBI.. KEBESARANMU UNTUK KAMI MENANG SEMAKIN HAMPIR

Aamiin.. 

SARKAS DAN BURUNG KAKAK TUA


Undang²rimba
Tarzan
Monyet
Tunggul
Dedak
Lembu
Berudu

Tuesday, March 27, 2018

PEMBANGKANG SUDAH LAMA MATI JIKA BERGANTUNG KEPADA "FAKE NEWS"???

Klik TERKINI APA SUDAH JADI..



# orang kedah makan nasi sebab tu tak berapa nak bodo..





..




POSTING ASAL

Kenapa pembangkang yang tulin (tidak termasuk PAS) seperti PH terus mendapat sambutan,  relevan, kepercayaan hingga ke satu tahap yang sudah dikatakan pasti menang PRU14 kecuali "ditipu".


Klik: Semangat Patriotik Sebegini Sudah Tentu Mendapat Perhatian Netizen

Apakah semata mata kerana Tun??
Tidak,  walaupun ada betul tetapi kurang tepat.

Adakah kerana pandai mencipta fake news?
Sesuatu yang tidak mungkin kerana pergantungan kepada membuat berita palsu tidak akan tahan lama..
Kerana rakyat tidak bodoh..
Kerana maklumat dihujung jari..

PH hidup kerana membawa isu rakyat,  isu yang sangat dekat dan nyata,  isu atasan high profile yang membunuh rakyat dibawah. Isu yang ada asas dan latarbelakang.

Lebih penting PH juga mendidik rakyat dengan contoh,  fakta dan penilaian.
Rakyat juga melihat isu yang dibawa dalam ceramah² selari dengan apa yang dibawa ke parlimen.

Dan rakyat juga menilai bagaimana parlimen melayan pembangkang dan melihat serta menilai menteri respon kepada isu yang dibawa.
Pemberitaan dari luar negara menguatkan lagi semua berita dan isu yang dibawa oleh PH.

Ia bertambah integriti apabila Tun dan team turut menyertai PH dengan mengorbankan segala bentuk habuan,  kemudahan dan menolak peluang dan tawaran bermewah mewah.

Ia juga bukan cakap kosong,  janji palsu,  gula² pilihanraya,  rasuah terdesak, imbuhan khas pru dan sebagainya kerana ia dibuktikan sejak awal lagi atas kejayaan pemerintahan di PP dan Selangor.

Jika kerajaan begitu prihatin kepada rakyat,  kenapa tidak dilaksanakan sahaja semasa diawal dan sedang berkuasa,  kenapa perlu tunggu untuk laksana serta janji bulan bintang ketika dihujung kuasa menjelang PRU??

Apakah kerajaan tidak pernah jangkakan nasihat awal Tun kini bertukar menjadi ancaman dan senjata khususnya apabila berpadu dengan pembangkang² lain walaupun tanpa PAS. ?

Isu yang dibawa juga bukan berita palsu kerana kerajaan tidak dapat menangkisnya dengan mudah,  tidak juga memberi fakta yang cukup dan jelas malah kerajaan terpaksa mengambil pendekatan melindungi secara pentabbiran atau undang² dalam situasi tertentu - semua ini menyebabkan rakyat mula berfikir dan berpersepsi hingga hampir kepada kebenaran "somewhere something is wrong".

Isu perkauman dan ugama yang sudah menjadi tradisi kini sudah tidak berkesan kerana pembawaan cash is king telah merosak sentimen itu.  Islam dibawa PAS tidak berkesan kerana terpalit dengan isu menerima duit.

Demi Melayu yang dibawa umno dan momokan DAP anti Melayu dan Islam juga sudah kurang berkesan kerana pada masa yang sama mereka sangat intim,  sangat melindung dan tidak boleh disentuh ke atas cina,  kafir bernama Jolo.

1MDB sudah sebati dikaitkan skandal dan jenayah,  kerajaan gagal menangkisnya - tidak adil rakyat disalahkan.

Dalam apa jua isu,  kebenaran tetap kebenaran,  kebenaran akan berdiri sendiri selari dengan maksud bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru. Kebenaran tidak mungkin dapat ditutup walau dengan akta fake news.

Dan jika sesuatu itu palsu,  ia tidak akan bertahan lama,  akan terlerai dan mati walaupun tanpa akta fake news.

Walaupun sesetengah pihak cuba memujuk supaya kerajaan hari ini diberi peluang sekali lagi untuk membaiki kesilapan.
Pertamanya adakah kerajaan pernah mengaku silap? Keduanya apakah jaminan kerajaan akan memperbaikinya?
Rakyat makin pelik apabila yang buat aduan disiasat direman dipenjara,  yang kena adu bebas???
Banyak lagi yang aneh melibatkan beberapa jabatan dan ketua jabatan?



Mohon pandangan.
Terima kasih.


BESAR PUNYA KANGKONG




Indonesia sudah 5@6 kali tukar Presiden dari parti yang berbeza hinggalah sekarang dengan ratusan juta penduduk ribuan pulau dan ratusan etnik.. Lagi baik ke lagi hancur..

Depan mata, PP dan Selangor sudah hampir 10 tahun,  berapa banyak yang hancur... Patutlah umno tergila gila meleleh air liur,  kecur nak ambik semula.... Pasal hancur ke atau pasal semakin kaya?

Apabila PH ambik alih,  selepas dua tahun,  manusia ini boleh didakwa atas berita palsu.



Monday, March 26, 2018

SETAKAT MANA UNDANG² BERITA PALSU AKAN BERKESAN

Motif sesuatu undang² tidak boleh lari dari keadilan sosial dan berdasarkan Malaysia,  mesti tidak bercanggah dengan mana² peruntukan Perlembagaan Negara.

Jika palsu atau tidak palsu berdasarkan pengesahan kerajaan,  maka mahkamah perlu mengambilkira sumber sahih dan tidak meragukan pengesahan tersebut.

Pihak defendan boleh mencabar pengesahan² tersebut dengan memberi bukti² sebaliknya.

Jika berlaku kerugian dari pengesahan yang salah dari kerajaan,  sudah sewajarnya netizen mempunyai hak untuk menuntut ganturugi atau bertindak balas mengikut lain² peruntukan.

Wallahua'alam.


# Ruang komen akan ditutup atau ditapis sepenuhnya selari dengan keperluan akta ini.

KETIKA PH SEBULAT SUARA BERSETUJU DAN MENGANGKAT TUN SEBAGAI CALON PM, BAGAIMANA DENGAN UMNO DAN PAS..

PH selesai pembahagian kerusi dan sudah lama lengkap dengan calon PM,  calon TPM dan calon PM Menanti bagi sebuah kerajaan baru yang bakal memerintah. 

Tun dengan umur 92 tahun bukan satu halangan secara fizikal atau mental.  Ini dapat dibuktikan apabila gerakannya aktif diluar jangka lawan dan hujahnya jauh kedepan. 

Segala usaha, wang,  helah dan tenaga telah dicurah untuk memburukan Tun,  malangnya hidung mereka sendiri yang berdarah. 

# jika sesuatu berlaku kepada Tun,  sudah tentu Wan Azizah sebagai calon Presiden,  Muhyiddin Timbalan dan PM Menanti kekal Anwar. 
Jika sesuatu berlaku pada Wan Azizah,  Azmin sedia sebagai pengganti Presiden PH/TPM. 
Kegagalan ROS meluluskan pendaftaran PH dan kemungkinan BERSATU dibubarkan juga bukan satu halangan besar. 
# Begitulah lengkapnya PH dari kacamata admin. 

UMNO tidak mempunyai kataputus,  sepatutnya pemilihan Presiden dan Timbalan Peresiden berlangsung tetapi tangguh mengelak ceraiberai dan porak peranda,  mahu tidak mahu terpaksa endorse sekadar yang sedia ada. Tidak solid, ertinya kalau ada pemilihan kemungkinan besar Presiden bertukar tangan. 




Timbalan PM yang ada sekarang ni pun masih dari status bidan terjun dan tanpa kuasa Timbalan Presiden. Tidak boleh dinafikan sudah ada perancangan rapi untuk mengangkat calon lain sebagai Timbalan Presiden dan TPM jika umno menang PRU. 

Ertinya umno bukanlah parti yang stabil sekadar masing² menyimpan kuku dan tunjuk alim untuk jadi calon PRU. 

Meninjau satu lagi Pakatan,  tidak pasti mana kepala mana ekor dan ke mana halatuju. Samada nak jadi pemerintah,  penasihat,  pengkhianat,  king maker atau joker. 
Tidak juga diwar²kan nama Hadi dan Tuan Ibrahim, mungkin mereka sedar sendiri tidak layak atau tidak mungkin dapat membentuk sebuah kerajaan secara realiti politik negara. 

So,  jangan sebok hal umur Mahathir,  tanya umur sendiri,  tinggal berapa hari lagi parti sendiri akan ditalkin. 

PILIHANRAYA DICURI DAN POLITIK KOTOR








Pilihanraya diliwat. BN sudah berada dipintu belakang untuk diumum pemenang... 



Sunday, March 25, 2018

DAH LUPA AGAKNYA SIAPA YANG TENTUKAN UMUR PANJANG SESEORANG ITU DAN KENAPA ALLAH MASIH SIMPAN DIA UNTUK BERNAFAS


Jangan sampai lupa diri dan yakin sangat perancangan berasaskan kuasa duit mampu menjayakan segala tipu muslihat.

Lobai pun dah lupa di hati walaupun mulut berbueh melabel dan menghukum orang lain itu dan ini tetapi terlupa menghukum diri sendiri.

Jangan juga lupa setiap hari rakyat mendoakan si zalim dalam pelbagai bentuk dan cara. Dan doa itu terus kepada Allah.






PERTEMUKAN DR RADZI JIDIN DENGAN ARUL KANDA .



Klik  PERMATA DARI BUMI KELANTAN

Soalan dan perbahasan tentang 1mdb dalam parlimen dihalang speaker tetapi pada masa yang sama Arulkanda merayau seluruh negara membuat penerangan sehala kepada badot yang dijadualkan. 

Soalan ditapis dan hanya yang menguntungkan dilepaskan untuk menjawab. 













Biarlah pertemuan ini diadakan bagai buku bertemu ruas.. 

Satu perbahasan yang lebih berbaloi dan akademik,  tidak semata mata bermotif politik,  jauh dari kekangkongan. 


Tapi apabila dikaitkan dengan 1mdb .. Setakat mana boleh melepasi PDRM.. 

SETAKAT MANA MAHATHIR BERSIH

Inipun tajuk ulangan,  cuma melihatkan pecacai galak benar berhujah longkang,  ulas dan ingatkan  le lagi sekali.. Dah letih bincang pasal profesor kangkung...

Nak ulas pun sikit je,  nak bagi tips.. Lain² fikir sendiri... Sebelum tu nak ingatkan juga kalau rasa² blog ini bacul,  tak ikut jilat thaek low..tolong angkat kaki,  no hal.

Setakat mana Mahathir bersih..
Sehingga 92 tahun kalau Tun tak yakin dia bersih,  dia tak akan jentik pun najib, boleh faham kot.
Soal bersemuka.. Rekod menunjukan Tun pernah bersemuka dengan Ronald Reagan,  Bush,  Margaret Tracher. Lee Kuan Yew dan banyak lagi..
Jadi kalau nak spin lari dari cikgu bard.. Kena ukur dulu baju di badan sendiri,  kena cermin muka....
Fakta kena official, public dan jelas.

Sorry to ask,  siapa cikgu bard ni..
Presiden parti mana atau sekadar macai dedak juga (?)
Dengar cerita,  dengan azmin pun dia tak lepas,  terkucil.

Saturday, March 24, 2018

KAJI SEMULA PHD KANGKUNG



Sudah terkucil,  kecundang di gelanggang (on your floor) ,  cukuplah tu,  berjuta,  satu dunia dah tonton. 
Tunggulah gelanggang lain akan datang atau jemput bertanya soalan apabila Tun membuat press confrence.  
Lain kali jangan asyik nak kira buah sendiri, orang lain pun ada buah pukul juga. 

Sebaiknya,  masuk kelas pidato, masuk kelas pemulihan tulang belakang dan tulang punggung,  duduk biar mantap,  belajar semula vokal a,  b,  c.. Tutur sepatah sepatah,  jangan nak kalut.. 











ANTARA ISU UMUR TUN DAN SKANDAL 1MDB, KENAPA YANG DISANGKA "CERDIK PANDAI" SALAH FOKUS (?)


Kupaslah mengikut keutamaan dari kacamata Islam dan jangan terbawa sangat analisa politik kangkung. 

Mana satu kemudaratan,  mana satu andaian. 

JIKA BUKAN KERANA ISU SKANDAL DAN JENAYAH 1MDB, AKU MASIH PENYOKONG TEGAR UMNO DAN SOKONG NAJIB.

Ia bermula kecoh apabila tidak ada skema jawapan dari pihak kerajaan dan situasi makin goyah apabila Mukhriz dan Muhyiddin dipecat. 

Kesilapan bermula apabila nasihat dan teguran Tun dipandang enteng kerana sangat yakin cash is king. 

Jika Najib berundur dan kemudiannya bercuti ke luar negara 2-3 tahun menikmati kehidupan sederhana mewah sudah tentu penggantinys,  sispa sahaja akan terus mengemudi negara kembali ke dasar asal,  negara selamat,  umno terus dihormati dan rakyat sejahtera. 

GST tidak akan menjadi bebanan sebaliknya betul² dikembalikan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk faedah jika tidak ada ketirisan,  korup dan beban hutang yang besar seperti sekarang. 

Layanan buruk kepada Tun antara faktor membangkitkan kemarahan rakyat diikuti dedahan demi dedahan skandal 1MDB nyata ada kebenarannya,  ia bukan lagi persepsi kerana kerajaan didapati tidak telus dalam jawapan,  tidak berani bersemuka,  cuba melindungi dan paling buruk,  Najib tidak berani membersihkan dirinya melalui saluran mahkamah.

Hari ini ujud individu seperti Dr Radzi, pakar forensik perakaunan mempunyai cerita paling lengkap tentang 1MDB yang semakin sukar untuk orang seperti arul kanda untuk berbohong dan menipu. 
Semoga ramai lagi muncul intelektual Phd² yang membantu bina negara dan bukannya Professor Kangkung.

1001 petunjuk menunjukan kerajaan bukan sahaja dalam situasi bersalah tetspi zalim dalam beberapa isu seperti kos kehidupan yang sangat menekan rakyat. 

Hari ini,  musuh utama yang akan menjatuhkan umno bukanlah PH tetapi ahli umno termasuk peneroka² felda yang tidak akan lagi mengundi calon umno seluruh negara.

Selamat tinggal umno. 
Ia bukan sekadar satu cerita antara Mahathir dan Najib tetapi satu pengkhianatan kepada parti,  bangsa,  ugama dan negara yang akan tercatat sebagai sejarah hitam sepertimana runtuhnya Kesultanan Melaka. 

PRU14, bukanlah sekadar soal siapa menang siapa kalah,  siapa yang jadi PM siapa yang jadi Timbalan tetapi lebih kepada ketidaksabaran menunggu "kebenaran dan keadilan". Perancangan Allah yang paling sempurna. 

Friday, March 23, 2018

KAMU MENTEKEDARAH LAH DUIT TU.. SALLEHEN MUKHYI




Sesiapa yang mentekadarah duit  secara terangan atau sembunyi,  atau masih menafikan - setepek kena ke muka secara langsung atau tidak berdasarkan intipaTi umum ucapan Sallehen kerana ia soal amanah - ucapan tersebut ada kaitan dengan peruntukan exco Selangor.




Doa laknat yang diadakan PAS juga mampu kembali kepada diri sendiri atau orang lain,  yang berdoa bukan jaminan lebih suci dari mereka yang didoakan. 




Doa yang baik ialah doa yang memohon kesahjeteraan kepada semua pihak dan yang tersasar diberikan hidayah. 
Mereka yang zalim,  tanpa doa pun,  Allah sudah menjanjikan kebinasaan kepada mereka walau sebesar mana rumah mereka,  walau segunung mana duit mereka, nowhere to hide. 







YANG PENTING RAKYAT TIDAK TERKUCIL

Dapat wassap pagi ni dari seorang kawan.. 


Rakyat nak pilih yang mana.. 
Yang jengkel itu umno banyak penyamun..
Yang mampan itu Pakatan Harapan belum pernah diberi kuasa... 
Yang satu lagi tu mona gersang.. 






Saaayyaa ttaaakk ttaakk terkkuuc cilll cilll
Kahkahkahkahkah






SILAP BESAR BN BERANGAN MENANG







PH menang PRU kecuali ditipu. !!!


SAYA TIDAK TERKUCIL kikikikiki


Aku rasa pengomen di sini lebih mantap darinya. .  

ARULKANDA TAKUT TIGA PERKARA....


1. Berdialog tentang isu 1MDB dan jolo dengan ayahanda,  kekanda dan adinda² Pakatan Harapan. 

2. Bertanding di mana² kerusi dalam PRU14.

3. Hantar memo dan bantahan rasmi kepada pihak luar negara yang kaitkan penggubahan wang haram dengan 1mdb. 


Jangan asyik berceramah dalam tempurung pada budak² tadika,  mat sajat dan lobai² yang sudah dicucuk hidung. 

POLITIK TERKINI: DAH TAK ADA ISU NAK KENAKAN TUN


Sampai takat semalam jutaan telah menyaksikan pensyarah UUM tertelan ubat gegat ketika Tun muncul di depannya.

Berapa ramai lagi tahap pensyarah sedemikian di UUM(?)

Tupasal N dan N pun tak berani muncul depan Tun,  nampak kelibat pun dah terkincit.

Jadi janganlah hairan sangat jika muncul pesakit² jiwa dan disorder mental yang mula mengaruT merapu dalam berhujah.


Bagi yang  sudah termakan dedak, bawalah apa sahaja isu agar bekalan dedak bulan depan jangan sampai terputus..
Biar nampak bodoh asal ada isu.




KOS SARA HIDUP KITA TINGGI KE TIDAK ? RAKYAT BUKAN MAHU HARGA DRAMA ATAU HARGA LAKONAN...

Rakyat mampu ke tidak?
Rakyat tertekan ke tidak?
Harga rendah rakyat nak setiap hari bukan masa dekat dengan pru sahaja,  bukan masa menteri nak kalah,  bukan masa umno nak kalah.


Thursday, March 22, 2018

APA MASALAH DENGAN SI BAJU HIJAU, KALUT?

Aku malas nak ambik tau pasal nama,  jawatan atau siapa yang jadi panel,  tidak mahu dipengaruhi dengan title.. Biar kita menilai mereka atas apa hujah mereka. 

Kalut benar si baju hijau. 



Kalau dia seorang pensyarah,  Universiti berkaitan wajar mempertimbangkan semula kehadirannya di universiti tersebut,  masa depan yang gelap bagi mahasiswa/i.

Realiti politik semasa - faktor umur adalah yang paling akhir untuk diambilkira kerana banyak lagi ciri² lain yang perlu diberi keutamaan seperti pengalaman, integriti,  rekod kejayaan masalampau,  pengurusan krisis,  kesihatan,  keupayaan berhujah dan pengaruh serta lain² lagi. 

Kerajaan baru yang akan ambilalih kerajaan lama bukan satu pertukaran kerajaan yang normal tetapi mengambilalih kerajaan lama yang sarat bermasalah termasuk hutang. 
Hanya pemimpin yang biasa dengan kerajaan lama akan tahu untuk menguruskan kerajaan baru dengan lebih mudah. 

Manifesto PH tidak disebut "memartabatkan Islam"???
Begitu dangkal sekali kerana dia mencari ayat hingga lupa nilai yang ada dalam manifesto.. 
Sebutkan mana satu menifesto uang bertentangan dengan Islam? 
Apakah menangani si kelepek dan si korup itu tidak Islamic.. 
Apakah jadi PM tanpa jubah tanpa serban itu tidak Islamic? 






BN UMUM CALON AWAL, STRATEGI TERBAEEKK NAJIB


Banyak perkara berbangkit yang boleh diselesaikan.
Well done.






Sekurang kurangnya lebih baik dari idea terbalikan meja dan baling kerusi





Juga satu kelebihan untuk pembangkang menyusun strategi berkesan. 


Satu pandangan yang selari dengan kehendak majoriti... 


Wednesday, March 21, 2018

R. A. H. M. A. N


N Najib
Itu yang terakhir berdasarkan teori..
Apalagi umno nak bising

M. A. H. A. T. H. I. R

Mahathir akan mulakan sebagai PM
Diikuti Anwar
Dah betullah tu.  


Apapun tiada kit siang atau guan eng atau muhyiddin atau mukhriz.. Jangan meroyan lagi k.. 

H.  Keberangkaliannya Husam
A.  Azmin

PERLU KE PH ADA KAKI SAMSENG TERBALIK KAN MEJA




Jawabnya TIDAK PERLU
Itu bukan budaya PH. 

Kita tangani "mereka" yang hilang punca (desperado) dengan pukulan  hujah dan fakta untuk terbalikan kerajaan N9 dan Pusat. 

Semoga mereka diberi hidayah dan bersama dengan perjuangan kita. 



Aamiin. 

APAKAH NAJIB SUDAH SAMPAI KE TAHAP ONE MAN SHOW MEMPERTAHAN DIRI...


Atau tajuk yang lebih sesuai.. 

KENAPA PEMIMPIN UMNO LAIN MEMBIARKAN NAJIB BERSEORANGAN BERTARUNG.. ..

Sesuatu yang meletihkan. 

Mempertahan diri sambil menyerang,  tugas yang berat kerana serangan yang tumpul hanya makan diri sendiri dan lebih parah,   gol sendiri bolos berkali kali. 

PERCAYAKAN ORANG TUA, DIA PUN TAHU ANYTIME AKAN MATI, NAK TIPU APA LAGI...

Percaya orang muda lingkup negara.

Muda² dah jadi lanun.






Keutamaan berdoa adalah ruang bertaubat dan mencari keredhaan...
Bukan tempat minta Allah laknatkan orang sana laknatkan orang sini ...