Monday, March 26, 2018

SETAKAT MANA UNDANG² BERITA PALSU AKAN BERKESAN

Motif sesuatu undang² tidak boleh lari dari keadilan sosial dan berdasarkan Malaysia,  mesti tidak bercanggah dengan mana² peruntukan Perlembagaan Negara.

Jika palsu atau tidak palsu berdasarkan pengesahan kerajaan,  maka mahkamah perlu mengambilkira sumber sahih dan tidak meragukan pengesahan tersebut.

Pihak defendan boleh mencabar pengesahan² tersebut dengan memberi bukti² sebaliknya.

Jika berlaku kerugian dari pengesahan yang salah dari kerajaan,  sudah sewajarnya netizen mempunyai hak untuk menuntut ganturugi atau bertindak balas mengikut lain² peruntukan.

Wallahua'alam.


# Ruang komen akan ditutup atau ditapis sepenuhnya selari dengan keperluan akta ini.

13 comments:

  1. 1MDB digesa berhenti tipu tentang RM430j dibeku Switzerland

    Badan bukan kerajaan BERSIH dan Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) menyelar kenyataan 1MDB yang mendakwa RM430 juta dari tiga bank berasingan yang dibekukan pihak berkuasa Switzerland merupakan denda.

    "1MDB perlu berhenti menipu bahawa kononnya wang mereka disahkan 'bersih' di Switzerland.

    "Apa yang 1MDB tidak mengaku adalah penyelewengan yang jelas ke atas pengurusan dana 1MDB," kata pengerusi bertindak BERSIH Shahrul Aman Mohd Saari dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.

    Sebelum ini, Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland (Finma) mengarahkan "penyingkiran keuntungan dari hasil haram" dari tiga akaun bank berasingan - Falcon Bank dan Coutts & Co Ltd - yang berjumlah RM430 juta.

    Pihak berkuasa Switzerland juga menyiasat transaksi berkaitan 1MDB yang dibuat tanpa keperluan untuk membuat transasksi seumpamanya oleh tiga bank berkenaan.

    Shahrul menjelaskan Finma berulang kali merujuk jumlah berkenaan sebagai "penyingkiran keuntungan dari hasil haram" atau "perolehan keuntungan secara haram".

    "Jika kita lihat kenyataan media rasmi yang dikeluarkan Finma yang memperincikan sekatan mereka terhadap tiga bank itu, 1MDB disebut banyak kali.

    "Jadi bagaimana 1MDB dengan mudahnya mengatakan ia tidak kehilangan wang sama sekali?

    "Mereka gelar ia sebagai denda. Ia bukan denda. Ia adalah penyingkiran dana haram yang masuk ke dalam bank melalui penggubahan wang haram, dengan menipu atau mencuri," kata pengarah eksekutif C4 Cynthia Gabriel yang turut hadir dalam sidang media itu.

    Cynthia juga memaklumkan berkenaan usaha ahli parlimen Switzerland Carlo Sommaruga dalam membentangkan usul memohon dana haram dipulangkan kepada negara asal.

    Meskipun usul berkenaan tidak diluluskan, kata Cynthia, Sommaruga sedang dalam proses mendraf usul kedua menyentuh isu sama.~ Malaysiakini

    Arulkanda buat road show sebelah pihak tipu fakta 1 mdb..Arulkanda tak berani bagi taklimat kpd tun dan PH...

    ReplyDelete
  2. Tujuan sebenar akta berita palsu nak mengekang berita 1 mdb samaada dari luar negara ato dlm negara....nsjib takut kerana hampir p

    ReplyDelete
  3. Berita tv3 tipu 1 malaysia tapi berita sahiih..

    ReplyDelete
  4. Berita dari sumber AP Reuter BBC dan yg seangkatan jika siar 1 mdb dikira paksu jika tidak disiarkan oleh tv3 suku dan utusan...

    ReplyDelete
  5. Tv3 pusat sebaran berita palsu 24/7....ramai dh tk buka channel tu.

    ReplyDelete
  6. RAIS YATIM

    SUDAH BELOT

    MULA TIBAI NAJIB

    Bagaimana jika kerajaan buat berita palsu, soal Rais Yatim

    MENJELANG pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Berita Tidak Benar di Dewan Rakyat minggu ini, Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Rais Yatim mempersoalkan bagaimana sekiranya pihak pemerintah yang membuat berita palsu.

    PUNAHSEHAT

    MAHU BAGI

    PUNAH

    KAH KAH KAH

    ReplyDelete
  7. Dengar khabar syed hamid albar pon dah ikut jejak Rais Yatim dan Rafidah Aziz...

    ReplyDelete
  8. Memetik DOJ tentang 1MDB bukan berita palsu'

    Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak hari ini memberi jaminan pemfailan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat(DOJ) berkenaan 1MDB tidak akan digolongkan sebagai berita palsu.

    Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan wartawan asing ketika kerajaan sedang membentangkan RUU Antiberita Palsu di Parlimen hari ini.

    "Anda boleh petik mereka (DOJ, apa yang mereka kata, berdasarkan laporan itu. Ia tidak tergolong sebagai berita palsu.

    "Itu pandangan mereka, seperti DOJ, anda memetik kenyataan mereka," kata beliau.

    Sebuah video memaparkan Salleh memberi jaminan itu dimuat naik oleh wartawan Channel New Asia, Melissa Goh.

    Salleh mengulas soalan jika wartawan masih dibenarkan melaporkan penyiasatan Amerika Syarikat terhadap 1MDB.

    Ketika diminta untuk penjelasan lanjut, Salleh bertegas berkata, "Tidak, tidak, tidak, bagaimana kamu boleh anggap pemberitaan itu (DOJ-1MDB)sebagai berita palsu

    DOJ mengatakan sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion telah diselewengkan daripada 1MDB.

    DOJ mendakwa dana yang dicuri itu kemudiannya digubah secara haram melalui sistem kewangan antarabangsa, termasuk di AS.

    Jabatan itu sedang berusaha merampas aset bernilai AS$1.7 bilion yang didakwa dibeli menggunakan dana yang dilesapkan daripada 1MDB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KBB, presiden u.s sendiri tak respek doj. Doj kerja utk cari makan. Duit dtg melalui yuran, tax, denda dan lainnya. Knp cerita pasal 1mdb dah bertahun tp satu pendakwaan pun tak pernah dibuat? Tunggu si pengadu byr @ mungkin juga tunggu si tertuduh kawtim dgn doj utk ubah dokumen... Tak paham bagaimana doj bergerak? Tanya sesiapa yg dh tinggal lama di u.s.

      Delete
    2. Aku nasihatkan kau tak payah cerita pasal DOJ. Dahlah kau tak faham undang2 kleptokrasi, fungsi DOJ pun kau tak faham. Lepas tu kau nak melebong kat sini. Sudahlah Angang.

      Delete
    3. Kalau ko cerdik, jelaskan fungsi doj. Kalau ko aci hentam sbb memang lembam, baik tak payah respon. Respon dari org kelabu tentunya takde makna. Ko ni jenis slow learner pasal doj, konon nak mengajar org tp tak tau lesson. Simpan sorang sudah bodoh tu.

      Delete
  9. Betul tak betul tuduhan sebar berita palsu @ fake news itu nanti akan diputuskan di mahkamah dan olwh hakim. Ianya bukan diputuskan oleh pm atau tpm atau mantan pm. So, tak perlulah meroyan seolah pm yang tetapkan mana satu fake news. Kalau pm yg sebarkan atau buat fake news, laporkan ajelah kpd pihak yg sepatutnya. Biar pm pulak dibicarakan dlm akta tersebut. Nak tuduh hakim pulak kena beli ke apa?

    ReplyDelete
  10. Buat apa aku nak jelaskan pada kau. Kau carilah sendiri. Dahlah bodoh, malas pulak tu. Tipikal makan bersuap. Patutlah sanggup membangsat.

    ReplyDelete

š—Ÿš—˜š—§š—”š—ž š—„š— šŸ­šŸ¬š—ø š—•š—˜š—„š—”š—£š—” š—¦š—”š—¬š—” š—•š—¢š—Ÿš—˜š—› š—Øš—”š—§š—Øš—”š—š?

  š—Ÿš—˜š—§š—”š—ž š—„š— šŸ­šŸ¬š—ø š—•š—˜š—„š—”š—£š—” š—¦š—”š—¬š—” š—•š—¢š—Ÿš—˜š—› š—Øš—”š—§š—Øš—”š—š? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...