Google+ Followers

Thursday, May 10, 2018

ALHAMDULILLAH SUBHANALLAH ALLAHUAKBAR

Syukur di atas kebesaranMu Ya Allah.



Tun Dr Mahathir Mohamad secara rasmi dilantik menjadi Perdana Menteri ke-7 hari ini sekali gus mencipta sejarah tersendiri buat Malaysia selepas memegang jawatan nombor satu negara itu buat kali kedua.

Pengerusi Pakatan Harapan berumur 93 tahun itu juga mencipta sejarah menjadi ketua negara paling tua dilantik dalam dunia melalui proses demokrasi.

Mahathir dipilih sebulat suara sebagai Perdana Menteri oleh presiden parti dalam komponen Harapan selepas parti itu menang 122 kerusi parlimen daripada 222 kerusi yang dipertandingkan dalam PRU14.

Ahli Parlimen Langkawi itu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang Di-pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara dalam Istiadat Angkat Sumpah Perdana Menteri ke-7, kira-kira jam 9.45 malam tadi.

Selain isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, kesemua pimpinan tertinggi Harapan yang terdiri daripada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu hadir dalam majlis tersebut

            *ALLAH SELAMATKAN TUN DR MAHATHIR DAN TUN DR SITI HASMAH



18 comments:

  1. Alhamdulillah..Tahniah Tun khusus nya dan rakyat Malaysia am nya moga Bumi Bertuah sentiasa di dlm lindungan Nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk tunggu komen Suharli Masrop dgn Paul Baggio

      Delete
    2. tak payah lah buang masa dgn kedua-dua selengeh tu bro..

      Delete
    3. Tun M sememangnya Manusia luarbiasa dan genius.......!!
      Tahniah dan Syabas kepada Pakatan Harapan

      Delete
  2. Alhamdullillah, selepas ini wajib Tun bersihkan, buang segala kemungkaran yg sudah dilakukan oleh umno najib.

    Rakyat diutamakan! Rakyat adalah Tuan! Kebajikan Rakyat wajib dipelihara!

    5 tahun waktu yg singkat, Pakatan Harapan kamu tiada masa untuk berbulan madu, bekerja keras, jujur dan bijak menyelesaikan segala masalah adalah kehendak rakyat!

    Inya adalah amanah rakyat!

    ReplyDelete
  3. Mana najib mau lari? Bank sudah tkleh access...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... tapi sedih la melihat TM masa angkat sumpah. Nampak tersangat letih dan suara pun dah lain. Semoga Allah selamatkan Tun...

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Sakit hati le tewwww... Err... Mana PM yg dulu? Maksud aku PM yg mencuri tu. Kihkihkih...

      Delete
    2. Few months back, he was unceremoniously stripped off his 'Datukship' in disgrace by th\e same Ruler. However, today, the entire world witness the same Ruler, under the country’s constitution, the HM Yg Dipertuan Agung is obliged to appoint Tun Mahathir who has the majority support from other lawmakers as prime minister again. This 'fearless living legendary true hero' who fights against all odds & times for the sake of the nation and the rakyat. that's it....... The One and Only Grand Old Statesman, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamed......!!

      Delete
  6. Alfatihah buat Allahyarham dinturtle. Sewaktu hayatnya beliau gigih menulis dan berjuang menentang Najib. Kerap beliau menemuramah Tun M dan Allahyarham TS Sanusi Junid sewaktu kes 1MDB mula hangat diperkatakan. Sedih terasa sebab beliau tidak dapat melihat Tun M kembali menerajui negara dan mungkin menemukan titik noktah untuk kes 1MDB.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulilah... Syukur pada Allah... Pada Tun M. Terima kasih kerana menjadi pembela Kami tanpa mengira jemu Dan penat. Pada PH, terima kasih kerana beri kerpercayaan pada Tun . Dan terima kasih Yg teristimewa tentu utk Tun siti hasmah Yg sanggup mengorbankan masa bersama suami tercinta utk mengembalikan zaman kegemilangan negara seperti dulu Dan. . Insyaalah... Jasa anda semua Allah saja membalasnya... Ooo tak lupa tentu la utk rakyat Malaysia... Sape cakap kita tak berani berubah... Harap negara luar akan hormat kita kembali lepas ni. By the way... Mane anak masrup... Dari tadi 3 4 blog dah masuk takde pun. Takde duit takde keje la. Teruk la org mcm ni.

    ReplyDelete
  8. Melayu dah jadi pak pandir, menang sorak kampung tergadai. Mahafiraun, mahazalim dah jadi PM, HEBAT KAN MELAYU!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat le sikit dari melayu penjilat thaek low

      Delete
    2. PM yg dulu, tak menang sorak pun habis harta negara kena gadai... Lebih teruk dari Pak Lendir.. Opsss. Pak Pandir. Kihkihkih

      Delete
  9. Tengoklah..

    Baru angkat sumpah dah cipta 2 rekod dunia. Terus jadi contoh yg baik kpd dunia bahawa demokrasi masih ada di negara ini.

    Belum buat kerja lagi dah tarik perhatian dunia.

    Bekas PM pinochio tu pulak tak habis2 memalukan negara!

    ReplyDelete