Google+ Followers

Friday, May 11, 2018

INI KALILAH

Banyak perkara banyak benda banyak isu banyak luahan yang boleh dilepaskan kepada najib dan pemimpin umno termasuk maki hamun kata kasar penghinaan dan apa saja yang melintas. 

Berbaloi kah! 
Ujian ketika berjuang almost berlalu dari segi memenangkan PH  dan ujian ketika menang,  lebih mencabar supaya kita jangan jadi melampau dalam semua perkara,  menghina apatah lagi memfitnah. 
Stop it.. 
Raikan kemenangan dengan doa titik hitam sejarah politik tanahair tidak berulang.. 
Bantu Tun mengisi kemenangan ini. 

Yang kalah,  kekalahan itu sendiri sudah cukup pahit dan jangan lupa fitnah tidak terpadam begitu sahaja selagi tiada permohonan maaf. 

The best.. 
Yang kalah minta maaf
Yang menang maafkan semua.. 

YANG BERSALAH (JENAYAH)  BIARLAH UNDANG² MEMBURU MEREKA. 



# Sangat positif jika MP dan ADUN UMNO mahu menyertai BERSATU. 

18 comments:

  1. Rakyat pun ada hak.. . Adakah menghukum orang yang curi kita dikira zalim.. .. Maaf adalah baik. ... Taknak maafkan hak kita. ... Calon bn semua bersubahat dengan kleptrokasi .... Sebelum undi Tun M menawar kan semua ubah termasuk calon bn .. .Adakah rakyat salah menegakkan undang2....

    ReplyDelete
  2. Yupppss..nk tahu siapa kwn kita tunggulah time kita susah..kita tgk berapa ramai yg setia pada najib ketika nii..bkn sng nk najib hadapi semua nii..entah2 bini dia pun lari..hanya mampu bersimpati..kita tgk saja siapa yg setia disisi najib..😩😰

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..
    Akhirnya mood KD sudah berubah.
    Biarkah sahaja komen pencacai yg masih tertinggal sisa.
    Komen mereka xubah spt anjing menyalak bukit.

    Xperlu risau akan najib dan konco konconya akan lari.
    Ke hujung dunia mana mereka boleh lari?
    Mereka sudah tewas melalui pilihanraya.
    Negara bodoh mana nk lindungi kleptokrat?
    US dgn siasatan DOJ?
    Europe dgn siasatan pelbagai negara di eropah?
    Negara2 komanwel nk merosakkan hubungan komanwel?

    Negara terbaik utk najib lari adalah israel kerana negara tu kebal akan isu maruah dan msia tiada hubungan diplomatik.

    Najib dah checkmate!!!!!!!

    Skrg kita tunggu perpecahan komponen BN.
    Kita lihat penghijrahan ahli UMNO ke Bersatu.

    Tinggalkan emosi dan kebencian di belakang.
    Berfikir secara rasional dan bersederhana.
    UMNO menjadi celaka kerana mendahului parti dari negara.
    Harap PH tidak ulangi

    ReplyDelete
    Replies
    1. he²x.. tahniah. Tuan sudah berjiwa besar. Yg lain, bila lagi? Masih nk politicking kg ke? Sampai bila? Esok lusa dah kije, move on ok.
      Hal negara kita dah serah kpd yg patut. Ada telinga dengar, ada mata tengok. Ada otak pikirkan. Jgn pning² politik sgt.

      Delete
  4. Najib dah letak jawatan presiden umno tadi.rombakan besar besaran akn dilakukan kepimpinan umno negeri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada 10 kementerian dibentuk setakat ini.
      3 kementerian telah diumumkan oleh pm. Baki lagi 7 kementerian belum diumum.
      Apa yang memeranjatkan, rafizi ramli telah berucap kepada media yang perlantikan itu tidak melibatkan perbincangan dan penyertaan pkr.
      Kenyataan rafizi saya ibaratkan setitik nila yang telah jatuh kedalam susu.
      Sebelum menang pru14, berlaku perkongsian kuasa dan melantik tun sebagai nakhoda perang dan tun dinamakan sebagai calon pm.
      Ini disebabkan pengalaman yang ada pada tun selama ini untuk memperbaiki dan membangunkan negara.
      Setelah menang, sememangnya tun telah diangkat sebagai pm, tetapi menjadi salah pula bila pm lantik kabinet tanpa bincang dengan semua parti terlibat.
      Pada saya, jika begitu, tidak perlu lah meletakkan seorang yang tua sebagai nakhoda perang atau calon pm dan lebih baik namakan orang muda macam rafizi atau azmin sebagai pm. Kerana pm tidak perlu ada pengalaman sebab pm cuma perlu umumkan saja dari apa yang telah dibincang oleh pihak lain.
      Situasi ini, akan lebih parah jika anwar menjadi pm. Akan lebih ramai anggota pkr yang akan buka topeng dan nampakkan garisan belang dihidung.
      Pembaharuan secara total dalam kepimpinan umno adalah dialukan, ini sebagai pilihan untuk rakyat dipru yang akqn datang sekiranya PH berkecamok.
      Mampukah amanah, bersatu dan dap makan hati berulam jantung dengan tingkah laku seorang dua yang terlalu hebat dalam pkr ini.
      Setakat mana gabungan harapan mampu dan boleh bertahan adalah merujuk kepada sikap anwar nanti.
      Jika masih dengan sikap yang lama dan gagal mengawal anak buah nya dalam pkr, maka bye-bye harapan

      Delete
  5. kami yg umno tetap umno kenapa nak lari ke ph pula..dulu kini dan selamanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus. Itu yg dinamakan wala. Tahniah sedara.

      Delete
    2. Adun umno bertambah ramai lompat melompat...per citer?...kapal dah karam?

      Delete
  6. Yup, setuju. Kita kena matang dan rasional. Bersabar dan waras. Berfikir kelas dunia maju dan cara islam tulin

    ReplyDelete
    Replies
    1. KOTA BHARU 12 Mei – Operasi Utusan Melayu (M) Berhad akan diteruskan dengan beberapa penstrukturan dan kemas kini strategi bagi berdepan cabaran semasa.

      Pengerusi Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, justeru, kemungkinan besar akan berlaku rombakan dalam kalangan Ahli Lembaga Pengarah syarikat berkenaan.


      “Saya sebagai Pengerusi perlu mempunyai sokongan daripada pengurusan dan kesatuan sekerja bagi meneruskan kelangsungan syarikat ini. Ini kerana, Lembaga Pengarah hanya boleh fikir hala tuju sahaja, akhirnya pelaksanaan dasar itu mesti dilaksanakan oleh pihak pengurusan dan semua pekerja.

      “Saya juga tidak boleh komen lanjut sama ada akan berlaku rombakan atau penambahan Ahli Lembaga Pengarah, semuanya akan diputuskan nanti,” jelasnya.

      Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan tertutup bersama ahli UMNO Bahagian Kota Bharu, di sini hari ini.

      Menurut Mohamad Fatmi, cara pelaporan dan persembahan isi kandungan akhbar perlu berubah dan lebih matang.

      “Utusan Malaysia akan diteruskan dengan kaedah berbeza supaya ia terus kekal dengan pelan dan strategi yang akan dilaksanakan,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

      Delete
  7. Geram betul selama ni macai najib yg memaki hamun dan kata2 kesaat...7..sekarang langit dah runtuh atas kepala nak mintak nyawa plak...

    ReplyDelete
  8. NAMPAKNYA PROJEK PERTAMA PAKATAN HARAPAN IALAH MEMBESARKAN LAGI PENJARA SUNGAI BULOH....

    Dalam misi untuk menyelamatkan negara dan membongkar skandal 1MDB, Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad membayangkan beberapa ketua jabatan kerajaan yang dipercayai bersekongkol, melindungi dan menyembunyikan kesalahan Najib Razak akan disiasat dan didakwa di mahkamah.

    Sehingga ini beberapa nama telah disebut secara jelas untuk diambil oleh Tun Mahathir, antaranya Peguam Negara, Apandi Ali, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad dan Pengerusi SPR, Hashim Mohamad, meskipun Perdana Menteri belum lagi memasuki pejabatnya di Bangunan Perdana Putra.

    Apandi didakwa melindungi fakta mengenai kesalahan Najib berkaitan 1MDB dan kemasukan wang RM2,600 juta ke dalam akaun peribadinya, manakala Dzulkifli dipercayai melengah-lengahkan siasatan berhubung perkara yang sama.

    Selain itu, Dzulkifli juga boleh disiasat semula berkaitan skandalnya yang dikatakan mempunyai hubungan terlarang dengan seorang wanita yang sudah bersuami sebelum ini.

    Beliau difahamkan sudah pun menjadikan wanita berkenaan sebagai isteri keduanya.

    Hashim pula mungkin ada kesalahan berkaitan dengan beberapa tindakannya sebelum dan sewaktu pilihanraya baru-baru ini yang dilihat cuba memberi kelebihan kepada Najib untuk mengekalkan kuasa.

    Dalam hal 1MDB, sudah tentu bekas Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar yang sepanjang mengetuai pasukan polis sebelum ini dilihat begitu condong melindungi Najib, akan turut berdepan penyiasatan yang sama.

    Selepas mereka, Najib, Rosmah Mansor, Riza Aziz, Jho Low, bekas CEO 1MDB, Shahrul Azral Halmi, dua bekas eksekutif SRC International, anak syarikat 1MDB yang melarikan diri ke luar negara, Nik Faisal Arif Kamil dan Suboh Md Yassin serta banyak lagi nama adalah antara yang paling berpotensi untuk disiasat dan seterusnya dihadapkan ke muka pengadilan.

    Najib dan Rosmah yang merancang untuk berlepas ke Indonesia hari ini, mungkin untuk terus melarikan, telah pun disekat dan disenaraihitamkan oleh Jabatan Imigresen.

    Begitu juga dengan Pengerusi dan CEO 1MDB sekarang, Irwan Siregar dan Arul Kanda Kandasamy, menyiasat dan mendapatkan maklumat daripada mereka adalah cukup penting untuk membongkar kebenaran.

    Berhubung wang RM2,600 juta, bekas TPM, Zahid Hamidi, seharusnya perlu disiasat juga untuk mengetahui sama ada beliau bercakap benar atau tidak berhubung kenyataannya telah menemui waris keluarga diraja Arab Saudi yang didakwa sebagai perderma kepada Najib itu.

    Zahid Hamidi mesti membuktikan beliau bercakap benar dan tidak mereka-reka cerita semata-mata untuk melindungi Najib.

    Dalam waktu yang sama, Zahid Hamidi dipercayai ada kes lama atas dakwaan memukul seorang pemuda sehingga pecah mukanya dan mengalami cacat kekal sehingga ke hari ini.

    Semua kes itu mesti dibuka semula dan disiasat dengan seadil-adilnya.

    Berkaitan skandal 1MDB yang daripadanya mengalir wang RM2,600 juta ke akaun peribadi Najib, hampir semua pemimpin UMNO yang pernah menerima tunai sama ada RM1 juta, RM2 juta atau sebagainya daripada Najib, semestinya wajib dipanggil untuk disiasat.

    ReplyDelete
  9. ""Dalam hal 1MDB, sudah tentu bekas Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar yang sepanjang mengetuai pasukan polis sebelum ini dilihat begitu condong melindungi Najib, akan turut berdepan penyiasatan yang sama.""

    Rasanya dlm kes nii khalid jadii mangsa keadaan!sebagai penjawT awam dia munngkin serba salah mahu ambil tindakkn terhadap najib!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khalid antara suspek yang pecah lubang najib akan didakwa?

      Inilah sebab utama muhyiddin dan ag lama dipecat serta merta.

      Delete
  10. Ki ki ki
    .masa korang pembangkang
    .politik sepanjang zan..jenuh nk menepis seribu jaqapan
    .bila dh jadi kera jaan..nk ambil alih sifat maksum.ki ki ki..tunggu..counter back.

    ReplyDelete