Google+ Followers

Tuesday, May 8, 2018

PRU, YANG UNTUNG ATAU RUGI ADALAH RAKYAT, BUKAN TUN..



TUN M DAN MASUK KUBUR

Oleh: Dr MAZA

Bukan semua perkara kita boleh setuju dengan YBg. Tun Mahathir. Banyak juga pendapat Tun M yang kita kurang setuju atau tidak boleh menerimanya. Beliau bukan maksum untuk kita terima semua pendapatnya.  Di samping, kita tidak boleh menafikan jasa, sumbangan dan kebijaksanaan beliau dalam banyak hal. 

Tokoh-tokoh politik seperti Tun M,  DS Najib, DS Anwar, DS Abdul Hadi dan lain-lain sering dikaitkan dengan pelbagai cerita positif dan negatif. Jangan kita telan semua yang dikaitkan dengan mereka tanpa penilaian yang matang dan jangan juga kita menerima segala apa yang mereka lontarkan tanpa berfikir dengan seimbang. 

Hari ini orang bercerita pasal Tun M dan kubur. Saya juga ingin berkongsi cerita pasal Tun M dan kubur. Walaupun cerita biasa, tapi mungkin ada sesuatu yang boleh kita belajar. 

Pada tahun 2014, ketika itu saya sabatical di SOAS London, Tun M datang ke London. Tun M tinggal di rumah Kerajaan Malaysia yang ketika itu sedang bocor bumbungnya. Saya dan Tun M bertemu empat mata membincang beberapa perkara. Tun M bertanya saya beberapa soalan berkaitan agama. Kami berdiskusi.  Kemudian Tun M membincangkan tentang YAB PM DS Najib. Masa itu beliau belum lagi menentang DS Najib secara terbuka. Beliau menyebut isu-isu seperti yang beliau sebut dalam kempen beliau sekarang. 

Saya bertanya beliau, "Habis Tun nak buat apa? Tun nak bersuara ke"? 
Ketika itu Tun M mengungkap satu ungkapan yang selalu saya ingat apabila terlihat wajah beliau. Kata Tun M kepada saya: "Nanti orang akan kata orang tua ni tak habis-habis asyik kacau orang lain jadi Perdana Menteri. Orang macam saya ini sepatutnya dah duduk bawah dah (masuk kubur). Tapi saya ni sayang kepada negara saya".
Saya lihat Tun M yang ketika itu dalam keadaan keletihan, lesu dan sedih. Saya sendiri tersentuh dengan ucapan beliau itu. Saya diam sahaja. Kami bincang beberapa tajuk lain. 

Semasa itu saya tidak sangka Tun M akan menubuhkan parti politik baru dan secara terang-terangan melawan DS Najib. Saya tidak sangka hari ini beliau yang menyatakan 'sepatutnya beliau sudah masuk kubur' berdiri atas pentas politik kempen pilihanraya secara besar-besaran. Ini kerana dalam ungkapan Tun M itu seolah-olah tidak banyak harapan dan beliau hanya menunggu masa untuk 'masuk kubur'. Apatahlagi semasa itu anak beliau masih memegang jawatan MB Kedah. 

Cumanya, dalam masa yang sama beliau kata 'saya sayang kepada negara saya'. 
Saya fikir beliau mungkin terpaksa pertimbang antara usianya, kedudukannya yang dihormati di sisi negara, kedudukan anaknya dan banyak lagi kelebihan lain yang beliau sedang kecapi ketika itu. 

Apabila saya balik ke Malaysia 2015 menjawat semula jawatan Mufti Perlis untuk kali kedua, beberapa kali juga saya berjumpa dengan Tun M secara empat mata. Beliau mengulangi cerita yang sama. Cumanya, tidak sangka sehingga hendak menubuhkan parti politik dan bertanding pilihanraya. Jika orang beritahu saya Tun M bertindak begitu sebab mahu bela anaknya, secara peribadi, saya mempunyai maklumat yang berbeza. Tun M telah menyuara bantahan itu sebelum anaknya terbuang. 

Esok saya akan mengundi. Dunia bagaikan mimpi. Tun M bertanding dan mahu jadi PM semula. Tidak pernah di Malaysia seseorang jadi PM dua kali. Cumanya, saya sendiri jadi Mufti sebanyak dua, walaupun tidak pernah terjadi sebelum itu. Pada awalnya saya sendiri rasa ganjil. Dunia politik pasti tiada apa yang mustahil. 

Saya tidak pasti sejauh manakah Tun M boleh bertahan dengan usianya itu. Tok Wan (lelaki) saya dahulu ketika dia berusia 100 tahun, orang sinis kepadanya bila beliau menanam pokok-pokok durian di tanahnya. Mereka kata: "Sempatkah nak makan durian orang tua tu"?! Ditakdirkan Allah, beliau meninggal pada usia 126 tahun menurut hitungan anak-anaknya. Beliau sihat. Hanya sakit pada penghujung hayat. Sempat makan banyak musim durian yang beliau tanam. 

Pastinya, menguruskan negara tidak seperti menanam durian. Namun, usia manusia dan apa yang akan terjadi di masa hadapan tiada siapa yang tahu. 

Kita semua tidak tahu apa yang akan terjadi. Kita mengundi untuk masa depan. Namun tiada siapa yang tahu masa depan melainkan Tuhan. Agama mengajar kita berusaha dan bertawakal. Kita berusaha untuk yang kita jangka lebih baik ataupun kurang buruk. Siapakah yang terbaik, ataupun kurang buruk memerlukan penilaian yang seimbang dan penuh kematangan.  Setelah berijtihad, kita serah kepada Allah. Berijtihadlah, dan buatlah penilaian terbaik. Selamat mengundi! 


Dr MAZA

5 comments:

  1. apa kontent nya tulisan Maza ni. Nak cerita dia jumpa tun je ke. Apa mesej nya. Mesej nya pun kabur. Bias kpd Shahidan kassim. Nak cari publisiti je kut untuk protect diri kalu PH menang nanti. Macam perangai Saudi gak dia ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca dengan kepala lutut memang le kabur.

      Delete
    2. Kena taburkan sedikit dgn ringgit..
      Baru xkabur..

      Delete
  2. Semoga Allah SWT memberikan kesihatan yang terbaik kepada Ayahanda Tun sihat walafiat lagi sejahtera. Saya mendukung kebijaksanaan Ayahanda Tun demi masa depan Malaysia yang lebih baik, sempurna dan cemerlang.

    ReplyDelete