Wednesday, June 27, 2018

PILIHLAH PRESIDEN TANPA DNA DAN VIRUS


Presiden Umno mesti luar legasi Najib
JANATUL FIRDAUS YAACOB
27 JUN 2018

Tengku Razaleigh Hamzah

KUALA LUMPUR - Presiden Umno yang akan dipilih pada 30 Jun ini mesti dari luar legasi Datuk Seri Najib Tun Razak dan calon yang sesuai ialah Tengku Razaleigh Tengku Hamzah.
Profesor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, Umno mencari satu figura dengan aura yang lain daripada legasi Najib.

"Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar terbit dari era Najib.
"Tapi Ku Li tidak. Beliau datang dari zaman Umno masih di puncak kegemilangan, Ku Li bukan legasi Najib," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau juga yakin Ahli Parlimen Gua Musang yang berusia 81 tahun itu akan dipilih kerana berpotensi membawa perubahan total kepada parti berkenaan.

"Perwakilan mahukan seorang Presiden yang mampu mengembalikan kepercayaan orang Melayu kepada Umno yang kini terpecah kepada beberapa kumpulan," ujarnya.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, pemilihan kali ini akan menguji kekuatan dalam Umno sama ada ingin kekal atau mahukan angin perubahan.

"Pemilihan kali ini menampakkan persaingan sengit, Zahid dilihat sebagai pemangku presiden yang menjalankan tanggungjawab presiden, manakala KJ pula dikatakan cuba membawa reformasi generasi muda dan mempunyai manifesto yang meyakinkan, Ku Li pula disifatkan sebagai pilihan untuk Umno berubah kerana tidak diikat dengan pasukan kepimpinan lalu.

"Ketua bahagian ramai dikatakan bersama bersama Zahid tetapi di peringkat akar umbi sokongan terhadap Ku Li dan KJ amat besar kerana pemilihan kali ini melibatkan 150,000 perwakilan seluruh negara.

"Kemampuan untuk sembuhkan Umno bergantung kepada siapa bakal menang dan perlu pastikan ada 'new deal for Umno' agar dapat rapatkan barisan dan membina semula parti itu, termasuk kesediaan bekerjasama dengan Bersatu dan PKR sekali pun," katanya.

Jawatan nombor satu Umno direbut oleh tiga tokoh politik yang mempunyai karektor dan lapisan usia berbeza, masing-masing memiliki kekuatan dan peluang tersendiri.

6 comments:

  1. Ku li legasi mahataik..
    dua2 ni perosak UMNO..pemecah belah Melayu.. tragedi 1987 sayet sadiq masuh dalam sulbi bapak die... ape dia tahu..

    woii kd ko xyh sibuk la pasal umno..
    ph tunggang langgang di anjingkan dapig.. madey jadi kepala perosak.. kenape ko tak kisah..

    sel2 otak dan DNA ko dah rosak ke.. tak rase negara tengah dijahanamkan madey dan kepala2 perosak dapig??


    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun makin mantap, lebih menguasai semua parti politik berbanding 22 tahun dulunya setakat menguasai BN.

      Hari ini BN bercerai berai dan satu demi satu meninggalkan umno.

      Delete
  2. Umno tak kisah walau hanya tinggal sepuluh orang ahli parlimen kerana penggal ini dia tetap jadi pembangkang.Akan tetapi dia tetap jadi parti terbesar bagi setiap pilihanraya yang sudah mahu pun yang akan datang yang tidak akan dapat disaingi oleh mana2 parti lain.

    Jika peralihan kuasa ini mengahasilkan suatu kerajaan yang haru biru yang cenderung kepada kegusaran dan kebimbangan Umno akan dengan mudah bangkit dan memperolehi semula kuasa kerana rakyat tahu sejarah nya iaitu kesimbangan dan kestabil nrgara wujud hanya bila Umno saja yang berkuasa.

    ReplyDelete
  3. Kelabu asap sungguh fantasi datuk kluang sehingga dia sendiri tidak tahu perjuangan apa yang sedang dicari nya hahaha...kejap nak tendang Dap kejap nak jahahamkan Umno kejap-kejap nak jadi tuan penasihat....mana satu ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga dia pembawa panji2 warna kelabu asap yg muncul diakhir zaman..hihihiii.

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...