Saturday, June 9, 2018

PRN TIDAK MUSTAHIL DI KEDAH DAN PERAK (?)

Supaya kestabilan berpanjangan sepanjang lima tahun akan datang tanpa sepak terajang politik adalah wajar PRN di adakan semula di Kedah dan Perak bagi rskyat menentukan semula siapa yang layak memerintah negeri tersebut dengan jelas. 

Dalam situasi ini,  PH dikatakan takut untuk berbuat demikian kerana tidak yakin boleh menguasai semula. 

PAS mempunyai potensi untuk menguasai Kedah dan UMNO berpotensi untuk menguasai Perak. 

Kedudukan kerusi DUN di Kedah 18 PKR 15 PAS 3 BN
kedudukan kerusi DUN Perak  29 PKR 27 BN 3 PAS






#Kerusi MB Selangor juga panas !!! 
1@lebih nama dihantsr ke Istana juga tidak dapat dipastikan

23 comments:

  1. Knp perlu ada pilihanraya semula? Nak jelas yg bagaimana lg? Dah kalah, terima ajelah. Takkan nak bazirkan duit negara semata2 utk puaskan hati pihak yg kalah?

    ReplyDelete
  2. PRN tak membazir sebab itu hak rakyat untuk rakyat .. klu dah tak ada keputusan PRN jalan terbaik adun yg lompat lompat mme tak ada bacul dan tak ada prinsip jati diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hak apa? Macam mana kalau keputusan masih tak berubah? Kena buat jugak lagi? Pirahhhhhh.

      Delete
  3. Kalo PRN agak sukar BN dan pas nak menang...majoriti rakyat sudah tentu tak mau kerajaan negeri yg berlainan dari putrajaya kerana negeri bukan ada hasil untuk pembangunan..

    ReplyDelete
  4. Faktor Tun tidak cukup kuat rupanye untuk PH menang pada pru yg lalu di Kedah dan Perak....

    Selangor angkat sumpah mb baru 19 jun...terpulang kepada istana pilih siapa kerana PKR menang selesa dan sokongan kuat DAP..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr KBB,

      Biar saya tolong jawab bagi semua penyokong-penyokong Tun M.

      Jawapannya ada pada ayat 216 sudah Al-baqarah yang membawa maksud 'barangkali kamu membenci sesuatu sedang ia baik bagi kamu dan barangkali kamu menyukai sesuatu sedang ia buruk bagi kamu."

      Saya melihat kemenangan PAS di Kelantan dan Terengganu serta kemenangan UmNo di Pahang dan Perlis adalah sebahagian daripada perancangan Allah untuk membongkar segala kepalsuan PAS dan UmNo yang berselindung di sebalik slogan-slogan bersifat keagamaan dan kebangsaan.

      Sebagai contoh, PAS pernah diberikan kemenangan di Kelantan dan ketika Tun M tidak membenarkan mereka melaksanakan hudud di negeri ini, mereka telah menghukum Tun M dengan 1001 hukuman sekalipun halangan yang dibuat oleh Tun M adalah di atas dalil bahawa yang penting di dalam Islam adalah 'keadilan' itu sendiri.

      Tidak lama selepas itu, ketika di PRU berikutnya Haji Hadi Awang telah berjanji kepada rakyat Terengganu sekiranya PAS menang 'besok sebelum ayam berkokok kita akan tegakkan hukum Allah". (merujuk kepada hukum hudud).

      Kemudian Allah telah memberikan kemenangan kepada PAS di Terengganu dan beberapa bulan selepas itu, apabila Haji Hadi ditanya tentang pelaksanaan hudud di Terengganu ia telah menjawab 'hudud hanyalah 0.001% daripada hukum Islam', satu jawapan yang jelas menunjukkan ciri seorang yang beriman kepada sebahagian kitab (99.99%) dan engkar akan sebahagiannya (0.001%).

      Jawapan Tun M kepada isu pelakasanaan hudud di Kelantan tidak menyalahi dalil dan bahkan bertepatan dengan perintah dan ijtihad Saiyidina Umar ra yang pernah menghentikan pelaksanaan hudud pada masa ia memerintah kerana melihat kepada 'keadilan', sedang jawapan Haji Hadi untuk kegagalannya menunaikan janji melaksanakan hudud di Terengganu pula adalah bertentangan dengan dalil yang jelas daripada AlQuran sendiri yang melarang manusia beriman kepada sebahagian kitab dan engkar kepada sebahagiannya (rujuk al-baqarah : 85).

      Maka kemenangan PAS di Terengganu pada masa itu adalah satu kaedah untik Allah membuktikan kepada orang-orang yang mahu menggunakan akal bahawa hudud bukanlah matlamat PAS sebaliknya ia adalah alat untuk menarik sokongan orang-orang Melayu.

      Lihat saja kemenangan UmNo di Perlis pada PRU ke-14 ini yang telah membuktikan segala slogan-slogan UmNo berkenaan kedaulatan dan ketaatan kepada raja-raja Melayu adalah palsu semata-mata. Mereka berteriak kedaulatan raja-raja semata-mata untuk menarik sokongan orang Melayu dan bukanlah sangat disebabkan kecintaan mereka kepada institusi ini.

      Saya melihat tidak lama saja lagi sebelum kemenangan UmNo di Pahang dan kemenangan PAS di Kelantan dan Terengganu benar-benar akan membongkar segala kepalsuan mereka di sebalik slogan-slogan mereka yang berbunyi keagamaan mahupun kebangsaan.

      Apabila kedua-dua parti ini dikuburkan sama sekali dan dilenyapkan melalui kuasa Allah, manusia akan dapat melihat dan berkata bahawa "sesungguhnya Allah tidak menganiayai manusia sedikitpun tetapi manusialah yang menganiayai diri mereka sendiri."

      Menurut bacaan saya kedua-dua parti ini takkan sempat pun untuk melihat fajar tahun baru 2019.

      Pada 01.01.2019 hampir keseluruhan umat Melayu akan bersatu di bawah satu pentadbiran yang diketuai oleh Tun M.

      Sama2 kita tunggu dan lihat.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  5. Heran jugak...KP RoS orang baru...Menteri KDN telah berganti dgn presiden Bersatu yg dibuang dari umno...apekah status umno yg langgar perlembagaan adalah halal bawah akta pertubuhan?....menteri KDN dan KP RoS senyap jer...patutnye umum lah statusnye halal ato haram...

    Kadiaq dan penyokong2 tun semua senyap...ade apa2 ker?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr KBB,

      Jawapannya ialah 'rule of law'.

      Apabila KP ROS telah membuat keputusan, ia tidak boleh membatalkan keputusannya sendiri dan Menteri juga tidak boleh reverse keputusan tersebut. Sekiranya dilakukan juga akan berlakulah pelanggaran kepada Rule of Law.

      Berdasarkan rule of law, hanya mahkamah yang boleh reverse keputusan ini melalui 'semakan kehakiman'.

      Semakan kehakiman ini malah sedang berlaku di mahkamah apabila 16 orang ahli UmNo mencabar keputusan ROS melanjutkan tempoh pemilihan UmNo di luar ambit perlembagaannya.

      Biarlah rule of law mengambil tempatnya.

      Delete
    2. Diaorang dah kawtim lama dah...
      Kau je yg bengap siang mlm 24 jam mengendap di blog cari dedak tumpah

      Delete
    3. Sabarlah kbb.
      Ada waktu goleh gunakan peluru tu.
      Xperlu mengamuk sendirian

      Delete
  6. Yg kalah tu mmg dah kalah
    Masalahnya yg menang pun huru-hara
    Contohnya di Kedah, takkan ph takut pd BN yg cuma 3 kerusi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa huru-hara? Yg kalahlah huru-hara. Sampai skrg meroyan siang malam.
      Kesian.
      Apa Rafi?
      Kesiannnnnnnnnnn
      Kahkahkahkahkahkahkah.....

      Delete
  7. Saya pula mengatakan bahawa pada 31.12.2018 Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perlis telah pun mempunyai kerajaan baru, berlainan dengan kerajaan mereka yang ada pada hari ini.

    Fajar tahun baru 2019 akan menyaksikan pemerintahan dan pentadbiran kesemua negeri-negeri di Malaysia berada di pihak yang sama, iaitu kesemuanya berada di dalam satu pasukan yang bersatu dengan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri yang diterima hampir sebulat suara oleh sekalian rakyat negara ini.

    Walaupun bunyinya pelik pada hari ini, tiada siapa yang mampu mengatakan ia adalah mustahil untuk berlaku.

    Kita tunggu dan lihat sajalah.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat pengerusi ahli nujum satu Malaysia nih...

      Delete
    2. Ko dah gila isem ke

      Delete
    3. Betul tu, kita tunggu dan lihat sajalah, pembawa panji2 hitam akan dikalahkan oleh pembawa panji2 musang berjanggot dan pembawa panji2 musang berbulu ayam.

      Walaupun bunyinya pelik dan loyar buruk, tiada siapa yg mampu mengatakan ia adalah mustahil untuk berlaku.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  8. pada pengikut bod bodo tun pru menang pasal tun maka mari kita panjstkan doa bagi macai tun untuk tun mamak kesayangan depa

    " ya allah kau lanjutkan lah tun mamak kesyangan macai macai nyer selama 120 tahun lagi semoga senang dirompak oleh tun dan anak kroni dia . mat sabu yg cakap tun kepala bapak perompak negara ini fakta bukan fitnah.

    ya allah kau lanjutkan lah usia kalau boleh 120 tahun lagi 93 tahin lagi pun cukup laahh.

    amin amin ya rabul alamin

    ReplyDelete
  9. KD dari kita sibuk psl hal lain adalah lbh baik kita bagi sokongan pd tun m skrg..sebab tun sedang hebat diasak dap dlm berbagai hal ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada siapa yang berani mengasak dan ambilalih tugas maut sebagai PM untuk pulihkan negara.

      Delete
  10. Apa yg berlaku dgn PKR Selangor ya?

    Azmin submitted beberapa nama untuk dipilih oleh Sultan sebagai MB.
    Kemudian Wan Azizah hantar surat kepada Sultan dan juga submit nama lagi.

    Depa ni (Presiden dan Timbalan Presiden) tak bincang elok-elok ka?

    Saya ni memang tak minat PKR sbb asal-usul penubuhannya dulu sbb semata-mata nak bela orang tu jerr.

    Parti ni buat saya keliru... berapa lama orang tu akan pegang jawatan Ketua Umum?
    Adakah jawatan tu sama kedudukan dgn jawatan Pemimpin Agong dalam Parti pemerintah di negara China tu?
    Jawatan yg diwujudkan khas utk dia?
    Bila dia mati nanti, ke mana pula hala tuju PKR?

    Presiden ialah isteri kepada Ketua Umum.
    Timbalan Presiden ialah sahabat/orang kanan Ketua Umum.
    tapi... Presiden tak ngam dgn Timbalan Presiden? Pah guano...???

    ReplyDelete
  11. In sya allah kalau diadakan pilihan raya di Kedah, orang melayu akan undi Pas 100%

    ReplyDelete
    Replies
    1. 849,
      Mimpi lah ko.
      Nnt terlundeh money trail nasa 90j , 3 j, deal kahwin gelap peluk kenyit dgn Al Jib , dsb.tu...maka Pas nk satu kerusi pun dlm mimpi sj lah.
      Islam hapanya, peleot plot baham taek.
      Apa? Dana gelap boleh halal kah?
      Biaya beratus2 kerusi pru14 tu, duit syeikh arab Yoh Low juga kerr?
      Rakyat dh buka mata, nmpk lobai lanyak dgn geng klepto dahh.
      Tak cukup tu, klepetan itu sudah bunuh masa depan keturunan dgn hutang berkoyan.
      Dah kalah insaf sudah la,dana gaji negeri pun tk boleh jana. Last2 memgadap Tun minta advance.
      Takat nk kumat kumit lagak alim pandai hampeh wehhh.
      Sembang warong boleh laa.

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...