Saturday, June 2, 2018

RASA RINDU PULA DENGAN JAMAL YUNUS DAN MUSA.... AMANKAH MEREKA

Iklan

Kadang² aku ketawa kecil sendirian bila memikirkan pelbagai ragamnya bloggers,  penganalisa politik,  pemimpin.. Begitu juga dengan pelbagai jutaan tulisan di media sosial lain.. Dalam dan luar negara,  melontarkan idea dan pandangan masing²..

Kalau semua itu Tun perlu ambilkira, hingga ke hari ini tiada satu keputusan pun dapat dibuat.. 

Bagaimanapun secara bijaksana,  keputusan Tun dalam banyak perkara mendapat sokongan rakyat. 

Penolakan cadangan AG baru oleh Majlis Raja² bukanlah satu masalah besar,  kerajaan perlu ada pertimbangan semula dengan nama² yang lain atau terus tegas dengan apa yang sudah dirancang.. Akhirnya sama²lah semua pihak patuhi rule of laws semasa. 

Meraikan kebebasan bersuara,  King of Dedak juga lebih mudah tersentuh memberi beberspa pandangan..Tidak pula kedengaran suara² panglima yang menyokongnya seperti dulu.