Saturday, September 15, 2018

16 SEPTEMBER




TARIKH 16 September 1963 adalah detik bersejarah menyaksikan penyatuan Persekutuan Tanah Melayu bersama Sabah, Sarawak dan Singapura membentuk negara baharu bernama Malaysia.

Segalanya bermula melalui cadangan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra pada 27 Mei 1961, disusuli Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu di Singapura pada 23 Julai yang memutuskan penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia dipengerusikan Tun Mohammad Fuad Stephens.

Ia berperanan menjelaskan konsep Malaysia kepada rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan Brunei.

Siri mesyuarat berlangsung mulai Ogos 1961 hingga Februari 1962 di Sabah, Sarawak dan Singapura.

Hasilnya, pada 17 Januari 1962 Suruhanjaya Cobbold dibentuk dan dipengerusikan Lord Cobbold.

Keahliannya ialah Wong Pow Nee, Mohd Ghazali Shafie sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston menjadi wakil kerajaan British.

Suruhanjaya itu meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai gagasan Malaysia. Dari Februari hingga April 1962, Suruhanjaya Cobbold menemui lebih 4,000 orang dan menerima 2,200 memorandum pelbagai pihak.

Hasilnya, 80 peratus rakyat Sarawak dan Borneo Utara menyokong penubuhan Malaysia dan menerima pakai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, menerima Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Suruhanjaya Cobbold turut mengesyorkan penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK), Persekutuan Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Malaysia, kuasa autonomi dan jaminan khas dalam beberapa perkara diberi kepada Sabah dan Sarawak serta kedudukan istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak.

3 comments:

  1. Terima kasih KD, artikel yg sgt berguna.

    Aku ingatkan sebelum Persekutuan Malaysia dibentuk, nama negara kita ialah semenanjung tanah Keling.

    ReplyDelete
  2. Pas dgn umno yg nak bersatu kau pulak yg jadi gila.. Kenapa.

    ReplyDelete
  3. TQ KD...cikgu sejarah sekolah mana ye..nak Tanya pasal sejarah..sebab SPM nak dekat.

    ReplyDelete