Saturday, September 8, 2018

ADA SESIAPA DI SINI BERIMAN PADA PARTI DAN PRESIDENG, BERKIBLAT KEPADA BULAN???

Manusia yang riak sangat mudah dikesan, tanpa segan silu mengeluarkan hukum tanpa merujuk majlis fatwa kerana terpesona dirinya dipanggil ostat,  tuan guru dan ulama di kalangan mereka sendiri.

Lebih bangga penyokong telan bulat².

27 comments:

  1. Saudara. Dengan hormat saya tanya. Ada kah PM atau mentei berkaitan agama keluar kenyataan setelah merujuk majlis fatwa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pm dan menteri kluarkan kentataan berkaitan hukum islam ker?...

      Delete
    2. Ada.
      Perdana menteri dan menteri negeri king maker.

      Mohon dilagukan kembali fatwa politik suku agama suku dipentas ceramah politik

      Delete
  2. KD mangkuk jamban
    Dahlah tunjuk bodo dpn traffic light
    Jaga pungkuk kau sendiri
    Dah jadi blogger kerajaan pun perangai suka menyondol mcm babi hutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sondol bontot ko tak pe kerana ko bingai..

      Delete
    2. Suka menyondol?
      Siapa yg suka menyondol?
      Kalah 3x prk masih xsedar diri?
      Lg mau jual nama melayu?

      Delete
  3. KD ..kau berani perli Tun M, dan Mujahid Menteri Agama...

    Kau nak jadi blogger pembangkang?

    Nyatakan pendirian kau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo KD berani perli tun M siaplah penyokong taksub tegar tun M akan sepak tampar trajang KD....

      KD pon pendek reseki...kalo walaun anggap lobai pas suci KD pon anggap Tun M suci tak ade kelemahan dan tak boleh di tegur...

      KD pon penyokong taksub tegar Tun M..

      Delete
    2. Bro, bagi nama, ic dan alamat, mudah sikit aku nak saman..

      Delete
    3. Bukan sahaja bodoh, malah tiada rasa segan diatas kebodohan dirinya.

      Sudah tiada lg kah penyokong umno yg boleh berfikir?

      Delete
  4. Walaun kena wala dgn pemimpin pas...kalo tak wala tak bau syurga pas...mcm najib jugak kalo penyokong tak setia tak bau dedak laa...

    ReplyDelete
  5. ANA DATANG TEMPAT ENTE, JANGAN PULA ENTE TAK DATANG KE TEMPAT ANA"

    “Ana akan datang ke Muktamar Agung Pas,” kata Presiden UMNO, Zahid Hamidi.

    “Ana juga akan bawa timbalan presiden, naib-naib presiden, setiausaha agung, ketua pemuda dan yang lain-lain,” tambah Zahid Hamidi lagi yang sejak sekian lama menghilang diri dan tiada khabar berita, tapi muncul buat kali pertama dalam kempen di Seri Setia, semalam.

    Dengan berjanji “ana akan datang itu”, dalam hati Zahid Hamidi tentunya terpahat harapan kepada Hadi Awang yang maksud tepatnya, “ente jangan lupa pula datang ke Perhimpunan Agung UMNO di PWTC nanti.”

    “Kalau boleh bawalah juga lain-lain pemimpin kanan Pas yang lain, kalau boleh termasuk anak Allahyarham Nik Aziz Nik Mat iaitu Nik Abduh,” barangkali inilah juga harapan yang ada dalam hati Zahid Hamidi.



    Muktamar Pas tahun ini akan diadakan hujung minggu depan di Kuala Terengganu, manakala Perhimpunan Agung UMNO akan berlangsung pada hujung bulan ini di PWTC, Kuala Lumpur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak guna kerjasama pas dgn umno dan mca ...umno kalah mca kalah dan pas sendiri pon kalah...mkerjasama suwey.

      Delete
  6. Pas terhegeh2 nak kerjasama dan sokong mca...pengundi cina marah...akibatnye mca terselamat dari hilang wang deposit..

    ReplyDelete
  7. Wang di apartmen, Najib jelaskan kenapa

    FMT Reporters - September 9, 2018
    41
    Shares

    Najib berkata, selepas BN kalah tidak terjangka dalam pilihan raya lalu, wang tunai yang dikumpul itu dipindahkan ke sebuah pangsapuri di Pavilion sebagai langkah sementara.
    PETALING JAYA: Datuk Seri Najin Razak hari ini menjelaskan secara terperinci mengenai wang yang dirampas oleh pihak berkuasa dalam siasatan ke atas 1MDB dan berkata ia milik Umno dan perlembagaan parti menetapkan presiden bertanggungjawab mengurus dana tersebut.

    Bekas perdana menteri itu berkata presiden Umno ditugaskan mengalih dan membuat pembayaran untuk keperluan parti pada masa pilihan raya, dan merupakan satu kelaziman sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Dr Mahathir yang kini mengetuai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib bebas simpan wang parti bwratus juta bawah bantal?..
      Kalo kena rompak adekah najib sanggup bayar balik?...tak masuk akal langsung....kalau setakat 10 hingga 15 ribu mungkin lah..

      Delete
    2. Anom 11:51,

      Harap2 awak tak salah TITIK PERPULUHAN ATAU KOMA, 10 hingga 15 ribu pon banysk tuuh...Rasuah tak kenal angka bro!!

      Delete
    3. Najib tak rasuah...Najib rompak...

      Delete
  8. Malaysiakini

    Halimah: Hadi tetap main peranan walau tak turun Seri Setia

    Shakira Buang
    9 Sep 2018, 2:24 tengahari (Dikemaskini 9 Sep 2018, 2:40 tengahari)

    A A
    PRK SERI SETIA | Walaupun kelibat DAtuk Seri Abdul Hadi tidak kelihatan di Seri Setia, beliau tetap memainkan peranan selaku presiden PAS dalam kempen parti itu, kata Dr Halimah Ali.

    Calon PAS itu berkata, bantuan Abdul Hadi diterjemahkan secara semangat terhadap dirinya dan juga jentera parti.

    "Dia (Abdul Hadi) yang isytiharkan dan sokongan (pencalonannya). Mungkin secara fizikal (tiada) tetapi memang setiap hari dia bantu memberi arahan untuk memantapkan kempen," katanya dalam sidang media di Shah Alam, hari ini.

    Tambahan pula, kata Halimah, hampir semua pemimpin PAS pusat turun membantu sepanjang 21 hari tempoh kempen.


    Beliau diminta mengulas tentang Abdul Hadi yang tidak berkempen di lapangan dalam PRK itu.

    Halimah tewas dalam PRK Seri Setia semalam apabila meraih 9,689 undi berbanding calon Pakatan Harapan Halimey Abu Bakar yang mendapat 13,725 undi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut pas kalah...tuan presideng tuang berkempen...

      Lokeman adam sibok berdemo lawan polis...janji nak kempen untuk pas...kecian dr halimah..

      Delete
    2. Anom 12;02, Hebat kau nie buat fitnah...mati kena bakar ker tanam kat kubur. Tanam kalu pakai batu nisan ker letak tiang salib?

      Kau pegi tulis Demo lawan polis tuu Fitnah...selidik dulu sebelom tulis...

      Delete
    3. Fitnah kapla hotak ko...lokeman adam tak lawan polis?...polis suruh berhenti berucap dan bersurai lokeman berarak ke balai polis Dang wangi..kena sekat pusing semula ke sogo...demo pon dgn 50 orang pengikut aje...

      Tak payah demo bertempik melalak.....buat sidang akbar baca tuduhan yg nak disampaikan....bodooh.

      Delete
  9. 'Undi meningkat kalau lebih ramai pemimpin Umno bantu kempen'

    Shakira Buang
    9 Sep 2018, 1:47 tengahari (Dikemaskini 9 Sep 2018, 2:41 tengahari)

    A A
    PRK SERI SETIA | PAS mungkin meraih undi yang lebih banyak di PRK Seri Setia jika lebih ramai pemimpin utama Umno membantu kempen mereka, kata Dr Halimah Ali.

    Calon PAS itu bagaimanapun mengakui hakikat hubungan parti itu dengan Umno yang baru di peringkat awal selepas berdekad-dekad permusuhan.

    "Mungkin (boleh tambah undi). Tetapi itulah, kita baru nak berkenalan, macam orang nak kahwin.

    "Kita baru berkenalan dalam tempoh tiga minggu ini, nak (tengok) okey ke tak selepas 60 tahun berlawan. (Takkan) tiba-tiba dalam tiga minggu ini nak beria-ria," katanya ketika sidang media di Shah Alam hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau berpotensi meraih lebih banyak undi jika lebih ramai pemimpin Umno turun ke Seri Setia sepanjang tempoh 21 hari kempen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr Halimah calon Pas kaciwa...harapkan pemimpin umno bantu kempen seperti yg dijanjikan oleh umno..

      Calon Pas akui Pas tak mampu menang jika sendirian...tapi umno hangat2 tahi ayam ...presiden Pas sendiri tak peduli..

      Delete
    2. Jika prk di kelantan terengganu dan kedah adekah pas dan umno masih bekerjasama?...

      Soalan ni payah sikit lobai pas nak jawab kerana pas dan umno hanye kawan separuh hati saja...

      Delete
  10. TMJ dakwa kerajaan guna peranti Israel 'intip' istana Johor

    9 Sep 2018, 3:27 petang (Dikemaskini 9 Sep 2018, 3:36 petang)

    A A
    Tunku Mahkota Johor mendakwa beliau serta Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sedan "diperhatikan" oleh kerajaan.

    Menurut Tunku Ismail Sultan Ibrahim maklumat mengenai pemantauan itu disampaikan oleh seseorang kepadanya baru-baru ini.

    "Adalah sangat tidak baik apabila ada pegawai yang telah menyampaikan pesan bahawa saya dan ayahanda saya, Sultan Johor sedang diperhatikan," katanya melalui satu hantaran di Facebook hari ini.

    Tunku Ismail juga mendakwa ramai tentera siber diletakkan pada akaun Facebook Johor Southern Tigers (JDT) serta halaman peribadi mereka oleh pihak atasan kerana mereka "kurang senang".

    "Ramai juga cybertroopers diletakkan pada halaman JDT serta laman peribadi kami seperti Official Sultan Ibrahim dan HRH Crown Prince of Johor atas perasaan kurang senang oleh beberapa pihak atasan," katannya.

    Sebelum itu Tunku Ismail menceritakan bagaimaan beliau dihampiri seseorang yang menjelaskan mengenai suatu peralatan pengintipan serta pengumpulan data buatan Israel.

    Katanya teknologi tersebut turut digunakan sebelum pilihan raya baru-baru ini, serta dimanfaatkan sebagai bantuan dalam perang siber.

    Tiada tempat lagi

    "Beberapa orang pegawai kerajaan berjumpa saya dengan menyatakan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, unit khas, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Pejabat Perdana Menteri turut menggunakan peralatan ini.

    "Apabila ia (digunakan untuk) keselamatan negara, saya berpendapat ia adalah sesuatu yang sangat berharga.

    "Namun, peralatan ini tidak patut diseleweng oleh mana-mana pihak untuk kepentingan sendiri," katanya lagi.

    Kata pemilik kelab bola sepak JDT itu beliau tahu peralatan tersebut digunakan oleh kerajaan BN tetapi ia tidak wajar berlaku selepas pentadbiran negara bertukar

    ReplyDelete
  11. KERJASAMA UMNO - PAS TERBUKTI GAGAL, MALAH MENAKUTKAN PENGUNDI BUKAN MELAYU

    Gunalah apa jua hujah, alasan atau helah, realiti yang paling mudah untuk difahami ialah Pas tidak menang di Seri Setia dan MCA pula kalah di Balakong.

    Di Seri Setia, Halimey Abu Bakar yang mewakili PH berjaya menewaskan calon Pas, Dr. Halimah Ali dengan majoriti 4,027 undi.

    Dibantu oleh jentera dan kehadiran kempen oleh pemimpin-pemimpin utama UMNO yang sejak awal memutuskan tidak meletak calon bagi memberi sokongan kepada Pas, gandingan kerjasama itu terbukti gagal menggamit selera dan hati para pengundi di Seri Setia.

    Di Balakong, calon PH, Wong Siew Ki berjaya mengekalkan penguasaan di kawasan itu menewaskan calon MCA, Tan Chee Teong dengan kelebihan 18,533 undi.

    Meskipun MCA menggunakan simbol sendiri dan tidak logo BN, disertai bantuan Pas yang tidak meletakkan calon serta turut berkempen di Balakong dengan hasrat besarnya agar PH dapat dikalahkan, ia juga terbukti gagal mengubah selera rakyat yang baru saja pada PRU14 lalu membuat keputusan menyingkirkan Najib Razak serta BN daripada persada kuasa.

    Diambil kira dengan keputusan pilihanraya kecil Sungai Kandis sebelum ini di mana calon PKR yang mewakili PH, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berjaya mengekalkan kemenangan di kawasan itu dengan menewaskan calon UMNO, Lokman Noor Adam dengan majoriti 5,842 undi, terbuktilah juga bahawa sudah tiga pilihanraya kecil menunjukkkan kegagalan kepada kerjasama UMNO dan Pas.

    Di Sungai Kandis di mana UMNO bertanding, Pas tidak meletakkan calonnya, sementara di Seri Setia di mana Pas bertanding, UMNO pula tidak bertanding. Di Balakong, oleh kerana MCA yang bertanding adalah rakan UMNO, Pas bukan saja memutuskan tidak meletakkan calon, bahkan turut sama berkempen untuk parti Cina itu.

    Dari segi bacaan mudahnya, tidak kira sama ada peratusan yang keluar mengundi menurun atau sebaliknya, hubungan "cinta gelap", apalagi jika berlaku "perkahwinan" antara UMNO dan Pas, ia bukanlah tarikan yang boleh mempengaruhi selera pengundi.

    Malah, jika peratusan yang keluar mengundi lebih meningkat, bermakna majoriti kemenangan PH di ketiga-tiga kawasan itu juga akan menjadi lebih tinggi lagi.

    Meskipun dari segi keahlian, memang diakui UMNO dan Pas adalah parti yang berada di kedudukan nombor satu dan kedua terbesar, imej buruk kedua-dua parti itu ternyata lebih besar sebagai halangan untuk diterima baik oleh pengundi.

    UMNO dengan perjuangan bangsa yang ekstrem dan melampau, lebih-lebih lagi sejak kehilangan kuasa, sementara Pas yang tidak menentu serta berubah-ubah konsep Islamnya, bahkan pendirian parti itu akan berubah setiap kali sama ada sebelum atau selepas pilihanraya umum, ia adalah fakta yang membuatkan kedua-duanya semakin ditolak rakyat.

    Selagi UMNO dan Pas tidak berubah dan tidak keluar daripada kepompong itu, selagi itulah mereka akan terus ditolak oleh rakyat yang semakin cerdik dan bermaklumat sekarang ini.

    Dari segi teori, oleh kerana dalam pilihanraya umum lalu berlaku pertandingan tiga penjuru dan sekarang UMNO dan Pas saling bekerjasama yang membuatkan berlakunya penggabungan undi kedua-dua parti, sepatutnya tiada masalah untuk mereka mencipta kejayaan.

    Malangnya sehingga ini semua itu langsung tidak berlaku. Apa yang berlaku ialah kerjasama UMNO dan Pas itu membuatkan wujud kelompok dalaman daripada parti masing-masing yang saling menjauhkan diri kerana tidak tiada kepercayaan antara satu sama lain.

    Di sebalik pemimpin atasan UMNO dan Pas saling bermesra, bercanda dan sering muncul di pentas yang sama, pengikut bawahan sebenarnya lebih ramai yang meluat dan menyampah dengan sandiwara itu.

    ReplyDelete