Sunday, September 16, 2018

ANJING DENGAN ANJING NAK BERPAKAT MENYALAK, ADA KE KAU ORANG INGAT SERIGALA DI BUKIT NAK KESAH..

Yang nak direbut si anjing  si tulang kosong ..no minerals no calcium no vitamins.

UMNO dah gila talak meroyan mati kutu kalah dan pas masih terpesona dengan angan king maker.

Dari sumber maya,  kedua duanya sudah di angin syurga oleh brader untuk dilamar menjelang subuh  paling koman top² dog kedua dua parti ditawarkan Timbalan Perdana Menteri Bernombor 1 atau 2, pangkat atas sikit pada mat sabu.
( NEXT POST: GENDANG PERANG SUDAH BERBUNYI)

Tupasal top² dog saling berpelukan kerana brader dah bagi syarat,  behave yourself, tupasal dah ada top dog buat pemeriksaan barisan. Apakah akan ada satu lagi Askar Timbalan Setia???
( NEXT POS:  GENDANG PERANG SUDAH BERBUNYI)

UMNO dan PAS sudah wajib BERSATU, dah berbueh mulut dari satu pentas ke satu pentas cerita  pasal nak bekerjasama,
Zahid pun dah bawa gerombolan tebalkan muka menyondol ke Muktamar,  muka pun lebih tunduk tak berani pandang kamera , akhirnya terpaksa rebah di kaki Hadi minta nyawa gara² durjana yang ditinggalkan najib.

Kini bekerjasama bukan satu lagi pilihan,  bukan satu gimmik politik murahan dan jika gagal ia adalah pengkhianatan terhadap Melayu dan Islam. Biar dibantah dan hilang akar umbi asal pemimpin terus dapat hidup.

Ramai yang akan jadi kumpulan pertama sokong jika umno dan pas duduk semeja,  berpakat dalam sebuah perjanjian bertulis atas nama Gagasan Sejahtera.

Jangan tak jadi bersatu,  penyokong dah panas jubur, mana nak letak muka beb, muflis hujah.



7 comments:

  1. Anjing, anjing ingat serigala makan tulang seperti mereka. Mereka tak tahu serigala makan daging bukan tulang.

    ReplyDelete
  2. Bisikan aku lebih baik dari kamu!!!!!haha...tuan dgn anak buah sama je mudah lupa....kahkah

    ReplyDelete
  3. Hashim lobai porsche ibaratkan umno dan pas bagaikan anjing....hahahaha....dah serupa anjing...makin kuat melalak...

    ReplyDelete
  4. Kalo tanam musang king memang untung jangka panjang....perjuangan Pas untungkan pemimpin pas sahaja serupa perjuangan umno...

    Semua dah kaye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas tanam musang king plastik, sampai kiamat pun tak membuahkan hasil.

      Delete
  5. Apabila bersekutunya PAS, UmNo dan 1 lagi pihak yang pada hari ini masih belum kelihatan; 

    Dan apabila wujud pertarungan di antara pasukan Ta-Mim dan pasukan-pasukan bersekutu tersebut yang berebut hak untuk memasuki Seri Perdana sebagai Perdana Menteri; 

    Dan apabila orang-orang yang beriman terbahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan menyokong si Ta-Mim kekal sebagai Perdana Menteri dan satu lagi menyokong orang yang mahu merampas kerusi tersebut melalui pintu belakang. 

    Dan apabila 9+1 lelaki-lelaki yang memakai tengkolok khusus di negara ini buat pertama kalinya berbeza pendapat secara terbuka, separuh menyokong si Ta-Mim kekal sebagai Perdana Menteri di Seri Perdana sedang sebahagian lagi menyokong pasukan yang mencabar. 

    Dan apabila Yang DiPertuan Agong mengisytiharkan darurat disebabkan kekacauan yang dicetuskan oleh pasukan-pasukan yang bersekutu dan mahu berkuasa melalui pintu belakang tersebut; 

    MAKA pasaklah kaki-kaki kamu sekalian dengan kuat di tanah, dan kuatkanlah hati-hati kamu dengan berpegang teguh kepada kebenaran, kerana PERTEMPURAN KLIMAKS itu akan berlaku dan ia akan memberikan kemenangan mutlak kepada pasukan si Ta-Mim sebagai pasukan yang bertempur di atas mama kebenaran. Panji-panji Hitam yang telah dibawa oleh si Ta-Mim selama separuh abad zaman fitnah akan berkibar sebagai tanda Pasukan Panji Hitam telah pun beroleh kemenangan mutlak di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan menentang para pendusta dan ahli-ahli fitnah. 

    Wallahu a'lam.

    Nota. : Kisah di atas hanyalah fiksyen. Bacalah saja untuk hiburan malam cuti.

    ReplyDelete
  6. Serigala tak perku kisah kerana a anjing kurus kering yg menyalak....sekali serigala sergah lari lintang puka laa anjing kurus kering yg tak cukup makan..

    ReplyDelete