Monday, September 24, 2018

APAKAH BENAR ANWAR DAN MAHATHIR SEDANG BERPERANG?

Sebelum menjawab soalan tersebut,  perkara pokok dan utama yang perlu diberitahu bahawa tujuan mengundurkan najib dan menewaskan umno dan pas sudah tercapai. ...

Itu satu kepuasan kerana itu kemenangan rakyat,  suara rakyat yang akan terus memainkan peranan penting selepas ini.

Suara ahli parti tidak cukup untuk memenangkan sesiapa pun.  Jika DAP dan PKR fikir kerusi mereka banyak atas kekuatan mereka, itu belum cukup terjamin akan kekal di PRU atau PRK akan datang. 

Tun atau sesiapa sahaja yang ingin menumpang nama di atas kejayaan ini adalah 2ndary. Anwar boleh claim peranannya,  bagi rakyat does mot matter. 

Setakat ini,  seburuk manapun PH,  umno dan pas tetap ditolak sepenuhnya. Setakat ini belum ada satu sebab pun untuk memberi peluang kepada umno untuk kembali menjadi kerajaan. 

Jika ada pertembungan antara Mahathir Anwar secara tertutup atau secara terbuka,  ia bukan satu masalah besar...teruskanlah. 

Siapapun yang menang akan berhadapan dengan rakyat dan jika Anwar berjaya menjadi PM ia tidaklah semudah pidatonya di pentas. 

Siapa percaya dia akan lebih baik dari Mahathir? 
Siapa percaya Mahathir hanya berserah untuk kalah? 

19 comments:

  1. Ya, mereka sedang berperang. Dua-dua adalah panglima

    Seorang diberi nama Megat putar alam
    Seorang lagi dikenali sbg Megat dua alam.

    ReplyDelete
  2. Malaysia sudah kena tukar sistem pilihanraya seperti amerika dan indonesia...pertandingan secara terus merebut jawatan pm bukan lagi melalui bilangan kerusi...baru kita tahu siapa yg diterima oleh majoriti...

    ReplyDelete
  3. Siapa percaya dia akan lebih baik dari Mahathir?

    Penyokong anwar tak percaya anwar lebih baik dari mahathir?...

    soalan ape yg KD utarakan ni?..

    ReplyDelete
  4. Mahathir pon ade rekod buruk 22 tahun memerintah ...negara kerugian berpuluh billion kerana kelemahan pemantaun dan pentadbiran mahathir...akibatnye biasiswa digantikan dgn pinjaman dan lebuhraya dikenakan tol...kroni dan anak kayer rayer..

    ReplyDelete
  5. Satu kelebihan mahathir untuk kekalkan kuasa dan elak pertandingan perkenalkan 10 undi bonus untuk satu pencalonan...
    Licik..

    ReplyDelete
  6. Both is not better than other. However if all ministers play their rule as per law , PH will get second term on next PRU . This is my dream , and I believed its sharing with majority people's in this country .

    ReplyDelete
  7. Orang-orang yang menyangka PH khususnya Tun M takut dengan kerjasama UmNo-PAS sememangnya syok sendiri dan kuat berangan.

    Demikian juga orang-orang yang menyangka Tun M takut sekiranya DS Anwar masuk ke Parlimen juga adalah orang-orang yang syok sendiri dan kuat berangan.

    Najib Razak, Muhammad Sabu, Zahid Hamidi, Tengku Razaleigh dan bahkan Anwar Ibrahim sendiri kesemua mereka hanya merasai kemanisan menjadi di kalangan pasukan yang menang apabila mereka berada di dalam pasukan yang diketuai oleh Tun M.

    Apabila mereka berada di dalam pasukan yang menentang Tun M, mereka hanya merasai ketewasan.

    Hadi Awang pula tidak pernah berada di dalam satu pasukan dengan Tun M dan lihat sahaja bagaimana dia meroyan apabila menjadikan perbarisan pasukan amal PAS kelihatan menyerupai 'pasukan keselamatan negara yang sah' untuk merasai kemanisan yang telah dirasai oleh Muhammad Sabu apabila menukar pasukan daripada pasukan lawan kepada pasukan Tun M.

    Orang-orang yang mahu menjatuhkan Tun Mahathir dipersilakan untuk cuba melakukannya dan dipersilakan untuk bersekutu sesama sendiri sekiranya mereka menyangka dengan bersekutu mereka akan dapat menumbangkan Tun M dan merentapnya daripada kerusi Perdana Menteri.

    Dengan izin Allah mereka akan tewas. Percubaan mereka hanya akan membawa pertemupuran di antara pasukan yang benar (pasukan Tun M) dengan pasukan-pasukan bathil yang bersekutu ke klimaks.

    Apabila berlakunya PERTEMPURAN KLIMAKS, mereka akan mengalami ketewasan mutlak dan dilenyapkan buat selama-lamanya demi memberi laluan kepada umat ini untuk meninggalkan zaman fitnah.

    Apabila YDPA selalu ketua kepada Raja-raja Melayu mengisytiharkan darurat disebabkan perancangan mereka untuk jatuhkan Tun M, maka bersedialah untuk menghadapi PERTEMPURAN KLIMAKS itu.

    Para pembenci Tun M dipersilakan untuk merancang. Hanya bersaksi sahajalah bahwa John Doe telah pun memberikan nasihat dan peringatan awal kepada mereka sebelum mereka mula merancang untuk membawa pertempuran ini ke klimaks.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka atau tidak kenalah akur ini hujah terbaik..

      Kalau tak setuju berhujahlah juga secara baik...

      Kalau maki hamun, itu sekadar mengesahkan lagi hujah john doe ada kelas tersendiri...

      Delete
    2. Jangan takbur jon doo...manusia semua ade kelemahan dan keburukannye...hanye masa yg akan menunjukkan kelemahanye...

      Delete
    3. ini bukan hujah.. ini ramalan benda yang belum berlaku. ramalan tidak boleh di jadikan hujah.. dari hujah baru boleh buat ramalan.. kat mana hujah jon doe yang terbaik tu ?

      Delete
    4. 854, saya kata hujah terbaik john doe, bukan bermaksud fakta terbaik atau semuanya betul..

      Apapun para 1- 6, analisa yg sangat baik.

      Delete
    5. Tapi sebelum ni ada orang ramalkan BN akan menang 2/3 majoriti. Masa tu boleh pulak jadi hujah.... Ahhhh, mengaku ajelah kau dah kalah. Kikikiki

      Delete
    6. sebab tu aku cakap ramalan tak boleh jadi hujah .. apa bebal ko ni

      Delete
  8. Siapa percaya Mahathir hanya berserah untuk kalah ?

    Tun Mahathir adalah Pejuang....Tun Mahathir berserah untuk Kalah? Ianya tiada dalam kamus Tun Mahathir...

    Pejuang tetap Pejuang....Kalah, Menang adat pertempuran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju 100%.

      Apabila mereka membuatkan YDPA mengisytiharkan darurat dengan niat untuk merentap Tun M daripada kerusi PM, jangan sesekali mereka menyangka Tun M akan berundur diri dan menyerah kalah begitu sahaja.

      Tun M tidak mempunyai sebarang isu pun untuk memulangkan darjah kebesaran Istana Selangor apabila diserang bertubi-tubi isu 'Najib adalah lanun Bugis'.

      Tun M juga tidak gentar dan telah menggunakan kebijakannya mengawal YDPA ke-8. Di dalam kesemua YDPA Malaysia, YDPA ke-8 adalah yang paling keras dan itupun dapat dikawal dengan baik oleh Tun M.

      Semasa Tun M menjadi PM ke-4, ia telah bertindak menghilangkan kekebalan raja-raja daripada proses undang-undang dan menjadikan royal consent sebagai bukan prasyarat kelulusan sesuatu undang-undang.

      Seorang anak raja yang mengutuk Tun M, akhirnya perlu membelanjakan wang yang bukan kecil anak demi untuk memenangi hati rakyatnya sendiri yang marah dengan penghinaannya ke atas Tun M.

      Maka sesiapa yang menyangka Tun M akan mengaku kalah apabila darurat diisytiharkan benar-benar bermimpi.

      Tun M telah pun memberikan petanda sebelum PRU tempohari bahawa sekiranya PH menang dan darurat diisytiharkan untuk mengelakkan dia mengangkat sumpah sebagai PM, dia akan meminta para penyokongnya berarak di jalan raya supaya 'rule of law' diikuti dan ia dilantik menjadi PM.

      Apabila keadaan memerlukan Tun M akan apply apa yang ia sebut dahulu dan in shaa Allah ia dan pasukannya akan muncul sebagai pemenang akhir.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  9. "Setakat ini, seburuk manapun PH, umno dan pas tetap ditolak sepenuhnya."... ayat kau ni salah kd. kalau umno dan pas ditolak sepenuhnya, mana datangnya 54 kerusi umno dan 18 kerusi pas dalam parlimen? pas ada 2 negeri yang dikuasai dan umno juga ada 2 negeri yang dikuasai. kerusi-kerusi umno dan pas tu turun dari langit ke kd?
    siapa yang tidak syak bahawa tun m dan anwar sedang berperang? tun m sendiri cakap bahawa dia setuju anwar bertanding di pd namun tidak akan turun berkempen. sebab apa? ayat itu sendiri sudah membawa maksud 'setuju untuk tidak setuju'. suka yang dipaksa-paksa. anwar bukan bodoh untuk tidak faham gaya bahasa tun m. tinggal lagi terlalu awal untuk memalu gendang perang. gaya bahasa anwar sendiri bahawa secara peribadi dia sudah boleh memaafkan tun m atas apa yang tun m lakukan kepadanya hingga dia ke penjara. namun hujung ayatnya ialah segala kerosakan, penyelewengan, salah guna kuasa dan sebagainya atas nasib dia nantilah. apa makna tu? maknanya antara tun m dan anwar sedang berperang saraf. sembunyi-sembunyi agar rakyat terbanyak tidak tahu. anwar juga bukan tidak perasan bahawa tun m telah memecahkan pkr kepada dua team. satu team adalah pemakan dedak tun m. nak sebut ke? tak payah la sebab ramai dah tahu. so, soalan-soalan kd tak relevan kerana tun m bukan bagus sangat sebab ada rekod 22 tahun yang digelar mahazalim dan mahafiraun, makanya penyokong anwar aka reformasi akan kata bahawa anwar lebih baik daripada tun m. walaupun tun m bukan berserah untuk kalah, tapi anwar lebih suka begitu untuk kepuasan hatinya dapat memalukan tun m di hujung hayatnya.

    ReplyDelete
  10. ABAH KAU
    Asalkan Bukan Abdul Hadi Kaki Ampu UMNO.

    ReplyDelete