Tuesday, September 18, 2018

DALAM SEBOK² UMNO PAS COMOLOT, DIIKUTI ANGAN² PENUBUHAN PAKATAN MALAYSIA PKR+UMNO+PAS RUPANYA TIDAKLAH MEMBERAHIKAN BAGI MUSTAPA..



KENYATAAN MEDIA: PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI AHLI UMNO

1. Semenjak PRU 14 melabuhkan tirai, seperti orang lain juga, saya telah membuat beberapa pemerhatian tentang lanskap politik Malaysia, hala tuju UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta masa depan negara.

2. Berdasarkan kepada beberapa perkembangan mutakhir ini, saya berpandangan bahawa usaha-usaha ke arah memulihkan defisit kepercayaan dan imej parti semakin sukar. Tidak ada tanda-tanda bahawa majoriti rakyat berbilang bangsa dan agama akan kembali meyakini perjuangan parti ini.

3. Untuk menjadi relevan dalam dinamika politik nasional hari ini, UMNO selaku peneraju Barisan Nasional tidak boleh bergantung kepada sokongan orang-orang Melayu dan Bumiputera semata-mata.

4. Secara prinsipnya, pendirian politik saya adalah UMNO harus menjadi sebuah parti yang inklusif, moderat dan berhaluan tengah. UMNO mesti terus memperjuangkan kepentingan Bumiputera dan Islam, namun tanpa sesekali mengenepikan kepentingan kaum dan agama lain. Saya percaya bahawa inilah jalan terbaik dalam kerangka negara Malaysia yang majmuk. 

5. Namun pada pandangan saya, hala tuju yang diambil UMNO pada masa ini tidak lagi selari dengan prinsip politik yang menjadi pegangan saya selama ini dan tidak ada banyak usaha yang meyakinkan bahawa proses rejuvenasi parti telah bermula.

6. Maka atas dasar inilah, setelah bermuhasabah dan memikirkan sedalamnya, saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai ahli UMNO setelah lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti ini.

7. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat dari Jeli, Kelantan dan seluruh negara yang banyak membantu sepanjang saya berkhidmat untuk UMNO, dari kepimpinan parti sehinggalah akar umbi. Insya-Allah saya akan terus menyumbang buah fikiran ke arah membangunkan sebuah negara Malaysia yang terbilang. 

8. Saya mendoakan agar negara kita akan terus aman, makmur dan disegani di peringkat antarabangsa. Semoga lembaran baharu Malaysia ini akan mewujudkan budaya politik lebih matang dan inklusif, di samping meletakkan tadbir urus serta integriti sebagai keutamaan. Sudah tiba masanya semua pihak tanpa mengira fahaman politik dapat mencari satu titik persamaan demi kepentingan rakyat. Kepada Allah SWT jua kita berserah.

Mustapa Mohamed
Ahli Parlimen Jeli
18 September 2018

20 comments:

  1. Tok pa adlh beberapa org shj yg tinggal di dlm umno yg masih dihormati.

    Tidak ada isu, skandal mahu pun kenyataan bangang. Inilah kualiti pemimpin umno yg sebenar yg kian pupus dlm umno.

    Tidak tahu berapa ramai lg yg akan berundur sehingga konco2 najib di dlm umno akan sedar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi dia dulu sama2 bersetongkol dgn.kleptokrat..takder lar bersih sgt pun..skrg dia tersepit..sejukkk..federal dia xleh gi..state pun dia takleh gi...so..nak.selamat...ckp lar.kunun umno tak selari dgn.perjuangan dia..dulu dia boleh pulam selari dgn.kleptokrat tu..

      Delete
    2. Tok Pa cabut memang tepat pada waktunya oleh kerana beliau telah dibukakan hijab untuk tidak bersekongkol dengan Umno Parti Kleptokrasi yang dahsyat di zaman ini.
      Beliau pilih Jalan yang selamat Demi bangsa,agama dan Negara,,Syabas Tok Pa

      Delete
    3. Ada yg masih setia didlm umno ketika itu kerana berpendapat parti lebih besar dari individu.

      Selepas najib berundur umno boleh dipulihkan ke landasan sebenar.
      Tapi malangnya najib masih berkuasa melalui konco2nya.

      Inilah yg diluahkan oleh mas emyarti dan kj sebelum ini. Lps 3 prk xnmpk umno akan sedar apa sebenarnya perjuangan mereka.

      Delete
  2. Apakah idris jusoh bakal mengikut jejak tokpa.. Sama2 kita nantikan

    ReplyDelete
  3. dah biasa hidup senang..semoga berjaya diluar sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..dah biasa hidup senang macam Daim...

      Delete
    2. Yg dh biasa hidup senang tulah yg duk menjilat anwar tiap hari.

      Xde pulak cacai nk menyalak u-turn kali ni?

      Apa ni cai umno buat u-turn?
      Xkn nk bergantung nyawa pada lgbt?
      Mana maruah umno?

      Diperintahkan cacai susun barisan rapat2.
      Proses menjilat ludah dilantai sudah bermula.
      Sapa dpt jilat paling bersih dan licin akan diberi ganjaran paling tinggi.

      Kikikiki

      Delete
  4. Orang Daim tu dulu.... berambosss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai lagi akan keluar. Yang tinggal dalam umno nanti cuma macai dan masa tu dah sesuai sangat dijenamakan sebagai United Macai... Kahkahkah

      Delete
  5. ramai lagi kena berambos.. KJ.. Nazri.. Pun perlu nyah terus... tak payah main silap mata lagi...

    ReplyDelete
  6. Rasa nya.mana yg dah kaya raya melalui UMNO elok lah berambos macam mamak daim dan ramai lagi tanpa UMNO yg bagi kaya raya sampai anak beranak lupa diri..

    ini masa terbaik UMNO di tebranding semula.. yg dah berambos dan merompak segala khazanah dulu.mohon berambosss terus...


    UMNO perlu fresh blood

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ada fresh blood, nanti sedap le lintah macam kau mentekedarah.

      Delete
  7. Alhamdulillah, seorang lagi anak kapal melompat keluar sebelum kapal tersebut karam.

    Bagi yang tak sempat keluar dan bakal tenggelam dalam kapal yang telah karam 'innalillahi wainna ilaihi raji'un'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebagai anak Kelantan Tok Pa sudah tentu telah lama merasai perit getir dikafirkan dan dilayan seperti seorang bakal ahli neraka di negerinya sendiri.

      Apabila UmNo memilih untuk bermesra-mesraan dengan PAS yang mengkafir kan mereka, maka sudah tentu akan ada ahli UmNo terutama dari Kelantan yang akan terkesan dengan keputusan UmNo tersebut.

      Saya pernah menyebut dahulu bahawa apabila UmNo mahu bersekutu dengan PAS, akan wujud sejumlah yang siginfikan dari kedua belah pihak yang akan meninggalkan parti mereka.

      Bukan semua orang PAS boleh terima selama hampir 3 dekad dimomokkan UmNo kafir, kini mahu bersama-sama UmNo pula di atas nama Islam.

      Bukan semua orang UmNo yang selama hampir 3 dekad merasai kepahitan dikafirkan oleh PAS boleh menerima sahaja parti UmNo mahu bersekutu dengan pihak yang pernah mengkafirkan mereka.

      Kesimpulannya ialah kedua-duanya parti ini UmNo dan PAS sedang melalui tempoh-tempoh akhir sebelum kedua-duanya dilenyapkan demi memberi laluan kepada pertukaran zaman daripada zaman fitnah kepada zaman baru.

      Innalillahi wainna ilaihi raji'un

      Delete
    2. biarkan siluncai terjun dengan labu labunya.. biarkan.

      kah kah kah

      Delete
  8. Elok UMNO keluar beramai-ramai dan bubar...tinggalkan PAS seorang jadi pembangkang.

    ReplyDelete
  9. https://sejarahmelayu.blogspot.com/2018/09/kerjasama-pas-umno-100-fakta-kuasa.html?m=1

    ada 100 fakta yg mampu melenyapkan PH setelah yg kaya raya selesa merompak khazanah negara melalui UMNO dulu.

    #bangkitlawanfitnahsyahid

    ReplyDelete
    Replies
    1. 100 fakta
      Kah kah kah..

      100 khayalan yg lebih tepat.
      Kah kah kah..

      Delete
  10. Shabas Tok Pa.better late than never.
    PPBM memerlukan pemimpin yang berkalibar dan berpengalaman dalam bukan sahaja urusan negara, pentadibiran, antarabangsa, perniagaan bahkan yang paling penting, political strategy.
    Tok Pa is the man.
    Dia elok masuk PPBM membantu Mahyiddin yang sakit dan Mukhriz yang terkapai-kapai.
    Harap orang lain yang sebersih Tok Pa, tak pdernah bukak mulut mencaci sebelum dan selepas PRU14 akan meninggalkan umno and masuk PPBM.
    Perjuangan baru bermula - tenggelam atau timbul, masalah yang akan menentukan.
    Jangan cept berputus asa.

    ReplyDelete