Google+ Followers

Thursday, September 13, 2018

............ DAN UMNO TIDAK BERTANDING DI PD

Aku dapat wassap pagi ini. .

1) umno tidak akan bertanding di PD..
2) next isu Anwar lawan Mahathir..
3) Anwar perlu segera sebagai ahli parlimen untuk pendedahan lebih berani di parlimen atas isu² lama..

Seperti John Doe kata,  akan ada pertempuran yang lebih sengit. 

Isu negara isu rakyat belum selesai,  masih lintang pukang,  berterabur tetapi pemimpin nak selesaikan dulu isu politik sesama mereka,  isu tak dapat kerusi,  tak cukup kerusi,  isu politik lama,  dendam lama,  cerita lama, nak selamatkan yang akan berhijrah ke dunia lain.. 

Gajah sama gajah berjuang,  pergi mampus dengan rakyat. 



Jangan lupa klik: http://puteramariam.blogspot.com/2018/09/the-promised-land-cahaya-al-majid-mahu.html?m=1


60 comments:

  1. Betul kd. Masuk sahaja anwar dalam barisan mp kerajaan, pertempuran sengit antara pm dan mp pd akan berlaku. Itu pasal anwar ada sebut, dia tak akan berada dlm kabinet walaupun dia telah menjadi ahli parlimen. Siapa yg faham, fahamlah maksud dia. Dia akan attack pm dari luar, bukan melalui barisan kabinet. Permusuhan politik makan puluhan tahun bukan sebegitu mudah untuk dilupakan. Luka mungkin sembuh namun parut tetap ada. Sementelahan permusuhan itu menyebabkan diri anwar dihumban ke dlm penjara. Tun madey boleh tuding jari kpd najib yg memasukkan anwar ke penjara. Tapi pendedahan terbaru ketua barisan peguam kes najib bahawa tun madeylah yg desak beliau jd pendakwa kes sodomi anwar dulu, menyebabkan parut pecah dan keluar darah. Lebih malang, org yg menolong penuhi hajat tun madey menyumbat anwar ke penjara kini dijadikan mangsa terbaru. Licik sungguh politik tun madey ni. Hrp² anwar bijak mengatur gerak agar lebih licik dpd tun madey. Jgn sampai terperangkap sekali lagi dan terhumban buat kesekian kalinya. Barang perlu diingat, org kata najib pernah pelawa anwar sebelum keputusan rasmi pru14 diisytiharkan. Tawaran itu masih belum ditutup dan mungkin anwar terpaksa terima. Siapalah yg tahu sbb dlm politik ni serba serbi boleh berlaku.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Boleh percaya ke cakap Shafee tu, dia memang pemutar belit professional. Kamu pun mungkin serupa.

      Delete
  2. kan saya dah cadangkan agar sdr saiful bertanding menetant anwar (satu lwn satu)'

    kita lihat siapa yg akan tersungkur. jgn terkejut jika cadangan ini (jika menjadi kenyataan), akan membuka luka lama n seisi keluarga anwar akan turut terpalit.

    minta d simpang. ds wan azizah is a 'good' lady.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yang akan sponsor saiful?

      Jika Saiful bertanding yang parah tentulah anwar najib umno dan pkr?

      Rosak semua perancangan..

      Delete
    2. saya serious dgn cadangan ini. we must find a sponsor fast n saiful is agreeable 2 d suggestion.

      Delete
    3. rahman jpc akn sponsor saiful.

      Delete
    4. Rahman jpc cakap jer lebih...ketua bahagian bersatu yg lemah hingga dipecat..

      Berani ke rahman sponsor sefool dan berani ker sefool tayang muka berkempen..nanti ade pengundi yg mintak bontot sefool sekali kerana sefool penakut dan mudah di sula...rahman kena sponsor ky jelly sekali kerana yg dulu dah habis....amacam rahman? Ade brani?...hihihi..

      Delete
    5. aanon 8:36pm.

      2 pembetulan.

      1. saya tidak d pecat tapi meletak jawatan sungguh pun d rayu olih SUK n Arwah TS Sanusi Junidutk 'stay put'.
      2. saya taida dana. tapi jika satu lwn satu n ada sponsor, maka saya dgn rakan2 rela menjadi pengurus pilihan raya Saiful.

      harap maklum. tk.

      Delete
  3. Terima kasih sdr KD kerana mengulas telahan saya.

    Pada akhirnya Bangsa Mim akan terbahagi kepada dua golongan, golongan pertama adalah orang-orang yang menyokong Ta-Mim, si pemimpin besar bangsa Mim, dan golongan kedua adalah orang-orang yang bersekutu untuk menjatuhkan si Ta-Mim.

    Mereka mengira dengan bersekutu sesama mereka, mereka akhirnya akan berjaya menjatuhkan si Ta-Mim tanpa langsung mengambil kira bahawa manusia merancang sedang Allah juga merancang.

    Pembahagian ini malah akan berlaku di kalangan 9+1 lelaki-lelaki yang memakai tengkolok khusus di Kingdom yang namanya turut bermula dengan huruf Mim ini. Buat pertama kalinya mereka akan tidak sepakat di dalam pendapat dan pemilihan mereka secara terbuka.

    Walaubagaimanapun undang-undang negara menetapkan apabila darurat diisytiharkan hanya ada seorang manusia yang berkuasa penuh untuk membuat keputusan. Orang itu tiada lain adalah Yang DiPertuan Agong sendiri.

    Maka akan bertembunglah pasukan si Ta-Mim ini dengan YDPA untuk meyakinkan si YDPA bahawa si Ta-Mim ini adalah pemimpin yang berhak. Ia bakal menjadi pertembungan di antara karamah dengan daulat.

    Pada masa itulah karamah si PPH akan terbongkar dan mendedahkan identitinya bahawa dialah sebenarnya PPH yang telah dikhabarkan kemunculannya di sebuah negeri di Timur lebih 1400 tahun dahulu.

    Apabila karamah bertembung daulat, maka karamah akan menang. Karamah letaknya hanya satu takah di bawah mukjizat sedang daulat datangnya daripada doa dan bai'ah rakyat. Apabila doa dan bai'ah rakyat itu diingkari maka hilanglah daulat.

    Apabila Panji-panji Hitam telah berkibar itu tandanya karamah pasukan Panji Hitam telah terbongkar dan pasukan ini telah pun menang.

    Berkibarnya Panji-panji Hitam ini adalah khabar nubuwwah. Ia pasti akan berlaku, cuma sama ada telahan saya bagaimana ia akan berlaku itu adalah tepat atau meleset, hanya masa akan membuktikan.

    "Sesungguhnya ahli-ahli pasukan Panji Hitam hati-hati mereka adalah ibarat kepingan besi. Apabila mereka mahu merubah gunung mereka akan berjaya melakukannya."

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di mana kedudukan orang kapir dalam negara, jiran dan luar negara?

      Lobai arab?

      Siapa mereka sokong?

      Delete
    2. kd, mereka alkn sokong Panji Panji Merah.

      Delete
    3. Sdr KD,

      Saya pernah kongsikan telahan saya bahawa Perang Besar akhir zaman bukanlah WW3, tetapi adalah pertembungan di antara sesama Muslim, di antara pasukan yang benar pimpinan Pembawa Panji Hitam yang bergelar Shuaib Bin Soleh At-Tamimi dengan pasukan-pasukan bathil yang bersekutu.

      "Hadith: Ke atas kamu untuk bersama-sama dengan pemuda Tamim". Maka di atas telahan saya bahawa Tun M adalah pemuda Tamim, in shaa Allah saya akan bersama-samanya di dalam perjuangan ini dan mengajak sahabat2 semua agar bersatu di bawah pimpinan Tun M apabila pertempuran klimaks itu semakin hampir.

      Ia bukan perang senjata melainkan perang fikrah. Hadith: "mereka akan membunuh kamu dengan cara pembunuhan yang belum pernah dilakukan oleh kaum-kaum sebelumnya". Maka ia bukanlah perang senjata kerana kesemua perang kaum2 sebelum ini adalah perang senjata.

      Ia adalah perang fikrah untuk menguasai Putrajaya, Bandaraya yang wujudnya terus sebagai sebuah bandaraya (Al-Madinah) dan tidak pernah bertaraf kampung (qaryah), yang namanya sebelum bergelar bandaraya ialah 'Prang Besar'. Kod kepada "Al-Malhamah Al-Kubro" yang bermaksud "Perang Besar" bukanlah kepada kejadian melainkan ia adalah nama tempat di mana kejadian itu bakal berlaku iaitulah di Putrajaya, bandaraya yang dibina oleh si Pemuda Tamim.

      Ia adalah perang yang akan mendedahkan hakikat bahawa karamah itu wujud dan benar, dan bahawa daulat itupun wujud dan benar, dan bahawa karamah itu letaknya di bawah mukjizat dan di atas daulat. Malah ia juga akan mendedahkan karamah yang dimiliki oleh si PPH yang sebelum itu sering dicerca oleh para pendusta, ahli fitnah dan golongan 'ruwaibdhah'.

      Kedudukan orang-orang bukan Islam di mana saja tidak akan berubah. Mereka tetap kekal sebagai orang-orang merdeka dan mempunyai hak masing-masing. Pasukan Panji Hitam tidak diutuskan di tengah-tengah manusia untuk mewujudkan persengketaan di antara Muslimin dengan bukan Muslim, sebaliknya ia adalah pasukan yang mottonya ialah perdamaian, hanya sahaja ia bertujuan mendedahkan dan membongkarkan kebathilan kepada orang-orang beriman yang bingung di dalam menilai kebenaran.

      Nota : ISIS di Syam hari ini adalah Sufyani di dalam hadith kerana mereka 'membunuh orang-orang yang tidak bersalah' di atas nama Islam. Mereka juga telah membaiah khalifah sendiri iaitu Abu Bakar Al-Baghdadi dengan gelaran Khalifah Ibrahim.

      Nota : siapakah lagi yang lebih layak daripada Tun Mahathir untuk menjadi pemimpin pasukan ini, mengambil kira dia adalah pengerusi 'Perdana Global Peace Foundation' yang dengan beraninya mengisytiharkan perang sebagai jenayah selain mendapati dua orang pemimpin kuasa besar zionist dunia sebagai penjenayah perang.

      Apabila panji-panji hitam telah berkibar, sebahagian orang-orang Nasrani dan sebahagian orang-orang Yahudi akan beriman kepada kebenaran Nabi Muhammad saw apabila mereka melihat kebenaran khabar nubuwwah baginda adalah menepati dengan khabar nubuwwah Nabi Daniel a.s., Nabi yang diakui kenabiannya oleh penganut ketiga-tiga agama ini.

      (Bersambung)

      Delete
    4. Jon die dari bani mana?...bukan sebani dgn tun M?...panji2 hitam dah siap?...

      Delete
    5. (Sambungan)

      Di akhir zaman, ia adalah khabar Nabi Daniel yang akan menjadi penyatu di antara orang-orang Muslim yang beriman kepada Nabi Daniel a.s, Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad saw, dengan orang-orang Nasrani yang beriman kepada Nabi Daniel a.s sedang mereka tidak mempercayai Nabi Muhammad saw dan menganggap pula Nabi Isa a.s sebagai sesuatu yang bukan dirinya, dengan orang-orang Yahudi yang beriman kepada Nabi Daniel a.s tetapi tidak mempercayai Nabi Muhammad saw dan menuduh Nabi Isa a.s. sebagai anak zina.

      Nota : Nabi Daniel a.s tidak dimasukkan di dalam senarai 25 rasul disebabkan namanya tidak disebut di dalam AlQuran. Walaubagaimanapun hadith ada menyebut tentangnya. Nabi Muhammad saw pernah bersabda yang mafhumnya ialah "Daniel telah berdoa kepada Allah agar jasadnya dikebumikan oleh seseorang dari umatku. Apabila kamu bertemu jasadnya maka kebumikanlah ia. Tanda ia adalah Daniel ialah cincinnya yang bebentuk singa". Sejarah merekodkan Khalifah Umar al-khattab telah mengembumikan satu jenazah yang menepati ciri-ciri ini, dan dikhabarkan oleh orang-orang kampung berkenaan bahawa 'jasad si mati itu telah berada di rumahnya selama 800 tahun tanpa dapat dikebumikan'.

      Di situlah letaknya rahsia perdamaian di akhir zaman apabila zaman fitnah berubah kepada zaman baru, zaman khilafah manhaj nubuwwah. Ia adalah 'khabar Nabi Daniel a.s' yang akan menyatukan seluruh umat manusia dan menghentikan peperangan.

      Orang-orang bukan Muslim sudah tentu akan memberi bai'ah dan sokongan kepada golongan yang diberi kemenangan di dalam pertempuran tersebut.

      Zaman fitnah hanya akan dapat ditinggalkan apabila "yang bathil itu telah lenyap" dan apabila ahli-ahli fitnah bersemadi bersama-sama zaman fitnah dan tidak dibenarkan melangkah ke zaman baru. Sesal kemudian benar-benar tidak berguna.

      Lobai Arab? Pada masa itu mereka sendiri pun akan tercari-cari orang yang akan dapat menyatukan mereka disebabkan kemangkatan raja penjaga Baitullah telah menyebabkan wujud perebutan takhta di antara 3 anak raja dan seorang pun gagal menguasai yang lain. Mereka sendiri akan berbai'ah kepada pasukan Panji Hitam yang diberikan kemenangan melalui karamah, sebagaimana yang dikhabarkan di dalam hadith.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    6. Jon do pon dari kerala jugak?...naik kapal mana?..

      Delete
    7. AnonymousThursday, September 13, 2018 8:38:00 PM

      Jon die dari bani mana?...bukan sebani dgn tun M?...panji2 hitam dah siap?...

      Jawapan:-

      Sudah berapa kali soalan ini ditanyakan kepada saya. Baiklah, biar saya jawab.

      "Panji Hitam" saya telah pun disiapkan.

      Pada bulan Ramadhan tempohari saya telah pun menempah sepersalinan lengkap baju Melayu berwarna hitam seperti pakaian ayahanda Tun Mahathir semasa mengangkat sumpah jawatan PM.

      Saya bercadang untuk menempah sesalinan lagi.

      Untuk apakah pakaian ini? Kerana telahan saya ialah, inilah pakaian anggota-anggota tentera panji hitam kelak apabila mengiringi ketuanya di dalam perarakan berkenaan.

      Apabila Tun Mahathir menyeru anak-anak bangsa mengiringinya untuk memasuki Seri Perdana yang menjadi rebutan dua pihak yang bertelagah, saya mungkin akan terlibat, sekiranya mendapat redho dan izin dari orang tua saya.

      Saya tidak menjadikan firasat peribadi sebagai hujah, tetapi itu tidak bermakna hujahan saya tidak berpandukan firasat.

      Teruskan memperolok-olok kerana ia akan menjadikan proses melenyapkan kebathilan itu lebih mudah.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    8. Jon do...nabi bukan mesti rasul.. ..rasul mesti nabi..

      Delete
    9. Sdr anon 2:23,

      Terima kasih kerana info. Walaubagaimanapun itu bukanlah maksud saya apabila menceritakan alasan Nabi Daniel a.s tidak disenaraikan di dalam 25 Nabi dan Rasul yang wajib diimani.

      Apabila saya berkata nama Nabi Daniel a.s tidak disenaraikan di dalam senarai 25 rasul, ia bukan disebabkan ia seorang Nabi yang bukan seorang rasul tetapi disebabkan namanya tiada di dalam AlQuran. Kesemua 25 Nabi dan Rasul yang wajib diimani nama mereka disebut secara jelas di dalam AlQuran. Mutawatir adalah syaratnya.

      Daripada hadith Nabi Muhammad saw, keterangannya ialah Nabi Daniel a.s adalah seorang Nabi dan seorang Rasul. Baginda adalah seorang yang istimewa kerana namanya disebut di dalam hadith tetapi tidak disebut di dalam AlQuran. Sifat mutawatir ayat-ayat AlQuran dijamin oleh ayat 9 surah Al-Hijr sedang di dalam hadith tiada jaminan kesahihan apatah lagi kemutawatirannya. Disebabkan itulah nama Nabi Daniel tiada di dalam senarai 25 Nabi dan Rasul.

      Memandangkan sebutan di dalam hadith tidak bersifat mutawatir seperti AlQuran, maka nama Nabi Daniel a.s tidak disenaraikan di dalam senarai 25 Nabi dan Rasul yang wajib diimani.

      Selain itu ada juga para Nabi mahupun Rasul yang lain yang disebut kewujudan mereka di dalam AlQuran sedang nama mereka tidak disebut. Contohnya ialah pada ayat 246-247 surah Al-Baqarah. Apabila ayat ini dirujuk silang dengan sumber Israiliyat, ia adalah Nabi Samuel. Walaubagaimanapun Nabi Samuel tidak disenaraikan di dalam senarai 25 Nabi dan Rasul yang wajib diimani disebabkan nama ini tidak disebut di dalam AlQuran.

      Begitu juga kisah 3 orang Rasul yang disebut di dalam ayat 14 surah Yasin. Nama-nama mereka tidak dikhabarkan walaupun kewujudan mereka adalah sabit secara mutawatir. Maka nama mereka juga tiada di dalam senarai 25 Nabi dan Rasul yang wajib diimani.

      Begitu juga dengan nama Uzair yang disebut secara jelas di dalam AlQuran pada ayat 30 surah At-Taubah. Menurut sumber Israiliyat, Uzair adalah seorang Nabi dan Rasul. Kristian dan Yahudi juga mengakuinya. Walaubagaimanapun nama Uzair juga tidak dimasukkan di dalam senarai 25 Rasul dan Nabi disebabkan AlQuran hanya menyebut namanya tetapi tidak menyebutnya sebagai seorang Rasul mahupun seorang Nabi.

      Kesimpulannya ialah kesemua 25 Nabi dan Rasul yang wajib diimani adalah disebabkan mereka disebut secara jelas di dalam AlQuran sebagai Nabi dan Rasul.

      Selain daripada 25 orang ini, kita boleh percaya mahupun tidak kerana khabarnya tidak bersifat mutawatir.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  4. fight never seen in history

    A PROVEN EX CONVICTED SODOMITE AGAINST A 93 YEAR OLD MAN WHO HAD OUSTED BN...

    Interesting...stay tune

    ReplyDelete
    Replies


    1. Let me share something..

      I know a lot of people are saying Datuk Seri Anwar is greedy and power crazy and there is no doubt a lot think that is true based on the many feedbacks on social media groups that he making a come back in such a way is proof of it.

      But I have a different perspective. My thinking is, if Tun M at 93 suddenly is incapable to lead this country or touch wood, passes away.

      There's no one I know actually who has the will and charisma as Tun M to keep all the PH parties together besides Anwar.

      I don't see it in Azmin (not yet anyway) neither do I see it in Rafizi after all his outburst seen since May 2018. And not in Mukriz and impossible despite all his skills for Guan Eng.

      Not only does the person taking over Tun M has to have that significant role to hold intact together PH parties, but he has to have that power too and the pull to make sure government servants toe the line and not switch sides to help UMNO return.

      Despite Tun M being in charge, we currently have sabotages and department heads not following directives, and many a Civil servant who feels that working for PH is not working for them (especially those who survives on corruption or under table).

      If there is no strong leader in charge, racist extremist groups clamouring for UMNO to return may cause chaos along racial lines and without a capable PM, PDRM or the army may even switch sides in the guise to ensure peace and stability. All this could be a potential reality in the event they exploit a weak PM as an excuse to take back what they lost.

      The Royalties though initially unhappy are seen to have accepted Tun M as PM for now. If there's no Tun M nor Datuk Seri Anwar, then who can take charge while ensuring everything doesn't collapse?

      I for one, DO NOT want BN to return. Not so soon anyway, maybe a decade or two, but definitely not with their current set of leaders and current mindset.

      In the long run, we can have better leaders, even Nurul Izzah could be the first female Prime Minister but in this short trasition period from BN to PH, I cannot see anyone else capable to lead besides Tun M or DSAI.

      Nobody has the skill required, the cunningness, the will power, the leadership qualities, the respect or to strike fear in the enemy after Tun M except DSAI.

      Like it or not, I would prefer DSAI to be the next PM rather than letting PH implode and fall and break up under a weaker PM, undermined by internal and external forces, non co-operation by government heads of departments working in cahoots with their ex UMNO masters.

      We can be like the proverbial ostrich ignoring all this signs and possibilities and think that all this can be tackled easily no matter who is the next PM, but in reality we cannot ignore that the enemy who has lost everything and in their desperation to regain what they lost may succumb to the dirtiest of trickery to be back. After all this is politics.

      Delete
    2. Upon reading the above posting by KD, I am scared.
      I have been scared for a very, very long time becuase I know our dependence on Tun M is so fergile - What if he is no longer around...........????
      He is already 93 and next year 94.
      Who is going to replace him with his charismatic and will power.....?
      Are U sure it is ANWAR IBRAHIM......?????
      He has not done anything to make me feel safe.
      I am scared - out of the fying pan into the pot!

      Delete
    3. Setuju dgn pemikiran KD ..Aku jugak bimbang siapa tahu jika tun dijemput pulang dlm tempoh 1 tahun ni ato tiba2 jatuh sakit ( tun sudah ade kes jantung bila2 masa boleh berulang) siapa yg sesuai untuk lead malaysia yg berbilang kaum?...lagi haru dari spekulasi perang tun dgn anwar..

      Melayu yg akan terumbang ambing...

      Pemikiran melayu rata2 masih terkebelakang...tiada persediaan untuk menghadapi kemungkinan yg boleh berlaku....

      Delete
    4. Pemimpin2 pelapis yg ada dlm parti2 PH blm menampakkan kewibawan mampu menyerap tekanan dan boleh meredakan ketegangan...mereka perlukan masa untuk belajar dari pemimpin senior...

      Tak usah sebut umno dan pas..lobai pas paling tak boleh diharap...banyak dalilnye boleh dikluarkan oleh lobai pas untuk menghalalkan tindakan mereka...

      Delete
    5. KD
      Sy faham apa yg u cuba sampaikan. Bila Tun bercakap dan beri pendapat, ianya jelas, kita terus faham dan tahu apa yg Tun akan buat selepas itu. Maaf, benda ni tiada pada DSAI. Dia cakap lain, dia buat lain. We want a more sincere person to replace Tun.

      Delete
    6. Cuba beri bukti anwar cakap lain buat lain..jangan nak buat fitnah plak..

      Delete
    7. Cik minah kena semayang hajat banyak2 mintak tun jangan mati selama2 nye...

      Seblm tun jadi pm dah ramai pm...okey jeer...masing2 ade kelebihan kekurangan...pm seblm tun tak ade minyak...kalo tun pm pertama tun pon tak boleh buat mcm2....harapkan getah dan timah...

      Delete
    8. Cik minah sayang ...aku setuju ..tun m pm terbaik...terbaik dikalangan yg teruk2.... Berpuluh billion wang negara lesap kerugian pernigaan dibawah pentadbiran tun....puluhan bilion hilang biasiswa dihapuskan dan digantikan dgn pinjaman yg berbunga...anehnye anak2 tun dan kroni2 kayer rayer...pikir2 kan lah..anak tg rahman dan husin ong ade bukti dah kayer rayer?...billinaire?...

      Delete
  5. KD

    what????? a convicted sodomite albeit pardoned as PM?.....no way bro

    ReplyDelete
  6. anwar not prone 2 corruption? i m nt so sure abt that.

    i wil give my full support 2 his leadership if he 'swears' that he is not bisexual n his statement is being supported by yab tun m ,yab ds wan azizah n yg nurul.

    ada berani? over 2 u sdr saiful !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sefool perlu rahman jpc bagi semangat untuk pulihkan dari sindrom ketakutan...

      Bapak sefool pernah ngaku jubo sefool dipergunakan oleh najib untuk penjarakan anwar...najib yakin anwar boleh tumbangkan dia ...najib tak sangka tun bersatu dgn anwar..

      Delete

    2. NASIONAL
      Bapa Saiful: Anak saya diperguna untuk jatuhkan Anwar

      JAMILAH HAMZAH
      8 MAC 2013
      Bapa Saiful: Anak saya diperguna untuk jatuhkan Anwar

      Bapa Saiful, Azlan membacakan kenyataan pada sidang media yang diadakan. - Foto ihsan The Malaysian Insider
      A- A+ (Ubah saiz teks)
      [DIKEMAS KINI]

      KUALA LUMPUR - Dilihat sebagai perkembangan terbaru yang akan memanaskan lagi politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, hari ini mendakwa anaknya itu dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu tidak bertanggungjawab - mendalangi kes liwat kedua melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

      "Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

      "Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya," kata beliau pada sidang media di sini pagi tadi.

      Beliau juga berkata, perkara itu adalah konspirasi jahat untuk mengheret Anwar, yang dibebaskan daripada tuduhan meliwat 9 Januari 2012, ke penjara buat kali kedua.

      "Saya percaya anak saya telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka, percakapan yang dibuat pada media juga telah diatur dan dirancang (pegawai khas pemimpin kanan negara).

      "Saya hanya baca skrip tersebut disebabkan perasaan sayang saya kepada anak (Saiful), namun setelah lama saya berasa bersalah dan tak tenang.

      "Ini adalah konspirasi politik jahat yang diatur untuk menjatuhkan dan mengheret kembali Anwar ke penjara," katanya.

      Mengulas lanjut, kata beliau, kenyataan yang dibacakan oleh mereka kepada media sebelum ini telah dirancang dan didalangi oleh pegawai khas pemimpin kanan negara dan seorang peguam.

      "Saya percaya anak saya telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka, percakapan yang dibuat pada media juga telah diatur dan dirancang.

      "Saya hanya baca skrip tersebut disebabkan perasaan sayang saya kepada anak (Saiful), namun setelah lama saya berasa bersalah dan tak tenang.

      "Ini adalah konspirasi politik jahat yang diatur untuk menjatuhkan dan mengheret kembali Anwar ke penjara," katanya.

      Pada pertemuan hari ini, pemberita telah dibawa oleh seorang Ahli Parlimen dengan menaiki pacuan empat roda untuk bertemu dengan Azlan di sebuah kawasan perumahan dekat sini sekitar jam 11.30 pagi tadi.

      Delete
    3. Rahman bawak sefool aku bayar dan bawak bapak sefool...bagi hadiah ky jelly kpd pengundi2 india yg jantan badan besar...sefool bukan dara lagi.. . hihihi...telah ditebuk tupai anwar..Nak tengok mcm mana sefool kempen...mungkin cabut lari?..Hahahahaha...amacam rahman dan anom omputih sesat?...

      Delete
    4. Seorng bapa akan buat apa saja utk keselamatan anak. Pada awalnya kenapa bapa dia menyokong tindakan saiful. Nyawa saiful terancam sebab tu bapa dia terpaksa. Statement tu pun cantik sangat karangan dari lawyer.

      Cuba baca kenyataan sukma. Sangat terperinci masa dan dimana dia diliwat sampai hakim percaya kejadian liwat tu berlaku.

      Ingat lagi tak driver wan azizah yg pertama sekali dedahkan kejadian liwat berlaku. Sebelum dia mati kemalangan, dia beberapa kali beritahu nyawa dia dalam bahaya.

      Apa pun ramai rakya percaya kejadian liwat ini berlaku. Yg terbaik untuk anwar sekarang ialah jadi penasihat negara mcm daim.

      Delete
    5. Negara ini dikuasai gengster?...polis takut?...biar logik laa sikit bagi alasan..

      Ini perkara bukan boleh main2 bro....tak ade saper ancam sefool...perogol pon tak usik sefool..

      Delete
    6. Sukma dituduh meliwat -- Mior, Azmin didakwa memberi keterangan palsu dalam kes Anwar

      MOHAMED Azmin Ali (kiri), Mior Abdul Razak Yahya dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam bagi menghadapi pertuduhan masing-masing. - Gambar ZULAZHAR SHEBLEE.

      KUALA LUMPUR 23 April - Tiga kenalan Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Mohamed Azmin Ali dan Mior Abdul Razak Yahya, hari ini masing-masing dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memberi kenyataan palsu, dan seorang daripada mereka kerana tuduhan liwat melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

      Sukma, 38, seorang ahli perniagaan yang juga adik angkat Anwar dan pernah mengaku bersalah diliwat oleh abang angkatnya itu, hari ini menghadapi dua tuduhan iaitu bersubahat dengan Anwar melakukan perbuatan liwat dan turut meliwat bekas pemandu, Azizan Abu Bakar.

      Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan lebih kurang pukul 7.45 malam, dalam bulan Mei 1992 di Unit No. 10-7-2, Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar di sini.

      Sukma mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan liwat itu.

      Bagaimanapun, Hakim Mohd. Zaki Abdul Wahab memerintahkan kedua-dua kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi dan tarikhnya belum ditetapkan.



      Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0424&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka%5FHadapan&pg=fp_01.htm#ixzz5R5eSmClq
      © Utusan Melayu (M) Bhd

      Delete
    7. ramai lagi yang dipaksa mengaku diliwat Anwar..

      Naib Presiden PKR, Azmin Ali, dalam ceramah di Padang Majlis Daerah Machang malam tadi mendedahkan dirinya juga pernah diugut polis supaya mengaku pernah diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditahan pada 16 September 1998.

      “Pegawai polis meminta saya menandatangani surat mengakui diliwat. Saya diugut akan ditahan di bawah ISA selama 20 tahun kalau tidak mahu menurut kehendak mereka,” kata Azmin.

      Azmin, Dr Munawar dan Sukma Dharmawan adalah antara mereka yang dipaksa mengaku diliwat Anwar dalam drama Liwat I pada era reformasi dahulu. Selain dari itu, seorang pemandu limousin kulit hitam dari Amerika juga pernah disogok sejumlah wang oleh seorang pegawai Malaysia supaya mengaku dia diliwat oleh Anwar ketika Anwar berkunjung ke Amerika. Tetapi pemandu limousin itu, seperti Azmin Dr Munawar dan Sukma menolak membuat pengakuan diliwat yang jelas semata-mata bagi mengaibkan bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut.

      Sebab itulah bila drama Liwat II dipentaskan oleh Mahkamah baru-baru ini, ramai yang tidak percaya, sebab ia adalah sambungan drama Liwat I dengan plotnya yang hampir serupa.

      Sebenarnya bukan saja Azmin, Dr Munawar, Sukma Dharmawan dan lelaki pemandu limousin Amerika itu sahaja yang pernah dipaksa mengaku diliwat Anwar semasa era reformasi dahulu. Saya rasa senarainya lebih panjang, cuma tidak ramai yang ingin mengakuinya, mungkin atas sebab maruah. Antara yang pernah dipaksa mengaku diliwat ialah seorang anggota pangkat rendah di Kementerian Kewangan bernama Mr I (bukan nama sebenar).

      Delete
    8. Arkib Perbicaraan Anwar Ibrahim vs Pendakwaraya Tahun 1998

      Tuesday, June 3, 2008
      PENDAKWAAN - 2
      ARKIB : 15/06/1999
      Karpal persoal sebab Azizan tidak didakwa
      KUALA LUMPUR 14 Jun - Peguam Karpal Singh mempersoalkan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini kenapa Azizan Abu Bakar tidak didakwa atas tuduhan memberikan kenyataan bohong ketika dia menyatakan tidak diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1992.

      Karpal berkata, bekas pemandu Datin Seri Dr. Wan Azizah itu terlepas daripada tindakan itu dan dia merupakan orang yang digunakan untuk tuduhan ke atas Anwar di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

      Perkara ini seharusnya dipandang serius oleh Peguam Negara, katanya.

      Beliau mengatakan demikian dalam hujahnya ketika mengemukakan usul bekas Timbalan Perdana Menteri itu untuk membatalkan prosiding perbicaraannya kerana tidak bersetuju dengan tindakan pendakwa yang ingin meminda pertuduhan terhadap Anwar bagi kali kedua berhubung dakwaan meliwat Azizan.

      Anwar dibicarakan bersama-sama adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, yang menghadapi dua tuduhan bersubahat dengan Anwar dan meliwat Azizan.

      Karpal selaku peguam bela Sukma membentangkan hujah itu yang turut diterima pakai oleh peguam bela Anwar.

      Sebelum itu, Karpal berhujah pendakwa meminda pertuduhan pada kali pertama atas alasan tersilap taip dalam pertuduhan Anwar

      Delete
  7. Kd, jika raja tidor yg x cerdik paklah pun bolih pimpin negara dan xde kacau bilau pun. Begitu juga bapak pd hishamudin dulu, adakah bahaya besar jika azmin atau mukhriz yg mampu belajar lebih jauh lagi bakal teraju negara. Pd saya mad sabu lebih layak kerana sikap telusnya yg sgt terselah. Tolak pentaksub nuar, sapa yg betul2 percaya dgn lgbt ini. Hari ini lain, besok lain. Sama aje dgn lobai sotong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat sabu layak bila dah tak ade yg layak...mat sabu pandai masak...dia kena tunjukkan dulu ade uumph jadi menteri askar...

      Delete
  8. SULAT KABAAR LAAMA...

    SULAT KABAAR LAAMA

    ReplyDelete
  9. Dr Mahathir can’t get rid of me, says Najib

    this was aid by najib in 2017

    if anwar says his detractors cannot get rid of him in coming PD by election... anwar rafizi macai kapar mp nurul azizah...be careful......

    ReplyDelete
  10. Bkn pentaksub anwar atau siapa yg layak ganti tun.

    Terima la apa perancangan allah spt proses nk bwa anwar kembali ke parlimen ..apa yg susah nk atur perkara yg belum berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Allah ade perancangan...Allah suruh manusia berusaha...Allah tak ubah nasib manusia tanpa usaha...

      Delete
  11. Apabila Ambiga berkata, sepatutnya Wan Azizah atau pun Nurul yang lepaskan kerusi untuk Anwar, maka tidaklah berlaku NEPOTISME di dalam kerajaan HARAPAN. Bangkitlah otai-otai reformasi menjerit. Kata mereka, mengapa mesti Wan Azizah atua Nurul, MEREKA DIPILIH OLEH RAKAYAT jadi
    tak timbul kerajaan NEPOTISME atau mereka perlu letak jawatan untuk Anwar!
    HAHAHAHAHA.
    Adakah Danyal Balagopal Abdullah dilantik untuk jadi MP PD..............?????
    Bukankah pejuang-pejuang REFORMASI yang mula-mula mempopularkan perkataan NEPOTISME dan KRONISME...???
    Bila kena batang hidung sendiri, terus takpa kerana mereka PILIHAN RAKAYAT!!!
    KAHKAHKAHKAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menjadi mp bukan jawatan yg di lantik oleh pihak yg berkuasa dlm kerajaan....mp melaui pertandingan piliharaya....tidak kena langsung dgn pengertian nepotisne..

      Delete
    2. Balagopal bertanding dan menang dlm pru daa....tak main lantik2 ni..

      Delete
  12. Tak perlu berbalah
    Tak perlu kecoh-kecoh
    Lantik je mintiri paria berak atas rel keretapi jd pirdana mintiri. Mereka kan penduduk asal ini nigara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko skodeng mentri berak?..tak de jerja lain...busuk ko..

      Delete
  13. Klau pengundi cina swing kt pd atau saje jer tk ngundi kt pd anwar bungkus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkataan kalu tak main dah dlm..pilihanraya..

      Delete
  14. Umno dah hilang kuasa...tak boleh pakai jentera kerajaan lagi...tv3 dan utusan kena berhati2 nak sebar fitnah anti kerajaan...akta anti berita palsu blm boleh mansuh...mvm mana mau lawan kerajaan?...

    ReplyDelete
  15. Aku rasa pengundi cina menyampah tengok gelagat pkr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko pakai rasa aje?...lebih syok rasa amoi..haiyya lu malayu manyak bodooh maa...

      Delete
  16. Dr M sokong kempen Anwar di PD
    Mohamad Fadli
    - September 14,
    2018 8:59 PM

    PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyokong kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Port Dickson nanti, yang jika berjaya akan menyaksikan perdana menteri menanti itu kembali ke Parlimen.

    Perdana menteri juga mengesahkan bakal presiden PKR itu memaklumkan rancangannya untuk bertanding di Port Dickson.

    “Ya betul dia ada huhungi saya sewaktu dia di Hong Kong.

    “Biasanya saya beritahu Anwar saya tidak akan pergi dan berkempen. Tetapi saya akan sokong kempennya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PPBM di Yayasan Selangor

    ReplyDelete
  17. Dr M sokong kempen Anwar di PD

    Mohamad Fadli -
    September 14, 2018 8:59 PM
    161
    Shares
    PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyokong kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Port Dickson nanti, yang jika berjaya akan menyaksikan perdana menteri menanti itu kembali ke Parlimen.

    Perdana menteri juga mengesahkan bakal presiden PKR itu memaklumkan rancangannya untuk bertanding di Port Dickson.

    “Ya betul dia ada huhungi saya sewaktu dia di Hong Kong.

    “Biasanya saya beritahu Anwar saya tidak akan pergi dan berkempen. Tetapi saya akan sokong kempennya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PPBM di Yayasan Selangor

    ReplyDelete
  18. Tun dah sokong...jangan banyak songeh lagi...jadi bertambah bodooh..

    ReplyDelete
  19. Sebok benar di copy paste cerita lama anwar?
    Konspirasi boleh berlaku setakat dua tiga orang..
    Takkanlah seluruh anggota polis, doktor, makmal, mahkamah, hakim,
    doktor boleh dibeli, bersatu hati buat konspirasi?

    Telah dipersepsi, telah dibuktikan di mahkamah...
    Dihukum..
    Ending diampunkan..
    Sejarah tertulis dan tidak mungkin boleh dipadam kronologinya.. Let it be

    Move on..

    ReplyDelete
  20. Hari yang baik,
    Nama saya Marcu Dorlca, saya berasal dari Romania. Saya ingin memberi keterangan mengenai peminjam yang baik yang menunjukkan saya cahaya selepas dia ditipu oleh dua peminjam antarabangsa yang berlainan di Internet, semuanya berjanji untuk memberi saya pinjaman selepas mereka membuat saya membayar banyak cukai dan mereka tidak memberi saya apa-apa dan tidak mempunyai sebarang keputusan yang positif. Saya telah kehilangan wang yang saya hasilkan dan jumlah itu (3,000 euro). Suatu hari saya melayari internet yang kelihatan keliru dan frustrasi, maka saya mendapat kesaksian dari seorang wanita yang juga ditipu dan akhirnya terikat dengan kredit yang sah dan boleh dipercayai Puan Alicia Radu (aliciaradu260@gmail.com) di mana dia akhirnya mengambil pinjaman, jadi saya memutuskan untuk menghubungi syarikat pinjaman yang sama dan kemudian saya memberitahu mereka tentang bagaimana saya telah dirompak oleh dua pemiutang yang berbeza yang tidak Lebih daripada memberi saya lebih banyak kesakitan. Saya menerangkan kepada mereka melalui e-mel. Mereka memberitahu saya untuk berhenti menangis kerana saya akan mengambil pinjaman saya dari syarikat mereka dan juga membuat pilihan yang tepat dengan menghubungi mereka. Saya telah menyelesaikan borang pinjaman dan saya telah melakukan semua yang saya telah diminta dan saya telah diberi pinjaman sebanyak 25,000.00 € oleh syarikat besar ini. Di sini saya gembira dengan keluarga saya hari ini kerana ibu Alicia Radu memberi saya pinjaman, maka saya bersumpah kepada diri saya sendiri bahawa saya akan terus memberi keterangan di internet tentang bagaimana saya menerima pinjaman saya. Saya fikir orang lain juga menjadi saksi dan pemiutang yang sama. Adakah anda memerlukan pinjaman kecemasan? Mohon dan cepat hubungi ibu dengan e-mel: (aliciaradu260@gmail.com)
    Anda masih boleh menghubungi saya jika anda memerlukan maklumat lanjut melalui e-mel: (marcudorlca750@gmail.com)

    ReplyDelete