Wednesday, September 26, 2018

JANGAN TERTIPU.. PENCURI DI MANA MANA

Kes Kecoh :

BERHATI2 DENGAN LOAN AEON CREDIT..!!

kisah hr ini

Balik kg jumpa parents. Abah mengeluh bila akaun Bsn miliknya, hasil jadi guru kafa bertahun2 tetiba kosong. Padahal beliau tidak pernah mengeluarkan duit dr akaun tersebut, kerana itu simpananya utk pergi haji dan umrah.  Bila pergi tanya di bsn, rupa2nya dipotong oleh AEON CREDIT secara auto debit.

Kisahnya bermula bila abah beli motosikal skuter utk kegunaan mak pada tahun 2013.
Harga motosikal = rm5760
Deposit = rm1150
Pembiayaan AEON = RM4610
Ansuran bulanan rm = 167 selama 36 bulan (3 tahun)
Jumlah keuntungan AEON = RM1402
Keseluruhan jumlah perlu dibayar kepada AEON = RM6012

 Abah diberitahu bahawa beliau perlu membayar di wakil kutipan AEON di SenHeng bandar Tanah Merah. Abah diingatkat utk membayar sebelum 2hb setiap bulan. Jika tiada bayaran diterima sehingga 2hb, AEON CREDIT akan terus memotong secara autodebit dr akaunnya. Oleh kerana bayaran gaji guru kafa aialah di antara 15hb - 22hb, maka abah x pernah lewat membayar walaupun sehingga 30hb.

Kini menjelang April 2016, tetiba abah menerima panggilan talifon dr AEON mengatakan beliau perlu membuat pembayaran tertentu kerana pihak AEON tidak dapat membuat pemotongan dr akaunnya. Abah yg kebingungan hanya menuruti arahan dr pihak AEON utk terus membuat pembayaran di SenHeng.

Sampai satu masa abah menerima sms mengatakan motosikal akan ditarik kerana pihak AEON tidak dapat membuat pemotongan dr akaunnya. Padahal abah tidak pernah gagal utk membuat pembayaran setiap bulan tanpa gagal. Abah yang kebingungan pergi ke BSN dan barulah beliau sedar yg semua simpanannya telah habis kosong. Beliau diberitahu oleh pihak bank bahawa simpanannya dipotong secara autodebit setiap bulan oleh AEON.

MAKNANYA, AEON CREDIT MENGAMBIL PEMBAYARAN DR ABAH MELALUI SENHENG DAN PADA MASA YANG SAMA MENCURI DR AKAUNNYA SETIAP BULAN.!!!

PEMBAYARAN DI SENHENG SELAMA 3 TAHUN
RM167 X 12 Bulan X 3 tahun = RM6012

JUMLAH DICURI DR AKAUN SELAMA 3 TAHUN
RM168 X 12bulan × 3tahun = RM6048

JUMLAH BAYARAN KEPADA AEON TERMASUK YG DICURI = RM12,060..!!!

Hari ini sy membawa abah dan mak ke Manal motor & SenHeng Tanah Merah utk mendapatkan penjelasan.

Kedua2 wakil AEON ini mengakui bahawa memang pernah berlaku kes seperti ini. Seolah2 ini adalah perkara biasa bg mereka.

Sy bertanya, jika org kampung kurang pendidikan, x sedar perkara ini maka duitnya hanguslah?
Jawapannya YA!!

Jadi berhati2lah dgn AEON CREDIT ni. Kalau ada mak ayah dikampung atau adik beradik yg buat pinjaman, rajin2lah tanyakan kabar. Mereka ini akan mengambil kesempatan mengaut keuntungan dr org2 kampung yang kurang faham sistem jahat mereka ini.

Kami Menuntut wang kembali adalah satu hal. Tapi bagaimana pula dengan org2 lain yg x sedar mereka ditipu?

Tlg share ramai2 supaya tiada lg yg tertipu dgn AEON CREDIT ni.

#janganTertipu
Cnp

6 comments:

  1. Mohon izin sdr KD untuk keluar tajuk dan buat sedikit iklan.

    Saya menyokong penuh sdr Norizan bin Abdul Majid (blogger Cahaya Al-Majid) menentang DSAI di PD dan telah membuat sedikit sumbangan peribadi untuk kos pertandingan.

    Saya memohon kepada sahabat-sahabat lain yang turut mempunyai pendirian yang sama dengan kami supaya turut menyumbang kepadanya.

    Saya kopipes komen saya di blog beliau. Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi blog Cahaya Al-Majid.

    Kategori : para penyokong kerajaan PH tetapi tidak menyokong DS Anwar sebagai PM. Ini kan pemilihan demokrasi dan kita semua berhak bersuara dan menyatakan pendapat masing-masing. Walau apa sahaja perjanjian di antara Tun M dan DS Anwar, ia tidak mengikat rakyat di dalam sistem demokrasi.


    -------------

    john doe26 September 2018 at 17:22

    Assalamualaikum kekanda Al-Majid, 

    Saya dah masukkan 1000 pada jam 9:04 pm semalam ke akaun BSN. Semoga ia dapat membantu meringankan beban kos perjuangan ini. 

    Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak sahabat-sahabat lain yang berpendirian yang sama seperti saya dan sdr Al-Majid untuk turut sama membantu mengikut kemampuan terutama bagi mereka yang memang memiliki wang simpanan yang disimpan di dalam ASB atau FD, Tabung Haji dan sebagainya yang memang merupakan 'lebihan' dan disimpan untuk tujuan 'pulangan'. Saya tidak memiliki sebarang wang simpanan di dalam kategori ini. 

    Saya sebutkan di sini supaya boleh menjadi dorongan buat sahabat-sahabat lain untuk turut sama menyumbang di dalam perjuangan ini, in shaa Allah. Ia sama sekali tidak akan menyamai pengorbanan sdr Al-Majid yang terjun ke medan tempur.

    Semoga beroleh rahmat dari Allah, Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak bertanding tak berduit...baik diam aje...

      Delete
    2. Nak bertanding minta derma..baik tido aje...

      Delete
    3. john doe boleh minta duit derma kat pembawa panji hitam.

      Delete
  2. Repot polis...ini fungsi kementerian main peranan cegah sebarang bentuk unsur menyusahkan orang ramai dgn mengambil tindakan yg sewajar...

    ReplyDelete
  3. Tak faham laa cerita orang ni.

    1) Kenapa marah kepada AEON Credit? Ikut jalan cerita, seperti wakil kutipan AEON di Senheng yang tidak bayar wang kepada AEON Credit, tak begitu?

    2) Kenapa selama bertahun2, si ayah (yg merupakan seorang guru/ustaz) tidak pernah minta resit sebagai bukti dia telah membuat pembayaran?

    3) Kenapa si anak tak pergi report polis kalau betul AEON Credit dah ambik duit pelanggan secara tidak sah?

    4) Kenapa si ayah/anak tak pergi tanyakan hal ini kepada wakil AEON di Senheng?


    Macam tak kena ajer jalan cerita penulis (si anak ni)....

    ReplyDelete