Monday, September 24, 2018

JASA BELUM CUKUP, TAPI GELOJOH BEREBUT JAWATAN YANG LEBIH..

Di dalam satu upacara rasmi dimana bila bendera negara Indonesia dinaikkan talinya telah tersangkut - seorang budak telah tampil kedepan dan terus panjat tiang bendera bagi cuba baiki tali tersebut. 

Kerana keberanian dan kerelaan budak tersebut,  upacara kibarkan bendera telah berjaya diteruskan. 

Budak tersebut telah dibawa ke jarkata utk berjumpa presiden Jokowi dimana budak tersebut dihadiahkan pendidikan percuma seumur hidup, sebuah rumah dan wang tunai rp50 juta. 

Rezeki dan kedudukan milik Allah dan hanya dikurniakan melalui pelbagai cara dan kepada seseorang atas jalan dan perancangan Allah sahaja. 

Jangan yang dikejar tak dapat,  yang dikendong keciciran. 


Aku pesan pada aku sahaja.. 




6 comments:

  1. Allah murahkan rezeki berpanjangan kpd yg baik sahaja...yg tak baik diberi jugak tapi tak berpanjangan...

    ReplyDelete
  2. Sudah jadi adat manusia berebutan yg ade keuntungan...kalo tak ade ontong sape pon tak peduli...

    ReplyDelete
  3. Tun @chedetofficial Temberang Hutang RM1 Trillion Di Luar Negara

    Semasa berucap di negara yang mempunyai jumlah hutang kedua tertinggi di dunia iaitu United Kingdom, Tun Dr Mahathir mendakwa hutang kerajaan Malaysia berjumlah RM1 trilion perlu dibayar segera atau Malaysia akan diisytiharkan muflis. Peratus nisbah hutang / KDNK negara adalah 50.8%.

    Untuk pengetahuan Tun Dr Mahathir, beliau sedang berada di negara yang bakal disytiharkan muflis, United Kingdom yang mempunyai jumlah hutang sebanyak RM34.8 trilion dengan peratus nisbah hutang/KDNK 87%.

    Hari ini Tun Dr Mahathir dijangka berada di negara yang bakal muflis yang mempunyai hutang tertinggi di dunia iaitu Amerika Syarikat dengan jumlah hutang sebanyak RM87 trilion. Peratus nisbah hutang/KDNK Amerika Syarikat adalah 107.8%.

    Bukan semua rakyat buta dan bodoh seperti penyokong Tun Dr Mahathir dan Lim Guan Eng. 97.7% hutang negara adalah dalam nilaian Ringgit Malaysia. Manakala lebih 60% pemilik hutang adalah dari institusi kerajaan seperti GLIC dan GLC seperti KWSP, KWAP, Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad, Maybank dan sebagainya.

    Hutang pula adalah bentuk sukuk dan bon, manakala bon / sukuk yang matang pula, ada yang bayaran faedahnya mencecah 30 tahun. Jadi bagaimana hendak bayar segera seperti dakwaan Tun Dr Mahathir macam mana?

    Kita berharap agar Tun Dr Mahathir tidak lagi mengeluarkan kenyataan mengenai hutang negara agar rakyat Malaysia tidak ditertawakan dunia kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang sudah nyanyuk dan muflis idea untuk mengencing Rakyat.

    ReplyDelete
  4. Meluat gak yang cari habuan politik. . Jasa seciput kemahuan melaut. .. Yang jilat ludah sendiri apa lagi.... Yang berlagak hero heroin lahh haiii.. . Yang tak bole ditegur . .. Yang kerja nak menegur jerr.... Yang rasa macam pandai. ... Yang nak jadi tukang ramal pun banyak ,, adehhhh.. .. Yang mengampun kat yang dah jatuh kuasa .. .Pelikkkk.. . Macam2.... Sebab politik.. ... Yang memimpin takbole dipinpin .. Fatwa matwa. ... Dalil dalal. . . Fatnah munah .. . Macam macam .. .

    ReplyDelete
  5. SPRM cekup Azeez Rahim

    25 Sep 2018, 1:35 tengahari (Dikemaskini 25 Sep 2018, 1:57 tengahari)

    A A
    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menangkap anggota parlimen Baling Datuk Seri Azeez Abdul Rahim dan seorang abangnya.

    Sumber SPRM berkata mereka berdua ditangkap awal hari ini.

    Setakat laporan ini ditulis, masih tidak jelas kenapa tangkapan itu dibuat.

    SPRM dijangka mengeluarkan kenyataan berkaitan dalam masa terdekat.

    Azeez menjadi perhatian ramai selepas serbuan SPRM di hartanah yang dikaitkan dengan Azeez di Subang Jaya, Selangor dan Kedah.

    Serbuan itu dibuat selepas SPRM mendapat bos baru yang dilantik kerajaan Pakatan Harapan.

    SPRM merampas RM500,000 wang tunai dan jam tangan mewah

    ReplyDelete