Thursday, September 27, 2018

KJ KEKAL SETIA BERSAMA UMNO


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin mengakui hampir menangis apabila mendapat tahu Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapha Mohamed mengambil keputusan meninggalkan UMNO.

Bekas calon Presiden UMNO itu mengakui amat rapat dengan Mustapa atau mesra dengan panggilan Tok Pa Pa dan mengakui tidak pernah diberitahu (Tok Pa) mengenai keputusannya untuk meninggalkan parti pembangkang itu.

“Sebab utama saya mahu selamatkan UMNO dan kekal dalam UMNO adalah disebabkan kehadiran individu seperti Datuk Seri Mustapa dan apabila beliau meninggalkan parti, ia mewujudkan ruang kosong kepada parti,” jelasnya semasa ditemu bual menerusi rancangan 'The Breakfast Grille' yang disiarkan BFM pagi tadi.

“Saya sedih kerana bukan sahaja kita kehilangan sinar harapan dalam parti tetapi juga kehilangan rakan sekutu yang faham pandangan ‘centrist’ dan identiti sebenar UMNO.

Jelas Khairy, beliau bersetuju dengan Tok Pa mengenai UMNO yang berhadapan dengan defisit kepercayaan dalam kalangan rakyat, malah beliau percaya UMNO berada pada kedudukan yang lebih buruk berbanding ketika parti itu kalah pada Pilijan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu.

Jelasnya, walaupun rakyat semakin kritikal terhadap kerajaan tetapi ia tidak diterjemah kepada peningkatan sokongan untuk UMNO.

“Lihat sahaja keputusan beberapa pilihan raya kecil baru-baru ini, lihat sahaja prestasi kita!”.


45 comments:

  1. 100 juta hilang di KBS dah selesai?...

    Imej budak tingkat 4 yg sangat berkuasa pada satu masa dulu blm boleh dikikis...kalo berkuasa semula siaplah ko orang..

    ReplyDelete
  2. Syukur dan baguslah untuk seorang seperti Tok Pa meninggalkan UmNo sebelum terlewat.

    UmNo adalah ibarat kapal yang sedang karam. Amat merugilah orang-orang yang masih berada di dalam kapal tersebut ketika ia benar-benar karam.

    Innalillahi wainna ilaihi raji'un.

    ReplyDelete
  3. PPBM Negeri Sembilan dibubar

    Adam Abu Bakar - September 27, 2018 2:25 PM
    483
    Shares

    Muhyiddin Yassin (tengah) semasa sidang media di Ibu Pejabat PPBM, hari ini .
    PETALING JAYA: Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan untuk membubarkan PPBM Negeri Sembilan dan 2 bahagian di Selangor, iaitu di Subang dan Ampang.

    Muhyiddin berkata, keputusan itu diambil kerana terdapat masalah dalam kalangan pemimpinnya yang bertindak tidak mematuhi perlembagaan.

    Keputusan membubarkan PPBM Negeri Sembilan dibuat hanya beberapa hari sebelum Pakatan Harapan (PH) meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon dalam pilihan raya Kecil (PRK) Port Dickson.

    “Keputusan bubarkan PPBM Negeri Sembilan dibuat kerana ada banyak masalah. Dulu kita hanya lantik sahaja, kemudian baru sedar ada banyak masalah

    ReplyDelete
  4. Zahid blm berjaya wujudkan perpaduan dan kekuatan yg utuh dlm umno...zahid tiada ciri pemimpin yg berwibawa yg dapat kembalikan kegemilangan umno..

    Beberapa pemimpin lama meninggalkan umno nampak mcm umno akan bersih dari sampah sarap...tapi membesarkan lompang kelemahan zahid sendiri...

    Umno tak mungkin menjadi pembangkang yg di geruni...dgn kemasukan anwar ke dlm parlimen kerja tun madey menghadapi umno dan pembangkang makin mudah walopun zahid sudah tubuhkan kabinet bayangan man to man marking....

    Individu yg ad

    ReplyDelete
  5. KJ tak sesuai kemana2 parti lagi...kekal dgn umno ato tubuh parti sendiri...parti anak muda malaysia..

    ReplyDelete
  6. http://pahangdaily.blogspot.com/2018/09/saya-takkan-berbaju-lokap-jika-keluar.html?spref=fb&m=1

    Azeez takkan pakai baju oren kalo kluar umno lebih awal..

    ReplyDelete
  7. Kerajaan PH berada didalam keadaan kritikal dusebabkan bermaufakat dengan parti bangang PKR.Tendang saja PKR dari PH baru kerajaan PH dapat ditadbir dengan baik dan lancar.

    Dan kepada puak2 PKR, jika ada yang masih setia dan ikhlas kepada rakyat dan negara dipersilakan beramai ramai menendang jeluar Anuar dan Rafizi.Dua manusia bangang inilah yang telah menjadi punca kekalutan dan ketidakpuasan hati ramai rakyat didalam negara buat masa ini.Pengkhianat2 ini patut ditendang dengan kadar segera.Ayuh!!..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko mengigau ato sedang mimpi?..

      kerajaan PH stabil...parti Bunga yg ko sokong sekarang sedang berada dlm kritikal...masalah itu masalah ini yg gagal diselesaikan oleh madey...madey tiada pembantu yg berwibawa...mukhriz ato boboi terlalu lembik...

      madey buat Bersatu mcm dia presiden umno dulu...dulu madey memang berkuasa dlm umno...madey bebas lantik dan buang siapa saje yg dia suka...sekarang sudah berbeza...masalah yg timbul dpm parti Bunge adalah isyarat kpd madey ahli parti Bunge tak suka cara madey...

      Aku pon sebenarnye setuju PKR tinggalkan PH...parti Bunge hanye ade 13 kerusi saje... Negri johor Bunge ada 6 kerusi dan perak 1 kerusi...mampos madey dan mb2 perak dan johor...itu yg ko nak...betul kan?...

      Delete
    2. BN yg kritikal bro. Dah masuk icu. Tak lama lg padam. Kikikiki

      Delete
  8. Tun M: Anwar PM dalam masa dua tahun

    Sep 27 2018 / Keadilan Daily
    Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri dalam tempoh dua tahun sahaja lagi.

    Menurutnya, pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu rakyat tidak dapat mengangkat Anwar sebagai PM kerana beliau dipenjarakan pada masa itu.

    “Rakyat mahu perdana menteri baru, bukan perdana menteri lama ini, tetapi pada masa itu mereka tiada pilihan kerana pemimpin lain berada dalam penjara dan beliau pun tak boleh menerajui parti.

    “Justeru, saya bersetuju bahawa saya akan berada di sana mungkin untuk dua tahun dan pemimpin baru akan mengambil alih kepimpinan," kata Dr Mahathir yang dipetik akhbar the New Straits Times semasa menjawab satu soalan pada Forum Tahunan Kedua Perniagaan Global Bloomerg di New York, semalam yang dikendalikan wartawan, Fareed Zakaria.

    “Saya berjanji bahawa saya tidak akan kekal lama sebagai perdana menteri. Mungkin dua tahun, mungkin lebih, mungkin kurang.

    “Apa yang penting ialah kita mempunyai kerja sama empat parti. Beberapa sejarah lalu kami tidak menyumbang kepada kerja sama itu.

    “Justeru, kami perlu melupakan perkara lalu dan menumpukan kepada isu penting yang pada masa itu ialah untuk menumbangkan perdana menteri sebelum ini. Untuk itu kami sedia melupakan perbalahan lalu," katanya.

    Proses peralihan kuasa daripada Dr Mahathir kepada Anwar kembali rancak dibincangkan apabila Anwar akan kembali ke Parlimen melalui pilihan raya kecil Port Dickson yang akan berlangsung pada 13 Oktober ini.

    ReplyDelete
  9. SUARA TV
    Suara Tanpa Sempadan

    Hishamuddin Keluar UMNO? Ada Lagi Yang Akan Keluar – Bung Mokhtar
    September 19, 2018 Naimah Shaari 151 Views 0 Comments

    KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilaporkan antara Ahli Parlimen dari UMNO yang akan meninggalkan parti itu.

    Menurut sumber, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selama hampir dua jam di Putrajaya semalam.

    ReplyDelete
  10. Katakan saja kamu nafsu mengertai Bersatu habis perkara KJ......!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. KJ nak sertai parti Bunge yg sedang di landa krisis besar?...biar betul..

      Delete
  11. Satu pon komen tak kluor...dah brape jam ni?...tutup lah ruangan komen...nak tapis sangat...awal masuk tido mlm jumaat..

    ReplyDelete
  12. Good point. Rakyat suka bila pembangkang, atas pagar, non partisan, NGO, GLC sampailah tok imam dan super liberal memberikan teguran kritikan atau hentam cukup-cukup Kerajaan PH, Tun M atau DSAI atau TPM dan jemaah Menteri.

    Bukan setakat suka, malah teruja dan hiper euphoria lagi. Inilah beza terbesar Malaysia Baharu dengan Malaysia Purbakala.

    ReplyDelete

  13. Kepincangan pada kepemimpinan BERSATU Negeri Sembilan terdedah apabila Penyelaras BERSATU Bahagian Port Dickson, Ramli Awang, mengeluarkan kenyataan melarang dua pemimpin PKR berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, baru-baru ini.

    Beliau memberi amaran kepada Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid supaya tidak berkempen di kawasan itu kerana kesal mereka kerap menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin mahu menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Kenyataan itu kemudian dibalas oleh Ketua Pendaftar BERSATU negeri, Datuk Mohamad Zin Mustapa, yang tidak bersetuju dengan tindakan Ramli, malah mendakwa jawatannya sudah terlucut kerana memohon menjadi ahli PKR.

    Ramli yang mendakwa masih memegang jawatan itu, bagaimanapun mempertahankan tindakannya dan bersedia dikenakan tindakan oleh pihak atasan parti, jika beliau didapati melakukan kesalahan

    ReplyDelete
  14. Saifuddin: Bubar BERSATU N Sembilan tak jejas PRK Port Dickson

    Bernama
    27 Sep 2018, 9:30 malam (Dikemaskini 27 Sep 2018, 9:43 malam)

    A A
    PKR PD | Pembubaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sembilan tidak akan memberi kesan ke atas kempen Pakatan Harapan (HARAPAN) semasa Pilihan Raya Kecil Port Dickson akan datang.

    Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, berkata beliau melihat BERSATU di Negeri Sembilan hanyalah satu daripada ‘juzuk’ dari kekuatan parti itu.

    Beliau juga mengadakan perbincangan dengan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mengambil maklum berkenaan masalah yang dihadapi parti di negeri itu.

    “Beliau (Muhyiddin) ada memberi bayangan parti di negeri itu menghadapi masalah. Bagaimanapun, ia tidak akan menjejaskan kempen kita di Port Dickson. Semasa berkempen, keseluruhan kekuatan parti BERSATU dalam komponen penting akan turun membantu

    ReplyDelete
  15. Malaysia Berdepan Dengan Status Muflis Dan Perdana Menteri Dan Rombongan Tinggal Di The Plaza Hotel

    Ketika berucap pada sesi ‘Dialog Bersama Tun M’ yang diadakan di London, anjuran Kelab Bunga Raya, Ahad lepas, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata hutang negara yang hampir mencecah RM1 trilion ringgit itu perlu segera dilangsaikan atau rakyat akan berdepan kesukaran. Perdana Menteri berkata, Hutang negara perlu dilangsaikan atau Malaysia bakal berhadapan status muflis.

    Ironinya ketika di New York, Amerika Syarikat, Perdana Menteri dan rombongan tinggal di The Plaza Hotel. The Plaza Hotel, New York adalah sebuah hotel yang paling ikonik di dunia sejak 1907. Terletak di antara penjuru Fifth Avenue dan Central Park menjadikan Plaza Hotel sebagai hotel yang menawarkan penginapan termahal di New York.

    Harga bilik penginapan paling biasa adalah lebih kurang RM4,000 hingga RM12,000 semalam manakala Suites untuk pemimpin-pemimpin dunia adalah dalam lingkungan RM60,000 hingga RM100,000 semalam.

    The Plaza adalah hotel yang cukup popular dikalangan keluarga Di Raja seluruh dunia, manusia-manusia terkaya di dunia, pemimpin-pemimpin dunia, selebriti bertaraf dunia, malah Presiden Donald Trump juga pernah mengadakan majlis perkahwinannya di situ pada 1993. Ianya adalah hotel paling diminati oleh putera puteri Di Raja Arab di New York.

    Perdana Menteri Malaysia tiba dari London bersama isteri dan 11 orang entouragenya tinggal di Plaza Hotel selama 4 malam dari 24 hingga 29 September 2018 untuk menghadiri UNGA sebelum bertolak kembali ke London.

    Bijak...bijak madey....lain cakap lain bikin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut ler nak hapus brim orang miskin ..senang nak belanja mewah bila ke luar negara...hutang ptptn tak boleh tangguh...ini semua kerana hutang 1 trillion kununye...

      Madey...kalo nak jimat duit nak bayar hutang 1 trillion ko potong aje kenaikan gaji wakil2 rakyat yg telah dinaikkan oleh Najib selepas Gst dgn lumayan....potong 50% cukup laa...ptptn boleh tangguh dan brim diteruskan...gst najib guna bayar kenaikan gaji wakil rakyat..

      22 tahun dah biasa dgn belit...sekarang pon masih nak belit jugak..

      Delete
  16. Ketua BERSATU Ampang tunggu surat hitam putih

    Suzilawani Mustapha
    27 Sep 2018, 8:44 malam (Dikemaskini 27 Sep 2018, 9:10 malam)

    A A
    Ketua Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) bahagian Ampang, Zulkifly Mohamad mendakwa pembubaran bahagian itu tidak muktamad selagi belum menerima surat rasmi daripada parti itu.

    Zulkifly yang tidak dimaklumkan mengenai pembubaran itu berkata beliau berasa terkejut dan mendakwa tidak pernah melakukan sebarang kesalahan sepanjang mengetuai bahagian berkenaan.

    ReplyDelete
  17. Anwar, hati2 dengan statement Mahathir bila di interview oleh CNN baru2 ini, Mahathir ni semua orang tahu apa yang keluar dari mulutnya selalunya tidak sama dengan apa yang terbenak dihatinya. Anda pun tahu Bersatu kini sedang bermati2an menutup segala peluang dan ruang untuk anda menjadi PM ke 8, HATI2

    ReplyDelete
  18. Even the sanctity of Malaysian Parliament were subdued that 1MDB is beyond debate nor discussion/s.

    Since his wings been clipped ie. could not fly let alone leave the country to flee, Najib kept himself very very busy reasonings for himself to be heard yet, was so cowed to even took advantage whilst in power to convince the people that he indeed was 'TRUTHFUL'. Instead he went on the offensive attacking Tun M going even below-the-belt that clearly demonstrated Najib is not a thinker nor an analyser!

    As for now...let the law runs its course and the court make a judgement/s against all the charges and the one coming forth just as the people accepted the charges Anwar Ibrahim were convicted with, 2 X around. Anyway in passing, Anwar may be pardoned but the people is not done with him cause his convictions stays until the pardon board outlay the conditions and reasons for his pardon by the Agong since it has not been forthcoming (in writings or declassified).

    Much that we fought purging Anwar Ibrahim, Najib's downfall by the people would be just the same...the court decide and we abide and the country continue to ride!

    MLN

    Those are my conjectures to KL Chronicle on the basis of ongoing or impending court cases fronting Najib Abdul Razak. Note however, these UMNO diehards and their herds, they could not digest an argument and be moral-centrist at least to have a non-biased debate.

    OK, that aside on KD's current shot at KJ :

    This guy an oxford alumni merely riding on 'political wave-advantage'. In business its close to making calculated-manageable-risk/s. How is that?

    Take him (KJ) back when Najib was still holding the Carrot with a BIG STICK when he was holding the mantle ie. PM=POWER=CONTROL! KJ (at times KJ-Bangla which he was so annoyed title given by someone not from America, OK) he was going back-and-forth flip and flop that is to confront!, no! play safe, to laydown low, no! to be heard and make some mild noise, nope! better stayed silent!

    Now that he realised he's not a damn good gambler putting all his chips on Najib and UMNO-BN yet lose it all he tend to a secondary 'hope'. He gambled again still holding his little fort that he has control in UMNO to throw in his hat in the ring for the presidency. The Bangla-Boy (btw Bangla is not demeaning except the malays and others would have thought as is) lose again one more time!

    The hairline crack has become many and just as an analogy UMNO is to a tempered glass, its a matter of time before the tempered glass just shattered. KJ being an Oxford guy is still banking that it would hold. Unless KJ has and knew of 3M technology that bind and laced the tempered glass ie. UMNO then he could still be successful if and if only will seek and shall find! There is a technology out there that can cure crack/s within glass that could be cured!

    However, the notion/s here is KJ saw only as in a mouse see a HUGE cheese on top the high table which is UMNO perched still 'high'(meaning $$$ = Assets = POTENTIAL POWER) but precariously on the edge of the table is up for grab! Still engrossed in his 'hope'.

    Got to go and may continue on the next instalment.

    PS. Thank you KD and my take on english is like before. English is my medium spoken and written but my mother-tongue malay reading just as speaking but slow in writings. Anyways the alignment to technology when pairing the writings to analogy since I/we started firings from North America from GE13 and Teluk Intan to GE14 is to instil in more malays into the undeniably global language ie. English! Keep our malays or arabics or thais we may by all means but having multi-lingual capability do go places and opened doors!

    We/I only hope Tun M could retract on 'not going nuclear power'. For anyone who is not in the know check out Taylor Wilson and why malays-muslims are still far behind. Sir Uzairi is a good start to gather interest within the malays-muslims, more of him will be good!

    Thank you again KD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Omputih melayu?..tak boleh tulis melayu?.....

      siti kassim jadi omputih dengan tukar color rambut aje..mata tak biru jugak....hahahaha

      Delete
  19. KD sibok berkempen di PD untuk kalahkan anwar...

    Lebih baik KD bantu perbetulkan Bersastu yg sedang berantakan...

    Satu bahagian problem satu negeri Bersatu kena bubar...kecian Rais anak Yatim sempat jadi ketua berapa hari aje..

    Bersatu wilayah pon ade problem..
    Berape lama agaknye Bersatu boleh hidup?...

    Muhyidin tunggu madey sampai New York dulu baru umum bubar...nanti madey boleh cakap saya tak tahu.. .madey dah biasa tak tahu..

    ReplyDelete
  20. KENAPA BERSATU BUBAR DI N9 DAN KENAPA SI LIDAH BERCABANG TERPEKIK TERLOLONG LAGI DI USA BERJANJI PERALIHAN KUASA PM KEPADA DSAI...??

    SUATU KEBETULAN...???

    TIDAK SUDARA SEDARI SEKELIAN IA DI RANCANG DNG TELITI... HANYA MACAI TOMATO MELAYU MUDAH LUPA YG BANGANG SAJA YG PERCAYAKAN KATA KATA SI LIDAH BERCABANG INI..

    INI STRATEGI LAPUK SI LIDAH BERCABANG KALAU ADA SESUATU PERKARA YG NAK BERLAKU DI MALAYSIA SEMENTARA ITU SI LIDAH BERCABANG AKAN BERADA DI LUAR NEGARA SEPERTI TIDAK TAHU APA APA YG BERLAKU DI MALAYSIA DAN KALI PERTAMA JIJAH PENGERUSIKAN KABINET DAPURNYA BERMESYUARAT... ITU PUN BUKAN KEBETULAN IA SUDAH DIRANCANG

    PRK PENAMAAN CALON PD AKAN DIADAKAN ESOK DENGAN SERTA MERTA BERSATU DI BUBAR ATAS ALASAN SANGAT BANGANG ... SEBENARNYA SI LIDAH BERCABANG SENGAJA BUBAR BERSATU SEMENTARA UTK SABOTAJ DSAI DI PRK PD... NNTI PKR DAP DLM KJAAN PH TIDAK BOLEH PERSALAHKAN SI LIDAH BERCABANG SBB BERSATU TELAH DIBUBAR DI N9... HANYA MACAI TOMATO MUDAH LUPA SAJA YG PERCAYA KATA KATA SI LIDAH BERCABANG SEBENARNYA INI SATU SABOTAJ SUPAYA DSAI KALAH DI PRK PD DAN BILA TAKDIR DSAI KALAH MAKA IMEJ DSAI AKAN TERGUGAT DAN PEMILIHAN PKR MENYEBABKAN IMEJ RAFIZI MERUDUM DAN TEWAS DI TANGAN AZMIN...

    INI KEKALAHAN BERGANDA TEAM DSAI DI PRK PD DAN DLM PARTI PKR YG DITERAJUI DSAI...

    HATI HATI MRMPERCAYAI KATA KATA SI LIDAH BERCABANG DI USA BERJANJI PERALIHAN KUASA PM KEPADA DSAI HANYA HELAH DAN GULA GULA PADA MELAYU MUDAH LUPA...

    SESIAPA YG PERCAYA JANJI SI LIDAH BERCABANG BAGI PERALIHAN KUASA PADA DSAI ADALAH KEPERCAYAN YG SIA SIA SAJA

    ESOK PENCALONAN DI PD TIADA WAKIL BERSATU PUN AKAN HADIR ATAS ALASAN BERSATU DI N9 SUDAH DIBUBAR... WAYANG BODOH ATOK UNTUK MACAI YG BODOH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade tak de Bunge no hal kpd anwar dan pkr...Bunge ciput aje...itu pon berantakan...masih tak sedar diri....N9 negeri PKR...ade jentera sendiri...yg penting DAP kerjasama sejak 2004 lagi...amanah bantu sikit...ini semua rakan lama masa perang dgn umno dan madey dulu.....mca akan sabotaj Pas kerana lobai pas nak kontrol BN..

      Pas prm dan bebas semua tu cincorot yg buat sibok aje...bajet ciput semua tu..

      PKR tak perlukan lagi Bunge yg dah nak layu ..

      Aku berdoa supaya ade satu prk di kawasan Bunge...nak tengok Bunge kuat ato tidak ...

      Pkr dan Dap sudah tetbukti masih kuat...

      Delete
    2. Anwar pon bijak dan dah kenal lama tipu helah mamak ni..tapi Bersatu parti kocik saja...lekat colah gigi...

      Tu pasal anwar pilih kawasan majoriti bukan melayu...bukan melayu suka anwar...PR dapat 80 kerusi dlm 2 pru lepas kerana sokongan bukan melayu kpd anwar...pas pon tumpang menang banyak kerusi..PH menang pon kerana sokongan kuat bukan melayu kpd anwar...melayu sokong mamak 25% saja...itu fakta...

      Delete
    3. Ohhhh... Ye ke? Tp kalau tengok sejarah lalu semua teori kau ke laut. Kikikikiki

      Delete
    4. Ke laut?...sape yg datang tergegeh2 sembah anwar?...mamak?...hihihi...sedar diri dikit oooi..

      Delete
  21. Hey I am so excited I found your web site, I really found you by accident, while I
    was looking on Bing for something else, Anyways I am here now and would just like to say
    kudos for a tremendous post and a all round interesting blog (I also love the theme/design), I don't have
    time to read through it all at the minute but I have saved it and
    also included your RSS feeds, so when I have time I will be
    back to read a lot more, Please do keep up the fantastic
    work.

    ReplyDelete
  22. Ramai pengomen2 disini takut kalau2 Anuar tidak diangkat jadi PM...tapi tahukah kamu semua boleh dikatakan seluruh rakyat Malaysia setiap saat berdoa kepada Allah mudah2an Allah tidak mengangkat Anuar menjadi PM.Malah inilah mimpi ngeri yang selalu menghantui rakyat kini.Adalah terlalu daif dan memalukan seorang peliwat lalu diangkat menjadi PM...seolah2 Malaysia ini sudah tidak ada pemimpin lain yang bersih dan berwibawa yang boleh mengganti Tun Mahathir.Oleh itu marilah saudara2ku semua kita bulatkam mufakat,kita tendang saja sisial ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko dah tanye berape orang yg berdoa?...ahli pkr bertambah mendadak sejak pru..semua ni nak anwar pm daa...

      Delete
  23. Hello there! This post could not be written any better! Reading through this post reminds me
    of my previous room mate! He always kept talking about this.
    I will forward this write-up to him. Fairly certain he will have
    a good read. Many thanks for sharing!

    ReplyDelete
  24. Parti Bunge sedang bermasalah besar...

    Ahli tak berape kerat sahaja tapi punye ribut lebih besar dari parti besar..Bunge baru beberapa hari nak berkembang dah dilanda badai...hampir layu...

    Bayangkan ape akan jadi kalo prk yg ditandingi oleh parti Bunge...gugur bunga sembah bumi...penyokong anwar tak perlu sibuk sabotaj calon Bunge seperti penyokong Munge sibok sabotaj anwar..

    Seblm pru Bunge disabotaj oleh RoS dan ahli istihar kluar parti juga bergaduh semasa madey berucap...sekarang hingga bubar satu negeri...

    Itulah KD dan penjilat2 madey tak usah sibok nak sabotaj Anwar dan sibuk pasal umno...ko orang pegi tolong selesaikan masalah dan perkukuhkan parti Bunge yg hampir layu dulu...

    madey muhyiden dan mukhriz tak mampu kawal Bersatu lagi...Bunge tunggu masa akan layu terus gugur ke bumi..

    ReplyDelete
  25. KD berharap sangat Pas letak calon yg sangat hebat lawan anwar...pas penuhi harapan KD dgn letak tokoh askar pencen yg tak dikenali...

    Pas hanye mau latih pekerja pilihanraya untuk pru15...Pas nak jimat bajet...pas tak dapat bajet dan bantuan kempen dari umno lagi...dah rugi besar di sri setia dan sg kandis...

    ReplyDelete
  26. Duduk je lah dlm umno smpai berkubor. Rekod anda masa sang tidor berkuasa xde beza dgn badaksemah masa jebon berkuasa. Sama rakus. Rekod dua2 ni x bolih d padam krana dah tunjuk baik skarang. Belukang tetap belukang, bila taek maknusia lalu dpn mata balik, balon habis2san mcm xde esok hari. Good ridance samdol.

    ReplyDelete
  27. Bukan di negeri 9 sahaja Bersatu bubar malah kalo Bersatu bubar di seluruh malaysia pon tak beri kesan kpd anwar dan PKR...PKR makin mendapat sambutan rakyat...ahli bertambah mendadak sejak pru 14... Ramai yh mahu anwar pm kerana anwar telah dikenali prihatin dgn nasib rakyat...

    tak ade putarbelit..negara hutang 1 trillion tapi pegi new york duduk hotel mewah..

    ReplyDelete
  28. Sandiwara parti Bunge pimipinan mamak dah dapat di baca...1 bahagian saja yg bermasalah tapi satu negeri munge dibubarkan..
    Mamak ingat anwar dan PKR bergantung kpd parti munge...bodooh mamak ni...

    ReplyDelete
  29. Isa samad kluar umno nak tanding di PD...inilah tokoh yg paling layak menentang anwar...penyokong2 bunge patut beri sokongan tak belah bagi kpd Isa...isa pakai baju oren segak sungguh....tanah felda boleh pindah milik...beli hotel dgn wang felda dah lah mahal tapi bukan milik felda...tokoh hebat yg mampu kalahkan anwar...setpol madey cucu ghafar bekas su Isa tentu sokong isa...sama2 pernah pakai baju oren dgn isa..

    ReplyDelete
  30. Umno dah istihar tak bantu lagi pas di PD...sampai hati umno biarkan pas keseorangan ...pas hadapi laluan sukar kena lawan isa samad calon bebas cina dan india...gergasi tak payag sebut lah...

    Ade yg dah sediia nak sedekahkan wang deposit kpd spr...

    ReplyDelete
  31. Apaaaaaa... ISA keluar UMNO..

    kecil tapak tangan penyepak kaki gajah kami berikan...

    sepatutnya dia Berambosssss dari dulu lagi...!!!

    Nazri aziz bila lagi...??

    ReplyDelete
  32. Umno sedia bentuk 'kerajaan perpaduan' dengan parti HARAPAN

    27 Sep 2018, 11:33 tengahari (Dikemaskini 27 Sep 2018, 12:04 tengahari)

    A A
    Umno adalah parti yang sedang menunggu menjadi kerajaan dan berharap dapat kembali berkuasa dengan membentuk "kerajaan perpaduan" dengan mana-mana parti Pakatan Harapan tidak lama lagi, kata presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

    'Kami terbuka (untuk bentuk kerajaan perpaduan) sebelum atau selepas Anwar Ibrahim jadi perdana menteri.

    "Sebarang perbincangan dengan mana-mana parti tidak akan mempunyai tempoh masa yang ditetapkan atau tarikh akhir kerana sebarang keputusan mesti mempunyai persetujuan dari kedua belah pihak.

    "Saya perlu menghormati pendapat rakan-rakan saya dalam Umno dan BN.

    "Bagaimanapun, lebih cepat lebih baik," katanya dalam temu bual dengan akhar New Straits Times, yang diterbitkan hari ini.

    ReplyDelete
  33. IDEA KERAJAAN PERPADUAN HANYA HELAH ZAHID UNTUK ELAK DIHENTAM DALAM PAU2018

    Hujung minggu ini, 29 dan 30 September, UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agungnya di PWTC, Kuala Lumpur.

    Sesuai sebagai parti yang sudah kalah dan hilang kuasa, PAU2018 kali ini hanya diadakan selama dua hari saja berbanding lima hari ketika masih berkuasa dahulu.

    Selepas lebih 4 bulan sejak kehilangan kuasa, UMNO yang diterajui oleh Zahid Hamidi ketika ini sedang berdepan kritikan di sana sini berikutan tiada program, aktiviti dan hala tuju yang jelas mampu digerakkannya dalam usaha untuk memulihkan parti.

    Zahid Hamidi dilihat seolah-olah tiada upaya dan longlai dalam menggerakkan UMNO, meskipun negara dan kerajaan baru Pakatan Harapan sedang berdepan dengan banyak isu yang perlu ditangani serta boleh diambil peluang untuk menarik sokongan rakyat kembali kepada parti itu.

    Lantaran itu, sudah kedengaran ada suara-suara perwakilan yang mahu mengkritik, menghentam malah memintanya meletakkan jawatan dalam PAU2018 ini jika beliau terus tidak mampu dan gagal memacu hala tuju ke arah pemulihan UMNO.

    Dan secara tiba-tiba, beberapa hari menjelang PAU2018, Zahid Hamidi bersuara mengenai keterbukaan UMNO untuk bekerjasama dengan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan perpaduan.

    Katanya, UMNO terbuka ke arah pembentukan kerajaan perpaduan itu sama ada sebelum atau setelah Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir Mohamad.

    Kenapa setelah lebih 4 bulan tak berbuat apa-apa, Zahid Hamidi tiba-tiba muncul bersuara dan cakapnya pula tentang kemungkinan UMNO kembali sebagai kerajaan?

    Meskipun semua pemimpin parti dalam Pakatan Harapan seperti PKR, DAP dan Bersatu telah menolak idea kerajaan perpaduan itu, tujuan Zahid Hamidi menimbulkannya tidak lain ialah untuk memberi harapan palsu kepada perwakilan PAU2018 agar terus bersabar dan beristiqamah bersama kepimpinannya.

    ReplyDelete
  34. Lobai hadi merajuk sebab umno umum tak akan bantu pas di PD...
    Lobai nak jadi ketua BN ...mana boleh....lobai boleh mintak tolong dgn KD..

    ReplyDelete