Monday, September 17, 2018

PENGKHIANAT KATA KJ

Kj sarankan BN letak calon tentang Anwar di PD dan mana² pemimpin BN yg sokong Anwar dalam kempen tersebut dianggap pengkhianat dan bukan sekadar perbezaan pendapat.

Pandangan yang berprinsip dan sangat jelas dari Kj.

Sebelum ini kenyataan pemimpin² umno yang menyatakan sokongan kepada anwar tidak akan diambil tindakan disiplin parti kata Zahid.


[Lokman Adam Angry and Bashes Khairy Jamaluddin] http://share.buzzup.video/s/vskkeQ

17 comments:

  1. KJ LAWAN ITU NAZERI LAAA

    ReplyDelete
  2. UmNo benar-benar sudah menjadi caca-marba dan sudah tidak lagi mengikuti peraturan yang mereka sendiri tetapkan.

    Dulu mereka menggelar KJ sebagai pengkhianat hanya kerana ia enggan mengikut perangai kebudak-budakan mereka yang keluar dewan untuk protes kononnya dan kemudian masuk balik untuk angkat sumpah.

    Kini mereka sendiri buktikan merekalah pengkhianat kepada parti mereka kerana tidak mahu mengambil apa-apa tindakan hatta memberi 'amaran' sekalipun apabila ada pemimpin mereka yang berpangkat yang terang-terangan mengakui akan melakukan perkara yang menyalahi perlembagaan dan aturan parti mereka sendiri.

    Hari ke hari yang berlalu menunjukkan bahawa UmNo memang semakin hilang justifikasi untuk dibiarkan kekal wujud dan merosakkan masyarakat.

    UmNo benar-benar di dalam fasa-fasa akhir sebelum dilupuskan buat selama-lamanya.

    Innalillahi wainna ilaihi raji'un.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pyh mimpi lebih² jondo. Kau kata apapun pasal umno, umno masih tetap parti melayu yg paling bnyk kerusi parlimen. Ratib kau hari² pasal umno tak relevan sebenarnya. Hanya sedikit melayu yg tolak umno, namun sebab bukan melayu total tolak umno maka kebanyakan kerusi di mana majoriti pengundi melayu kurang dpd 65% umno kalah. Makna kata lebih separuh pengundi melayu masih bersama umno. Itu hakikat yg perlu diterima walaupun pahit bg kau.

      Delete
    2. Tp kenapa umno tak jadi kerajaan? Why??? Why?????? Kihkihkih

      Delete
    3. Silap bila UMNO serang PPBM tapi tidak haramkan terus. Kesan buruk PPBM dapat juga kerusi guna lambang PKR. Jika PPBM bertanding logo sendiri mesti UMNO boleh sapu bersih dan PPBM tinggal Langkawi sahaja. Strategi serang tak matikan think tank BN menyebabkan simpati kepada Tun M.

      Delete
  3. Moga yg masih ada akal dpt berfikir.

    Umno xkn pulih selagi dikuasai najib dan konco2nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib mana ada kuasa dlm umno dh! Dia hanya mp dan ketua bhgn pekan je. Tertinggal keretapi ke?

      Delete
    2. Masalahnya Presiden UMNO sekarang masih tidak dapat lari daripada bayangan Najib. Kes Najib masih tetap dikaitkan dengan UMNO. Macam sudah kena sumpahan.

      Delete
  4. Tak yah Lyn kj. Terusksn soKong Anwar wahai penyokong BN Dan penyokong Anwar. Pi msmpislah firaun tua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah kah..
      Bn sokong anwar.

      Kah kah kah..
      Dh lupa ke kau hina org tua psl u-turn?

      Kah kah kah..
      Skrg lgbt xharam ke?

      Kah kah kah..
      Utk apa umno trs wujud?

      Kah kah kah kah kah kah kah kah

      Delete
  5. KJ ni patut keluar dari UMNO.
    Masuk BERSATU - better late than never.
    BERSATU ketandusan pemimpin. Mahyiddin dah sakit, yang lain-lain kurang pengalaman berpolitik,
    apa lagi nak buat strategi politik. Elok kerjasama dengan Mukhriz. Tuah ayam boleh dilihat,
    tuah manusia kena usaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kJ kena angkat sumpah dulu akan bantu naikkan boboi dan tidak akan menentang jawatan yg ditandingi oleh boboi...baru tun boleh terima bekas umno....buat ape Bersatu kuat tapi boboi harapan bapak terpinggir....bapak penat2 tubuhkan bersatu orang lain plak yg kontrol...

      Ko cik minah blm boleh baca percaturan politik...

      Delete
    2. KJ masih berdendam dgn anwar sejak kalah saman fitnah...

      KJ cuba mencabar zahid supaya ambik tindakan keatasnye kerana lawan cakap presiden...

      Delete
  6. Kj pernah umumkan nak jadi pm seblm usia 40 tahun...adekah kj telah buang cita2 ini...

    Rasa2 nye elok jugak tun jemput KJ budak tingkat 4 masuk Bersatu...Bersatu akan tambah kuat dan bakal timbalan presiden Bersatu.. Mukhriz jadi pembantu KJ cukup laa..

    ReplyDelete
  7. Mujahid: Isu anak-beranak kecil berbanding perjalanan politik Anwar

    Mujahid Yusof
    17 Sep 2018, 10:38 pagi (Dikemaskini 17 Sep 2018, 10:57 pagi)

    A A
    ULASAN | Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan nama biasa dalam mencorak perjuangan politik baru di Malaysia.

    Kehadirannya dalam proses perjuangan reformasi di Malaysia lebih banyak masanya dari balik tembok besi penjara dari di medan. Anwar tidak pernah didakwa atas kesalahannya mencabar pemerintah tetapi beliau didakwa secara tuduhan palsu untuk mengaibkan dirinya dan keluarganya.

    Susuk tubuh Anwar tidak pernah mengenal erti menyerah. Beliau mempertahankan dirinya tidak bersalah sepanjang pemenjaraannya dan alhamdulillah pada tahun 2018 Yang Dipertuan Agong berkenan memberikan kuasa keampunan ke atas Anwar yang telah membersihkan namanya dan keluarganya sejak dihina dan diaibkan pada tahun 1998 lagi iaitu selama 20 tahun.

    Generasi reformasi adalah hasil tangannya yang sebahagian besar kini menduduki jawatan penting dalam pentadbiran negara. Parti pembangkang semua meraih dokongan Reformasi yang dilaung dan diusung oleh Anwar sehingga menjadi titik perpaduan di kalangan pembangkang.

    Suara Anwar yang menghidupkan semula roh Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa, kaum dan agama seolah satu 'kata sihir' yang memukau segenap lapisan masyarakat. Justeru beliau telah menyatukan rakyat Malaysia.

    Anwar setia kepada rakan politiknya walaupun PAS dahulu mempunyai pandangan keras terhadap beberapa sikapnya. Namun anwar mengambil kaedah bertemu dan menjelaskan bagi memelihara kesatuan pembangkang.

    PAS telah memilih jalannya walaupun anwar berusaha memulihkan kekeruhan yang berlaku.

    Ketika Parti Amanah Negara (AMANAH) diasaskan pada tahun 2015, beliau memahami realiti bahawa pembangkang harus move on dan peranan AMANAH menyatukan pembangkang setelah Pakatan Rakyat berkubur tidak dapat dinafikan.

    Kelahiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kemudian pada awal 2017 turut dialu-alukan sebagai kekuatan baru menggamit sokongan penyokong Umno tegar.



    Anwar meletakkan semua perkembangan ini dalam kerangka pemikiran politik baru yang diperjuangkan, sebab itu Anwar sentiasa fokus apa yang diinginkan.

    Satu tindakan besar Anwar ialah menerima Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kancah perjuangan reformasi walaupun sebelumnya mereka adalah musuh ketat. Anwar ada visi besar dan jiwanya membuka ruang yang luas untuk semua waima musuhnya sendiri.

    ReplyDelete
  8. Pemimpin2 Amanah di sisih dari kepimpinan Pas kerana golongan ini dianggap penyokong kuat anwar ibrahim...mereka sanggup tubuhkan amanah kerana sokongan anwar ibrahim...

    Bersatu jugak ditibuhkan dgn sokongan anwar ...jika anwar tolak Bersatu dari ganmbongan pembangkan Bersatu sudah tinggal nama dlm kenangan sejarah....

    ReplyDelete
  9. Saya bersetuju dengan saranan Cik Minah supaya KJ masuk BERSATU.Pada saya KJ seorang yang ikhlas dalam perjuangan selain dari berkarisma.Pemimpin seperti inilah yang perlu kita tonjol.Pada saya jika pun ada kesalahan2 yang telah beliau lakukan,itu hanyalah kesalahan2 biasa dalam berpolitik dan segala kesilapan itu akan dapat diperbaiki atau diatasi selari dengan kematangan beliau dalam berpolitik untuk dimasa2 yang mendatang.

    ReplyDelete