Tuesday, September 11, 2018

RAKYAT SEDIA TOLAK PH JIKA KERUSI DIKOSONGKAN UNTUK ANWAR BERTANDING...

BN atau PAS akan disokong walau siapa pun calon nya tanpa syarat. 

Tun tetap akan disanggah jika turut bersetuju. 

Anwar digesa guna logo PKR untuk bertanding, bukannya logo PH. 

Lawan tetap lawan.. 
Cakap tak serupa bikin..








"Tun berjanji jangan ada siapa rebut jawatan dari saya.. "
So,  why so hurry? 

Apakah kamu ada berjanji tidak merebut jawatan PM dari Tun? 

Rakyat tidak terikat dengan sebarang perjanjian lebih² lagi yang mengkhianati kepercayaan rakyat dan membazirkan wang...






32 comments:

  1. sorry anwar...PH has lost 400 voters from my big family

    WE DO NOT WANT A CONVICTED SODOMITE AS PM....period

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat setuju.

      haram sokong sodomite

      Delete
    2. Banyaknye 400 undi...sri setia pas hanye dapat 9000 undi....mana besar 400 dgn 9 ribu?...hihihi

      Delete
  2. Tunggu je kerusi kosong bukannya dikosongkan. Tak lama pun. Ramai mp umur lebih 70. Berdoa je ada kerusi kosong. Agaknya berani tak mereka bertanding dalam bandar? Kuantan dah tawar kerusi, rakyat kuantan confirm nak mp pm. Buat majlis, pm datang, fuhhh, best giler. Jaga bontot jer. Tt kata itu bodek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa tidak Anwar bertanding di Langkawi sebagai kerusi pinjaman,bila sampai masa Tun lepas jawatan PM,Tun bleh lepaskan serentak sbg wakil rakyat Langkawi...baru nampak gentleman...Rafizi Raja Catur.

      Delete
  3. Tak perlu risau dan gusar kalau anwar masuk parlimen sebagai mp..anwar boleh perkuatkan suara PH dlm parlimen menghadapi tuduhan pembangkang...ato ade siaper2 yg ade bukti anwar akan buat kacau kpd PH?....

    Siapa yg dah buat kajian PH akan kalah jika anwar bertanding?...PH bertanding dulu pon guna logo PKR...

    Anti anwar hingga syor jangan guna logo PH....PKR tunjang PH...biar majlis presiden PH tentukan...

    ReplyDelete
  4. Ade jugak yg bimbang anwar akan rebut jawatan pm dari tun bila masuk parlimen...faktornye anwar tiada janji takkan rebut jawatan pm....hahahaha....lucu...Tun sendiri tak bimbang pon....DAP dan Amanah pon tak bimbang...

    Yg bimbang sangat kerana menyedari Bersatu parti lemah...penumpang dlm PH...janganlah takut sangat kpd anwar hingga buat andaian karut marut.....

    Berserah sahaja kpd ketentuan Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau BERSATU yang lemah dan jadi penumpang PH keluar dari HARAPAN, ko
      agak macam mana, boleh kje HARAPAN menjadi Kerjaan dengan Anwar sebagai PM.
      Bersatu tak kisah jadi pembangkang, no problem sebab cuma 13 kerusi je.

      Delete
    2. Aku amat bersetuju benar PKR kluar dari PH kerana pentaksub tun tak suka anwar.....

      Zahid sudah jangka tak perlu tunggu pru 15 PH akan tumbang dgn sendirinye...

      Mahathir yg datang jumpa anwar kerana nak jatuhkan najib....bukan anwar yg jemput mahathir...

      Kalo najib menang pru 14 teruk lah tun dibuli oleh najib...

      Delete
    3. Cik minah...amat tertarik kenyataan Bersatu tak kisah jadi pembangkang...

      Mahathir tak pernah duduk kerusi pembangkang di parlimen...anwar sudah biasa...

      Siapa yg Zahid akan jemput tubuh kerajaan?....adekah mahathir dgn 13 kerusi?....tak masuk akal...

      Sila kluar dari PH...

      Delete
  5. Rakyat memang tidak terikat dgn perjanjian...tapi kalo tak tunai janji rakyat benci...rakyat bukan robot..

    ReplyDelete

  6. Fuziah sedia kosong kerusi untuk Anwar

    Bernama
    11 Sep 2018, 5:42 petang (Dikemaskini 11 Sep 2018, 6:05 petang)

    A A
    Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh bersedia mengosongkan kerusinya bagi memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

    Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata perkara itu dilakukan dengan pertimbangan untuk membolehkan Anwar kembali ke parlimen selepas pilihan raya kecil diadakan.

    "Ramai anggota parlimen PKR yang sanggup kosongkan kerusi (Parlimen)... kalau beliau (Anwar) mahu datang ke Kuantan pun, saya sedia mengosongkan kerusi," kata Fuziah semasa ditemui di Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 1440H/2018M di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 di Kuantan, hari ini.

    ReplyDelete
  7. Aku pun tak sabar..
    Anwar PM
    Rapiji MK
    Ajijah MW
    Nulul MP

    Meriah wooo..

    ReplyDelete
  8. rakyat muak ke bersatu cuak? atok takda nanti sebagai pm maka berkuburlah bersatu,cawangan pun berapa jer yg ada,silap-silap abang non gantikan bersatu dengan pas..abis la bersatu..dari cap bunga jadi cap ayam

    ReplyDelete
  9. Bantahan ini sangat ketara di semua media sosial, jika Anwar teruskan... Lawannya yang lebih besar adalah rakyat sendiri..bukan umno atau pas.

    Walaupun tidak boleh mengundi suara rakyat akan mempengaruhi pengundi di kawasan tersebut + jumlah keluar undi merosot boleh mempengaruhi keputusan.

    Calon yang menentang Anwar juga jika pemilihannya tepat boleh menggugat Anwar.

    Bagi pembangkang, mengalahkan Anwar sama nilainya membalas dendam kekalahan 3 PRK yang lalu, sama nilainya mengalahkan PH.

    Modal dan moral besar untuk mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuduhan mengatakan BERSATU takut langsung tidak tepat.
      Dakwaan AMANAH dan DAP menerimanya secara baik juga tidak tepat.

      Mereka senada dengan rakyat, kenapa perlu gopoh dan membazir. Lebih² lagi Tun sudah memberi jaminan dan Majlis Presiden sudah menetapkan.

      Delete
    2. Terima la hakikat, bersatu tu hidup sebab ada tun saja, tanpa tun bersatu takda apa2 pun yang boleh dibanggakan.Abg non pula baru nak jd ahli parlimen pun bukan terus nak jadi pm, apa yang takut sangat.Tak elok bini jadi tpm tanpa apa2 jawatan dalam parti, baik bagi kat laki.

      Delete
    3. Cybertrooper mahathir dah mula tembakan di media sosial...

      Prk dulu baru tahu betul ker rakyat tak suka...hihihihi...

      Kalo betul ramai netizen Bersatu tak mau anwar tak de lah keresahan ahli bersatu dgn prestasi Bersatu dlm media sosial....

      Bersatu seakan tak wujud langsong di negeri2 pantai timor..

      Delete
    4. Tak timbul pon soal gopoh jika anwar masuk parlimen....anwar berada di barisan kerajaan srbagai mp...

      Delete
    5. Anon 716, tak yah sebut le cybertrooper Mahathir, dia bukan Najib atau Anwar perlukan cybertrooper atau panglima perang.

      His stand on its own.. Ucapannya menembusi jantung merentap jiwa.

      Delete
    6. Bagi peminat tun mahathir ucapan tun menembusi jantung...tapi bagi yg tak minat plak ucapanye biasa aje...yg tersurat lain dari dari tersirat...manusia biasa jugak..pentaksub tak kayer rayer jugak mcm anak2 tun..

      Delete
  10. Terbaru, AP Nibong Tebal Dr Mansor Osman buat pengakuan ia tidak pernah setuju kosongkan kerusinya untuk memberi laluan kpd DS Anwar.

    Fuziah Salleh setuju kosongkan kerusi Kuantan sedang di tahu Anwar langsung tak sesuai bertanding di Kuantan. Sebagai anak Pulau Pinang, Anwar patut bertanding di Pulau Pinang ataupun mana-mana kawasan di ibu negara.

    Saya secara peribadi tidak akan mengundi DS Anwar sekiranya ia bertanding di tempat saya.

    Walaubagaimanapun saya tetap tidak akan mengundi UmNo-BN mahupun PAS.

    Pilihan saya mudah, sekiranya ada calon bebas maka calon tersebut akan mendapat undi saya.

    Agak-agak apa akan jadi sekiranya DS Anwar tewas di PRK ciptaannya untuk memberikan laluan kepadanya menjadi PM? Adakah ia akan kekal dengan cita-cita mahu menjadi PM atau berundur sepenuhnya daripada politik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar sendiri akan putuskan dimana kerusi yg dia yakin menang...dia telah berngalaman luas dlm selok belok politik dibantu oleh panglima2 yg bijak dan berdisiplin....

      PKR telah wujud lebih dari 15 tahun berbanding Bersatu dan Amanah..

      Sri setia balakong dan sungai kandis telah tunjukkan Anwar masih disukai...

      Delete
    2. PM Kita akan mengetuai pembawa panji hitam akhir zaman
      Panji hitam pala bana hang
      Panji hitam tengkorak kering hamg

      Delete
  11. Nampak tak suka sgt kalau anwar bertanding dan jd mp. Mulalah buat andaian mcm², konon anwar akan tewas dan rakyat akan pastikan anwar terbongkang. Yes! Jika itulah cara nak bungkuskan anwar dan halang anwar ambil jawatan pm maka biarlah anwar bertanding. Apa yg nak meracau sgt kd. Just tengok aje adegan² yg ko dan pendedak tun nak tengok sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh menang bagus..yg mengundi semua tu ahli pkr

      Delete
  12. Mujurlah ahli parlimen saya azmin. Dah tentu dia xkan bagi laluan. Kalau tak, saya n keluarga terpaksa undi calon bebas,no way untk aljubori.

    ReplyDelete
  13. LOKMAN ADAM PATUT DI BERI PELUANG KE 2 BERTANDING DI MANA KEKOSONGAN YG DI ISI OLEH DSAI...

    1 LAWAN 1


    TERBAIK LOKMAN ADAM SEBAGAI CALON.

    ReplyDelete
  14. Tak lama dah.. Bersatu beramanah seDap kelaut dalam

    ReplyDelete
  15. Apa yg di risaukan anwar nk ganti tun mesti la kna ikut proses jadi mp dulu.

    Pkr ada 50 kerusi ,xkan presiden nk duduk luar parlimen.

    Ikut ja la proses tujuan utama ph di tubuhkan utk jadi kan anwar sbg pm selepas tun..anwar ganti tun kena la jadi mp dulu.

    ReplyDelete
  16. Setahu saya. . Kalau anwar tidak dipenjara .. Pru14 bole bertanding. . . Sya tak setuju kalau bukan ditempat prk nurul atau azizah .. . Tapi taklah sampai nak sabotaj .. . Tapi suka anwar dapat membantu parlimen dan kabinet. ... Untuk kerajaan .... Macamana nak berhujah di dalam parlimen secara spontan jika bukan jadi mp. .. Setujukah anda semua ańwar mp jika pru14 jika tidak di penjara .. . Isu pembaziran terpaksa demi keberadaan pengalaman anwar dalam parlimen ... Pendapat sahaja jangan marah lak .... Salam ...

    ReplyDelete
  17. Semua nak pintu belakang. Dah banyak kali dah!

    ReplyDelete