Saturday, September 8, 2018

SOKONG UMNO PAS DIMANA SAHAJA ANWAR BERTANDING..

Anwar sebagai pemimpin keNa tunjuk contoh,  elak pembaziran dan selamatkan negara lebih utama dan mengatasi cita² peribadi dan keluarganya. 

Rakyat menderma,  kamu membazir. 

Prinsipnya Anwar perlu tunggu kekosongan kerusi parlimen secara semula jadi.
Kenapa perlu terburu buru hakikatnya penggantian akan berlaku kurang lebih dua tahun lagi. 

Pilihanraya di adakan menggunakan masa tenaga dan dana rakyat, bukan sedikit dan bagaimana ia dengan begitu mudah dikosongkan atas alasan memberi laluan.. 

SPR perlu kenakan denda atau tuntutan bayaran balik perbelanjaan pilihanraya pada penyandang yang sengaja mengosongkan kerusi sebanyak lima kali ganda. Jika perbelanjaan kerusi parlimen menelan belanja lima ratus ribu,  penyandang yang kosongkan perlu membayar terlebih dahulu 2.5 juta kepada SPR. 

Jika ini tidak dilakukan oleh SPR,  badan NGO tertentu perlu mohon kepada mahkamah untuk menghalang pengosongan tersebut bagi pihak rakyat. 

Apakah penyandang yang mengosongkannya  dibayar atau dijanjikan habuan? 
Oh.. Demi Tuhan.. Dibuat semata² kasihkan Anwar dan cintakan Negara?
Siapa yang akan percaya dan melokmankan dirinya??? 






# Diharap PAS dan MCA menang di PRK seri setia dan balakong sebagai tanda protes dan menghantar isyarat yang jelas kepada PKR dan DAP. . 
# Pengumuman kerusi parlimen akan dikosongkan selepas 8/9/18 untuk memberi laluan pada Anwar - Wan Azizah.