Google+ Followers

Saturday, October 6, 2018

ADAKAH PH MENGURUSKAN NEGARA IKUT KEPALA HOTAK MEREKA ATAU MEMAHAMI DENYUT NADI KEHENDAK RAKYAT..

Mujahid antara Menteri yang membawa perubahan atau kemusnahan?

52 comments:

  1. Punah beb, punah nilai murni Islamik yg dipupuk sejak sekian lama. Bak kata pendakwah, kalau tak mampu pikul tugas besar kepada agama Islam adalah lebih baik letak jawatan. Imbuhan dunia tak seberapa, soalan di akhirat kelak tak mampu nak jawab.

    ReplyDelete
  2. Mengulas statement oleh dr mujahid, pm sendiri seakan menyokong cadangan tersebut. So, penyokong ph, nak sokong kemuliaan agama Islam ke nak sokong pemimpin yg keliru tersebut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. So, mcm pulak penyokong BN? Nak sokong kemuliaan Islam atau masih nak sokong pemimpin yg merompak?

      Delete
    2. 5:20 yg sokong BN dah tak berapa kerat
      BN bukan kerajaan lagi
      BN kalah sbb penyokong beralih arah
      Seteruk-teruk BN, Islam masih ada maruah.

      Tapi menteri PH ni semua teruk.
      Macam beruk.

      Delete
    3. Jadi semua dilarang keluar Lepas matahari benam

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perangai tipikal Melayu. Bila kalah mula le membangangkan org lain. Padahal kamu tu yg bebal tahap keldai. Bukankah dulu kini dan selamanya slogan parti kamu yg bungkus tu? MUahahaha... Muahahahah.... Muahahahaha....

      Delete
  4. Ulas ikut topik. Jgn lari. Isunya Tak boleh pi tangkap khalwat di premis peribadi atas alasan menceroboh
    Apa ada hal dgn klh pilihan raya, slogan parti dll. Ini Bab khalwat. BBBAAAANNNNNGGGGAAAAANNNNGGGGG!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa Jora? Sentap ke? Mcmlah selama ni kau ulas ikut topik. Kahkahkah

      Delete
    2. Macai beruk.... Kikikikiki

      Delete
  5. Mencegah kemungkaran adalah tanggongjawab bersama pihak berkuasa dan masyarakat.....kemungkaran tidak boleh dibiarkan...pencegahan bila2 masa dan di mana saja...

    Hak peribadi dlm kawasan tertutup dan milik sendiri masih tertakluk kpd batas2 peraturan hukum islam...maksiat tetap dilarang oleh ugama walopun dlm kaeasan milik sendiri..

    Kalo dibiarkan musibah sulawesi akan menimpa kita plak..yg membiarkan kemungkaran turut mendapat bala bila ia datang...

    Pemahaman dan tafsiran mencegah mungkar perlu di perbetulkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkar bukan maksiat saja...rompak curi dan subahat menyokng prompak pon kemungkaran jugak...makan duit mungkar pon kemungkaran jugak...

      Delete
    2. Apa relevannya ulasan kau ni. Isu yg dibincang adalah berkaitan pandangan menteri agama malaysia baru. Takde kaitan dgn lanun dan perompak. Ni soal maksiat dlm ruang persendirian. Kau dah tak ada idea, mula merepek ungkit isu yg tak kena dgn tajuk. Beruk mabukpun takde merepek mcm kau. Tak ada idea, duduk diam, baca pandangan org lain dan JANGAN LARI tajuk. Boleh mcm tu?

      Delete
  6. Alasan untuk keharmonian hidup rahmatan fil alamin jauh tersasar...membiarkan kemungkaran kerana dlm premis persendirian mengundang kemurkaan Allah....

    Tiada nas dan dalil tidak boleh cegah mingkar dlm kawasan prebet..

    Vuma prosidur perlu di teliti untuk elakkan

    Finah keatas sesorang melakukan mungkar bertujuan aib dan susahkan seseorang..

    Pegawai bertindak melampau menunjukkan kuasa..

    ReplyDelete
  7. MUNGKAR yang mana lebih besar - maksiat sendirian berhd dalam rumah atau mencuri duit rakyat, dimasukkan ke dalam akaun sendiri dan dibelanjakan dengan gembira membeli barang-barang mewah.
    Maksiat sendirian berhad itu dosa seseorang individu dengan Allah.
    Manakala mencuri duit rakyat, itu dosa kepada 32 juta rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung hutang selama 40 tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksiat hanyelah satu cabang dari mungkar...tidak timbul yg mana lebih besar...semua kemungkaran wajib di cegah dan dihukum.pelakunye...

      Jika diukur mana yg besar yg kevik akan di abaikan...maknanye disisi tuhan semuanye sama besar..

      Yg kecik kalo di buat ramai orang dan beulang2 jadi besarjugak kesanye....
      .

      Delete
    2. Makcik minah ni kenapa? Kerajaan yg ada WAJIB menangani usaha pencegahan maksiat dan dan kemungkaran sebab ADA KUASA. Knp makcik minah kaitkan dgn mana besar mana kecik? Tak relevan makcik minah punya perkaitan. Yg makcik minah sebut dan banding tu bukan pemimpin kerajaan dah, dan dia sedang berhadapan dgn dakwaan di mahkamah. Isu utama soal maksiat dan kemungkaran yg seolah diambil mudah oleh menteri yg jaga agama. Itu soal pokok ye makcik minah. Makcik minah patut beri pandangan sokong atau bangkang ckp menteri tu. Takyah kait² dgn lain² isu yg tak relevan. Kuasa skrg di tangan kerajaan ph, patutnya makcik minah tau siapa yg ada autoriti utk melaksanakan penguatkuasaan. Perompak penyamun memang tak logik malah takde autoriti nak ketuk pintu rumah org sedang berkhalwat dan berzina, betulkan makcik minah?

      Delete
  8. https://www.mynewshub.tv/hangat/166149/

    G25 Cetus Kontroversi, Siapa Di Sebaliknya?

    Dec 9, 2015

    SEJAK akhir-akhir ini, G25 tiba-tiba jadi bualan ramai lantaran kontroversi dicetuskan kumpulan bekas penjawat awam ini apabila mencadangkan sebuah jawatankuasa perunding dibentuk bagi membincangkan pindaan atau pemansuhan beberapa undang-undang syariah termasuk berkaitan isu khalwat.

    Paling curi perhatian apabila G25 mendakwa, hukuman terhadap pesalah khalwat bertentangan dengan undang-undang Islam kerana dosa peribadi antara pelaku adalah dengan ALLAH kecuali jika dibuat di kawasan awam.

    Sebelumnya G25 mencetuskan sensasi apabila menyarankan agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dimansuhkan.

    Rata-rata anggota G25 adalah pesara kerajaan bertaraf profesional dan bukan ‘calang-calang’. Antaranya bekas diplomat, Datuk Noor Farida Ariffin; bekas Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr. Asiah Abu Samah,; bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mazlan Ahmad dan bekas hakim, Datuk Syed Ahmad Idid.

    Agenda sebenar kumpulan ini masih tidak dapat difahami, namun setakat ini, mereka seolah-olah ingin jadi kepala atau ketua yang ingin mengubah sesuatu dasar dan undang-undang yang telah sedia ada terutama berkaitan Islam.

    ReplyDelete
  9. Nak bela pelacur dlm rumah sendiri apa salahnya. Rumah persendirian. Tuan rumah dah rela nak jadikan rumah dia rumah pelacuran waktu malam shj.
    Has...pak menteri, tak salah kan?
    Jgn memandai-mandai pergi serbu. Menteri agama kata ok je.

    ReplyDelete
  10. Dengan izin tuan blog,

    Saya mohon untuk berkongsi pendapat bahawa apa yang YB Mujahid katakan itu adalah betul. Mencari-cari kesalahan orang lain (disebut tajassus) adalah dilarang. Tajassus adalah pengkhususan kepada 'mencegah kemungkaran' (an-nahyu a'nil Munkar) dan demikian seseorang yang melakukan tajassus tidak boleh berkata 'saya sedang mencegah kemungkaran" disebabkan tajassus itu sendiri adalah perkara mungkar

    Larangan bertajassus:-

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيه مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ.

    "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kamu kebanyakan dari prasangka kerana sebahagian prasangka itu adalah dosa. Janganlah kamu melakukan 'tajassus' (mencari-cari kesalahan orang lain)...... (Sehingga akhir ayat). Surah Al-Hujurat : 12.

    Saya pernah menyertai perbincangan dengan beberapa orang yang terlibat dengan urusan sebegini, khususnya tentang sebahagian dari perbuatan para 'pegawai pencegah maksiat' dan kami bersetuju bahawa sesetengahnya memang berunsur tajassus.

    Malah terkini, Mufti Pulau Pinang sendiri mengatakan bahawa apa yang disebut oleh YB Mujahid itu adalah betul. Saya tidak menyebut mufti Perlis dan mufti Wilayah di atas sebab tertentu tetapi kedua-duanya juga tidak bersetuju dengan tajassus.

    Sekiranya tidak melalukan tajassus dikatakan sebagai akan menggalakkan berlakunya maksiat dan membuatkan lebih ramai anak luar nikah yang lahir, maka tidakkah kita terfikir sejak tajassus dijadikan amalan 'kaedah mencegah maksiat' di negara ini, mengapa jumlah anak luar nikah semakin ramai?

    Maka jawapannya ialah 'mencegah maksiat' dengan cara begini pasti ada yang tak kena. Kita terlalu menekankan kepada 'cari dan hukum' sedang amat sikit sekali kita menumpukan kepada tarbiah.

    Di dalam sejarah juga ada direkodkan bagaimana Saiyidina Umar r.a memanjat rumah seorang yang disyaki minum arak di dalam rumahnya. Apabila dapat ditangkap orang itu Saiydina Umar telah berkata 'kamu telah melakukan kemungkaran (minum arak) ', dan orang itu telah menjawab "sekiranya aku melakukan satu kemungkaran kamu telah melakukan 3 kemungkaran" dan diterangkan ketiga-tiganya dan salah satunya ialah tajassus. Saiyidina Umar akhirnya tinggalkan saja 'pesalah' itu.

    Adakah Saiyidina Umar telah lari dari kewajipan mencegah kemungkaran apabila baginda memutuskan untuk tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas pesalah yang berjaya dicekupnya?

    Begitu juga ada direkodkan bagaimana Saiyidina Abdul Rahman bin Auf yang meronda di malam hari dengan Saiydina Umar al-khattab, dan mereka mengesyaki berlakunya maksiat minum arak di dalam satu rumah dan Saiyidina Umar telah bertanya pendapat Saiydina Abdul Rahman dan dijawab, jangan dicari-cari kesalahan yang tertutup, maka Saiyidina Umar telah bersetuju dan meninggalkan tempat kejadian tanpa sebarang tindakan.

    (Bersambung)

    ReplyDelete
    Replies
    1. (Sambungan)

      Adakah Saiydina Abdul Rahman telah menjadi penghalang kepada Saiyidina Umar di dalam urusan 'mencegah kemungkaran'?

      Atau adakah kita merasakan kita lebih memahami apa itu mencegah kemungkaran berbanding dua orang sahabat besar ini yang menerima Islam langsung dari Nabi Muhammad saw sendiri dan telah pun diberikan khabar gembira memperolehi syurga ketika mereka masih lagi hidup?

      Apa yang disebutkan oleh YB Mujahid adalah betul dan ramai yang beranggapan ia adalah salah bukan disebabkan dalil tetapi disebabkan kita hidup di dalam budaya tajassus dan tajassus ini menjadi kaedah pencegahan maksiat majlis-majlis agama di dalam negara ini, dipopularkan di dalam media berita dan media hiburan, dan demikian kita menganggap ia adalah perkara yang betul.

      Itu belum dikira kalau dapat kantoikan seseorang itu di dalam program-program televisyen berunsur sensasi, mahupun dengan menularkan cerita kantoi ini. Yang menularkan akan merasakan yang kantoi itu ahli neraka sedang dirinya pula adalah ahli syurga kononnya.

      Yang biasa itu tak semestinya betul sedang yang baru timbul itu tidak semestinya salah.

      Kalaupun tidak bersetuju dengan yang baru itu, janganlah melabel kononnya ia bermaksud itu dan ini kerana barangkali ia adalah sebaliknya.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    2. Tuhan setuju maksiat dlm rumah sendiri tidak boleh diganggu?...hukum tuhan mencegah maksiat hanye untuk diluar rumah?...ato khalwat bukan maksiat?...

      Mengetuk pintu rumah untuk siasatan....jika bukan muhrim baru tindakan diambil...bukan semua rumah diketuk tiap mlm..

      Jika pintu rumah yg disyakki tidak boleh diketuk maksiat akan berleluasa...

      Minta jauh dari bala gempa kuat seperti di sulawesi...ade kampong tenggelam/ lenyap..tsunami hingga 5 meter dan lumpur memancut dari bumi sekelip mata tenggelamkan satu kampong...

      Ade orang nak bala ni datang?..



      Delete
    3. Kau ni makin melampau-lampau jondo. Petik nas pelbagai utk halalkan batal penguatkuasaan cegah maksiat dan kemungkaran. Siapa ada autoriti utk kuatkuasakan undang² halang kemungkaran dan maksiat jika bukan kerajaan yg dipilih rakyat wahai jondo? Oleh itu, patutnya org yg ada otak dan ada ilmu mcm kau jondo, beri cadangan penambahbaikan dan pemurnian kpd sop dan pendekatan yg masih kurang lengkap spt skrg. Ini tidak, semua nk ditukar walhal mencegah itu lebih baik daripada mengubat. Adakah frasa inipun nak diubah wahai jondo? Lagi satu, pelaksanaan hukuman syariah spt di trengganu baru² ini tidak disokong oleh pm kita. Adakah org yang kau war²kan sebagai pemegang panji hitam itu menolak pelaksanaan undang² syariah spt di trengganu tanpa mengkaji secara mendalam? Kalau pm ada di tempat pelaksanaan hukuman ketika itu, barulah wajar mwmbuat ulasan. Ke bagaimana jondo?

      Delete
    4. Jawapan langsung tidak berilmiah. Hanya penuh maki hamun dan cercaan semata-mata.

      Tanpa disedari kedua-duanya menyangka mereka lebih hebat daripada Saiyidina Umar al-khattab dan Saiyidina Abdul Rahman bin Auf r.a .

      Apa pun mari baca laporan berikut :-


      Mufti PP pertahan kenyataan Mujahid

      GEORGETOWN: Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mempertahankan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bahawa penguatkuasa tidak seharusnya mencampuri urusan peribadi seseorang untuk berkhalwat.

      Beliau berkata, Mujahid mungkin berpendapat bahawa sesiapa yang melakukan zina atau khalwat tidak seharusnya diaibkan dengan tindakan penguatkuasaan.

      “Malah dalam Islam kita dilarang untuk membuka aib kepada masyarakat. Ini kerana mereka yang melakukannya cuba untuk tidak mendedahkannya.

      “Manusia tidak boleh lari daripada melakukan dosa dan ada di antara mereka yang terpaksa melakukannya dan ia dilakukan dalam keadaan tersembunyi. Mungkin itu yang dimaksudkan Mujahid berkenaan tindakan penguatkuasaan,” katanya kepada NSTP ketika dihubungi.

      Mujahid yang juga menteri yang bertanggungjawab dalam urusan agama Islam dalam satu temuramah berkata, dia akan menasihati pegawai penguatkuasa untuk tidak mencampuri ruang peribadi seseorang selepas ia pernah beberapa kali dieksploitasi dan disalahguna.

      Beliau berkata, selepas ini pengawai penguatkuasa tidak akan lagi mengambil tindakan mengetuk atau memecah masuk pintu bilik atau rumah sekiranya memperoleh laporan berkenaan aktiviti menyalahi agama termasuk khalwat.

      Katanya, urusan yang dilakukan seorang Muslim di sebalik pintu yang tertutup adalah bukan urusan kerajaan.

      Mengulas lanjut , Wan Salim berkata, pernah ada sejarah ketika zaman Nabi Muhammad di mana ada sahabatnya datang mengaku kepadanya bahawa dia telah berzina.

      Namun Rasul cuba untuk tidak melayan pengakuan itu dengan mengelak setiap kali dia cuba mengaku.

      “Seseorang tidak seharusnya memalukan dirinya dengan mengaku melakukan dosa dan orang lain juga tidak perlu menghebahkannya sekiranya mengetahuinya.

      “Sebaliknya sebagai seorang Muslim kita sepatutnya membantu individu itu kembali ke landasan yang betul,” katanya.

      Ketika ditanya pendapatnya untuk membanteras zina, beliau berkata semua pihak harus bekerjasama untuk memberi didikan kepada remaja tentang bahaya terlibat dengannya selain aktiviti haram lain.

      Beliau juga mencadangkan penguatkuasa jabatan agama untuk memberi amaran kepada pengusaha hotel untuk tidak membenarkan pasangan yang mana status perkahwinan mereka meragukan menginap bersama.

      “Pencegahan lebih baik daripada mengubati, kita perlu mengambil langkah pencegahan proaktif dalam usaha mencegah isu zina dan khalwat di kalangan umat Islam di negara ini,” katanya.

      Kredit : BH Online

      Delete
    5. mufti mufti sendiri berbalah pendapat inkan pula rakyat biasa..

      aku harap ...lepas ni ada satu bandan mufti seluruh malaysia diwujudkan. semua fatwa haruslah yang disepakati dan dipersetujui diguna pakai seluruh malaysia.

      sedangkan hukum menabung di asnb masih lagi celaru

      haram ke halal..halal ke haram.

      kah kah kah..

      Delete
  11. John Doe...tok guru syaitan ker Iblis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jon nak tuhan turunkan bala?...kalo tuhan bagi bala aku mintak tuhan sisihkan aku dari bala...berilah kpd jon dan -seangkatan saja..

      Delete
    2. Berikan satu dalil sahaja manakah di antara kaum-kaum yang dibinaskan oleh Allah, mereka dibinasakan disebabkan melakukan maksiat secara tertutup?

      Delete
    3. kah kah kah... walaunpun bnyak tak setuju dengan jondo kes bani tamin..tapi yang ni aku setuju..

      1. macamlah kita ni tak pernah buat dosa beria nak cari tangkap dan hukum orang.

      2. aku setuju bab buka aib patut tidak dijadikan amalan orang islam. islam itu indah..

      3. patutnya mujahid bagi kenyataan beserta cadangan atau bagaimana tindakan yang sepatutnya diambil

      harap menteri sebelum nak ubah apa apa dasar dan buat kenyataan publik seharusnya ada sudah penyelesaian altenatif untuk seuatu isu .. kalau tak macam ni la jadinya

      finah berleluasa..spin dan salah tafsir.

      Delete
  12. Anon 12.08,
    Awak pula bagaimana? Bagilah ulasan dan hujah awak.

    ReplyDelete
  13. Madey setuju cadangan mujahid dan jon doo...kalo datang bala bagi lah kpd madey mujahid dan jon doo saja...jauhkan bala dari orang2 yg menentang cadangan menggalakkan
    maksiat secara tak langsong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berikan satu dalil sahaja manakah di antara kaum-kaum yang dibinaskan oleh Allah, mereka dibinasakan disebabkan melakukan maksiat secara tertutup?

      Delete
    2. Terbaik dari john doe.

      Delete
  14. RANGKUMAN PRK PD: Daim tak duduk diam

    7 Okt 2018, 12:08 pagi (Dikemaskini 7 Okt 2018, 12:12 pagi)

    A A
    RANGKUMAN PRK PD | Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin turun padang bersama penyandang Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi membantu kempen calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Teluk Kemang hari ini.

    Daim yang juga bekas pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) hadir majlis minum petang bersama nelayan tempatan berkata pengundi Port Dickson patut menyokong Anwar kerana beliau mampu menyelesaikan masalah nelayan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila sentap dan terkedu dgn komen john doe ko mula komen lari dari tajuk, ko dah mati idea ke bapok tua bodo?

      Delete
  15. Jon Doe klu lidah bercabang kira dosa ke atau tak dosa...


    kikikiki... hahhha kang delete la tuueww

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila masa pulak John Doe lidah bercabang? Dia ckp benda yang betul. Hang tu yg cuba pusing. Rompak, curi duit duit rakyat hang cuba cover, tp tang khlawat yg terang2 termasuk hal peribadi hang dok pi jaja. Pi belajaq dulu naaaaa...

      Delete
    2. ooii bulat.. bila masa aku tuduh jon doe lidah bercabang..?

      Delete
    3. Sorilah. Aku ingat yg tulis kat atas nun hang, rupanya beruk lain. Sori naaaaa... Aku tersalah kata kat hang.

      Delete
  16. VIDEO: Mufti Pahang: Pandangan Mujahid Bercanggah Dengan Hadis


    SHAH ALAM – Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa baru-baru ini berkenaan isu khalwat, merupakan satu pandangan yang bertentangan dengan hadis.

    Menurut beliau, mencegah kemungkaran adalah tanggungjawab setiap orang Islam sebagaimana hadis Rasullah, apatah lagi apabila ia didasari dengan bukti.

    “Sebagai orang Islam, jika nampak perkara yang mungkar sebagaimana hadis Rasullullah, maka hendaklah dicegah dengan tangannya.
    “Penguatkuasa ni bukan pergi buat serbuan tanpa sebab. Kalau ceroboh memang tak boleh, tetapi bila ada laporan, dia pergi kerana itu tugas dia..
    “Mencegah kalau tak mampu dengan tangan, kena nasihat. Kadang dia pergi (serbuan) bukan untuk tangkap tapi beri nasihat. Kalau tak mampu juga, marah dalam hati, yang mana itu selemah-lemah iman.
    “Sebagaimana hadis Rasulullah, hendaklah kamu jadi sebahagian orang yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.. maknanya kalau kita kata tak boleh sekat perkara mungkar, ia bercanggah. Boleh terpesong akidah kita.. kecuali ada sebab-sebab tertentu,” katanya kepada SuaraTv.


    Mujahid mungkin terlupa hadis ni kot...madey memang tak tahu hadis..jon doo pembuat panji2 hitam sorok hadis ni?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SHAH ALAM - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggariskan enam panduan umum operasi tangkap khalwat.

      Menerusi catatan beliau diblognya pada 2011, Dr Asri berkata, memandangkan Islam cuba sedaya upaya menutup maksiat peribadi seperti khalwat, zina, minum arak dan seumpamanya, maka garis panduan operasi ‘tangkap khalwat’ mestilah diperketatkan.

      Katanya, ini kerana operasi tangkap khalwat, selalu menimbulkan pertentangan dengan prinsip-prinsip Islam dalam hal ini.

      "Ramai orang menyangka tanpa operasi tangkap khalwat maka bertambah perzinaan dalam masyarakat, sedang mereka lupa zina itu berkembang disebabkan maksiat terbuka seperti media, hiburan, pentas seni dan seumpamanya yang secara terang mempromosikan maksiat.

      "Malang sekali, jika maksiat tertutup diintip dan dicari sementara yang nyata dibiarkan dan dipromosi," katanya menerusi catatan 'Minda Tajdid' beliau.

      Dr Asri berkata, antara cadangannya ialah pertama, "Operasi ini hendaklah tidak menjadi punca kemungkaran tajassus (mengintip aib orang lain) berkembang dalam masyarakat Islam."

      "Maka pemberi maklumat hendaklah dipastikan ia tidak diperolehi berdasarkan perbuatan tajassusnya. Sebaliknya, berasaskan zahirnya kemungkaran tersebut.

      "Seperti nampak dari luar rumah, atau bunyi yang meyakinkan maksiat sedangkan berlaku. Pemberi maklumat memperolehi secara jelas, bukan tajassus atau intipan. Jika pemberi maklumat melakukan tajassus tanpa keperluan, maka dia fasik," katanya.

      Yang kedua katanya, "Tidak boleh operasi itu sendiri berasaskan tajassus,".

      "Hendaklah kemungkaran yang dicegah itu apabila ia nyata atau diketahui secara yakin. Ini seperti nampak melalui tingkap atau cermin yang jelas.

      "Aktiviti yang dimaklumi oleh masyarakat sekeliling atau berdekatan. Maka tajassus seperti memeriksa bilik ke bilik, atau meminta dibuka pintu untuk diperiksa tanpa sebarang kemaslahatan mendesak iaitu ancaman keselamatan awam adalah bercanggahan dengan ruh Islam. Ia menggalakkan sikap prasangka dan boleh memalukan atau menjatuhkan maruah mereka yang diperiksa," katanya.

      Sementara garis panduan ketiga ialah, "Operasi tidak boleh berasaskan maklumat yang tidak pasti,".

      "Sekalipun tanpa intipan, tetapi jika berita berasaskan syak wasangka atau agakan semata-mata tidak boleh dijadikan teras operasi. al-Quran melarang menerima perkhabaran orang fasik.

      "Maka pemberi maklumat atau informer yang diketahui terlibat dengan kerja-kerja fasik secara jelas hendaklah ditolak," katanya.

      Dalam pada yang keempat katanya, pihak pencegahan tidak boleh menggalakkan suasana suka mengadu keaiban sesama muslim, secara langsung atau tidak tanpa kesedaran sendiri melakukan al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy ‘An al-Mungkar.

      "Nabi SAW tidak suka kes-kes diangkat kepada baginda. Sikap suka mengangkat kes-kes maksiat peribadi kepada penguasa adalah menyanggahi ruh Islam yang menyuruh ditutup keaiban saudara Muslim.

      "Sebaliknya, masyarakat hendaklah digalakkan dan diberi kesedaran melakukan Al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy ‘An al-Munkar kerana itu adalah tanggungjawab semua pihak. Maka pemberian saguhati kepada pemberi maklumat dalam maksiat peribadi ini," katanya.

      Yang kelima katanya, "Tidak boleh didedahkan maksiat ini kepada umum melainkan untuk tujuan penghakiman."

      "Maka tindakan membawa media untuk membuat liputan semasa penangkapan adalah menyanggahi prinsip-prinsip menutup aib dalam Islam.

      "Bahkan perbuatan menyiarkannya kepada awam seperti di internet dan media massa adalah haram kerana mendedahkan keaiban orang lain," katanya.

      Yang terakhir katanya, "Tidak boleh menuduh mereka yang berkhalwat itu berzina selagi tiada empat orang saksi yang melihat secara terperinci proses zina itu berlaku tanpa syak.

      "Jika pegawai itu menuduh tanpa bukti, maka hendaklah dibicarakan di bawah peruntukan qazaf," katanya.

      Delete
    2. Khalwat bukan maksiat?...

      Khalwat boleh berlaku zina...jangan kamu hampiri zina..

      Dalam semak kira tempat terbuka?

      Delete
    3. Mencegah kemungkaran itu adalah general rule.

      Tajassus itu adalah exception sebab tajassus itu sendiri adalah kemungkaran.

      Mufti Pahang? Orang yang apabila pemimpin PAS keluarkan fatwa mengundi DAP itu wajib sedang mengundi UMNO itu haram sampai kiamat ia senyapkan saja. Tetapi apabila PH dan Tun M mengambil DAP sebagai sekutu tiba-tiba ia keluar fatwa haram bersekutu dengan DAP sebab DAP kafir harbi. Di mana dia sebelum itu?

      Maaflah, kalau ia datang daripada Mufti sebegini, credentialnya telah pun menjadi persoalan.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    4. Sokong john doe. Terbaik.

      Delete
  17. DOLU PENUH DENGAN SLOGAN ISLAM
    SKANG PENUH DENGAN TAHI UNTA LA
    BILA KANTOI MACAI TOMATO PUN DIAM
    LIDAH BERCABANG KIRA BERDOSA KA...?
    CAKAP DLM DLM@LUAR RUMAH MCM GAMPANG


    KIKIKI.. HAAH DELETE LA TEWWW...

    TEPUKKK...!!

    ReplyDelete
    Replies

    1. SHAH ALAM - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggariskan enam panduan umum operasi tangkap khalwat.

      Menerusi catatan beliau diblognya pada 2011, Dr Asri berkata, memandangkan Islam cuba sedaya upaya menutup maksiat peribadi seperti khalwat, zina, minum arak dan seumpamanya, maka garis panduan operasi ‘tangkap khalwat’ mestilah diperketatkan.

      Katanya, ini kerana operasi tangkap khalwat, selalu menimbulkan pertentangan dengan prinsip-prinsip Islam dalam hal ini.

      "Ramai orang menyangka tanpa operasi tangkap khalwat maka bertambah perzinaan dalam masyarakat, sedang mereka lupa zina itu berkembang disebabkan maksiat terbuka seperti media, hiburan, pentas seni dan seumpamanya yang secara terang mempromosikan maksiat.

      "Malang sekali, jika maksiat tertutup diintip dan dicari sementara yang nyata dibiarkan dan dipromosi," katanya menerusi catatan 'Minda Tajdid' beliau.

      Dr Asri berkata, antara cadangannya ialah pertama, "Operasi ini hendaklah tidak menjadi punca kemungkaran tajassus (mengintip aib orang lain) berkembang dalam masyarakat Islam."

      "Maka pemberi maklumat hendaklah dipastikan ia tidak diperolehi berdasarkan perbuatan tajassusnya. Sebaliknya, berasaskan zahirnya kemungkaran tersebut.

      "Seperti nampak dari luar rumah, atau bunyi yang meyakinkan maksiat sedangkan berlaku. Pemberi maklumat memperolehi secara jelas, bukan tajassus atau intipan. Jika pemberi maklumat melakukan tajassus tanpa keperluan, maka dia fasik," katanya.

      Yang kedua katanya, "Tidak boleh operasi itu sendiri berasaskan tajassus,".

      "Hendaklah kemungkaran yang dicegah itu apabila ia nyata atau diketahui secara yakin. Ini seperti nampak melalui tingkap atau cermin yang jelas.

      "Aktiviti yang dimaklumi oleh masyarakat sekeliling atau berdekatan. Maka tajassus seperti memeriksa bilik ke bilik, atau meminta dibuka pintu untuk diperiksa tanpa sebarang kemaslahatan mendesak iaitu ancaman keselamatan awam adalah bercanggahan dengan ruh Islam. Ia menggalakkan sikap prasangka dan boleh memalukan atau menjatuhkan maruah mereka yang diperiksa," katanya.

      Sementara garis panduan ketiga ialah, "Operasi tidak boleh berasaskan maklumat yang tidak pasti,".

      "Sekalipun tanpa intipan, tetapi jika berita berasaskan syak wasangka atau agakan semata-mata tidak boleh dijadikan teras operasi. al-Quran melarang menerima perkhabaran orang fasik.

      "Maka pemberi maklumat atau informer yang diketahui terlibat dengan kerja-kerja fasik secara jelas hendaklah ditolak," katanya.

      Dalam pada yang keempat katanya, pihak pencegahan tidak boleh menggalakkan suasana suka mengadu keaiban sesama muslim, secara langsung atau tidak tanpa kesedaran sendiri melakukan al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy ‘An al-Mungkar.

      "Nabi SAW tidak suka kes-kes diangkat kepada baginda. Sikap suka mengangkat kes-kes maksiat peribadi kepada penguasa adalah menyanggahi ruh Islam yang menyuruh ditutup keaiban saudara Muslim.

      "Sebaliknya, masyarakat hendaklah digalakkan dan diberi kesedaran melakukan Al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy ‘An al-Munkar kerana itu adalah tanggungjawab semua pihak. Maka pemberian saguhati kepada pemberi maklumat dalam maksiat peribadi ini," katanya.

      Yang kelima katanya, "Tidak boleh didedahkan maksiat ini kepada umum melainkan untuk tujuan penghakiman."

      "Maka tindakan membawa media untuk membuat liputan semasa penangkapan adalah menyanggahi prinsip-prinsip menutup aib dalam Islam.

      "Bahkan perbuatan menyiarkannya kepada awam seperti di internet dan media massa adalah haram kerana mendedahkan keaiban orang lain," katanya.

      Yang terakhir katanya, "Tidak boleh menuduh mereka yang berkhalwat itu berzina selagi tiada empat orang saksi yang melihat secara terperinci proses zina itu berlaku tanpa syak.

      "Jika pegawai itu menuduh tanpa bukti, maka hendaklah dibicarakan di bawah peruntukan qazaf," katanya.


      Delete
  18. Pilih bakal Yang Amat Berhormat kita, Daim seru pengundi PD

    Bernama - October 6, 2018 9:03 PM

    PORT DICKSON: Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin hari ini membuat kejutan apabila hadir ke Port Dickson dan berkempen untuk calon Pakatan Harapan (PH) pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Bekas menteri kewangan itu menyertai Anwar pada majlis minum petang bersama komuniti nelayan di Kampung Telok Kemang yang turut disertai Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

    Ketika berucap di majlis itu, Daim menggesa pengundi tempatan memberikan sokongan kepada Anwar kerana ketua umum PKR itu akan membantu menyelesaikan masalah di kawasan itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko alih lgi tiang gol. Ko dah tak ada lagi idea ke utk berhujah tentang tajuk diatas?

      Delete
  19. DAIM ATOK MULA KAN LAKONAN BANGANG
    NNPK BAIK SI LIDAH BERCABANG
    YE KE TU ATAU SEMBANG JER KENCANG
    LEPAS PRK MEMASING MULA LA PERANG

    DIVERT ISU UMNO PAS JADI BELASAHAN
    TEMAN UGUT TANGKAP UTK DI LAKONKAN
    PERANG SEDARA KLU BOLEH DI SOROKAN
    SI LIDAH BERCABANG DAH MOLA PENGSAN



    KIKIKIKI... HAAAH TEPUKKK..!!

    ReplyDelete