Google+ Followers

Saturday, October 6, 2018

REDHUAN TEE MU LAGUMANO PULOK..

Viral tentang statement dr Mujahid yang diputar belit media.

Cuba baca balik pandangan arwah.Tok Guru Nik Aziz ni waktu beliau masih hidup, untuk kes yang SAMA.

Jangan berat sebelah dalam menilai, letak hukum di depan, bukannya Emosi mendahuli Akal dan Hujah.

Syam Ghaz

Please read carefully..

Peliharalah aib orang lain -  Nik Aziz

Harakah - [02/08/2013]


TAHASSUS (mengendap mencari rahsia dengan mata dan telinga) dan tajassus (mencungkil rahsia buruk seseorang), kedua-duanya ditegah oleh Islam.

_TAHASSUS (mengendap mencari rahsia dengan mata dan telinga) dan tajassus (mencungkil rahsia buruk seseorang), kedua-duanya *ditegah oleh Islam*._

Kecuali berlaku jenayah dalam negeri dan seseorang itu ditugaskan oleh pihak berwajib menyiasat bagi membasmi jenayah tersebut.

Pegawai khas yang ditugaskan untuk menyiasat jenayah itu mestilah melakukan tugasnya, berhak untuk bertanya sesiapa jua untuk mencari punca jenayah tersebut. Hingga jenayah dan penjenayah dapat dibasmi dalam negeri.

Bertugas menyiasat berbeza dengan orang yang mengintip dan mencari keburukan orang lain, tugas yang dipikulkan seorang pegawai penyiasat mengharuskan dia berbuat sesuatu yang melibatkan pengintipan rahsia (tajassus).

Jika tidak berbuat demikian maka jenayah tidak mungkin dapat dibasmi, rakyat sentiasa bimbang dengan meningkatnya kadar jenayah.

Ada perbezaan yang nyata antara mencungkil rahsia untuk memuaskan nafsu dengan petugas khas mencari punca rahsia untuk membasmi jenayah. Justeru pegawai berkenaan apabila menjalankan penyiasatan tidak boleh berat sebelah.

Ini kerana ia mendatangkan ketidakadilan, sedangkan tugasnya menghendaki yang didapati bersalah untuk dihukumkan salah, yang tidak bersalah segera dibebas. Jika berat sebelah dalam penyiasatan mungkin akan berlaku kezaliman. Orang yang bersikap seolah-olah tidak tahu keaiban orang secara personal, tidak menceritakan kepada pihak lain adalah tanda orang itu beragama.

Orang beragama itu bukan saja dia mempunyai banyak ilmu, tetapi berperangai murni kerana tidak mencerita dan mendedahkan keburukan orang.

Ketahuilah sesungguhnya tidak sempurna iman seserorang itu, selagi dia tidak sayang kepada kawannya apa jua perkara yang ia sayang untuk dirinya.

Inilah pedoman hidup di dunia supaya hubungan manusia jadi baik dan harmoni, iaitu lakukan sesuatu yang baik untuk orang seperti yang ia setuju dilakukan terhadap dirinya.

Umpamanya; marah apabila kawan lambat memulangkan barang yang dipinjamnya, begitulah sebaliknya segera pulangkan barang yang kita pinjam daripada orang lain, kerana mereka pun tidak setuju diperlakukan demikian.

Apa yang menyebabkan seseorang suka menceritakan keburukan orang lain, ialah disebabkan oleh penyakit hati yang telah lama tertimbus tanpa rawatan. Tubuh manusia ini terbahagi dua anasir, unsur pertama ialah jasad yang zahir (jasmani) yang dapat disentuh dan dilihat.

Unsur kedua ialah batin rohani (jiwa) yang seni, yang tidak dapat disentuh atau dipandang. Penyakitnya dua jenis juga, penyakit pada jasad yang zahir boleh dirawat oleh tabib dan doktor. 

Tetapi penyakit rohani tidak mudah dirawat kecuali oleh pakar ilmu jiwa yang mukmin iaitu ulama ahli tasauf.

Penyakit yang menyebabkan manusia gemar bercerita dan dedah keaiban orang, iaitu “dendam” dan “dengki.” Ia sukar dilihat dan dirawat, kerana penyakit tersebut ibarat telah lama tertanam, di luarnya kelihatan elok tetapi di dalam amat buruk.

Orang yang jiwanya dihinggapi penyakit tersebut, menyebabkan mata dan telinga hatinya buta dan tuli daripada menghargai kebaikan orang.

Sebaliknya hanya memandang dan mendengar keburukan orang sahaja. Manusia yang berdendam sesama Muslim atas dorongan nafsu tanda kelemahan imannya, kedudukan dirinya amat bahaya jika tidak sempat bertaubat kepada Allah SWT.

Hatinya keji dan kotor (khobais) tidak layak untuk berdepan dengan Allah SWT setelah rohnya diambil oleh malaikat maut. 

Justeru iman yang lemah pada sudut apa pun hendaklah digagahkan, sama ada lemah iman dalam urusan sesama manusia apatah lagi terhadap Allah SWT.

Antara kaedah mengawal lidah ialah jangan dedah rahsia peribadi dan hendaklah senyap daripada memperkatakan rahsia yang diamanahkan kepada kita. Ini kerana ada kalanya manusia terpaksa menceritakan kekurangan diri untuk melapangkan dada, tetapi pihak yang menerima curahan bukan untuk diceritakan kepada pihak lain.

Selain daripada mengambil sikap menyepi terhadap rahsia orang, seseorang itu berhak menidakkan jika ada orang membawa cerita rahsia seseorang itu sekalipun betul. Meskipun bercakap benar itu wajib, tetapi tidak pada semua ketika dan semua keadaan mesti bercakap benar.

Menurut Al-Ghazali sayogia tidak bercakap benar jika sesuai dengan ketikanya, iaitu ketika hendak menyelamatkan maruah kawannya daripada tercemar.

Seseorang hendaklah tutup rahsia keaiban dirinya sekalipun terpaksa tidak bercakap benar, kerana dedah rahsia diri tidak baik di sisi agama.

Begitu juga jika tidak berusaha menutup rahsia maruah kawannya, kerana kawan adalah umpama diri sendiri yang wajib dipertahankan juga. 

Seseorang dengan kawannya bagai satu anggota yang tiada beza kecuali tubuhnya sahaja, sebagaimana seseorang dianjur menutup keaiban diri, begitu juga berkewajipan menutup rahsia keaiban kawannya. Inilah hakikat persahabatan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang sanggup menutup keaiban saudaranya, Allah SWT akan tutup keaiban (kecacatan) dirinya di dunia dan di akhirat.”

Lebih memalukan apabila keburukan terdedah di akhirat kelak, di hadapan Nabi Muhammad s.a.w. dan para rasul yang lain. Namun Allah SWT berjanji akan menutupnya jika di dunia ini dia berusaha menutup keburukan orang lain.



Baca tulisan asal di dalam Harakah edisi Isnin ini.

02/08/2013
[Terjemahan kepada jawapan penuh Datuk Dr Mujahid ini adalah berbunyi

: “Isu perlaksanaan khalwat telah disalahguna, bukan semua tetapi ada isu-isu ada ada tempat-tempat di mana ia dieksploitasi dan disalahguna, tidak memberi keadilan kepada mereka yang melakukan dosa. Sebab itu kita sekarang sedang memperbaiki keadaan, dan adalah penting bahawa mereka menerimapakai Islam penyayang sebagai dasar mereka, dan dalam melaksanakan tugas mereka saya juga perlu sangat teliti dan berhati-hati untuk tidak mencerobohi hak-hak individu, yang saya fikir sekarang telah berkurang dalam, saya fikir, dan ada isu lain, untuk maklumat anda, bila anda bercakap mengenai perlaksanaan pencegahan khalwat, anda akan mendapati bahawa ia berada di dalam kehakiman negeri, bukan di bawah kehakiman saya, kerana kami terikat dengan undang-undang atau kuasa negeri dan kuasa persekutuan, dan kebanyakan daripada kehakiman Islam adalah berada di bawah kuasa negeri, bukan kuasa saya, tetapi kita boleh ada platform di mana kita akan berjumpa semua pengarah hal ehwal Islam negeri di mana kita boleh berbincang dan berkongsi pandangan-pandangan kerajaan persekutuan mengenai semua isu ini.”

Berdasarkan kepada kefahaman saya kepada jawapan penuh Datuk Dr Mujahid ini, maka bolehlah disimpulkan bahawa perkara-perkara ini adalah tidak tepat:

(1) Bahawa tiada lagi polis moral di Malaysia selepas ini.

(2)  Bahawa tiada lagi tangkapan khalwat malam atau pencerobohan ke atas kehidupan peribadi orang Islam.

(3) Bahawa tiada lagi ketukan di pintu pada tengah malam dan tiada lagi pemecahan pintu oleh pihak berkuasa agama yang menyiasat laporan khalwat atau lain-lain kesalahan yang disyaki.

Walau apa pun perbezaan pendapat antara kita dan Datuk Dr Mujahid, kita perlu ingat bahawa kata-kata ini bukanlah kata-kata yang keluar dari mulut sendiri Datuk Dr Mujahid sendiri tetapi hanyalah kata-kata yang dimasukkan oleh akhbar The Star. 

Malah, Datuk Dr Mujahid sendiri menyebut bahawa perkara-perkara ini adalah di bawah kuasa negeri, bukan di bawah kuasa beliau, di mana apa yang boleh beliau lakukan hanyalah “berbincang dan berkongsi pandangan-pandangan kerajaan persekutuan (dengan negeri) mengenai semua isu ini.”

Saya memilih untuk menunggu sehingga perjumpaan dengan “semua pengarah hal ehwal Islam negeri” ini berlaku dahulu sebelum membuat ulasan lanjut.


Pendekatan Mujahid selaras perlembagaan negara


ULASAN | Sesiapa yang membaca temu bual The Star dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof hari ini akan nampak jelas visi dasar Pengislaman dan pembangunan Islam yang akan menjadi pendekatan kerajaan Pakatan Harapan dengan menekankan hak perseorangan dalam kepercayaan beragama yang tidak memerlukan sepenuhnya penguasaan undang-undang atau moral policing.

Di bawah polisi ini penangkapan khalwat yang tidak menganggu ketenteraman nilai awam sehingga terpaksa mengetuk pintu hotel mungkin tidak lagi akan diperlukan, seperti juga orang Islam yang minum arak di rumah sendiri, dan pemisahan lelaki perempuan di lorong bayaran di pusat-pusat beli belah.

Ini bukanlah sesuatu yang baru tetapi isu-isu keterbatasan, kebebasan dan dan ketertiban termaktub dalam perlembagaan negara sejak merdeka.

Umpamanya etika berpakaian di tempat awam, polis sendiri memahaminya.

(Larangan terhadap lelaki berseluar pendek atas paras lutut pernah berlaku semasa Terengganu dikuasai oleh PAS bagi pertama kali.)

Menghayati temu bual Mujahid itu maka pada pandangan saya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telah membuat pilihan tepat meletakkan beliau ke jawatan menteri menjaga Islam.

Hal ini kerana beliau memahami dan mempunyai visi untuk mengekalkan cara pendekatan dalam semangat perlembagan negara yang dijuarai Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman hingga ke Dr Mahathir.

Bagaimanapun dasar itu telah dicemarkan oleh rejim Najib Razak yang mahu menggunakan agama untuk tujuan politik selain bekerjasama dengan PAS melaksanakan hukum hudud yang turut menjadi bantahah orang bukan Islam, serta menyebabkan Umno dipandang serong masyarakat bukan Islam.

Tunjukkan ada keazaman

Dengan pendedahan dirinya sebagai seorang Islamis berjiwa besar yang percaya kepada keimanan dan ketahanan diri sendiri dalam masyarakat yang terbuka kepada pelbagai anasir yang unislamic maka saya percaya Mujahid akan dapat membina masyarakat Islam yang dinamik dan progresif.

Dengan itu juga Mujahid mendedahkan beliau telah lama menjadi duri dalam daging kepada PAS, dan sekarang mahu menjalankan tugasnya untuk mencabut PAS dari terus menjadi duri dalam jasad negara.

Orang Islam boleh hidup di dunia Barat yang penuh dengan nilai-nilai kekafiran malah generasi Islam sebelum Malaya merdeka belajar di sekolah-sekolah Kristian tetapi mereka tetap beriman dan tidak menjadi kafir.

Pendekatan-pendekatan Islam yang bengis dan menakutkan menampakkan ketipisan keimanan mereka.

Terkini pendekatan Islam yang menyebabkan Islam dipandang rendah oleh bukan Islam ialah menyebat wanita lesbian di hadapan umum - termasuk lelaki - kerana melakukan kesilapan pertama kali dan menghukum wanita Islam yang miskin yang melacurkan diri di Terengganu.

Mereka juga tidak membantah perkahwinan di bawah umur dan membiarkan sekolah-sekolah tahfiz berkembang tanpa kawalan.

Semua ini menampakkan pendekatan Islam yang tiada simpati, tidak prihatian dan tanpa kemesraan dan kemanusian.

Walaupun sebagai menteri Mujahid berhasrat menyamakan langkah pendekatan Islam yang mesra di seluruh negara tetapi tidak semuanya dalam bidang kuasanya.

Bagaimanapun beliau menampakan keazaman yang kuat untuk melaksanakannya apabila beliau berkata hal itu tidak seharusnya menjadi halangan kerana beliau juga mempuyai kuasa untuk menjalankan dasar yang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.

Dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berada di bawah beliau maka saya percaya ia akan dapat membantu Mujahid untuk menyelaras dan melaksanakan dasar yang sama antara negeri walaupun tidak mudah dan menghadapi tentangan dalaman.


Kata Mujahid: "Awak boleh membuat interpretasi sendiri tetapi awak juga mesti menghormati dasar yang akan dijalankan oleh kerajaan sekarang".

TAN SRI ZAINUDDIN MAIDIN ialah bekas menteri penerangan dan bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd. Tulisan ini asalnya terbit di blog beliau.


Akhbar the Star adalah milik MCA parti gbngn BN yg telah memutarbelitkan jenyataan YAB Menyeri trsbt...

17 comments:

  1. SI LIDAH BERCABANG JAGA AIB ORANG.?
    SATU DONIA DI JAJA FITNAH GAMPANG
    TAK TAU TAK INGAT INI LAH JAWAPAN
    MELAYU MUDAH LUPA MACAI KERIANGAN


    KIKIKIKI.. TEPUK...!!

    PUIIII HAAA DELETE LA TEWW

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat apa tepuk? Bukan ada isi apa pun. Cuma luahan rasa pihak kaciwa...

      Delete
    2. Fitnah lg..
      Najib dan rosmah dh kena 37 pertuduhan pun nk mnyorok dibelakang fitnah.

      Betul2 bodoh jenis manusia. Kenapa kau xbunuh diri je

      Delete
  2. TAHASSUS (mengendap mencari rahsia dengan mata dan telinga) dan tajassus (mencungkil rahsia buruk seseorang), kedua-duanya ditegah oleh Islam.
    -----------------------------

    Adekah kenyataan ini terpakai dalam kes mencegah maksiat?...

    Hadks yg jelas sudah ade mesti cegah kemungkaran...

    Mencegah kemungkaran bukan mencari dan mendedahkan aib orang...saper yg rasa buat mungkar satu keaiban maka jauhilah kemungkaran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo kerana tak boleh cari dan dedahkan keaiban orang maka dibiarkan maksiat tempat persendirian maksiat akan berkembang biak...setan tak perlu jerja kuat lagi...

      Perlu membezakan tak boleh cari dan dedahkan aib dan keburukan orang dengan mencegah maksiat...

      Alasan aib menghalang cegah maksiat taoi menggalakkan maksiat menbiak..
      Ayat tuhan jangan kamu hampiri x
      Zina..

      Keburukan maksiat bukan keburukan peribadi...jika seseorang yg kedekut kita dilarang menyatakan sifat kedekutnye kpd orang lain....penipu kita mesti bagi tahu kpd orang supaya tidak jadi mangsa..

      Delete
    2. Ala bro, depa guna la bahasa² yg mirip dan ala² arab utk halalkan pandangan depa. Tahassus dan tajassus kan ada bunyi arabic, maknanya sipenutur atau sipenulis akan dilihat intelek & penuh ilmu. Manipulasi istilah je tu. Maksiat dan kebejatan moral TETAP menjadi TANGGUNGJAWAB pemerintah untuk melaksanakan PENCEGAHAN. Mencegah lebih baik dpd mengubat. Adakah selama ini keseluruhan operasi cegah maksiat tiada sop dan peraturan? Main intip, skodeng, hendap, panjat² dinding atap rumah org nak cari siapa berkhalwat siapa berzina? Kan ke selama ini operasi adalah bersandarkan kpd aduan dan laporan? Jgn semua diliberalkan beb. Baru shj palu di sulawesi diperingatkan oleh Allah SWT kerana meliberalkan maksiat dan pelanggaran hukum Allah, di sini rupanya masih terpinga-pinga dan buat² bodoh tak faham amaran Allah.

      Delete
  3. Orang-orang kafir sekarang amat gembira kerana agenda mereka telah dibawa oleh orang Melayu Islam. Taniah menteri Agama (agama?) Gandingan mantap Tun Mahathir dan Dr Mujahid dalam memperkasakan Islam.

    ReplyDelete
  4. Wahai Tun M, Islam memang Tak Suruh Panjat Rumah Tapi Maksiat Kena Cegah

    "Islam tak suruh panjat rumah orang untuk tangkap pelaku khalwat". Kata-kata ini betul, tetapi ia tidak bermakna maksiat boleh dilakukan dengan bebas tanpa sekatan asalkan ia dilakukan dalam ruang peribadi.

    Katalah satu rumah telah dijadikan sebagai rumah pelacuran, iklan dilakukan secara tersembunyi dan pelanggan datang silih berganti, apakah kerajaan 'Islam' tidak dibenarkan melakukan tindakan ke atas premis ini atas alasan ianya dilakukan dalam premis peribadi? Tidak, kerana walaupun ia dilakukan di ruang peribadi tetapi ia telah diketahui oleh orang lain, dan jika dibiarkan maka akan menyebabkan aktiviti maksiat ini berleluasa.

    Kerana itu, walaupun orang Islam boleh minum arak di rumahnya tanpa diketahui oleh penguatkuasa tetapi ia tidak dibenarkan membeli arak di kedai2, dan penjual arak dilarang menjual arak kepada orang Islam. Dan jika ia keluar rumah dalam keadaan mabuk ia boleh dihukum kerana terbukti bersalah. Itu undang-undang Islam, dan undang-undang ini dianggap kolot kerana tidak sesuai dengan semangat liberalisme.

    Kerana itu jangan hanya lihat di mana perbuatan itu dilakukan tetapi lihat juga bagaimana dan modus operandinya. Sekali lagi, tiada konsep dosa peribadi dalam Islam, ia konsep sekular-liberal, di mana seseorang itu bebas melakukan apa sahaja dalam ruang peribadinya tanpa sekatan, apabila ia melibatkan hak Allah dan hak sesama manusia.

    - Dr. Khalif Muammar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko dah takde idea kerana itu lah ambil dan kopipes idea dan hujah org lain.

      Delete
  5. Tunggu kena bala besar dulu mcm di sulawesi dan aceh baru kita nak cegah kemungkaran secara total...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di indonesia dah mcm2 penyelewengan islam...pasentran banyak..ulamak besar ramai...

      Kawin tak perlu tukar ugama...daging babi dijual bersebelahan daging halal di pasaraya....lgbt bebas...sarang pelacuran banyak...

      Mcm2 bala menimpa....gempa kuat..sunami besar...bumi keluarkan lumpur dlm sekelip mata kampong tenggelam....letusan gunung berapi...banjir besar...

      Gempa di sumatra kl bergoyang...

      Delete
    2. Sabah sudah ditimpa gempa hingga tanduk kinabalu boleh patah...masjid rosak..

      Delete
  6. Adekah bala yg menimpa kerana faktor geography semata2?...

    Kun Fayakuun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bala menimpa kerana bnyk org bodo dan mudah dibodokan mcm kau.

      Delete
    2. Aku dah lama tau ko yg paling bodo...umno menang majoriti 3/2... Hahahahaha..

      Delete
  7. FITNAH JIJIK SI LIDAH BERCABANG
    MINTRI AGAMA PULAK MACAM GAMPANG
    AOA NAK KATA MACAI TOMATO YG BANGANG
    BALA DAH SAMPAI BRU U TURN ALIH TIANG


    HSAAHHH DELETE...


    KIKIKIKI... TEPUKKKKK..!!

    ReplyDelete
  8. Amboii...bukan main kalo pasal suku sakat dia pnye kes suruh jgn aibkn tp kalo kes puak Bn bagai nk rak lg...sebenarnye ph ni dh kena pnyakit Bn dua2 ni prti haram jadah

    ReplyDelete