Google+ Followers

Sunday, November 4, 2018

BERI PELUANG NAJIB BERCAKAP


Selepas NAJIB dan umno dihukum dihumban dikalahkan Secara unsangkarable di pru14 adalah wajar dia bangkit membela dirinya.

Semasa berkuasa berjawatan Dan berpengaruh dia lupa diri sombong Dan angkuh Untuk BERCAKAP Dan menjawab soalan rakyat. Hatta soal 1mdb pun dipergunakannya pendekar lapok Untuk menghalang perbahasan di parlimen.

Jika Kita menghalangnya BERCAKAP sekarang bererti Kita pun turut sepertinya di Masa lalu.

Dengan puluhan tuduhan Dan jangka ditambah lagi, setimpallah dia terus bercakap ...
Hari ini cakapannya Mula dibidas kembali oleh pemimpin Dan penyokongnya sendiri.. utusan Malaysia minta NAJIB mohon maaf?
Bukankah itu reaksi terbaik dari kebebasan Untuk NAJIB BERCAKAP?

Apalagi pembohongan Dan rekaan Yang mahu dilokmankan?
Bukankah dia yg lari dalam forum n2h Dan Sekali lagi lari ketika di temubual aljazeera?
Dah macam lobak?

Umno wajar menggesa NAJIB membawa pulang jholow Dan segala harta sembunyian (jika Ada) supaya dia tidak lagi berhutang Dengan rakyat Malaysia, itu antara langkah bijak Membolehkan rakyat memafkannya?





14 comments:

  1. Najib dah terkena tulah karamah Pembawa Panji Hitam. Ramai dah terkena dan ramai lagi yang akan kena. Orang-orang yang dahulu menyerang dan menghina Tun M di atas arahan Najib, kini mereka pula yang menyerang Najib, walaupun tiada arahan berbuat demikian daripada Tun M.

    Bukankan khabar nubuwwah telah mengkhabarkan bahawa Pasukan Panji Hitam ini adalah 'pasukan yang tidak pernah dikalahkan' dan ketuanya pula adalah dia yang bergelar Pembawa Panji Hitam. Kemenangan pasukan ini hakikatnya adalah berpunca daripada 'divine intervention' yang masih tidak disedari oleh kebanyakan manusia.

    Pembenci Tun Mahathir sudah perlu berfikir kenapakah Tun Mahathir sentiasa menang dan orang-orang yang menghina dan mencercanya, akhirnya mereka sendiri yang menjadi terhina.

    Sesal kemudian tiada gunanya.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  2. Peluang dah berakhir.......

    EXPLAINING AWAY THE TRUTH

    It is no good at all 
    to conjure all sorts of reasons 
    to explain away truth: 

    One could subscribe to truth 
    only when one has self-respect in the first place; 

    When a man tells untruths, 
    he has no respect for himself 
    and little would he do better for others 
    except for his own gain; 

    And when a man tells lies, 
    he has a tendency to forget: 

    With one lie after the other, 
    eventually he would be caught 
    in his own tangled web

    ReplyDelete
  3. Kepada Najib, ayat KJ pendek je dah buat Najib dan Lokman meroyan mcam datang bulan. HAHAHA
    "We lost because of 1MDB. The end.… " kepada Najib.
    Kepada Lokman Adam, "Otak Carrot, patut dibuang dari umno" !!!!!


    ReplyDelete
  4. Fasa lobak UMNO sudah hampir The END.
    Tp fasa penunggang agama diambang TAMMAT.

    Yg paling jauh pun, sehingga April 2019. anna tau laah.
    Jika cuba ditarik balik saman omputih kapir Claire, maka jatuhlah HARAM MU JADAH WAL MI NUM KIN CIN UNTA WALA UN HARBI.
    Tunggu....

    ReplyDelete
  5. Dia boleh bercakap, lantak la, Aku tak rugi ape pun. Tapi Jgn la marah kalau lokman Adam and 2 3 kerat penyokong je yg percaya. Jgn melokman adamkan diri anda. Sekian terima kasih....

    ReplyDelete
  6. syukurlah ... utusan kini sahkan najib menipu.. umeno bila lagi ? masih lagi bersama dogman dibodokan ?

    kah kah kah

    ReplyDelete
  7. Lagi banyak najib bercakap lagi banyak membohong...

    Awang selamat kata pencuri tak semestinye bohong tapi pembohong selalunye mencuri...

    Cai lobak low IQ yg datang bulan meroyan siang mlm...hihihi..

    ReplyDelete
  8. Sejak beberapa tahun yg lepas hingga sekarang puak umno IQ lobak yg datang bulan tak pernah kisah pasal jho lo.....banyak mana jho lo nak rompak rompak laah...

    Kalo jho lo ditangkap najib habis...ininyg puak lobak takut..

    ReplyDelete
  9. Memang 1MDB punca BN kalah, kata Nazri
    5 Nov 2018, 1:00 tengahari (Dikemaskini 5 Nov 2018, 1:00 tengahari)

    A A
    Setiausaha Agung BN Datuk Seri Nazri Aziz dilihat senada dengan bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengenai punca kekalahan BN pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

    Nazri yang terkenal selalu lantang dan berterus-terang itu berkata tidak seperti kepercayaan sesetengah orang dalam Umno, punca utama majoriti pengundi memilih Pakatan Harapan (HARAPAN) adalah kerana faktor 1MDB.

    “Saya bersetuju dengan kenyataan Khairy.

    "Skandal 1MDB berlaku dan kabinet hanya tahu mengenai setiap keputusan membabitkan isu itu selepas meletup di media.

    ReplyDelete
  10. 'Minta maaf pada Najib atau ahli Umno boikot Utusan'

    5 Nov 2018, 2:31 tengahari (Dikemaskini 5 Nov 2018, 3:20 petang)

    A A
    Ketua Bahagian Umno Batu Pahat Datuk Dr Puad Zarkashi memberi kata dua kepada Utusan Malaysia supaya memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan bahawa bekas perdana menteri itu berbohong kerana tidak tahu sumber wang yang didepositkan ke akaun banknya.

    Puad berkata, jika Utusan enggan berbuat demikian maka ahli Umno wajar memboikot akhbar yang selama ini menjadi lidah rasmi parti Melayu itu kerana membuat kesimpulan awal berhubung perkara tersebut.

    Puad juga secara khusus menamakan pengerusi eksekutif Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Sheik Fadzir sebagai individu di belakang ruangan pojok "Awang Selamat" dalam Mingguan Malaysia, semalam.

    “Apa agenda Aziz? Kenapa memperalatkan Utusan untuk mendesak Najib memohon maaf kepada seluruh ahli Umno kerana isu 1MDB?.

    “Apakah Aziz adalah sebahagian daripada games plan (Tun Dr) Mahathir (Mohamad)- (Tun) Daim (Zainuddin) untuk terus memecah belahkan perpaduan Umno selepas PRU ke 14?"

    “Aziz perlu meminta maaf kepada Najib kerana terlalu gopoh membuat kesimpulan. Kalau dia enggan maka eloklah ahli Umno “Memboikot” Utusan,” katanya.

    Menurut Puad lagi, Aziz telah mendahului mahkamah kerana tiada satu pun daripada 38 pertuduhan yang sedang dihadapi Najib ada kaitan dengan tuduhan mencuri wang 1MDB.

    ReplyDelete
  11. Dalam kes Jho Low, dia dipercayai menyorok di Taiwan atau China.

    Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

    Email

    Tapi, Taiwan tu sebahagian dari China. Imej dari emaze.com
    Malaysia pula takde perjanjian ekstradisi atau hubungan diplomatik dengan Taiwan (sejak tahun 1974), dan Taiwan juga bukanlah ahli Interpol. Ada kemungkinan untuk dapatkan Jho Low dari Taiwan, tapi proses tu agak rumit dan ia juga bergantung kepada budi bicara Taiwan. Bagaimanapun, Malaysia ada perjanjian Bantuan Perundangan Bersama (MLA) dengan China, dan sesetengah pakar percaya, kat situlah Jho Low menyorok.

    “Jho Low boleh mengambil kesempatan daripada hubungan antara Malaysia dan China sekarang berikutan pembatalan beberapa projek mega. Ia diyakini… yang dia mempunyai seorang datuk bergelar jutawan di China…

    Jadi bila Notis Merah Interpol sampai, negara-negara kuat seperti China dan Rusia kadang-kadang mengabaikan notis itu dan Interpol tak boleh memaksa negara anggota untuk menangkap seorang individu, “- Azmi Hassan, pakar geostrategis kepada NST.

    Jadi, macam tu la. Notis Merah mampu diabaikan, dan ia bergantung kepada setiap negara untuk menentukan kepentingan undang-undang untuk Notis Merah. Interpol juga tak boleh memaksa mana-mana negara anggotanya untuk menangkap dan mengekstradisi orang yang ada Notis Merah. Korang mesti fikir yang Notis Merah ni macam tak power. Tapi…

    ReplyDelete
  12. Eric Tan nama lain Jho Low dedah perkembangan saga 1MDB

    By Arianna - 2017-01-14 33

    Advertisement


    Satu perkembangan terkini berhubung saga 1MDB di mana ia didedahkan dalam sebuah mahkamah Singapura bahawa jutawan Jho Low juga menggunakan nama lain dalam urusan kewangannya yang melibatkan dana pelaburan itu.

    Walaupun siasatan terhadap transaksi 1MDB sedang dijalankan di pelbagai negara, Singapura merupakan yang terpantas bertindak, dengan menutup BSI Bank dan Falcon Private Bank berhubung pengubahan wang yang berkaitan dengan 1MDB dan mendakwa di mahkamah bekas kakitangan bank-bank tersebut.

    Awal minggu ini, mahkamah Singapura diberitahu bahawa “Eric Tan Kim Loong” sebenarnya adalah nama lain (alias) bagi Low.

    Menurut kes di Singapura itu, pengurus cawangan Falcon Private Bank Singapura, Jens Sturzeneggar telah berkomunikasi dengan emel, erickimloong.tan@gmail.com, tetapi kemudian mendapati dia sebenarnya berkomunikai dengan Low.

    Apabila kedua-dua mereka bertemu, jutawan kelahiran Malaysia mendedahkan bahawa dia menggunakan nama Eric Tan dalam beberapa urusan atas sebab-sebab “keselamatan”.

    ReplyDelete