Friday, November 30, 2018

DEMI MELAYU KALAU MELAYU BERPECAH..

UMNO bermasalah jika Zahid masih kekal Presiden dan Najib masih umno.

PAS juga bermasalah selagi Hadi masih di situ.

BERSATU akan bermasalah sebaik sahaja Tun tiada, malah Pakatan Harapan sedikit bergolak.

PKR tenang dalam kocak, jika Anwar masih mahu mencantas atau mengganas dalam apa jua bentuk, PKR akan berpecah.

AMANAH stabil cuma tiada kepimpinan yang berwibawa untuk menerajui.

DAP paling stabil dan menjadi dominan di belakang tabir samada sebagai parti kerajaan atau parti pembangkang.
Tiada DAP Melayu yang berwibawa dan berpengaruh.

Pergabungan parti² Melayu sangat relevan umno+pas+bersatu dan amanah tetapi wajar diketuai oleh kepimpinan seperti Azmin+kj+mukhriz (saling melengkapi), Itu sahaja yang ada,
Ada sesiapa lain?

Paling kesal, ketika situasi Melayu Islam dilihat terbahagi, PAS gagal memainkan peranan "natural" pendamai dan alternatif, sebaliknya menjadi kayu api.

Tiada kepimpinan yang boleh diangkat ke peringkat nasional dan antarabangsa untuk menerajui negara. Mereka sekadar boleh cari makan dalam kelompok sendiri sahaja.

26 comments:

  1. KD masih berangan penyatuan melayu...

    Pas dan umno tak mungkin bersatu atau bergabong...pas tak rela kelantan terengganu dan kedah dikuasai oleh umno....umno pon nak perintah 3 negeri ni...

    Sikap tamak kuasa dan tidak mempercayai antara satu sama lain masih tebal dlm pas dan umno...saling berebutan...

    Apabila memilih khalifah semua sahabat nabi menolak...tapi melayu bila pru berebutan nak menang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih 60 tahun berkuasa memegang amanat,
      Jatuh kecundang ke dalam lubang lahanat,
      Kerana ulah sang kleptokrat,
      Yang tiada rasa malu, segan jauh sekali bertanggugjawab,
      Habis parti yang dulunya dianggap keramat,
      Kini ibarat sudah diambang kiamat.

      Apabila wanita, takhta dan harta dijadikan matlamat,
      Maka kehancuran parti sudah dekat,
      Mustahil untuk dibaiki oleh mereka yang terlibat,
      Ada pun yang baik baik sudah lama dikerat,
      Tinggal sisa dikalangan lobak dan pemakan dedak,
      Selamat tinggal wahai parti yang sudah lama berkhidmat.

      Nasib bangsa semakin tenat,
      Kasihan si tua yang masih tidak mengenal penat,
      Yang muda sudah pula tidak tahu jalan yang tepat,
      Yang ditepi menanti mana yg boleh banyak dapat,
      Anak cucu kita nantinya yang hidup melarat,
      Sambil anak cucu mereka hidup penuh nikmat,
      Jangan nanti salahkan umat,
      Apabila berjemaah hadir menaburkan najis dikubur sang pengkhianat.

      Delete
  2. Kj dan mukhriz boboi tak payah lah...KD sangat berminat dgn KJ budok tingkat 4.... Nak dapat tender kantin sekolah pon kena ade persetujuan KJ....masjid kristal di KT beratus jota dah dibalun...
    Negeri tak cukup duit mukhriz beli volvo....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kau boleh cadangkan nama "lokman" atau mana² "anak Mansoor"..

      Delete
    2. Tak ade kah nama2 lain?...

      Delete
    3. Ada..
      Rizal mansor
      Adnan mansor
      Adnan yaakub
      Nazri aziz.
      Puad zarkashi
      Salleh keruak
      Rahman dahlan
      Tajudin rahman
      Musa aman
      Aziz keling
      Azwan bro
      Shahidan kassim
      Arul kanda
      Anuar musa

      Ntah bape ramai lagi penjual abata yg xdpt nk disenaraikan

      Delete
    4. Nama2 ni semua nak dibacakan talkin ke?

      Delete
  3. DAP paling stabil dlm bermuka-muka dan menipu rakyat Melayu, Islam dan negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DAP boleh kalau melayunya bodoh bangang tiada akhlak curang Dan penyamun²...

      Salahkan diri sendiri, musuh memang Sedang tunggu peluang..

      Delete
  4. Anon 3:57

    Saya bersetuju dengan fikrah sdr KD yang mahu melihat orang-orang Melayu bersatu. Walaubagaimanapun kaedah yang sdr KD bentangkan memang adalah mustahil untuk Melayu bersatu. Mengharapkan kesemua orang-orang Melayu bersatu dengan wujudnya panji-panji yang berasingan yang mempunyai sejarah permusuhan yang panjang adalah hampir mustahil.

    Yang tidak mustahil di dalam penyatuan bangsa Melayu ialah ibarat pepatah bangsa ini yang berbunyi 'biduk berlalu kiambang bertaut'. Biduk tersebut mesti ditiadakan dahulu barulah penyatuan boleh bermula.

    Biduk-biduk itu tiada lain dan antara lainnya, ialah parti-parti politik yang bathil di kalangan bangsa Melayu.

    Orang Melayu Islam memiliki 4 parti eksklusif mereka dan 1 parti di mana mereka menjadi teras. Di antara kesemua 5 parti ini hanya PPBM yang merupakan pasukan yang tidak pernah tewas di dalam mana-mana PRU.

    UMNO hanya merasai kemenangan semasa PPBM masih bersama UMNO dan belum bermufaraqah. Apabila PPBM bermufaraqah daripada UmNo, UmNo tumbang.

    PKR tewas di dalam kesemua PRU kecuali apabila mereka bersekutu dengan PPBM, barulah mereka merasai kemenangan.

    AMANAH hanya merasai kemenangan selepas mereka bermufaraqah daripada PAS dan bersekutu dengan PPBM. Ketika mereka bersama PAS mereka tidak pernah merasai kemenangan.

    PAS pula tidak pernah merasai kemenangan di dalam mana-mana PRU pun. Semasa PPBM masih UMNO, mereka bertempur dengan UMNO, dan selepas PPBM bermufaraqah daripada UmNo mereka kekal bertempur dengan UmNo dan PPBM.

    Kesimpulannya, di antara kesemua parti-parti Melayu + parti teras Melayu ini, PPBM adalah 'pasukan yang tidak pernah tewas'.

    Kumpulan inilah yang akhirnya akan berdiri sebagai pemenang terakhir bersama kumpulan yang kekal bersekutu dengan mereka pada hari PERTEMPURAN KLIMAKS. Kumpulan-kumpulan lain akan lenyap.

    Umat Melayu akan kembali bersatu apabila parti-parti yang bathil di kalangan bangsa Melayu ini dilenyapkan.

    Selagi UmNo dan PAS masih wujud, selagi itulah penyatuan hakiki bangsa Melayu tidak akan berlaku.

    UmNo dan PAS serta sekutu-sekutu mereka perlu dilenyapkan dan mereka akan dilenyapkan apabila PERTEMPURAN di antara mereka dengan PPBM telah dibawa ke KLIMAKS. Biarkan mereka membawa PERTEMPURAN ini ke KLIMAKS kerana apabila PERTEMPURAN KLIMAKS itu berlangsung, mereka akan mengalami ketewasan mutlak, in shaa Allah.

    PPBM = Mereka itulah orang-orang yang berada di atas petunjuk daripada Tuhan mereka dan mereka itulah golongan yang menang, in shaa Allah.

    Apabila PPBM telah menang mutlak, ketiadaan pengganti yang berwibawa seperti Tun M sudah bukan isu kerana pihak-pihak lawan telah pun tewas mutlak.

    Lagipun, mencari pengganti Tun M adalah mustahil, kerana Tun M adalah the one and only, the carrier of the black banners from the east. Hanya ada seorang manusia sahaja yang mempunyai label ini. Selepas kematiannya, tiada siapa lagi yang akan mampu menggantikan tempatnya.

    Walaubagaimanapun jangan risau kerana sebelum Tun M meninggal dunia, umat ini telah pun meninggalkan zaman fitnah (zaman mulkan jabbariyyan) dan telah bersama-sama Tun M melangkah ke zaman baru (zaman khilafah manhaj nubuwwah) tanpa ahli-ahli fitnah daripada kumpulan-kumpulan bathil di kalangan umat. In shaa Allah mereka akan kekal selamat selamanya selepas itu.

    Tidak perlu percaya apa-apa pun. Memadailah untuk bersaksi bahawa saya telah menyatakannya.

    2019M / 1440H in shaa Allah.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PPBM bertandinglah sendirian mcm pas..baru tau tewas ke tidak...tanding 50 kerusi menang 13 kerusi....dah menang besar tu..hihihi...lucu ler ko jon doe...

      Delete
    2. Memadailah bersaksi jon doe buat temberang..

      Delete
    3. John doe ketua biro ajaran sesat bersatu! Kikiki

      Delete
    4. Sdr anon 4:40

      Sebab itulah saya katakan PERTEMPURAN KLIMAKS tidak berlaku melalui peti undi mahupun di dalam parlimen. Sebab ia bukan lagi PERTEMPURAN demokrasi. Demokrasi pada masa itu telah mencapai KLIMAKSnya apabila ia telah dirosakkan oleh para pemainnya yang menggunakan pintu belakang untuk merampas kekuuasaan di Seri Perdana daripada individu yang berhak ke atasnya iaitulah si Pemuda Ta-Mim.

      Sebaliknya PERTEMPURAN KLIMAKS ini bakal berlaku di jalanraya di Putrajaya atau lebih khusus lagi ia berlaku di Persiaran Perdana di antara Istana Kehakiman sehingga ke Seri Perdana apabila 313/314 anak-anak Bani Ta-Mim mengiringi si Pemuda Ta-Mim berhadapan dengan YDPA dan berkata kepada YDPA "Tun M adalah Perdana Menteri kami yang sah. Maka kekalkannya di Seri Perdana".

      Apabila YDPA dan seluruh rakyat Malaysia melihat sendiri kebenaran dan karamahnya Pasukan Panji Hitam, maka YDPA tiada pilihan melainkan memberikan laluan kepada Pemuda Ta-Mim untuk kekal sebagai Perdana Menteri yang berkuasa di Seri Perdana, walaupun selepas baginda sendiri yang telah mengisytiharkan darurat sebelum itu.

      Di dalam pilihanraya orang-orang yang telah menyokong PH1 sehingga ia memenangi PRU14 adalah termasuk di kalangannya, orang-orang bukan Islam dan juga orang-orang Islam yang menyokong fikrah-fikrah yang tidak selari dengan Islam. Kesemua mereka telah bersekutu di bawah pimpinan Pemuda Ta-Mim untuk menumbangkan kejahatan yang paling dahsyat pada masa itu iaitulah Najib-UmNo-BN. Termasuk juga yang menyokong PH1 sehingga ia menang PRU14 adalah orang-orang beriman yang telah ditimpa penyakit wahn iaitu cintakan dunia dan takutkan kematian.

      Walaubagaimanapun PH2 hanya ada 313/314 anggota sahaja termasuk Pembawa bendera pasukan iaitulah Tun M sendiri. Jumlah ini adalah orang-orang beriman anak-anak Bani Ta-Mim yang terselamat daripada penyakit wahn ini. Inilah jumlahnya yang akan memenangi PERTEMPURAN KLIMAKS tersebut. Inilah juga jumlahnya yang akan menjadi perantara untuk kebathilan itu dilenyapkan.

      Jumlah ahli PPBM dan pendokong Tun M sudah melebihi jumlah yang diperlukan / dikhabarkan ini.

      PRU14 = PH1 menang dan bendera PH1 berkibar.

      PERTEMPURAN KLIMAKS = PH2 memang dan bendera PH2 berkibar.

      2019M / 1440H in shaa Allah.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    5. Sebagai tambahan :-

      Orang-orang yang memperolok-olokkan jumlah keahlian PPBM mahupun jumlah wakil rakyat PPBM jelas telah secara tidak langsung memperolok-olokkan janji Allah bahawa sekiranya Dia berkehendak, jumlah yang kecil boleh menewaskan jumlah yang lebih ramai.

      كَمْ مِنْ فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ

      "Berapakah di kalangan kumpulan-kumpulan kecil yang menewaskan kumpulan-kumpulan yang besar dengan izin Allah. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar" (Al-Baqarah : 249).

      Sejarah sendiri menunjukkan apabila Bani Abbasiyyah bersama-sama sekutu-sekutunya menumbangkan Bani Umayyah, mereka adalah kumpulan yang kecil berbanding Bani Umayyah. Pun begitu mereka telah menang.

      Sekarang perhatikan pula fakta berikut :-

      Semenjak manusia mula mencipta sistem pemerintahan mereka, hanya wujud dua sistem diamalkan iaitu demokrasi dan monarki. Sama ada mereka mengamalkan demokrasi atau mengamalkan monarki. Kedua2nya punya prinsip2 sendiri.

      Manusia yang memerintah dengan prinsip keduanya hanya ada 5 orang iaitu Nabi Muhammad saw sendiri dan 4 orang khulafa ar-rasyidin yang pertama. Saiyidina Hasan Bin Ali yang menjadi khalifah ke-5 menyedari dia tidak mempunyai sokongan overwhelming majoriti sebagaimana 4 khalifah yang pertama sebelumnya, kemudian telah meletakkan jawatan dan menyerahkan takhta kekhalifahan kepada pencabarnya yang lebih berusia dan lebih berpengalaman daripadanya iaitu khalifah Muawiyah Bin Abi Sufyan.

      Walaubagaimanapun di akhir zaman fitnah ini, kedua-dua sistem ini telah dirosakkan oleh yang satunya.

      Sistem monarki telah dirosakkan apabila 16 ahli daripada 17 ahli majlis pewarisan diraja sebuah negeri di Malaysia memilih untuk menjadikan putera sulung Sultan mereka sebagai Sultan yang baru ketika Sultan tersebut masih lagi hidup. Pemilihan ini telah merosakkan sistem monarki kerana di dalam monarki, seseorang anak hanya boleh mewarisi takhta bapanya selepas bapanya telah meninggal dunia. Disebabkan 16/17 adalah overwhelming majority maka hampir tiada sesiapa yang terperasan sistem monarki telah dirosakkan oleh prinsip demokrasi.

      Demikianlah juga halnya di dalam sistem demokrasi. Di dalam demokrasi tidak ada prinsip penyerahan takhta ketika mandat masih berlangsung. Di dalam demokrasi apabila seseorang pemimpin telah tamat tempoh mandat untuk memerintah maka hak untuk memilih pengganti mesti dikembalikan kepada rakyat. Di Malaysia, disebabkan keperluan keadaan, Tun M telah bersetuju dengan DSAI untuk membahagikan tempoh pentadbiran sebagai Perdana Menteri kepada 2 bahagian. Ini adalah prinsip penyerahan takhta yang hanya wujud di dalam monarki tetapi tiada di dalam demokrasi. Sistem demokrasi nampaknya telah dirosakkan oleh prinsip yang wujud di dalam monarki.

      Maka, jelas di hujung zaman fitnah ini kedua2 sistem ini telah dirosakkan oleh yang satu lagi.

      (Bersambung)

      Delete
    6. (Sambungan)

      Kelak, kedua-dua sistem ini akan mencapai klimaksnya melalui berlakunya perkara2 berikut :-

      1. Monarki akan mencapai klimaksnya di Bumi Arab Saudi apabila mangkatnya seorang Raja penjaga Baitullah yang menyebabkan 3 orang putera bertempur merebut takhta dan tiada seorang pun di antara mereka yang berjaya memperolehi takhta tersebut.

      2. Demokrasi akan mencapai klimaksnya di Malaysia apabila YDPA terpaksa mengisytiharkan darurat dan menyebabkan PM negara ini kehilangan kuasa sekalipun ia telah mendapat kekuasan tersebut dengan jalan demokrasi yang sah. Darurat diisytiharkan antara lain diakibatkan pemain-pemain sistem demokrasi sendiri yang melanggar prinsip-prinsip demokrasi di dalam percubaan untuk mendapatkan kuasa melalui pintu belakang.

      Ketika kedua-kedua sistem ini telah mencapai klimaks masing-masing maka pada ketika itulah PERTEMPURAN KLIMAKS di antara pasukan yang mewakili kebenaran (Pasukan Panji Hitam yang di dalamnya ada Pembawa Panji Hitam) dan pasukan-pasukan bathil yang bersekutu menentang Pasukan Panji Hitam akan berlangsung.

      Kesudahannya sudah pun dikhabarkan lebih 1400 tahun dahulu. Kemenangan mutlak Pasukan Panji Hitam yang ditandakan dengan Panji-panji mereka dikibarkan dari Putrajaya ke seluruh negara.

      Serentak dengan selesainya PERTEMPURAN KLIMAKS tersebut, maka umat akan melangkah ke zaman baru dan meninggalkan sama sekali zaman fitnah yang telah berlangsung hampir 1 abad.


      2019M / 1440H in shaa Allah.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    7. Darurat?....hihihi..polis dah mati ker hingga tak boleh kawal keamanan lagi?...

      John doe dah sampai klimaks temberang...

      Delete
  5. Tabung Haji buat laporan polis terhadap Azeez, bekas CEO

    30 Nov 2018, 11:12 malam (Dikemaskini 30 Nov 2018, 11:44 malam)

    A A
    Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini membuat dua laporan polis terhadap bekas pengerusi agensi itu yang juga Anggota Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim.

    Laporan juga dibuat terhadap bekas ketua pegawai eksekutifnya (CEO), Ismee Ismail dan Johan Abdullah.

    Turut dinamakan ialah barisan pengurusan kanan iaitu Ketua Pegawai Operasi, Adi Azuan Abdul Ghani, Ketua Pegawai Kewangan Rozaida Omar, penasihat undang-undang Hazlina Mohd Khalid dan Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat dan Harta Tanah, Rifina Md Ariff.

    Menurut kenyataan hari ini, TH berkata laporan pertama dibuat berhubung Program Yayasan Tabung Haji 2017 melibatkan dana lebih RM22 juta.

    YTH ditubuhkan pada tahun 2016 yang antara lain untuk melaksanakan bantuan kemanusiaan dan menghulurkan sumbangan kepada golongan miskin serta mereka yang memerlukan.

    "Para pemegang amanah YTH ketika itu ialah Abdul Azeez, Ismee, Johan, Ali dan Rozaida," kata lembaga itu.

    Laporan polis kedua dibuat terhadap Ismee, Hazlina dan Rifina berhubung tindakan menyembunyikan maklumat penting melibatkan penjualan saham TH pada 2012 sebanyak 95 peratus dalam PT TH Indo Plantations yang dipegang oleh dua anak syarikat TH - TH Indopalms Sdn Bhd dan TH Indo Industries Sdn Bhd.

    ReplyDelete
  6. SHAH ALAM - Lembaga Tabung Haji (TH) mendedahkan dana lebih RM22 juta digunakan untuk tujuan politik pada tahun lalu.

    Difahamkan perkara ini timbul hasil siasatan dalaman pertama pengurusan baharu yang dilantik Julai 2018 terhadap transaksi lalu.

    Dalam satu kenyataan, TH berkata pemegang amanah Program Yayasan Tabung Haji (YTH) ketika itu termasuk bekas Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Ismee Ismail.

    Sehubungan itu, TH telah membuat laporan polis hari ini.

    ReplyDelete
  7. Duit pak aji pon boleh dikebas...cina DaP ker yg mengurus Tabong Aji?...

    ReplyDelete
  8. Patutlah ramai melayu masuk Dap kerana tak percaya kpd melayu lagi yg tak amanah...berserban besar bakol dan berjubah pon pantang lepa dgn duit dan perempuan...apetah lagi yg berseluar jean dan ber t shirt....yg tak kebas secara langsung pakai kroni...

    ReplyDelete
  9. Sistem Isley.Kocakkan Kerajaan Piliham, King maker domba.Assobiyah jumud totok dihalali taekyibbankan.
    Lobai kepakaran air lior semata2 yg perintah mesti ditaattotok.
    Janjikan Syurga dan Baucher 77 Bidadari ketat bawah umur bg pentaksub yg dinyah akal.
    Sumpah seranah maki hamun label bg mereka2 yg engkar, atau melawan dgn hujah atau bertanya.
    Lobai Al Semaa Tau shj yg boleh pegang segala kebenaran.Mereka sj sebagai wakil Tuhan Isley dibumi.Budaya melayu dirojak arabkan. Telo sebutan melayu pun perisa Al Fadang Wal Fasirkan.

    Realiti Ekonomi adalah Tin Milo, Kismis jampi,Kit Histeria,Ayam Gelombang,Unrah Vvvipp, Doa Valet jet 22000 kaki, dan kutipan Budak sekolah Tahfiz tak berdaftar. Semua utk jana kekayaan (tanpa odit) buat Brahmin Pope , Rabbi dan Priest Melayu Harbi.
    Tgklah sj ciri Zionist , Taliban dan Sami Arakan....nmpklah masa deoan Melayuhudi Isley Harbi.
    Itu PASPisPus, Itu Umno.

    Moga yg masih Melayu, tetap dalam iman bersama Islam, dan terus menentang Melayuhudi Harbi Zioni- Khadam Syaitan yg kuat berpira2 ,kuat, maki senang melabel,hidup dlm sistem kasta assobiyah.
    Anna Tahu, Semua tahu...cuma Ente buat2 tak tahu.

    ReplyDelete
  10. KIKIKI..BILA MONTOT PANEH DI DELETENYA
    DAH BERAMBOS DARI UMNO/BN BRAMBOS SAJA
    PLURALIST MURTAD SYIAH KD JADI HAMBA
    BELA AJER LIDAH BERCABANG TUA RENTA


    KIKIKIKI... TAK PAYAH MENYIBUK DENGAN UMNO .... KIKIKIKI... HAAAH DELETE

    PANJI MANA HAAAHHH... PANJI KELING PARIA KERALA SUDAH KIBAR LAAAHH..!!

    ReplyDelete
  11. Posting paling win oleh kd setakat ini. Cuma agak 'kureng' sikit bab pimpinan baru. Azmin +kj + mukhriz rasa aku antara pemimpin masa depan yg gagal. Doalah semoga pimpinan utama parti² yg kau sebut tu meninggal dunia dan akan muncul pemimpin baru yg masih dlm proses digilap. Di situ nanti akan timbul penyatuan melayu atas nama agama dan bangsa. Allah tahu apa yg terbaik utk melayu Islam dan malaysia.

    ReplyDelete
  12. Melayu lingkup sebab jual diri jadi khadam syaotan.
    Bermuka tunjuk warak, hina islam.Taek Jho kan bangsa sendiri. Duit Yayasan, Zakat .Amanah, Tabung Haji pun balun.
    Dijumud nyah akal, convert jadi Arapalsu.
    Percaya bulat pada tawaran kunci syurga dan bidadari ketat bawah unur, yg ditukar ganti dgn taat totok. Lobai pedagang mimpi punya angkara.
    Negara cucu cicit dijual gadai tak sempat habis, skrg nk dibakar pulak.
    Lupalah Allah yg berkuasa dan NENENTUKANNYA.
    bukan Melayu yg mahu diMelayuhudikan penganut Lobaihanat Arapalsu Isley Harbi.
    Manis dalam Kalah sudah bertukar pahit, apabila undang2 menyepit.
    Dombamu sia2 ,
    Klepet Songlapmu Rakyat tak mungkin lupa...
    PapispusUmno sudahpun jatuh, tungg mereka kebumi diri.

    ReplyDelete
  13. Pecah Perintah Retak seribu.Mahu bersatu .Sembunyi tangan tikam sekutu.Apa lah nasib Parti bersatu kuasa ada gigi satu.Menang sorak Pak pandir berbaju melayu.Sayang buah kepayang beralas surat kabar Utusan layu.Oh Bangsa ku.Kiri kanan bak sembilu.Harapkan pagar dua dua merapu.Dua dua kaki SAPU.Yg Untong pendatang asalnya dahulu...Sajak merapu.

    ReplyDelete