Friday, January 11, 2019

KINI PERJUANGAN ANWAR LEBIH JELAS..



Bukan jawatan yang diburunya (?)..alhamdulillah, cakap serupa bikin.. beri peluang pada Tun dan Kabinet termasuk Azizah uruskan Negara..

Sikap Anwar jika berterusan begini akan menjadikan penyokongnya insaf diri dan berdisiplin, tidak mengada ngada macam budak kecik minta jilat aisakrim, tak perlu "jolok" Tun hari²... 

Kerajaan akan lebih fokus, parti KURANG bercakaran sesama sendiri dan rakyat hidup lebih Aman..

Sampai masa gantilah Tun..






Bagaimanapun  berhati hatilah dengan media dan kenyataan kedua belah pihak yang mungkin memberi maksud berbeza dari kenyataan Anwar dan Mahathir, ke arah melaga lagakan..

Berhati hatilah bila tiba² musuh BERCAKAP sesuatu yang baik tentang seterunya...




Mungkin ramai yang boleh TERIMA Dan bersetuju Anwar GANTI Tun..
Tetapi Anwar harus berhati hati dan berwaspada supaya kesah peribadi masa lampaunya tidak diselitkan bersama...

Siapa menzalimi siapa?

Perbicaraan panjang masa bertahun dengan puluhan peguam termahal dengan segala karenah diperhatikan rakyat dan keputusan Hakim ayat demi ayat dibaca dan difahami oleh rakyat....

Siapa menzalimi siapa?

Hingga sekarang pun, rakyat sedang memerhati kamu..
Rakyat lebih ikhlas, lebih benar, lebih adil dari pemimpin..

Rakyat tidak menzalimi pemimpin, rakyat tidak berkonspirasi..



5 comments:

  1. Tak syokle camni bang Nuar.

    Payah pulak Kejora Bapuk Bodo nak post komen 'copy paste' dia sambil buat sebaris ayat provokasi lagi kat blog KD ni.

    Kah kah kah...

    ReplyDelete
  2. Siapa menzalimi siapa?

    Hingga sekarang pun, rakyat sedang memerhati kamu..
    Rakyat lebih ikhlas, lebih benar, lebih adil dari pemimpin..

    Rakyat tidak menzalimi pemimpin, rakyat tidak berkonspirasi..

    Hoho KD memang tak boleh blah ayat ni bro. Tajam berbisa...aku sendiri sendu membacanya.....deep sangat bro......

    ReplyDelete
  3. Satu perkara yang penyokong Anwar jadi PM terlupa atau sengaja lupa ialah pengorbanan Wan Azizah.

    Beliau ternyata lebih bersih dari Anwar dan dilihat sebagai lilin yang membakar diri. Pengorbanannya akhirnya diangkat menjadi TPM.

    Soalnya sanggupkah dia meletak jawatan sebaik Anwar jadi PM?Sedangkan dia tentu sahaja akan menjadi menteri selepas PRU15 jika diberi peluang.

    Tetapi menjadi TPM atau apa2 menteri sekalipun akan ditentang oleh rakyat jika Anwar dan isteri jadi menteri. Apatah lagi PM dan TPM.

    Tiada sesiapapun dari penyokong Anwar yang tanyakan adilkah ini?

    Sebaiknya Anwar sedar diri. Ramai yang melihat kegelojohan dia sebaik saja keluar jail.

    Dengan slogan yang dibuatnya sendiri "dari penjara ke istana" dan tak lama kemudian setiap hari ada saja cerita tarikh jadi PM. Macam memaksa2. Gelojoh tu Anwar.

    Jika dibuat undi senyap tentu saja rakyat yang waras TAK NAK dia jadi PM.




    ReplyDelete
  4. Saya sokong 200% apa yang tuan KD tulis.Cukup berperisa dan berbisa.Harap2 sesiapa yang kena tembak tu sadar2lah diri tu ya!!..

    ReplyDelete
  5. Maksud sebenar que sera sera ialah 'apa yang akan terjadi tetap akan terjadi' dan bukannya seperti apa yang ditafsirkan oleh Pak Sheikh iaitu 'apa nak jadi pun, jadilah'. Kedua-duanya ada perbezaan ketara sedangkan kedua-duanya bakal bertemu.

    Maksud sebenar que sera sera dapat dilihat daripada perkongsian John Doe dengan sahabat2 semua berkenaan khabar nubuwwah tentang Panji-panji Hitam bakal muncul dari arah Timur sebagai tanda umat Nabi Muhammad saw sedang melangkah meninggalkan zaman fitnah dan masuk ke zaman baru iaitu zaman khifalah kedua @ zaman khilafah manhaj nubuwwah.

    Contoh penggunaan yang benar ialah; Nabi Muhammad saw telah mengkhabarkan tentang munculnya panji-panji hitam dari arah timur. Que sera sera, panji-panji hitam pasti akan muncul dari arah timur.

    Ada pula tafsiran yang salah bagi maksud que sera sera ialah 'apa nak jadi pun jadilah. Kalau tak jadi pun tak apalah'.

    Contoh kenyataan daripada tafsiran yang salah akan maksud sebenar que sera sera pula-pula ialah 'aku dah puluhan tahun berusaha untuk dapatkan kerusi tersebut, dah macam-macam dah aku dah buat, tapi masih tak dapat dapat juga. La ni pun aku nak kena tunggu tempoh yang lama sebelum aku boleh dapat, tu pun belum tentu aku akan dapat. Aku pun dah tua, kalau aku tunggu juga entahkan aku sempat entahkan tidak. Jadi, daripada aku menunggu saja dan tidak tentu akan dapat, maka lebih baiklah aku langgar saja. Que sera sera, kalau dapat pun dapatlah, kalau tak dapat pun tak dapatlah. Apa nak jadi pun jadilah.

    Sedar atau tidak, tafsiran salah maksud que sera sera inilah yang bakal membuktikan kebenaran tafsiran maksud que sera sera yang betul iaitu 'apa yang telah dikhabarkan akan berlaku itu tetap akan berlaku'.

    Kalau masih tidak boleh memahami yang mana satukah tafsiran yang dimaksudkan oleh penuturnya maka lihatlah kepada gerak gerinya.

    Adakah gerak gerinya menujukan ia hanya sedang memberitahu bahawa ia pasrah dengan ketentuan takdir dan akan menunggu takdir itu sampai sekiranya ia benar-benar memiliki takdir itu, atau adakah gerak-gerinya menunjukkan ia tetap akan melakukan 'the final twist' untuk tetap mencuba untuk memperolehi apa yang telah sekian lama ia hajati dan berusaha untuk mendapatkannya dan tidak akan kisah lagi kalau percubaan kali ini pun gagal sebab 'dia pun dah tua dan dah menunggu lama selain mengharungi berbagai onak dan ranjau berduri' dan masih tetap tak dapat.

    Semakin hari, peristiwa yang berlaku di sekeliling kita semakin menampakkan bahawa tafsiran yang kedua iaitu tafsiran yang salah akan maksud sebenar que sera sera akan membawa kepada berlakunya tafsiran yang pertama iaitu tafsiran yang benar bagi maksud que sera sera.

    Tidak perlu percaya apa-apa, memadailah untuk bersaksi bahawa John Doe telah menyatakannya.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete