Saturday, April 27, 2019

UMNO SEJAK BERKAWAN DENGAN PAS ADA NAMPAK SERI, NUR DAN HIDAYAH..

Alhamdulillah..

4 comments:

  1. Bidang kehakiman tak dinodai semasa Pak Lah, Najib

    Saya tertarik dengan kenyataan penyelaras parlimen Jasin, Khairuddin Abu Hassan mengenai zaman Umno yang dikatakan menodai institusi kehakiman dan memperalatkan bidang kehakiman untuk melindungi kemungkaran.

    Saya tertanya-tanya, pada zaman bilakah yang beliau maksudkan? Umno memerintah negara ini selama 60 tahun dengan enam perdana menteri termasuk Dr Mahathir Mohamad.

    Sepanjang tempoh tersebut, hanya sekali berlaku krisis kehakiman iaitu pada 1998 apabila Salleh Abbas dipecat daripada jawatannya sebagai ketua hakim negara.

    Jika zaman itu yang dikatakan institusi kehakiman dinodai Umno, sememangnya semua sudah maklum, bahkan ianya sejarah hitam dalam sejarah kehakiman negara ini. Siapa yang tidak kenal perdana menteri ketika itu?

    Namun ketika perdana menteri yang sama menjadi perdana menteri ketujuh, kes-kes mahkamah individu berkepentingan politik seperti Lim Guan Eng dan Rafizi Ramli sewenang-wenangnya dibebaskan tanpa melalui perbicaraan.

    Adakah ini juga kerana campur tangan Umno?

    Pada zaman Abdullah Ahmad Badawi, tiada campur tangan politik dalam bidang kehakiman negara. Malah pada akhir pemerintahannya, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman ditubuhkan melalui Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.

    Ia dianggotai hakim, bekas hakim dan ahli akademik. Tiada langsung orang politik.

    Pada zaman Najib Razak, suruhanjaya itu dikekalkan dan menjalankan fungsi melantik hakim serta menentukan kenaikan pangkat hakim-hakim di semua peringkat.

    Suruhanjaya itulah yang mencalonkan nama hakim kepada perdana menteri untuk dipersembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong.

    Jelas disebut dalam Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan mengenai kuasa Majlis Raja-raja untuk menasihati Agong dalam urusan perlantikan mana-mana jawatan yang diperuntukkan melalui Perlembagaan Persekutuan.

    Maka, apa yang cuba Khairuddin sampaikan apabila membuat desakan kepada Majlis Raja-raja untuk secepat mungkin menerima cadangan perlantikan ketua hakim negara oleh perdana menteri?

    Apa yang Dr Asyraf Wajdi jelaskan dalam kenyataan beliau adalah mengenai proses perlantikan hakim sebagaimana diperuntukkan undang-undang dan perlembagaan.

    Tiada isu untuk dipertikaikan melainkan Khairuddin tidak faham perlembagaan. Sebab itulah beliau menyerang peribadi Asyraf, bukannya bercakap berasaskan peruntukan undang-undang.

    ReplyDelete
  2. Kasihan kt kd. Terpaksa kutip bahan dari blog hisham tukar tiub. Bahan ni cerita lama la kd. Blogger pulak susah nak percaya apa agama dia anuti. Dia mana ada law, bantai apa dia nk post. Yg kau ni kd, dah sampai peringkat desperate ke hingga post bahan zaman tok kaduk ni? Kalau kau nak refresh blk, bahan ni sama umur dgn umno di bawah mahathir. Umno zaman mahathir memang teruk. Rasuah, takde maruah semua ada. Dan satu lagi, masa tu mahathir cukup benci dgn kit siang dap. Rasanya habis kata² buruk dilemparkan kpd kit siang dap. Dan kini, apa jadah pulak mahathir-kit siang boleh comolot? Mana yg buruk belah kit siang dan mana yg hodoh belah mahathir? Agaknya si buruk dan si hodoh memang boleh bekerjasama. Mungkin la kan.... So kd, nk tunjuk buruknya pas dan hodohnya umno, buat perbandingan dgn org yg kau sanjung tu. Tak la org kata 'tembak kaki sendiri'...

    ReplyDelete
  3. During pakatan rakyat time "and i love you so"

    While kissing umno "we are theworld"

    Is this not a clear superficiality and hypocrisy?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. hipokrasi?.. all of politikus r dem hipokrit... enemy of my enemy is mai fren... dey kis2 then dey fight then kis2 again..that just how politik work. now we malaysian need a strong oppo also ... if not, gov will do wht dey like and tht not gud to de rakyat and de country..

      Delete